Yang Di Pertuan Agong Isytiharkan Kuantan Ibu Negeri Pahang Kini Sebagai Banda Raya


 

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Kuantan, ibu negeri Pahang sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah hari ini.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya, menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah bandar raya yang unggul.

"Namun, penubuhan sebuah bandar raya bukanlah semata-mata pada nama. Justeru, dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri beta dan Majlis Bandaraya Kuantan hendaklah sentiasa menumpukan usaha ke arah peningkatan kesejahteraan dan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat.
"Marilah kita berdoa pada hari yang bersejarah ini semoga bandar raya Kuantan menjadi menjadi sebuah bandar raya unggul dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT," titah Seri Paduka.
Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang terdahulu berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan di Kompleks Bandaraya Kuantan di sini, yang berlangsung dalam suasana sederhana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di Pahang.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat, diiringi anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah serta barisan pentadbiran negeri Pahang.
Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan melantik Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar pertama Kuantan, selain berkenan merasmikan Kompleks Bandaraya Kuantan.
Kuantan diisytiharkan sebagai ibu negeri pada 27 Ogos 1955.
Sementara itu, Wan Rosdy dalam ucapannya menyifatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke majlis itu sebagai mengimbau sejarah perubahan status daerah Kuantan kerana mengulangi peristiwa lebih 40 tahun lalu, iaitu semasa Kuantan dinaik taraf daripada bandaran kepada majlis perbandaran pada 1 September 1979.
Ketika itu, Seri Paduka yang masih bujang, usia baharu mencecah 20 tahun berangkat sebagai Pemangku Raja Pahang dalam pakaian sut berwarna biru muda menyempurnakan pelancaran majlis tersebut dan hari ini, selepas lebih empat dekad, berangkat menyempurnakan pemasyhuran sebagai bandar raya.
Patik juga menjunjung kasih kepada sumbangan besar Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang semasa hayat baginda, dari semasa ke semasa, memandu sendiri kenderaan sambil meninjau keadaan dan kemajuannya.
"Kejayaan Kuantan hari ini, juga banyak terhutang kepada pemerintahan dan pentadbiran yang lepas," katanya.
Wan Rosdy juga menyatakan kesediaan beliau bersama jentera pentadbiran negeri untuk berusaha sebaiknya dalam menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung hasrat melihat Kuantan mencapai lebih banyak kejayaan.
Sementara itu, Hamdan yang bergelar YDP MPK sejak 19 Jun 2019 dalam sumpah jawatannya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai Datuk Bandar dengan penuh berintegriti, jujur dan amanah serta mengharamkan rasuah bagi dirinya selain akan mendedahkan mereka yang mengamalkan rasuah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/yang-di-pertuan-agong-mengisytiharkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini

Yang Di Pertuan Agong Berkenan Sempurna Pemasyhuran Bandar Raya Kuantan Ahad Ini

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 158 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran bandar raya Kuantan pada Ahad ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata turut bera...
Bekas Pemimpin Amanah Hamzah Jaafar Pula Di Pilih Sebagai Ketua Pejuang Negeri Pahang

Bekas Pemimpin Amanah Hamzah Jaafar Pula Di Pilih Sebagai Ketua Pejuang Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 270 hits
KUANTAN Setelah gagal mempertahankan jawatan Pengerusi Amanah Negeri dalam pemilihan parti itu pada 2019 bekas penyandang jawatan itu Hamzah Jaafar memilih untuk berehat dari arena politik Hamzah bagaimanapun berkata beliau menerima pelawaa...
Zuraida Dilantik Sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Pn Selangor

Zuraida Dilantik Sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Pn Selangor

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 170 hits
Badan Perhubungan Negeri Perikatan Nasional Selangor melantik Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri Berdasarkan senarai lantikan jawatan kuasa negeri PN Selangor seramai 14 ahli dilantik termasuk...
Bentong Berpotensi Bandar Raya Kedua Di Pahang

Bentong Berpotensi Bandar Raya Kedua Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 144 hits
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD ZURAIDAH Kamaruddin dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja di Maran Pahang semalam MARAN Bandar Bentong berpotensi untuk diangkat menjadi taraf bandar raya kedua di negeri ini berikutan mempunyai krite...
Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan Kini Dibuka

Permohonan Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 639 hits
Pada 3 Februari yang lalu sebanyak 3 600 peranti pintar akan disumbangkan kepada murid yang memerlukan melalui program Inisiatif Peranti Kerajaan Negeri Sembilan Bantuan ini diumumkan oleh YAB Menteri Besar Dato Seri Haji Aminuddin Harun Me...
Atuk Meninggal Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

Atuk Meninggal Gadis Kesal Ibu Dilayan Kasar Dibalai Ketika Mohon Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 351 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan 2 0 kembali dilaksanakan urusan merentas negeri sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas sebab sebab mustahak Namun begitu surat kebenaran merentas negeri perlu mendapat kelulusan daripada pihak balai pol...
Gps Akan Menang Pilihan Raya Negeri Tetapi Kurang Kerusi Kata Penganalisis

Gps Akan Menang Pilihan Raya Negeri Tetapi Kurang Kerusi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 179 hits
PETALING JAYA Gabungan Parti Sarawak yang menjadi kerajaan dijangka memenangi pilihan raya negeri akan datang walaupun tidak memperoleh majoriti sama seperti bawah panji Barisan Nasional pada pilihan raya lalu demikian ramalan penganalisis ...
Majlis Pemasyuran Kuantan Bandaraya Oleh Agong Akan Di Adakan Pada 21 Februari Ini

Majlis Pemasyuran Kuantan Bandaraya Oleh Agong Akan Di Adakan Pada 21 Februari Ini

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 279 hits
KUANTAN Majlis pelancaran pemasyuran Kuantan secara rasmi sebagai bandaraya dijangka berlangsung pada 21 Februari ini Majlis gilang gemilang ini oleh KDYMM Yang Dipertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Alm...
Utang Luar Negeri Ri Kini Rp 5 803 Triliun Jokowi Langgar Janji

Utang Luar Negeri Ri Kini Rp 5 803 Triliun Jokowi Langgar Janji

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 162 hits
Bank Indonesia melaporkan utang luar negeri Indonesia pada akhir kuartal IV 2020 tercatat sebesar 417 5 miliar dollar AS atau sekitar Rp 5 803 2 triliun Posisi utang luar negeri Indonesia pada akhir kuartal IV 2020 tercatat lebih tinggi dib...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City