Zahid Akui Terpaksa Tutup Mulut Tempayan Dalam Parti




Bagi mengelakkan kekeliruan rakyat terhadap pendirian parti dalam soal kerjasama bersama parti lain, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia harus menutup “mulut tempayan” dalam kalangan pemimpin parti.
Katanya, dia tidak boleh menafikan bahawa pendapat yang berbeza-beza itu sememangnya wujud kerana tafsiran dan pendapat politik yang berbeza, dan perbezaan itu dapat diterjemah di dunia maya.
Namun, katanya, pendirian rasmi parti ialah yang dikeluarkan olehnya sendiri selaku presiden, dan juga setiausaha agung Umno, Ahmad Maslan.
“Kita mesti bersetuju untuk bersetuju, dan bersetuju untuk tidak bersetuju dalam membuat keputusan.
“Dalam hal itu, keputusan yang dibuat sama ada kenyataan itu datang daripada presiden atau setiausaha agung, itu ialah kenyataan rasmi.
“Tetapi di kalangan pemimpin yang menggunakan pendapat peribadinya seolah-olah pendapat parti, dan secara yang terbaik, saya hendaklah menutup mulut tempayan ini,” katanya dalam wawancara bersama Malaysia Gazzete yang disiarkan semalam.
Dia menjawab soalan berkenaan kekeliruan yang timbul di kalangan rakyat berhubung kerjasama Umno dengan parti lain, akibat kenyataaan-kenyataan berbeza daripada pucuk pimpinan parti akhir-akhir ini.
Tidak lama selepas mengambil alih kerajaan menerusi kerjasama Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu, PAS, dan beberapa parti lain pada hujung Februari lalu, keretakan hubungan Umno terutamanya dengan Bersatu semakin kelihatan.
Ia bermula daripada ketidakpuasan hati yang diutarakan pemimpin Umno terhadap agihan jawatan dalam kabinet yang dakwa mereka, tidak adil dan tidak menggambarkan bilangan kerusi yang dimiliki Umno.
Beberapa pemimpin Umno juga pernah mengeluarkan kenyataan kritikal terhadap prospek kerjasama Umno bersama Bersatu, lebih-lebih lagi menuju pilihan raya umum (PRU) ke-15, antaranya oleh timbalan presiden, Mohamad Hasan dan naib presiden, Mohamed Khaled Nordin.
Menceritakan panjang lebar tentang proses membuat keputusan Umno, kata Ahmad Zahid, dia tidak pernah menggunakan kuasa mutlak presiden, sebaliknya mengutamakan keputusan secara berjemaah.
Katanya, perbincangan dilakukan bukan hanya di kalangan lima kepimpinan utama - presiden, timbalan presiden, tiga jawatan naib presiden - tetapi juga biro politik, serta jawatan utama lain seperti setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari, serta ketua sayap.
Malah, katanya, dia turut menjemput pengerusi perhubungan seluruh negara bagi menggali pendirian mereka sebelum membuat keputusan, yang kemudian dibawa dan dibicangkan sekali lagi di peringkat majlis tertinggi untuk diputuskan.

Oleh hal yang demikian, katanya, dia telah menasihati pucuk pimpinan parti agar tidak memberikan anggapan bahawa keputusan peribadi mereka sebenarnya ialah keputusan parti.
“Saya memberitahu mereka, jawatan yang ada pada mereka menggambarkan pendapat peribadi itu adalah pendapat jawatan itu, dan jawatan itu mewakili parti.
“Oleh yang demikian, saya telah memberikan nasihat kepada mereka jangan mengelirukan rakan-rakan di akar umbi, yang menyebabkan kepelbagaian pendirian, seolah-olah Umno tak ada hala tuju.
“Sedangkan hala tuju bukan hanya terlontar dalam ucapan dasar presiden, tetapi juga dikongsi pelaksanaannya melalui proses pembuat keputusan yang telah saya sebut tadi,” katanya lagi.
Katanya, pendirian Umno berhubung kerjasama parti sangat jelas:
Ahli parlimen Umno menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) - kerjasama membabitkan Bersatu, PAS dan beberapa parti lain- tetapi tidak pernah menyertai gagasan itu sebagai parti gabungan.
Dalam masa sama, Muafakat Nasional (MN) pula - kerjasama antara Umno dan PAS - dalam fasa merasmikan kerjasama.
Dalam mesyuarat terbaru MN, kongsi Ahmad Zahid, Umno dan PAS bersetuju untuk menggunakan lambang masing-masing dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, tetapi tidak akan berlaga sesama sendiri dalam pertandingan kerusi selain menjalin kerajasama erat di peringkat jentera.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/zahid-akui-terpaksa-tutup-mulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maryam Durian Kimchi Buka Mulut Tentang Depression Nasib Baik Cepat Recover

Maryam Durian Kimchi Buka Mulut Tentang Depression Nasib Baik Cepat Recover

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 506 hits
Pasangan Instafamous Ryzal dan Maryam yang sering menghasilkan video video yang menghiburkan turut tidak terlepas daripada berhadapan kecaman netizen
Kalau Anak Termakan Sabun Atau Bahan Beracun Baringkan Anak Pada Posisi Mengiring Cuci Mulut Mereka Secepatnya

Kalau Anak Termakan Sabun Atau Bahan Beracun Baringkan Anak Pada Posisi Mengiring Cuci Mulut Mereka Secepatnya

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 254 hits
Keracunan adalah penyebab utama penyakit di kalangan kanak kanak 90 masalah keracunan berlaku di rumah Kanak kanak berusia 1 hingga 4 tahun adalah berisiko tinggi mengalami keracunan kerana sifat ingin tahu semula jadi mereka yang ingin men...
Ngo Pembela Terkilan Layanan Mb Ada Mulut Jahat Dakwa Mahu Jatuhkan Kerajaan Pahang

Ngo Pembela Terkilan Layanan Mb Ada Mulut Jahat Dakwa Mahu Jatuhkan Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 261 hits
KUANTAN Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam Hj Aminuddin Yahya hari ini meluahkan perasaan terkilan terhadap layanan kerajaan negeri terhadap kehadiran mereka untuk menghantar memorandum bantahan pencerobohan tanah di Pahang dekat...
Puff Coklat 3 Bahan Makan Panas Panas Coklatnya Cair Dalam Mulut

Puff Coklat 3 Bahan Makan Panas Panas Coklatnya Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 453 hits
Suka makan puff tapi rasa leceh nak buat kulitnya Kali ni anda tak payah nak risau dan bersusah payah nak uli kulit puff tu Beli yang dah siap balik rumah cuma siapkan inti je Bakar sekejap dah boleh makan satu keluarga Kalau anda ada anak ...
Movie Mulut Masin Lakonan Azy Nazif As Ad Motawh

Movie Mulut Masin Lakonan Azy Nazif As Ad Motawh

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 675 hits
Saksikan filem komedi Mulut Masin arahan pengarah filem Pusaka Razaisyam Rashid Ditayangkan pada 19 November di Astro First Saluran 480 JUDUL MULUT MASINTARIKH TAYANGAN 19 November 2020SIARAN TV Astro First saluran 480PENGARAH Razaisyam Ras...
Mulut Masin

Mulut Masin

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 456 hits
U 118 minit Seram Komedi 19 November 2020 The post appeared first on
Dituduh Tayar Kereta Pecah Kerana Memandu Laju Di Lebuh Raya Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

Dituduh Tayar Kereta Pecah Kerana Memandu Laju Di Lebuh Raya Isteri Sufie Rashid Tampil Buka Mulut

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 352 hits
Terbabit dalam kemalangan kecil di lebuh raya PLUS Isteri kepada penyanyi Sufie Rashid iaitu Nurulain tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang yang menyatakan suaminya bertindak memandu laju var neutrogena beautifulnara com apa
Tedia A Atuk 74 Tahun Gagah Bergelut Dengan Buaya Demi Selamatkan Anjing Curut Tak Terlepas Dari Mulut

Tedia A Atuk 74 Tahun Gagah Bergelut Dengan Buaya Demi Selamatkan Anjing Curut Tak Terlepas Dari Mulut

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 375 hits
Selasa 24 November 2020 7 30 AMRakaman video yang memaparkan Wilbanks sedang bergelut dengan seekor buaya sambil menghisap curut SEBUAH klip video memaparkan seorang lelaki warga emas bergelut menyelamatkan anjing peliharaannya daripada dig...
Tengok Dekat 10 Kali Dah Tapi Tak Puas Puas Penonton Puji Filem Mulut Masin Best

Tengok Dekat 10 Kali Dah Tapi Tak Puas Puas Penonton Puji Filem Mulut Masin Best

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 448 hits
Masuk hari ketiga tayangan filem Mulut Masin naskhah tersebut terus mendapat sambutan dalam kalangan penonton Rata rata menyifatkan karya arahan Razaisyam Rashid itu merupakan sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton Buktinya ada peno...
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh