Yang Sedang Mendung Langit Tapi Mata Aku Yang Turun Hujan


Yang Sedang Mendung Langit Tapi Mata Aku Yang Turun Hujan | Harini hari keempat Iman kat asrama. Tolak dua hari Jumaat Sabtu baru ni boleh balik untuk permulaan. Lepas ni balik dua minggu sekali sama seperti kakak Insyirah. Citer hari pertama hantar Iman kat asrama. Cuaca mendung mengiringi perjalanan kami dua beranak. Aku pergi dengan Iman jer 31.12 baru baru ni. En Hubby tak dapat pergi kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.  Insyirah dengan Akif aku tinggalkan kat rumah sebab sebelah tengahari aku nak kena hantar Insyirah kat asrama pula. Biar dia siapkan segala kelengkapan yang nak dibawa sesiap. Nanti takde la terkejar kejar.


Pendaftaran kemasukan asrama SMA AL FALAH ambik masa tak sampai 5 minit pon. Aku antara yang tiba awal jadi terus ke kaunter pendaftaran dan bayar yuran asrama pastu dah siap terus boleh bawak naik  barang Iman ke dorm. Masa duk simpan barang kat locker banyak pesanan yang aku titipkan buat Iman. Al maklum la ini kali pertama Iman masuk asrama. Pengalaman pertama untuk dia.

Banyak benar pesanan yang aku perlu sampaikan ditambah lagi dengan pesanan yang abah dia minta sampaikan. Bab pesanan bukan masa hari hantar jer aku dan en hubby duk pesan tapi selepas dapat tahu Iman dapat asrama hari hari kami suami isteri duk bagi pesanan penaja untuk dia. Ya la cabaran tinggal kat asrama ni banyak yang aku baca, ada banyak cerita positif dan banyak jugak  cerita negatif daripada pembacaan aku. Jadi aku sebagai mak kena lebih alert bab bab ni dan aku bagi pesanan untuk Iman agar dia beringat, berwaspada dan sentiasa berhati hati dalam setiap langkah. Moga Allah pelihara baik baik Muhammad Adam Iman walau dimana berada.  Umi doakan  yang baik baik untuk Iman. Aamin aamin.

Selesai simpan semua barang Iman, perasaan aku ni tetiba jer sayu sedih lain macam jer rasa masa nak tinggalkan dia kat asrama. Seyess rasa cam takle nak gerak kaki. Rasa cam tak nak balik. Masa aku titipkan doa untuk dia sambil peluk dia air mata aku mengalir. Bukan titik titik halus tapi laju hingga Iman sendiri pon aku nampak duk kesat air mata dia.

Ahhh kenapa aku menangis juga sedangkan aku dah tanam baik baik sebelum hantar dia kat asrama aku tanak nangis depan dia aku tanak dia berbelah bagi pula nanti. Tapi siapa aku untuk menidakkan perasaan. Walau juta kali aku pesan pada diri jangan menangis duhai hati jangan alirkan airmata depan Iman. Tapi!! aku kalah dengan perasaan. Perasaan seorang ibu pada anak yang dikandung 9 bulan 10 hari. Sungguh aku kalah bila tiba bab meninggalkan dia kat asrama. Bantu aku Ya Allah.

Sebelum aku turun ke tingkat bawah, aku sempat ronda ronda kat tingkat atas untuk tengok keadaan asrama. Alhamdulillah setakat yang aku perhati ok ok jer. Anak anak yang bersekolah kat situ pon bagus jer sebab masa jumpa dioarang lalu lalang, ada yang menegur dan ada yang bagi senyuman. Iman pon ada borak bersama abang abang senior dan tanya macam macam bab asrama. Moga Iman dapat sesuaikan diri dengan baik dalam kehidupan asrama.

Masa nak balik aku tengok kot cermin tingkap, dia duk lambai lambai sambil mulut macam tengah duk cakap. Sekali lagi air mata aku mengalir. Aduhh kalini siap pakej dengan sedu sedan la pulak. Takle nak lawan rasa sedih kalau membabitkan anak anak ni. Mendung yang sejak tadi berarak tiada tanda turunnya hujan tapi mata aku yang turun hujan. Laju membasahi pipi. Sungguh hati aku berat tinggalkan dia.

Sampai rumah dah dekat nak azan zohor. Lepas solat zohor terus hantar kakak Insyirah ke asrama. Aku lupa seketika rasa sedih bila disibukkan dengan urusan pendaftaran Insyirah yang memakan masa agak lama. Selesai urusan Insyirah dah nak masuk 5.00 petang. Fuhhh lama sangat masa berlalu. Balik rumah dah jam 6 petang. Solat asar dan doa aku titipkan buat dua anak yang akan berada di asrama sepanjang tahun 2020 ini. Moga dalam jagaan Allah sentiasa. Jaga urusan kita dengan Allah, insyaAllah Allah akan jaga kita.

Malam pertama Iman kat asrama aku buat buat busy tapi hati aku ni kuat teringat kat Iman. Air mata takyah cakap la mengalir sepanjang malam. Masuk bilik dia, tengok tempat tido, tengok barang dia, tengok baju seluar dia pon akudah nangis. Masa tengok ikan yang dia bela  kat akuarium, teringat ingat dia pesan "sepanjang Iman takde  nanti Umi jaga ikan ni ya. Jangan lupa bagi makan. Jangan bagi mati pulak ".  Ayat dia jangan bagi mati pulak benar benar terjadi masa malam pertama dia takde kat rumah. Seekor ikan laga dia mati mengejut. Aku pon tak pasti kenapa tapi memang tetiba jer yang sekor tu mati. Sebelum ni elok jer takde apa apa. Aku sedar pagi esoknya masa nak bagi makan ikan tu dah timbul dah huhuhuhu. Sedihnya rasa. Aku pon boleh nangis tengok ikan tu mati.
Malam pertama dia kat asrama aku tertidur dengan air mata dan aku mimpi buruk pasal Iman. Bila terjaga aku kejutkan en hubby dan cerita mimpi aku tu. Dia cakap jangan fikir sangat mimpi kan mainan tidur jer. Takyah nak fikir sangat la tidur jer. Aku sambung tidur tapi baru kejap aku lelap en hubby kejutkan suruh bangun. Aku terjaga dan rasa air hangat mengalir kat pipi. Aku tanya kat en hubby kenapa gerak bangun? Dia cakap aku mengigau sambil nangis nangis duk sebut nama Iman hingga Akif pon terjaga. Ohhh patutla air mata mengalir. Aku mengigau rupanya. Aku doa pada Allah agar jaga Iman dan jauhkan Iman dari perkara buruk. Tq Allah tq Allah.

Malam ketiga pon aku masih takle nak tidur lena sangat. Teringat dan termimpi mimpi Iman. Mungkin sebab aku memang rapat sangat dengan anak anak jadi hati aku mudah sangat tersentuh. En hubby duk bagi kata kata semangat, anak anak pergi belajar jer bukan pergi berperang. Doa yang baik baik untuk kejayaan anak anak. Jangan ikut perasaan sangat. Mengaji dan doa banyak banyak. Dia punya nasihat kat aku dah berbakul bakul dah banyaknya. Tapi aku ni nak ambik mood ceria semula makan masa sikit. Nama pon mak!

Semalam dah nak masuk hari keempat, alhamdulillah aku dah ok sikit dari hari hari sebelum ni. Alhamdulillah Iman pon ada call bagitahu dia baik baik saja takyah bimbang. Umi doa jer yang baik baik untuk Iman ya. Dia ada cakap dulu pepagi nak pegi sekolah cium tangan Umi abah dulu pastu Umi letak tangan kat ubun ubun sambil doakan Iman setiap hari dari kecik tapi sekarang pagi pagi takde dah semua tu. Ya Allah sentapnya rasa, rasa cam nak je pegi ambik dia kat asrama duk kat rumah. Ya Allah kuatkan aku Ya Allah. Pastu dia cakap lagi malam malam sebelum tido kalau kat umah mesti salam tangan Umi abah dulu pastu baru pegi tido tapi kat asrama Iman hanya boleh doa untuk Umi abah sambil tengok gambar. Ya Allah tersentap lagi sekali. Aku perasan ada sendu di hujung suaranya.

Aku ni dah kenapa mudah sangat terasa nak nangis nak nangis jer. Aku pesan kat dia takpe Iman takde depan mata Umi jer, kat hati Umi ni Iman sentiasa ada sampai bila bila. Jaga diri elok elok, belajar rajin rajin, solat jangan tinggal, jangan putus doakan Umi abah, jadi anak soleh dan belajar berdikari. Umi abah sayang Iman dunia akhirat. Umi abah doakan yang baik baik jer untuk Iman. Allah jaga dia untukku.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.akifimtiyaz.com/2020/01/yang-sedang-mendung-langit-tapi-mata-aku-yang-turun-hujan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebakaran Semakin Parah Penganut Kristian Sertai Umat Islam Australia Berdoa Minta Hujan Turun

Kebakaran Semakin Parah Penganut Kristian Sertai Umat Islam Australia Berdoa Minta Hujan Turun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 447 hits
Adelaide Berikutan krisis kebakaran yang semakin parah sekumpulan penganut agama Islam berkumpul dan menunaikan secara berjemaah di sini Lebih 50 lelaki wanita dan kanak kanak berkumpul di Bonython Park untuk menunaikan solat sunat berkenaa...
Wahyu Setiawan Naik Batik Air Ke Babel Tapi Tak Kunjung Turun

Wahyu Setiawan Naik Batik Air Ke Babel Tapi Tak Kunjung Turun

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 208 hits
Corporate Communications Strategic Lion Grup Danang Mandala Prihantoro membenarkan Wahyu Setiawan ada dalam manifes pesawat Batik Air yang akan terbang menuju Tanjung Pandan
Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Sedang Menghampiri Rintangan Pasaran Dalam Potensi Penurunan

Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Sedang Menghampiri Rintangan Pasaran Dalam Potensi Penurunan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 290 hits
Cadangan DaganganKemasukan 142 875Alasan untuk kemasukan tahap penembusanAmbil Keuntungan 1 27253Alasan untuk Mengambil Keuntungan Anjakan semula Fibonacci 38 2 sokongan rendah ayunan mendatarStop Loss 144 223Alasan untuk Stop Loss Rintanga...
Survei Lsi Pengaruh China Di Indonesia Kuat Tapi Negatif Di Mata Publik

Survei Lsi Pengaruh China Di Indonesia Kuat Tapi Negatif Di Mata Publik

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 255 hits
Pengaruh Republik Rakyat Tiongkok atau China terhadap Republik Indonesia sangat besar Berdasarkan hasil survei Lembaga Survei Indonesia pengaruh China terhadap Indonesia mengalahkan pengaruh Amerika Serikat
Tak Fikir Pasal Mekap Dah Pesanan Bapanya Ringkas Je Tapi Buat Pengantin Ini Berjurai Air Mata Sebelum Naik Pelamin

Tak Fikir Pasal Mekap Dah Pesanan Bapanya Ringkas Je Tapi Buat Pengantin Ini Berjurai Air Mata Sebelum Naik Pelamin

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 517 hits
DALAM kegembiraan meraikan hari bahagia tumpah juga air mata pengantin ini apabila mendengar pesanan keramat oleh bapanya Foto penuh emosi melibatkan pengantin perempuan Nur Syazana 23 bersama bapanya Muhamad Aznir Hussin 59 cukup meruntun ...
Hadits Mengenai Hujan Yang Turun Siang Dan Malam

Hadits Mengenai Hujan Yang Turun Siang Dan Malam

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 295 hits
Dalam sebuah keterangan disebutkan bahwa sebenarnya Allah itu menurunkan hujan siang dan malam setiap hari Hanya saja Allah membagi hujan itu sesuai kehendak Nya Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah riwayat dari al Mutallib bin Hanth...
Api Makin Marak Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun

Api Makin Marak Rakyat Australia Luah Rasa Syukur Akhirnya Hujan Turun

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 293 hits
Tiada apa yang mampu menggambarkan kegembiraan warga Australia apabila hujan akhirnya turun membasahi bumi yang dilanda kebakaran belukar Krisis kebakaran belukar yang dilaporkan bermula sejak September itu telah menyebabkan kemusnahan huta...
Bukan Kena Prank Tapi Aziro Memang Sedang Mencari Seorang Isteri

Bukan Kena Prank Tapi Aziro Memang Sedang Mencari Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 797 hits
Rasanya ramai yang perasan ada satu gambar yang mula viral di sosial media menunjukkan satu poster seorang lelaki sedang mencari jodoh Mungkin ramai yang sangkakan individu dalam gambar tu dah kena prank dengan kawan kawan Tapi sebenarnya i...
Konsumsi Turun Saat Tahun Baru Pln Jamin Pasokan Listrik Di Jakarta Aman

Konsumsi Turun Saat Tahun Baru Pln Jamin Pasokan Listrik Di Jakarta Aman

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 285 hits
Konsumsi listrik DKI Jakarta mengalami penurunan saat pergantian tahun baru 2020 meski begitu PLN Unit Induk Distribusi Jakarta Raya menjamin pasokan listrik tetap andal agar masyarakat nyaman
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba