Wasiat Semasa Hidup Perlu Buat Wasiat Atau Tidak


APA ITU HARTA PUSAKA BERWASIAT DAN TIDAK BERWASIAT?

Masih ramai orang Islam sendiri keliru, pada zaman kini tahun 2023, masih nak buat wasiat? Perlu ke? Takde ke badan-badan yang menguruskan harta kita selepas kematian kita nanti?
Mudahlah kan jika semua urusan kematian kita nanti ada orang lain uruskan namun realitinya tiada benda percuma di dalam dunia ini.


Kos jenazah perlu dibayar
Upah penggali kubur
Pengurusan masjid


Siapa yang akan uruskan jenazah kita nanti? Ya. Keluarga kita, Pasangan kita. Merekalah yang akan keluarkan belanjanya, makan-makan pada jiran dan sanak saudara yang berkunjung. Mujur, jika anda bekerja, sudah ada Perkeso, Socso dan banyak lagi dapatlah ringankan beban keluarga menanggung tetapi biasanya bukan segera pada hari jenazah anda dikebumikan.


Baiklah. Itu baru cerita tentang urusan jenazah kita kelak. 


Bagaimana dengan urusan pembahagian harta pusaka selepas kematian?


Oleh sebab itulah, sebagai seorang Muslim yang bertanggungjawab, kita harus menyediakan sebarang surat berkaitan cara kita nak uruskan harta yang ada untuk waris-waris yang masih hidup.


Wasiat adalah cara untuk memastikan bahawa harta yang kita miliki akan dibahagikan mengikut syariat Islam setelah kita meninggal dunia. Ia adalah tanggungjawab dan tindakan bijak untuk melindungi harta dan menguruskan warisan kita dengan adil dan tepat.


Sesungguhnya, membuat wasiat adalah penting bagi setiap Muslim. Ia adalah satu bentuk ibadah dan menunjukkan kesedaran kita terhadap tanggungjawab yang Allah swt. berikan kepada kita sebagai pemilik harta. Dengan membuat wasiat, kita memberikan ketenangan kepada diri sendiri dan keluarga serta memastikan harta kita akan digunakan dengan bijak dan adil.




Siapakah Waris Anda?
Yang wajib anda tahu:-

 Ibu Bapa Kandung Pasangan Anak Kandung


Bukan Waris Tetapi Anda Nak Wasiatkan Harta?
Boleh. Iaitu 1/3 dari harta anda, sama ada untuk disedekahkan, diwariskan kepada anak angkat atau mereka yang memerlukan. 




7 Kelebihan Buat Wasiat Yang Patut Anda Ambil Tahu.1. Proses pentadbiran harta pusaka diuruskan oleh Wasi (Penama/Pengurus Harta Pusaka).
    - Wasi adalah seorang yang dilantik oleh pewasiat di dalam wasiatnya untuk mentadbir harta pusaka. Dengan lantikan ini, urusan urus harta pusaka adalah lebih mudah tanpa menunggu sijil dari Amanah Raya, mengambil masa yang lama, turun naik pejabat dan mengelak pergaduhan di kalangan keluarga waris.
2. Proses pentadbiran lebih cepat dan ringkas.
    - Proses mendapatkan Geran Probet tidak memerlukan persetujuan semua waris.
3. Pengecualian Bon Pentadbiran.
    - Tidak perlu mengemukakan 2 orang penjamin yang mempunyai nilai harta setara dengan harta pusaka.
4. Penyelesaian hutang dan tunggakan kewajipan.
    - Wasi bertanggungjawab melunaskan tunggakan kewajipan pewasiat terhadap agama dan membayar hutang individi dan organisasi.
5. Memelihara kepentingan waris bawah umur/kurang upaya.
    - Kepentingan waris bawah umur dan waris kurang upaya dipegang dan diuruskan oleh penjaga ad litem.
6. Wasiat 1/3.
    - Jaminan pelaksanaan pemberian harta kepada bukan waris seperti sedekah jariah untuk saham akhirat . 
7. Pengagihan baki harta pusaka kepada waris.
    - Jaminan pengagihan harta pusaka kepada ahli waris.




HARTA PUSAKA BERWASIAT📍Jika simati meninggalkan harta dengan surat wasiat terakhir yang sah yang mengandungi cara-cara bagaimana harta pusakanya hendaklah dibahagikan antara waris-warisnya.
📍Orang yang menyediakan wasiat sebelum mati kebiasaanya akan melakukan dua perkara penting, iaitu mengumpul semua dokumen yang diperlukan (berkaitan harta dan waris) dan melantik pentadbir (wasi).

HARTA PUSAKA TIDAK BERWASIAT📍Orang yang meninggalkan harta tanpa wasiat dipanggil harta pusaka tak berwasiat. Hukum Faraid akan dipakai bagi pembahagian harta pusaka orang-orang Islam.
📍Faraid adalah sebahagian daripada undang-undang Islam yang berkaitan dengan pembahagian aset kepada waris-waris yang sah seseorang yang telah meninggal dunia, berdasarkan hukum agama Islam. Asas hukum Faraid adalah berdasarkan Al-Quran dan Hadith.
📍Tanpa wasiat atau paling utama lantikan wasi, segala urusan simati akan mengambil masa yang lama untuk ditadbirkan mengikut ilmu Faraid keluarga simati. 






Mengikut portal rasmi E-Syariah, harta pusaka (Faraid) terbahagi kepada dua, iaitu:
1️⃣Harta tidak alih seperti tanah dan rumah.
2️⃣Harta alih seperti wang simpanan bank, saham-saham, KWSP, Tabung Haji, insuran, Koperasi, kenderaan, barang-barang kemas, dan seumpamanya.


MANA PILIHAN ANDA: BERWASIAT ATAU TIDAK BERWASIAT?




APA ITU PERANCANGAN HARTA PUSAKA?
"PERANCANGAN HARTA ISLAM" bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya


KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM?
1️⃣Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka anda
2️⃣Untuk memastikan harta anda di bahagikan kepada orang yang tersayang
3️⃣Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga
4️⃣Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda




Semoga entri ini dapat membantu anda semua. Berwasiatlah jika anda mempunyai harta dan keluarga. Lantiklah wasi supaya urusan anda kelak dipermudahkan, mudah untuk anda, mudah untuk waris. Sudah banyak kes dan isu perebutan harta pusaka selepas kematian, kisah penganiayaan terhadap isteri dan anak-anak di bawah umur 18 tahun khususnya, suami atau pun isteri, jika anda mahukan harta pusaka anda ditadbirkan dengan betul mengikut perundangan Islam. Rancanglah sekarang!



========================================
Perlukan bantuan rundingan urus harta pusaka?
Tidak tahu cara kira Faraid waris anda?


Insya Allah, kami akan bantu anda sebaiknya sehinggalah proses selesai.


Amanah kami menjaga, mengurusan dan memberi panduan buat anda dan wasi sehingga selesai pembahagian Faraid mengikut turutan proses pengurusan harta pusaka.




Hubungi saya, Puan Emme Marina
Perunding Harta Pusaka dari Syarikat Hans Legacy Sdn Bhd
+60 10-337 9012




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/05/wasiat-harta-pusaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Motivasi Hidup Kita Gembira Atau Sedih

Motivasi Hidup Kita Gembira Atau Sedih

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 195 hits
Hidup kita ni masa gembira lebih panjang ke masa sedih lagi panjang Cer kira berapa banyak kita gembira sejak kita lahir sampailah kita besar dewasa sekarang Kalau gembira lebih banyak nyatalah kita manusia yang tak reti bersyukur 3 Kalau s...
Hidup Bukan Satu Pertandingan Atau Perbandingan

Hidup Bukan Satu Pertandingan Atau Perbandingan

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 283 hits
Hidup bukan satu pertandingan atau perbandingan Jalan cerita semua takkan sama walaupun daripada perut yang sama Syukuri apa yang ada dan lapang dada apa yang tiada Yakini Allah Maha Pentadbir yang terbaik dan sempurna
Viral Atau Tular

Viral Atau Tular

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 255 hits
1 Zaman MEDSOS ATAU SOSMED perkataan yang trending ialah viral atau tular 2 Viral bermaksud merebak atau tersebar 3 Dalam konteks media sosial viral bermaksud penyebaran secara meluas video imej dan maklumat melalui aplikasi media sosial se...
Apa Motif Annuar Musa Dan Shahidan Masuk Pas Ppbm Bakal Pupus Atau Agenda Mahathir

Apa Motif Annuar Musa Dan Shahidan Masuk Pas Ppbm Bakal Pupus Atau Agenda Mahathir

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 205 hits
Oleh Adam MalikPelik juga melihat perkembangan terbaru berkaitan perangai ahli ahli Parlimen Yang dapat dilihat dengan jelas ada lah mereka mereka yang digelar Kluster Broker dari UMNO memilih parti yang bukan sepatut nya mereka sertai Seba...
Orang Yang Gagal Akan Sentiasa Menyalahkan Orang Disekelilingnya Atau Orang Lain Yang Seterunya Itulah Perangai Sanusi

Orang Yang Gagal Akan Sentiasa Menyalahkan Orang Disekelilingnya Atau Orang Lain Yang Seterunya Itulah Perangai Sanusi

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 174 hits
Nampak tak dia punya hipokrit Dia kata Kedah jadi miskin sebab banyak tanam padi Katanya harga padi murah dan cukai rendah Tapi bila DS Anwar minta tauke padi sumbangkan bantuan untuk petani miskin siapa yang bising Dia juga kan Siap fitnah...
Hiburan Baru Bercinta Sharnaaz Ahmad Dah Kongkong Kekasih Apa Salahnya Daripada Jadi Mat Rempit Atau B Hsia

Hiburan Baru Bercinta Sharnaaz Ahmad Dah Kongkong Kekasih Apa Salahnya Daripada Jadi Mat Rempit Atau B Hsia

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 327 hits
Baru baru ini pelakon Sharnaaz Ahmad mengejutkan orang ramai apabila hadir bersama seorang wanita di sebuah majlis Malam Gala Filem Polis Evo 3 Bukan itu sahaja wanita yang dikenali sebagai Amelia Christie dilihat berjalan sambil berpaut ta...
Panggilan Sayang Atau Dear Di Tempat Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Spa

Panggilan Sayang Atau Dear Di Tempat Kerja Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib Spa

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 445 hits
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan satu surat edaran yang menekankan pelbagai jenis kesalahan yang berkaitan dengan gangguan seksual dan hubungan sulit di kalangan penjawat awam Dalam surat tersebut SPA menjelaskan bahawa tind...
Hiburan Satu Lamborghini Satu Ferrari Ditanya Sama Ada Mira Atau Ah Moi Lagi Cantik View Chin Buat Perbandingan

Hiburan Satu Lamborghini Satu Ferrari Ditanya Sama Ada Mira Atau Ah Moi Lagi Cantik View Chin Buat Perbandingan

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 203 hits
Boleh dikatakan sejak berlakunya kontroversi panas yang melibatkan pempengaruh View Chin segala gerak geri ataupun kata katanya menjadi perhatian ramai Seperti baru baru ini tular satu video memaparkan View Chin menjawab persoalan netizen m...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat