Wilayah Hancing Malukan Negara


hmetro.com.my
Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]

BEBERAPA gelandangan termasuk wanita dikesan menghuni kaki lima premis tanpa rasa malu. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: "Kawasan ini selayaknya dipanggil 'wilayah tahi' atau 'wilayah hancing'. Najis dan air kencing gelandang berterabur di merata tempat," ujar seorang pereka grafik, Naufal Mohd Rahim, 29.

Dia yang bertugas di tingkat atas salah satu lot kedai dua tingkat jelas kecewa dengan sikap pengotor golongan gelandangan yang 'berkampung' sekitar kawasan Jalan Petaling di sini.

"Encik lihat lah sendiri, jijik! loya tekak saya! mereka tak ada rasa segan silu berak di lokasi tarikan pelancong terletak di Lorong Bandar 13 di sini. Dahulunya lorong sepanjang 100 meter ini dihiasi lukisan mural dan menjadi tarikan pelancong asing. Namun kini ia tidak ubah seperti jamban milik gelandang.

"Bayangkan apa perasaan pelancong yang kebetulan melalui lokasi ini berikutan ia hanya terletak kurang 50 meter dari Pasar Seni," katanya.

GELENDANGAN di sekitar Lorong Bandar 13 bersebelahan Pasar Seni. FOTO Eizairi Shamsudin
Penulis yang melakukan tinjauan turut terpaksa menahan mual apabila melihat berpuluh tompokan najis manusia berteraburan di lokasi itu.

Malah ada ketulan najis manusia dibalut dengan kertas surat khabar atau kepingan kadbod sebelum dibuang merata-rata.

Selain bau najis manusia, tidak kecuali bau hancing berpunca dari air kencing yang mengotori bahu jalan dan kaki lima jalan di situ.

"Ini bukan masalah baharu. Dah bertahun-tahun lamanya kawasan ini dipenuhi golongan gelandangan.

"Jika dahulu mereka ini hanya muncul pada waktu malam, namun kini mereka sudah berumahtangga dan menjadikan lokasi ini 'rumah tetap'," katanya.

Menurutnya, rata-rata gelandangan ini akan tidur beralaskan kadbod selain ada juga yang membawa tilam bujang lusuh.

"Mereka melepak santai dan baring mengelamun hampir sepanjang masa. Biasanya mereka akan bangkit merayau apabila mahu membuang air atau lapar.

"Ada antara mereka sudah berbulan-bulan tidak mandi atau menukar pakaian. Mungkin mereka selesa dengan keadaan itu. Mujurlah masih ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan sumbangan makanan untuk golongan ini," katanya.

Perkara itu terbukti apabila penulis sendiri melihat deretan gelandangan berbaring di kaki lima premis dengan ada antaranya memakai selimut walaupun ketika itu matahari tegak di kepala.

Salah seorang gelandangan lelaki berusia sekitar 50-an yang didekati memberitahu berasal dari Ipoh, Perak dan sengaja merantau ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.

Namun apabila disoal lebih lanjut berkaitan latar belakangnya, lelaki yang menggendong beg sekolah itu segera beredar pergi.
GELAGAT kumpulan gelandangan yang berumah di kawasan kaki lima tidak jauh dari pusat pelancongan Pasar Seni. FOTO Aswadi Alias
Salah seorang peniaga kedai runcit di kawasan itu, Akhbar Salim, 50, berkata, kehadiran ramai gelandangan di lokasi itu menyebabkan pelancong menghindari kawasan berkenaan.

"Walaupun dibersihkan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) namun gelandangan ini akan tetap membuang plastik dan sisa makanan di merata tempat.

"Mereka benar-benar tiada kesedaran sivik. Bau busuk sampah dan najis ada di mana-mana. Bayangkan jika pemandangan sisi 'cacat' Kuala Lumpur ini dikongsi pelancong asing di media sosial. Nama negara pasti akan tercalar," katanya.

Dia berharap masalah itu segera diatasi dan kawasan itu dibersihkan sepenuhnya daripada terus menjadi 'perkampungan gelandangan'.

"Saya pernah menegur supaya mereka tidak membuat kotor di kawasan ini namun sebaliknya saya dimaki nista.

"Kaki lima ini seolah-olah menjadi hak kekal mereka. Ia tidak boleh diganggu. Ada gelandangan otai akan menimbunkan pakaian, beg dan pelbagai perkakas di kaki lima dihuni," katanya.

Menurutnya, kelakuan gelandangan ini amat memalukan apabila ada antaranya tidak berpakaian dan comot sepanjang masa.

SAMPAH-sarap dibuang merata-rata. FOTO NSTP

Seorang lagi pekerja sebuah restoran berhampiran berkata, rata-rata golongan gelandangan ditemui di kawasan itu berdepan masalah mental atau emosi tidak stabil.

"Sukar untuk bercakap dengan mereka berikutan penyampaian kurang jelas dan mengelirukan apatah lagi dalam kalangan gelandangan warga emas.

"Selain ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan di Chow Kit di sini, warga emas yang tidak mampu bekerja ini sewajarnya diletakkan di rumah perlindungan warga emas.

"Jika tidak, mereka akhirnya akan ditemui mati keras di kaki lima kedai atau ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran

"Apa yang penting, isu ini perlu diselesaikan dengan menyeluruh daripada terus merosakkan imej ibu negara," katanya.

Menurutnya, kumpulan gelandangan yang sebelum ini bertumpu di Jalan Petaling di sini, kini dikesan melarat sehingga ke Lebuh Ampang, Jalan Pudu hingga ke sekitar Masjid Jamek di sini

Disiarkan pada: Februari 9, 2025 @ 12:00pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/wilayah-hancing-malukan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman Rm3juta Ketua Polis Negara Terhadap Kaki Pemfitnah Papagomo Langg

Saman Rm3juta Ketua Polis Negara Terhadap Kaki Pemfitnah Papagomo Langg

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 116 hits
Ketua Polis Negara Razarudin Husain yang menyaman Wan Azri Wan Deris kerana memfitnahnya kini telah memfailkan prosiding komital terhadap penulis blog itu Peguam mewakili Razarudin S Raam Kumar mendakwa Wan Azri terus memfitnah anak guamnya...
Negara Brick Dan Peranan Usd Dalam Perdagangan Antarabangsa

Negara Brick Dan Peranan Usd Dalam Perdagangan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 117 hits
Nazri HamdanTrump kata dia akan kenakan tarif 100 bagi negara BRICS yang cuba keluar dari sistem US Dollar Yang dimaksudkan oleh beliau ialah bila negara negara BRICS dah tak simpan USD sebagai matawang rizab negara mereka Matawang rizab ni...
Terengganu Disyaki Seludup Motosikal Dari Negara Jiran Seorang Lelaki Ditahan

Terengganu Disyaki Seludup Motosikal Dari Negara Jiran Seorang Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 132 hits
BernamaPolis menahan seorang lelaki semalam dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran Foto Facebook Polis TerengganuJERTEH Polis menahan seorang lelaki semalam dipercayai menyeludup masuk motosika...
Jelajahi Dunia Lewat Piring Jenis Jenis Makan Siang Di Berbagai Negara

Jelajahi Dunia Lewat Piring Jenis Jenis Makan Siang Di Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 185 hits
Siapa bilang berpetualang harus ke luar negeri Kamu bisa menjelajah dunia lewat jenis jenis makan siang di berbagai negara Dari nasi jollof Nigeria hingga borscht Ukraina makan siang jadi salah satu hal paling seru Baik untuk anak anak samp...
Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 156 hits
KERAJAAN diminta untuk terus mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara selain mengekalkan hubungan diplomatik yang baik Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kerajaan perlu tuntas dalam menangani isu membabitkan kedaulatan ne...
Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

Malaysia Antara 5 Negara Penyumbang Al Quran

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 216 hits
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al Quran peringkat global kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad Zahid yang juga Penaung Program Wakaf Al Quran peringkat kebangsa...
Understand Your Target Audience

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Tema Hijau Menjadi Pilihan

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuba Fikir Ini Kerja Siapa

Asal Usul Nama Simpang Pelangai

Perkembangan Pesat Kereta Api China

Homestay Bonda Banda Hilir Melaka Kini Ada Netflix

Natalie Portman S Legs And Feet In Tights 29

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang