Warisan Kapal Korek Terakhir


SATU ketika dulu, Perak antara pengeluar utama bijih timah dunia sehingga menarik Syarikat Hindia Timur Belanda datang dan monopoli perniagaan berkenaan.

Dalam satu catatan sejarah dikatakan terdapat perjanjian untuk membina Kota Belanda bagi syarikat itu di Perak disebabkan aktiviti pelombongan bijih timah

Malah dikatakan juga orang Melayu yang menjalankan aktiviti pelombongan secara tradisi dengan kaedah mendulang dan melampan sebelum menggunakan jentera pengorek, pam kelikir serta kapal pengorek

Kini menarik kunjungan orang ramai ke negeri berkenaan untuk melihat tinggalan termasuk Kota Belanda itu sendiri di Pangkor yang dikatakan menjadi tempat simpanan dan gudang bijih timah sebelum dibawa keluar syarikat berkenaan

Namun itu hanya picisan sejarah dalam memahami aktiviti pelombongan bijih galian itu yang bermula sejak 1848 sehingga harga bijih itu murudum pada 1982

Dalam menyusuri sejarah itu, rasanya pengembaraan tidak akan lengkap jika tidak mengunjungi warisan akhir industri perlombongan bijih timah itu di Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak

Destinasi dikenali sebagai Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 (TT5) adalah merujuk kepada nombor kapal korek terakhir yang ada di Tanjung Tualang iaitu kapal kelima

Ini kerana satu ketika dahulu ia adalah kawasan cukup sibuk dan mempunyai beberapa siri kapal dibawa masuk bagi menampung keperluan industri berkenaan

Bagi anda yang ingin mengunjungi lokasi ini, ia terletak dalam kawasan Tanjung Tualang yang juga terkenal dalam kalangan pemancing udang galah. Jarak pemanduan kira-kira 30 kilometer dengan masa perjalanan 40 minit dari bandar Ipoh

Menjengah kapal korek berkenaan adalah pengalaman yang tentunya membawa anda kembali ke zaman atau persekitaran perlombongan

Kapal korek itu satu-satunya yang masih tinggal dek penangan penurunan harga timah membuatkan banyak operasi pelombongan bijih itu ditutup dan kapal pengorek pula dijual

Selain pengalaman sebenar berada dalam sebuah kapal korek dan memahami bagaimana operasi perlombongan, fenomena persekitaran kawasan itu juga cukup menarik terutama pemandangan senjanya

Latar yang dikelilingi tasik yang diserikan dengan teratai dan keladi memberi visual mengagumkan buat anda yang gemar merakam foto dengan pemandangan unik

Selain menjadi pusat pendidikan dan kajian penting disebabkan usia kapal ini yang pernah beroperasi selama 44 tahun, teknologi pembuatannya juga menarik untuk difahami sejak ia dibina di England oleh F W Payne & Sons pada 1938

Kapal yang mempunyai berat 4,500 tan ini mempunyai kemampuan mengorek sehingga kedalaman 33 meter dan berkapasiti 358,000 meter padu pada satu-satu masa ia beroperasi. Pengunjung boleh lihat sendiri bakul pengorek yang mengangkut dan mengumpul bijih besi

TT5 itu juga diisytiharkan sebagai Geopark Lembah Kinta pada Oktober 2018 iaitu sebahagian tapak warisan perlombongan bijih timah di Malaysia

Selepas puas menikmati pemandangan sekitar, pengunjung boleh bersiar-siar dan mendekati penduduk tempatan di Pekan Udang Galah

Bagi anda yang sukakan hidangan udang galah boleh mencuba hidangan sungai itu di restoran tempatan yang terdapat di pekan berkenaan

Rasa manis dengan isi pejal membuatkan hidangan seperti mi udang antara menu popular yang boleh dinikmati pengunjung yang datang ke lokasi terbabit

Selain lokasi itu, pengunjung boleh menyambung perjalanan ke destinasi Muzium Pelombongan Bijih Timah Kinta di Kampar bagi mendapat pengetahuan menyeluruh mengenai sejarah industri bijih timah itu

Muzium berkenaan diilhamkan Tan Sri Hew See Tong iaitu bekas pemilik lombong bijih timah yang beroperasi sejak 1949 sehingga 1989

Dalam muzium berkenaan, pengunjung berpeluang melihat pameran atau replika menggambarkan suasana di kawasan lombong dan bagaimana aktiviti pelombongan dari tradisi sehingga adanya kapal korek

Di sini pengunjung dapat memahami secara lebih mendalam menerusi keterangan dan gambar selain model patung yang menggayakan secara terperinci keadaan pekerja lombong satu ketika dulu

Muzium berkenaan boleh dikunjungi setiap hari bermula jam 9 pagi dan untuk Isnin hingga Jumaat, ia dibuka sehingga jam 1 petang sementara Sabtu dan Ahad sehingga jam 4 petang

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2021 @ 7:01 AM20210121
https://www.hmetro.com.my/santai/2021/01/666427/warisan-kapal-korek-terakhir

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/Interpretzz/~3/oxE4xbK9Ml0/warisan-kapal-korek-terakhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guna Logo Warisan Atau Amanah Mungkin Pilihan Terakhir Pejuang Mahfuz

Guna Logo Warisan Atau Amanah Mungkin Pilihan Terakhir Pejuang Mahfuz

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 377 hits
ALOR SETAR Keputusan Parti Pejuang Tanah Air untuk bertanding menggunakan logo Parti Warisan Sabah atau Parti Amanah Negara dalam Pilihan Raya Umum ke 15 mungkin merupakan pelan terakhir yang akan dibuat sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertub...
Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir Wandavision

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir Wandavision

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 191 hits
Marvel Studios melancarkan trailer promo terakhir siri Disney WandaVision menampilkan rakaman terbaru yang menunjukkan pasangan watak utama ketika mereka bedua berjuang untuk kediaman mereka Dibintangi Elizabeth Olsen dan Paul Bettany siri ...
Istri Syekh Ali Jaber Ungkap Pesan Terakhir Suaminya Sebelum Wafat Umi Nadia Akui Seperti Firasat

Istri Syekh Ali Jaber Ungkap Pesan Terakhir Suaminya Sebelum Wafat Umi Nadia Akui Seperti Firasat

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 340 hits
Kabar kepergian ulama kondang Syekh Ali Jaber yang meninggal dunia pada Kamis menjadi kabar mengejutkan bagi banyak orang Sosok ulama kelahiran Madinah ini meninggal di RS Yarsi Jakarta Sebelumnya Syekh Ali Jaber sempat menjalani perawatan ...
Kematian Yang Dicemburui Ratusan Penduduk Mengiringi Allahyarham Syekh Ali Jaber Beri Penghormatan Buat Kali Terakhir

Kematian Yang Dicemburui Ratusan Penduduk Mengiringi Allahyarham Syekh Ali Jaber Beri Penghormatan Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 416 hits
61 total views 61 views today Semalam umat Islam telah kehilangan pendakwah dan juga ahli ulama terkenal Indonesia iaitu Syekh Ali Jaber Jenazah Allahyarham Syekh Ali Jaber selamat dikebumikan di Pondok Pesantren Darul Quran Tangerang petan...
Pesan Terakhir Syekh Ali Jaber Diungkap Hati Hancur Menyesal Baru Buka Voice Notenya

Pesan Terakhir Syekh Ali Jaber Diungkap Hati Hancur Menyesal Baru Buka Voice Notenya

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 546 hits
Arie Untung menjadi satu dari banyaknya orang yang merasa terpukul ketika mendengar kabar kepulangan Syekh Ali Jaber ke Rahmatullah Melalui akun Insragram pribadinya Arie Untung mendedikasikan sebuah video dan juga foto tangkapan layar pesa...
Masalah Dalaman Antara Parti Perkara Terakhir Rakyat Mahu Terjebak

Masalah Dalaman Antara Parti Perkara Terakhir Rakyat Mahu Terjebak

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 247 hits
Masalah dalaman parti dan antara parti politik adalah perkara terakhir rakyat mahu terjebak atau terheret ketika ini Hakikatnya pandemik Covid 19 perlaksanaan darurat dan musibah banjir buruk yang menimpa beberapa buah negeri telah memberi ...
Tiga Penyebab Kasus Covid 19 Meningkat Tajam Dalam Dua Pekan Terakhir

Tiga Penyebab Kasus Covid 19 Meningkat Tajam Dalam Dua Pekan Terakhir

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 244 hits
Kedua karena testing Covid 19 meningkat Menurutnya testing Covid 19 di Indonesia telah melampaui target WHO Data pekan kedua Januari 2021 testing Covid 19 mencapai angka 100 87 persen Bahkan pada pekan ketiga Januari 2021 menyentuh angka 10...
Dinkes Catat Kasus Kematian Covid 19 Di Magetan Meningkat Sepekan Terakhir

Dinkes Catat Kasus Kematian Covid 19 Di Magetan Meningkat Sepekan Terakhir

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 258 hits
Salah satu penyebab tingginya kasus kematian COVID 19 di Magetan disebabkan karena kondisi pasien yang terinfeksi virus corona sudah kritis saat masuk rumah sakit
Bupati Pangandaran Dan Wakil Positif Covid 19 Kegiatan Terakhir Di Bandung Dan Sumbawa

Bupati Pangandaran Dan Wakil Positif Covid 19 Kegiatan Terakhir Di Bandung Dan Sumbawa

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 276 hits
Dinas Kesehatan Kabupaten Pangandaran menurut Yani telah melakukan penelusuran kepada kontak erat dari dua orang tersebut
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Mak Ajar Resipi Mi Udang Penang Mudah Sedap Tak Terkata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa