Warna Beige Kombinasi Warna Sesuai Dan Contoh Contohnya
Beige merupakan warna yang terhasil daripada gabungan dua warna utama iaitu warna coklat dan putih. Warna ini bersifat neutral dan lembut, menyebabkan ia mudah dipadankan dengan warna-warna lain.
Sejak beberapa tahun kebelekangan ini, warna ini telah menjadi pilihan orang ramai dalam konteks fesyen, seni dan juga reka bentuk dalaman rumah mereka. Bagi mengetahui lebih lagi tentang warna ini, teruskan pembacaan sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Warna Beige?
Warna beige ini boleh dikatakan sebagai warna coklat muda. Warnanya merupakan campuran dua warna iaitu warna coklat dan warna putih. Oleh hal itu, warna yang terhasil adalah seakan-akan warna pasir.
Kod hex bagi warna ini ialah #F5FDC. Ia dinamakan sebagai “Beige“, yang merupakan perkataan Perancis bagi menunjukkan kapas atau bulu semula jadi yang warnanya tidak diluntur atau dicelup.
Sejak kemunculannya, warna beige ini merupakan antara warna pilihan orang ramai dalam pemilihan warna pakaian dan reka bentuk rumah mereka. Warnanya yang bersifat neutral memudahkan pengguna untuk melakukan padanan dengan warna lain.
Sumber: Canva
Contoh Gambar
Berikut merupakan warna beige dan contoh pakaian dan alatan yang menggunakan warna jenis ini:
Kerusi Ikea
Kombinasi Warna Beige
Berikut merupakan beberapa kombinasi warna yang sesuai dipadankan dengan warna beige:
Putih:
Kombinasi warna beige dan putih menciptakan penampilan yang bersih, terang, dan elegan. Warna ini sangat sesuai digunakan untuk ruang tamu, bilik tidur, atau pakaian formal.
Hitam:
Beige dan hitam memberikan kontras yang elegan dan modern. Ia juga mampu menampakkan seseorang itu lebih profesional.
Coklat:
Warna beige dan coklat memberikan rasa hangat dan semula jadi. Sesuai untuk ruang tamu atau bilik tidur untuk suasana yang selesa.
Merah Marun:
Kombinasi ini memberikan kesan mewah dan dramatik. Digunakan dalam aksesori atau perabot untuk memberikan titik fokus yang menarik.
Biru Laut:
Beige dan biru laut menciptakan suasana yang tenang dan damai. Sesuai untuk bilik tidur atau bilik mandi.
Kelabu:
Beige dan kelabu memberikan penampilan yang moden dan sofistikated. Digunakan dalam ruang pejabat atau ruang tamu untuk suasana yang profesional dan tenang.
Merah Jambu Lembut:
Warna beige dan merah jambu lembut menciptakan penampilan yang manis dan feminin. Sesuai untuk bilik kanak-kanak atau aksesori fesyen.
Hijau Mint:
Kombinasi ini memberikan kesan segar dan ringan. Oleh itu ia sangat sesuai untuk dapur atau ruang makan bagi menghasilkan suasana yang ceria.
Hijau Daun:
Beige dan hijau daun sesuai digunakan bagi reka bentu ruang tamu atau ruang luar untuk menghasilkan suasana harmoni.
Beige Vs Ivory Vs Khaki
Berikut merupakan beberapa perbezaan di antara tiga warna yang sering kali kita ingat ada persamaan. Warna tersebut ialah warna beige, ivory dan khaki.
WarnaBeigeIvoryKhakiKod Hex#F5F5DC#FFFFF0#F0E68CCiri-ciriCampuran warna coklat dan putih yang sering digambarkan sebagai warna pasir atau warna kulit yang sangat pucat.Ivory adalah warna yang sangat dekat dengan putih, tetapi dengan sedikit rona kuning atau krim. Ia dinamakan sempena warna gading (ivory), bahan yang diperoleh daripada taring gajah.Khaki adalah warna coklat muda atau kehijauan yang pada asalnya digunakan dalam pakaian tentera. Ia mempunyai rona bumi yang natural.Kesan PsikologiBeige sering dikaitkan dengan keanggunan, ketenangan, dan kesederhanaan. Warna ini tidak mencolok dan memberikan kesan yang lembut dan tenang.Ivory menunjukkan sifat kelembutan, dan keanggunan. Warna ini sering dianggap mewah dan memberikan kesan yang sopan dan tradisional.Warna ini memberikan kesan yang tenang dan natural, serta sering dikaitkan dengan kehidupan luar rumah.
Beige
Ivory
Khaki
Baca juga: Warna Nude: Maksud, Contoh Gambar Variasi, & Jenis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/warna-beige/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=warna-beige