Youth City Pembangunan Baharu Di Bandar Baru Nilai 32 Tingkat Ada Taman Atas Bumbung
Biasa kalau kita menyebut Nilai di Negeri Sembilan, hanya terbayang dimata adalah karpet. Hahahaha~ Kan ? Terlampau sinonim Nilai dengan karpet tapi kalau korang nak tahu, Nilai memang sedang membangun selari dengan permintaan semasa pelabur.
Bulan lepas, kakak sempat pusing-pusing Nilai dan tertarik dengan satu bangunan warna kelabu yang tersergam indah di tengah-tengah bandar Nilai. Fuh. Cantik, tinggi, elegan dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti pusat membeli-belah, pam minyak, sekolah, kolej dan universiti. Bukan itu sahaja, hospital pun dekat.
Maka. Kakak singgah lah kejap kat Vision City Sales Gallery untuk tengok-tengok apa yang menarik. Hee~ Nervous tapi itu lah. Dah berhasrat, kita cuba-cuba lah tengok kot ada rezeki.
YOUTH CITY, NILAI, NEGERI SEMBILAN
Kalau tengok-tengok lokasi yang bangunan kelabu tadi tu, memang ngam elok di tengah-tengah pekan Nilai, Negeri Sembilan dan dikelilingi oleh AEON Mall ( 1.2 juta sqft. ), Giant, Tesco, Sime Darby Trading Hub, McDonalds, KFC dan banyak lagi kedai bebas cukai yang berdekatan. Satu frasa yang kakak suka adalah perkataan 'Golden Triangle' Nilai. Memang ngam elok dia kat situ tanpa mengganggu gugat pembangunan yang lain
Ibarat pisang goreng panas, Youth City yang hampir lengkap pembangunannya kini tinggal lebih kurang 20% unit sahaja yang belum terjual. Terdiam jugak kakak masa Sales Person bagitau "Unit dah tak banyak kak.." Ini kalau lambat sikit, jawabnya tinggal habuk je lah nanti. Hahahaha~
Terdiri dari empat ( 4 ) bangunan yang membentuk segi empat, Youth City dilengkapi dengan clubhouse, kedai-kedai, taman permainan, gelanggang tenis, kolam renang bersaiz Olimpik, akses internet 24 jam dan uniknya !! Ada ruang istirehat di atas bumbung yang hanya boleh diakses oleh penduduk !! Mana nak dapat kemudahan macam ni kat Negeri Sembilan
3300 unit tersedia berstatus pegangan bebas ini berharga dari RM 314, 230.00 hingga RM 1,550,000.00 tersedia dalam tiga jenis iaitu :Jenis A1,008 kakipersegi3 bilik tidur2 bilik air1 bilik utilitiJenis B754 kakipersegi2 bilik tidur2 bilik airJenis C ( Studio )496 kakipersegi1 bilik air
Kalau dah tengah-tengah bandar Nilai ni, bab pengangkutan awam memang bukan masalah besar sebab Youth City mudah diakses oleh pemandu dari aplikasi-aplikasi yang ada. Tak cukup itu, Terminal Bas Nilai, Stesen KTM Nilai dan Stesen Teksi / Kereta Sewa Nilai pun tak jauh
Antara sekolah dan pusat pendidikan yang berdekatan dengan Youth City adalah :TASKI AbimPASTI Isbat Al-ImtiyazLittle Caliph Putra PointSmart Reader Kids Putra PointSekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Sahabat InsaniSekolah Rendah Islam Al-AminSekolah Rendah Islam PutraSK Desa JasminSK Taman SemarakSK Nilai ImpianSJK (T) NilaiSJK (C) Kuo MinSekolah Menengah Agama NilaiSMK Nilai ImpianSMK Desa CempakaSMK Dato' Mohd SaidSMK Taman SemarakNilai International SchoolNilai International CollegeMurni International CollegeKLIA Professional and Management CollegeKPJ International College of Nursing and Health SciencesManipal International UniversityMAHSA UniversityNilai UniversityINTI International UniversityUniversiti Sains Islam Malaysia
Menghubungkan tujuh ( 7 ) lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia, Youth City memang pelaburan yang sangat berbaloi. Mudah akses ke utara, selatan timur dan barat - Nilai pembangunan ini dijangka akan meningkat dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang
Bila kakak selidik, rata-rata pembeli merupakan mereka yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur dan Seremban, pesara yang mahu menjadikan unit di Youth City sebagai pelaburan dan pelabur hartanah yang menyewakan unit kepada pelajar kolej / universiti
Nais kan konsep macam ni
Win win situation, semua mengambil manfaat yang tersedia
Dari tahun 2018 kakak dah mula mencari subjek untuk pelaburan dan ini adalah salah satu konsep pelaburan yang sentiasa menguntungkan lagi-lagi bila dapat tahu Youth City bukan sekadar perumahan sebaliknya akan berkembang dari masa ke semasa.
Nanti ada masa sikit, kakak update pasal pelaburan yang berbaloi untuk surirumah ya. Hee~
Kalau korang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Youth City, boleh je walk-in ke sales gallery dorang di Nilai ataupun terus hubungi YOUTH CITY @ TSY HARTANAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2023/02/youth-city-pembangunan-baharu-di-bandar.html