Xi Jinping Di Malaysia Meriah Lain Macam


 
Sebenarnya kalau kita membaca komentar umum netizen dari Malaysia mengenai kunjungan rasmi Presiden China, Xi Jinping selama tiga hari ke Malaysia, sesungguhnya kita akan berasa malu, bengang, dan terhibur sekaligus. Rata-rata mereka membingit hingar kerana kunjungan tersebut diterima meriah lain macam.
Rasa malu yang menyengat sehingga memerahkan pipi muka kita yang kuning langsat ini tidak lain tidak bukan kerana membaca kejahilan (atau kebangangan sesetengah netizen) akan hal-hal pengetahuan am yang sepatutnya menjadi dasar hujah. Mungkin inilah petanda merosotnya kebijaksanaan sebahagian besar netizen di era Ratu Naga dan Papa Gomo menjadi panduan.
Rasa bengang yang membuatkan dada kita dap-dap-dap pula mungkin lantaran sesetengah netizen mengaitkan kunjungan tersebut dengan masyarakat Cina tempatan seolah-olah rakyat Malaysia berketurunan Cina akan beralih kesetiaan mereka. Hati-hati meninggalkan komen kerana sebaran berbau perkauman boleh membawa kepada kehancuran.
Rasa terhibur yang menggelikan hati pula barangkali kerana ada netizen yang bebal tidak kena tempat. Bebal dan bangang berbeza ya. Bebal ialah secara tulennya bodoh, dan ia membuatkan kita geli hati, tetapi juga kasihan serentak. Bebal selalunya tiada hulu tiada muara. Manakala bangang selalunya bertuan, yakni boleh kita jejaki dari mana punca kebodohan tersebut. Bila dilacak kita akan dapati mereka mengulang kembali kenyataan mengarut daripada kitab-kitab walid tertentu yang nanar.
Sekiranya kita melayankan emosi bankrap netizen ini, kita akan terpaksa memadam beberapa bahagian dari sejarah Melayu. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, suka tidak suka; kepulauan Melayu (hari ini dapat disebutkan Malaysia yakni dengan mengambil kira juga Sabah dan Sarawak yang membentuk negara bersama-sama) memerlukan China untuk mengimbangi pembulian kuasa asing.
Dalam sastera Melayu lama, gadis Cina (dari China) yang disebut-sebut sebagai berkulit kuning langsat dan berwajah jelita selalu timbul. Raja-raja Melayu memang mengidam-idamkan puteri dari China. Bahkan warna kulit puteri Cina dan mata sepet mereka itu menjadi semacam satu puncak kebahagiaan.
Victor Purcell, dalam bukunya The Chinese in Malaya (1967) ada memetik catatan seorang soldadu Portugis yang menyerang dan menjajah Melaka pada tahun 1511 bahawa; Megat Iskandar Shah (1414-1424), iaitu Sultan Melaka yang kedua pernah memperisterikan anak perempuan seorang kapten China di Melaka. Dah Portugis itu nak berbohong kenapa?
Barangkali kapten China tersebut menetap di Melaka sehingga berkahwin dengan wanita peribumi ekoran kepesatan pelabuhan Melaka tatkala itu.
Selain itu, pada tahun 1407, Kesultanan Melayu Melaka pernah menghantar utusan negara ke China semata-mata untuk mengadukan perihal Siam yang mengancam untuk menghantar tentera. Bahkan terdapat dakwaan Siam berjaya merampas cap kempa raja Melaka, membuatkan Melaka susah hati. Tatkala inilah raja China dari Dinasti Ming menekan raja Siam untuk mengembalikan cap tera Kesultanan Melayu Melaka semula.
Padahal kalau difikirkan boleh sahaja raja China dan raja Siam bersepakat untuk membuli Melaka. Maklumlah kedua-duanya bukankah makan sajian dari menu yang sama. Bukan itu sahaja, raja China nampaknya menghantar Laksamana Cheng Ho yang beragama Islam ke Siam untuk menjadi orang tengah menyelesaikan perkelahian antara Siam dengan Melaka pada tahun 1408.
Ekoran tekanan diplomatik itu, raja Siam akur dan menghantar diplomat ke China untuk mengaku bersalah, menyembah hormat dan mengucapkan penghargaan atas usaha China menjadi orang tengah menyelesaikan persengketaan tersebut. Saya tidak dapat membayangkan kalau China tidak menolong. Habislah keturunan kita belaka. Entah-entah nama saya hari ini Faisal Vachirawit.
Laksamana Zheng He belayar ke Melaka sebanyak tiga kali. Sepanjang kunjungannya antara tahun 1409 hingga 1411, raja China mengisytiharkan kedaulatan kerajaan Melayu di Melaka tidak boleh diperkotak-katikkan. Tiada kuasa besar waktu itu sebesar China. Benua Amerika pula tatkala itu masih dipenuhi babi hutan, ular rattle dan mungkin binatang saki baki dunia Jurasik.
Antara tahun 1411 hingga 1433 itu pula, tiga orang raja Melaka belayar ke China sebanyak lima kali. Perlu diingatkan kerja belayar ke China ketika itu bukanlah mudah. Harta dan tenaga yang perlu dikeluarkan besar. Masa yang digunakan juga banyak.
Akan tetapi China tidak memperlekehkan Melayu. Setiap ziarah dari raja Melaka akan diberi sambutan yang tiada tolok banding di pihak raja Ming. Banyak jalan di Peking ditutup gamaknya untuk membolehkan raja Melaka dengan gajah dan sekian hulubalang menyeberang ke istana Maharaja China. Mana tidaknya, Parameswara pada tahun 1411 membawa sama rombongan sebanyak 540 orang. Rombongan Madani Anwar Ibrahim ke China tidak akan dapat menyaingi.
Keazaman Melayu menggesel kepada China boleh difahami. Hari ini lawatan Xi ke rantau Asia Tenggara membawa makna besar. Ia bukan sahaja satu usaha strategik oleh China untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Asean, tetapi juga ia merupakan satu ‘pernyataan bergaya’ oleh China dan Asean di tengah kebobrokan Amerika Syarikat memperkenalkan tarif perdagangan. Malah sambutan meriah lain macam ini menyakitkan hati Amerika sang pembuli yang menjual senjata kepada Zionis.
Harus diingatkan Amerika sebuah negara yang baru diasaskan. China, malah alam Melayu telah pun wujud ribuan tahun sebelumnya. Kalau tidak masakan USM menganjurkan Seminar Kedah Tua yang amat digeruni oleh secokol dua pak cik.
China secara sedar sedang mempelbagaikan hubungan dagangan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran Barat. Dan Asean, seperti dulu-dulu adalah rakan dagang, rakan politik, dan rakan budaya yang penting.
Memang ada yang merungut mengenai China yang kadang-kala suka mengintai di perairan Sarawak. Memang juga ada yang merungut kadang-kala China menuntut-nuntut. Okaylah kita beringat. Terima kasih kerana mengingatkan. Kita percaya kepada askar Melayu sepercaya-percayanya sejak zaman Bukit Kepong lagi. Akan tetapi kita mesti beringat juga, alam Melayu sudah ada sejarah berbaik dan berhubungan dengan China sejak zaman lampau.
Dari segi sejarah kita memang lebih rapat dengan China berbanding Amerika atau United Kingdom. Kita di Malaysia dan China bahkan boleh dikatakan serumpun. Kalau ada yang mengacum-acum kita mesti berhati-hati. Bawa beringat, demokrasi-demokrasi Amerika dan negara Barat pun bila tiba tentang Palestin semua macam haram jadah.
Mungkin Barat yang ada agenda melaga-lagakan kita. Melayu dan China ini kemenakan. Teruk-teruk China pun, raja kita pernah mengahwini puteri-puteri mereka. Jadi kalau jalan macet sejam dua kerana Xi Jinping hendak melintas janganlah marah sangat.
Ketika pegun trafik itu mungkin boleh beli seluar dalam transparen sehelai dua dari Shein. Dan bawa mengucap, kalau tiada pelancong China, siapa yang akan makan semua durian Musang King kita? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/xi-jinping-di-malaysia-meriah-lain-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengandung Tapi Lain Macam Ini Tanda Hamil Kembar Yang Ramai Ibu Tak Sedar

Mengandung Tapi Lain Macam Ini Tanda Hamil Kembar Yang Ramai Ibu Tak Sedar

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 134 hits
Mengandung anak kembar adalah pengalaman yang unik dan memerlukan perhatian khusus Namun ramai ibu mungkin tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandungkan anak kembar sehingga pemeriksaan lanjut dilakukan Berikut adalah 11 tanda yang bol...
Legoland Malaysia Resort Bersinar Meriah Dengan Warna Warni Raya

Legoland Malaysia Resort Bersinar Meriah Dengan Warna Warni Raya

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 218 hits
LEGOLAND Malaysia Resort Bersinar Meriah dengan Warna Warni Raya Macam biasa aktiviti setiap tahun The Ilham akan menyempatkan diri beraya di Legoland hehehe Sebab apa Sebab kami tak nak lepaskan The post appeared first on
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 314 hits
WHILE the late fifth premier who breathed his last at the National Heart Institute at 7 10pm yesterday has deservingly been accorded a state funeral a National Day of Mourning for the 85 year old statesman affably known as Pak Lah may have ...
Xi Jinping Visits Malaysia Pmx Praised For His Mandarin Efforts While Siti Nurhaliza Captivates Guests At State Banquet

Xi Jinping Visits Malaysia Pmx Praised For His Mandarin Efforts While Siti Nurhaliza Captivates Guests At State Banquet

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 229 hits
Today marks the last day Chinese President Xi Jinping will be in Malaysia He arrived in Kuala Lumpur on 15 April for a three day state visit at the invitation of His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia It s Xi s second official trip to ...
As Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas Malaysia Amp Negara Asean Lain Bermula 9 April

As Kenakan Tarif Tinggi Ke Atas Malaysia Amp Negara Asean Lain Bermula 9 April

papar berkaitan - pada 3/4/2025 - jumlah : 199 hits
Baru baru ini Amerika Syarikat telah mengambil langkah drastik dalam dasar perdagangannya dengan mengenakan tarif import tinggi ke atas beberapa negara ASEAN termasuklah Malaysia Memetik laporan The Edge bermula 9 April ini barangan dari Ma...
Kerajaan Nak Pecahkan Monopolis Petronas Dan Gas Malaysia Berhad Kenyataan D

Kerajaan Nak Pecahkan Monopolis Petronas Dan Gas Malaysia Berhad Kenyataan D

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 233 hits
u201cKerajaan nak pecahkan monopolis Petronas dan Gas Malaysia Berhad u201d n nKenyataan di atas adalah palsu dan fitnah serta tak pernah dikeluarkan mana mana agensi berita termasuk menteri Tak pasti jangan kongsi biarbetul delight ranges ...
Kesian Hang Dalam Malaysia Ni Nama Ratu Hang Soqang Saja Tak Cerdik Sanusi Kata Hangpa Bodow

Kesian Hang Dalam Malaysia Ni Nama Ratu Hang Soqang Saja Tak Cerdik Sanusi Kata Hangpa Bodow

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 140 hits
Ratu Naga disekolahkan orang Perak lepas dakwa lagu Negaraku dinyanyi dalam MandarinHarapandailyApril 5 2025Penyokong pro pembangkang Ratu Naga disekolahkan ramai selepas mendakwa murid di sebuah sekolah di Perak menyanyikan lagu Negaraku b...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

How Your Oral Health Affects Your Gut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restoran Tiga Ikan Kl East Mall

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee