What A Rainbow
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Selasa minggu lepas Hana dah selamat membuat perhitungan terakhir dengan Mr.STPM. So, atas sebab nak abadikan apa yang terjadi antara Hana dengan Mr.STPM recently, Hana pun terdetik hati nak share entry ni. (Nak jugak menyempit dengan batch SPM 02) hahaha >_<
Fun fact, kalau nak tahu, gara-gara down dengan Mr.STPM lah Hana lancarkan segment motivasi baru-baru ini. Hahaha hebat tul penangan beliau kan? :P
Semuanya bermula dengan peristiwa Hana check result online untuk separate result STPM iaitu result sem 3 pada hari isnin (3 Feb) dan ulangan sem 1 & 2 masing-masing selang sehari selepas itu. Siyesli Hana cakap, mostly results tak capai target Hana. Air mata demi air mata, orang tak nampak langsung betapa tak tenteramnya jiwa Hana saat itu. I guess I'm great at pretending to be okay! :P Hahaha well, bila Hana cakap Hana down orang susah tau nak percaya. Entahlah kenapa?? Rasanya macam tak ada orang pun perasan jiwa Hana yang tengah tersakiti masa tu :P hahaha so, end up menangis kat tikar sejadah ja lah mampu >_< hahahaha
So bila ambik result penuh selasa lepas, barulah Hana rasa macam satu beban 'overthinking' dah reda. Subahanallah hebat sungguh kuasa doa dan tawakal. Alhamdulillah, apa yang Hana doa itu yang Hana dapat.
Syukur sangat-sangat untuk result penuh Hana yang ngam-ngam capai target. Tak lebih... tak kurang... Totally sederHana. ngehehe >_<
So Tahniahhh semuaaa batch 00!! Sikit ja lagi nak sampai ke destinasi impian :')
Sebagai lampiran peristiwa, Hana belanja gambar candid ja lah... Somehow Hana suka gambar candid ni compare than the other proper one. Because everyone seems so natural at the moment where we were distracted by someone cheeky-ness... hahahah Sorry guys! :P :P :P
The Kopop 5/12*Results kitaorang suam-suam kuku ja. So honestly tiada unsur riak di sini ya hahah >_<*
Happy-nya semua kawan-kawan Hana mostly capai pointer 3 :') Well, Hana still ingat lagi muka sedih sorang demi sorang masa dapat result sem 2 last year. Masa tu konon planning nak terjun bangunan hahahah :P. And another breakdown bila results sem 3 kitaorang tak menyenangkan hati. :') Ada orang tu siap cakap pintu Universiti dah tertutup untuk dia. Hahaha alhamdulillah, at the end kitaorang survived sebagai noob sejati hahaha :P *Kenangan yang telah berlalu takkan ku lupaaaa... huaaaaaaaaaa T^T T^T T^T*
Dengan itu juga, Hana dah sah cerai mati dengan Mr.STPM hahahah. Ok bye!! >_<
Tahniah adik-adik yang dapat results SPM yesterday. Wooohoooo you did a great job!! ;) Good luck yaa for your next step. ^_^ Btw, satu ja nak pesan, bawak-bawak brutel-kan diri bila terserempak dengan mak cik bawang. Lagi-lagi yang suka compare2 results anak orang tu... hahaha :P Dengan itu, mohon jangan terciduk hahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thepolarishana.blogspot.com/2020/03/what-rainbow.html