Who Let The Dogs Out
Semakin dekat pemilihan semakin banyak pula salakan. Itu yang kita sebutkan sebelum ini bahawa keresahan para barua yang takutkan kekalahan pengkhianat utama bakal menyebabkan mereka hilang selera, hilang akal hingga tidak tahu lagi apa tujuan hidup di dunia. Chill brother..
Jenis ini la yang diangkat sebagai pendekar dan hulubalang Zahid. Baru di katakan boleh buat air teh di rumah Zahid, di katakan rapat dengan towkey maka berlumba lumba la nak membuktikan jilatan siapa yang paling licin dan sempurna.
Jenis ni juga dulu pada 2008 yang mendesak Pak Lah berundur, jenis ni juga yang menyalak yang mahukan Najib melepaskan jawatan. Ketika itu tak pulak di katakan akan membawa perpecahan kepada ameno? Kenapa?
Kalau dinilai kualiti NurJazlan ni di Pulai, kerana menumpang tuah nama orang tuanya pada PRU12 tahun 2008 majoriti kemenangan lebih 20,000 undi, PRU13 merudum kepada hanya mampu bertahan dengan 3226 majoriti.
Masuk sahaja PRU14 2018, NurJazlan kalah dengan majoriti lebih 28 ribu dan yang terbaru kekalahan hatricknya dalam PRU apabila kalah kepada Salehudin Ayub dengan majoriti yang lebih besar hingga lebih 33 ribu.
Apa yang parti boleh sandarkan kepada jenis pemimpin sebegini? Rumah sendiri pun tak mampu nak di jaga? Di bahagian sendiri di tolak, apakah UMNO Pulai menjadi lebih kuat di bawah kuasa dan cengkaman NurJazlan? Apakah UMNO dan BN Pulai disegani oleh rakyat dan pengundi? Lepas tu jenis macam ni nak bercakap mengenai survival parti seluruh negara? demam ke apa?
UMNO kena buang pemimpin yang tak sedar diri, yang hanya menjaga kepentingan puak dan kroni sendiri, pemimpin yang hanya merasakan mereka sahaja yang berhak dan layak untuk mewakili parti walau telah beberapa kali di tolak oleh pengundi. Kumpulan yang bergerak seperti gunting di dalam parti yang membuat parti keramat ini seperti syarikat sendirian berhad mereka sendiri. Cukup la.
Apapun yang budak NurJalan ni sebutkan dalam fitnahnya dengan mengatakan bahawa adanya pemimpin UMNO yang lemah, broker dan bergegar gegar mahu menggantikan Presiden sebenarnya ialah wajah sebenar yang ada di dalam diri nya sendiri. Dia sekadar menepuk air dalam dulang.
Lemah kerana NurJazlan terbukti gagal sebagai pemimpin parti untuk menegakkan panji UMNO dan BN kekal berkibar di Pulai sebagai pemenang pilihanraya. Broker kerana jelas terbukti bahawa NurJazlan bersekongkol dengan Zahid sekarang ini untuk menggadai prinsip perjuangan ahli dan parti yang jelas berpegang kepada No Anwar dan No DAP..! NurJazlan lupa dalam 2008 dahulu dia sendiri yang berdegar degar menyatakan hasrat mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden. Ketika itu apakah isu perpaduan tidak wujud lagi dalam alam semesta ini?
Cukup la, standart macam NurJazlan ni berlori boleh kita dapat di Chow Kit, tapi rupanya jenis ini la yang sekarang ramai membelit dan merantai di keliling barisan tertinggi parti. Itu yang parti jadi hina dina dibuatnya.
Ahli UMNO perlu berani berubah dan berani mengubah..! Parti dah rebah, jangan kita semua di makan sumpah dek kerana sekadar menjadi alat dan sampah di sisi pemimpin khianat dan barua..!
Hina jadinya sebab jenis macam NurJazlan ni kalah kepada menteri yang ayam mahal jangan makan ayam, tapi babi mahal bawa ke dalam kabinet..! kalah dengan tahap menteri jaga babi ajer rupanya..! Jadi apa tahap NurJazlan ni?
Lu Fikir La Sendiri..!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://politikputramerdeka.blogspot.com/2023/01/who-let-dogs-out.html