Zahid Akan Kembali Kemudi Kementerian Dalam Negeri



SETELAH dua bulan pemergian bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, teka-teki mengenai siapa bakal calon pengganti beliau masih belum terjawab.
Melewati tempoh pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri serta dua pilihan raya kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Johor, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum memberikan bayangan jelas bila kekosongan jawatan ditinggalkan Salahuddin itu bakal terisi.
Yang ada hanyalah respons Anwar kepada wartawan dengan menyatakan pihaknya masih terbuka menerima cadangan nama calon bersesuaian untuk dipertimbangkan menjadi Menteri KPDN baharu dalam masa terdekat.
Dengan rakyat berdepan tekanan kenaikan harga dan kekurangan stok barangan asas makanan satu per satu, bermula daripada gula, ayam, telur, beras dan terkini bawang serta cili, ramai pihak mendesak agar pelantikan Menteri KPDN disegerakan.
Terdapat nama beberapa pemimpin utama Parti Amanah Negara (Amanah) seperti Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad disebut-sebut sebagai pengganti Allahyarham Salahuddin susulan jawatan kementerian itu dianggap hak status quo parti berkenaan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, spekulasi kian bertiup kencang mengatakan Anwar dijangka tidak sekadar mengisi kekosongan jawatan menteri KPDN semata-mata, sebaliknya mempertimbangkan rombakan kabinet menjelang sesi sidang Parlimen pembentangan Belanjawan 2024.
Hakikatnya, kemungkinan itu berasas, mengambil kira empat faktor yang pernah diutarakan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago sebelum ini.
Charles sebelum ini memaklumkan Anwar mungkin terpaksa mempertimbangkan rombakan kabinet disebabkan prestasi semasa sebahagian menteri di bawah tahap memuaskan dan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada PRN enam negeri dan dua PRK.
Selain itu, dua faktor lagi dikemukakan Pengerusi Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) itu adalah cadangan mengembalikan portfolio Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menteri Kewangan II bagi meringankan beban tanggungjawab Perdana Menteri serta keperluan penyusunan semula menteri yang ideal mengikut turutan portfolio lebih kritikal.
Berikutan itu, sumber terdekat kepada seorang menteri BN memaklumkan cadangan rombakan kabinet, sama ada kecil atau besar, adalah perkara paling realistik dilakukan Anwar.
Hal ini mengambil kira faktor senario politik semasa dan keperluan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan.
“Sekarang ini heboh diperkatakan terdapat kemungkinan besar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan bertukar portfolio kementerian dengan mengambil alih jawatan Menteri KPDN yang kosong ketika ini.
“Sekiranya perkara itu berlaku, jawatan Menteri Dalam Negeri mungkin akan kembali disandang Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memandangkan Perdana Menteri pastinya memerlukan pemimpin paling dipercayai bagi menggalas portfolio kritikal itu,” tegas sumber UMNO itu yang juga merupakan pemimpin utama sayap Pemuda sebuah negeri di selatan.

Sumber UMNO berkenaan turut mendedahkan kemungkinan jawatan Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa yang kini dipegang BN secara status quo, bakal diserahkan kepada Amanah sebagai timbal balas parti itu terpaksa melepaskan jawatan Menteri KPDN kepada wakil PKR.
“Justifikasi mengapa Saifuddin dipilih menggalas semula tanggungjawab Menteri KPDN adalah disebabkan beliau mempunyai pengalaman cemerlang mengemudi portfolio itu sewaktu pentadbiran Kerajaan PH selama 22 bulan.
“Bagi Ahmad Zahid pula, selaku pemimpin nombor dua di belakang Anwar, beliau perlu memegang portfolio kementerian yang lebih penting. Dengan pengalaman mengemudi KDN sewaktu kerajaan BN pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad Zahid terbukti menjalankan tugas yang baik.
“Soal kontroversi keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid baru-baru ini, saya fikir perkara itu bukan lagi satu isu kerana semua pihak berkepentingan termasuk Anwar sendiri sudah memberikan justifikasi sewajarnya,” jelas sumber itu.
Sumber BN itu juga mendakwa, beberapa portfolio kementerian diunjurkan akan kembali diperkenalkan iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dan Menteri Kewangan II, bagaimanapun pemilihan calon menteri pastinya bukan dalam kalangan pemimpin BN.
“Dengan sekadar berbekalkan 30 kerusi Parlimen, BN menyedari parti tidak boleh terlalu menuntut lebih banyak jawatan kabinet kerana perlu memberi laluan kepada 17 parti lain yang bersama Kerajaan Perpaduan.
“Sekiranya ada peluang pertambahan jawatan menteri dalam kalangan ahli Parlimen BN sekali pun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilihat mempunyai peluang paling cerah dilantik sebagai Menteri Kewangan II atas dasar kepakaran beliau dalam bidang ekonomi dan kewangan,” ujar sumber itu.
Bagi mendapatkan pengesahan maklumat daripada sumber BN berkenaan, Sinar Premium pada ketika ini sedang berusaha mendapatkan maklum balas daripada Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohamad Akin.
BUDI BICARA PM
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh sewaktu dihubungi tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri bakal melaksanakan rombakan kabinet bagi mengukuhkan struktur pentadbiran negara dalam masa terdekat.

Ujar Alexander, perkara berkenaan hakikatnya terserah kepada budi bicara Perdana Menteri kerana itu hak prerogatif beliau sekiranya Kerajaan Perpaduan mempunyai sebab mendesak untuk berbuat demikian

“Sehingga kini, kami (Jemaah Menteri) masih tidak diberi sebarang indikasi. Tapi secara peribadi, saya fikir kalau Perdana Menteri hendak buat rombakan kabinet, tidak mustahil ia akan berlaku.
“Cuma kalau tiada keperluan mendesak, teruskan sahaja kekalkan barisan menteri kabinet sedia ada. Bagi saya tempoh belum cukup setahun masih terlalu awal untuk barisan Jemaah Menteri diubah. Tetapi segalanya bergantung kepada hak dan kuasa Perdana Menteri,” kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.
Fuziah pula sewaktu ditanya mengenai desas-desus rombakan kabinet, hanya sekadar menjawab ringkas: “Mungkinlah.”
Bekas Ahli Parlimen Kuantan daripada PKR itu turut menegaskan beliau tidak pasti sama ada pelaksanaan rombakan kabinet oleh Perdana Menteri adalah satu keperluan mendesak ketika ini.
“Saya ini banyak kerja (portfolio KPDN). Tidak sempat tengok prestasi kementerian lain,” katanya.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong bertindak 'menutup mulut' dan enggan mengulas mengenai spekulasi rombakan kabinet.
 
For Puma supercharged Savings - extra 30% off, click here.. https://invle.co/cljvhvz




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/zahid-akan-kembali-kemudi-kementerian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kembali Ke Negeri Paling Selatan Di Semenanjung Malaysia

Kembali Ke Negeri Paling Selatan Di Semenanjung Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 250 hits
Bukan main panjang tajuk entri ayat mudahnya balik kampung di Johor Alhamdulillah saya dan Encik Suami berkesempatan kembali ke kampung halaman juga tanah kelahiran kami berdua yang sudah hampir lima bulan tidak dijejaki Kami balik kampung ...
Rocky Gerung Kembali Diperiksa Bareskrim Hari Ini

Rocky Gerung Kembali Diperiksa Bareskrim Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 154 hits
Pengacara Rocky Gerung memastikan kliennya hadir dalam pemeriksaan
Lagi Dilarang Lagi Pergi Zul Ariffin Ke Al Ula Tular Kembali Netizen Luah Kecewa

Lagi Dilarang Lagi Pergi Zul Ariffin Ke Al Ula Tular Kembali Netizen Luah Kecewa

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 237 hits
Sejak kebelangan ini Kota Al Ula kembali menjadi perdebatan netizen di media sosial apabila ramai influencer dari pelbagai negara termasuklah Malaysia membuat review pemandangan di kota yang dilaknat Allah S W T Antara yang menerima kecaman...
Kebakaran Kawasan Bromo Mulai Padam Ini Beberapa Hal Bisa Picu Titik Api Muncul Kembali

Kebakaran Kawasan Bromo Mulai Padam Ini Beberapa Hal Bisa Picu Titik Api Muncul Kembali

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 249 hits
Kebakaran Kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru terjadi sejak Rabu akibat ulah pasangan prewed pakai flare
Caleg Pdip Novie Bule Kembali Labrak Rocky Gerung Nyaris Diamuk Massa Sampai Diamankan Polisi

Caleg Pdip Novie Bule Kembali Labrak Rocky Gerung Nyaris Diamuk Massa Sampai Diamankan Polisi

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 133 hits
Caleg PDIP Noviana atau Novie Bule kembali melabrak Rocky Gerung usai pemeriksaan di Mabes Polri
Hadiahkan Kucupan Mesra Farid Kamil Diana Danielle Sah Bakal Kembali Rujuk

Hadiahkan Kucupan Mesra Farid Kamil Diana Danielle Sah Bakal Kembali Rujuk

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 318 hits
Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle mengesahkan mereka berdua bakal kembali rujuk semula sebagai suami isteri selepas sebulan bercerai Ia sekaligus menjawab spekulasi tular sejak semalam apabila mereka dilihat kembali mesra da...
Tiada Siapa Boleh Ambil Tempat Bapa Pada Anak Anak Diana Farid Mahu Kembali Bersama

Tiada Siapa Boleh Ambil Tempat Bapa Pada Anak Anak Diana Farid Mahu Kembali Bersama

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 230 hits
Selepas lebih sebulan bercerai talak satu pasangan selebriti Farid Kamil 42 dan Diana Danielle 32 sepakat kembali hidup bersama demi dua anak mereka Muhammad dan Nur Aurora Menerusi program temubual Podcast Borak Sini Habis Sini yang dimuat...
Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 181 hits
Universal Pictures telah mengeluarkan trailer Trolls Band Together ansuran ketiga dari francais animasi muzikal blockbuster terkenal Filem ini dijadualkan tayangan pada 17 November 2023 Trailer terbaru itu menyerlahkan pertemuan semula kelu...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm

Buat Spek Baru

Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi