Warga China Yang Hilang Adalah Ejen Perang


DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD



KONFLIK di antara Negara China dan Amerika Syarikat yang sedang memuncak di Laut China Selatan berupaya melarat menjadi peperangan yang meluas.

Menurut Al Jazeera, Tentera Laut Amerika telah mengesahkan pada 20 April lepas 2 kapal perang mereka, USS America dan USS Bunker Hill sedang beroperasi berhampiran dengan perairan yang dituntut oleh Malaysia dan China.

Minggu lepas, kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8, telah dilihat berada berhampiran kapal milik Petronas, West Capella. Kejadian ini membuat Amerika menggesa China supaya tidak membuli di perairan yang dipertikaikan dan berhenti memprovokasi operasi mencari gali minyak dan gas.

Pada 20 April lepas, Vietnam telah memprotes kerana China telah mewujudkan 2 daerah pentadbiran di 2 buah pulau yang dipertikaikan iaitu Pulau Paracel dan Pulau Spratly. Pada tahun 1974, China dan Vietnam (ketika itu Vietnam Selatan) telah berperang untuk merebut Pulau Paracel. China telah berjaya menguasai pulau itu di dalam pertempuran yang mengorbankan 53 tentera Vietnam dan 18 tentera China.

Jabatan Negara Amerika (US State Department) telah mendakwa China mengambil kesempatan ketika dunia memberi tumpuan kepada usaha-usaha melawan pandemik Covid-19. Sementara China telah melaporkan angkatan tentera mereka telah berjaya menghalau kapal perang Amerika, USS Barry, dari perairan Pulau Paracel. Mereka mendakwa provokasi oleh Amerika ini mencabulkan kedaulatan mereka dan meningkatkan lagi risiko keselamatan di rantau ini.

Januari lepas pula China telah membidas Amerika kerana mendakwa satu provokasi telah berlaku apabila kapal perang USS Montgomery belayar melalui perairan Kepulauan Spratly.

Akibat perkembangan-perkembangan terkini, terdapat mereka yang meramalkan Perang Dunia Ketiga boleh bermula akibat konflik di Laut China Selatan.

China begitu agresif mahu menguasai lautan tersebut dengan menuntut kepulauan-kepulauan kecil dan perairan di sekitarnya yang kaya dengan minyak dan pelbagai hasil galian. Sementara Amerika, sebagai kuasa besar sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melihat tindakan China sebagai usaha untuk menjadi “Big Brother” di rantau ini.

Perang dagang di antara kedua-dua negara dan dakwaan pentadbiran Trump terhadap China berhubung pandemik Covid-19 boleh melarat menjadi konflik yang lebih besar. Hanya satu insiden seperti berlaku berbalas tembak di antara 2 kapal perang boleh mencetuskan satu konflik dan akhirnya peperangan.

Jika ini berlaku kemungkinan besar ia tidak akan terhad di lautan tetapi kemungkinan besar akan melarat ke daratan dan melibatkan negara-negara di Asia Tenggara. Kedua-dua negara sudah tentu mahu mewujudkan pengkalan-pengkalan di darat mereka.

Bagi Malaysia ini amat membimbangkan kerana sekurang-kurangnya 76,258 warga China yang telah masuk ke negara kita dan tidak ada rekod mereka meninggalkannya. Adakah kehilangan ini di atas sebab-sebab ekonomi, politik, peribadi atau terdapat sebab-sebab lain yang boleh mengancam keselamatan negara?

Sebelum Jepun menduduki Malaya pada Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Jepun telah datang dan menetap di negara kita. Menurut Brian Bridges dalam “Britain and Japanese Espionage in Pre-War Malaya: The Shinozaki Case” (1986), pada permulaan abad ke 20 terdapat hanya 1,000 rakyat Jepun di Malaya tetapi pada awal tahun 30an bilangan ini telah meningkat kepada lebih 6,000 orang.

Mereka menjadi nelayan, tukang gunting, tukang gambar dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan.

Ian Morrison di dalam Malayan Postscript (London, 1942) menulis di hampir setiap bandar atau kampung yang penting di seluruh Malaya akan terdapat satu atau dua kedai Jepun. Setelah Jepun berjaya menduduki Malaya dalam tahun 1942 baharulah disedari ada di antara mereka yang merupakan pegawai tentera Jepun atau pengintip yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk tentera Jepun.

Justeru itu kerajaan tidak boleh memandangkan ringan kehilangan warga negara China itu. Di zaman yang begitu canggih hari ini mana-mana negara tidak perlu menghantar rakyat mereka untuk melakukan kerja-kerja risikan kerana ia dapat dilakukan menggunakan peralatan jarak jauh seperti satelit. Walau bagaimanapun selagi kita gagal menjejaki mereka selagi itu keselamatan negara dihantui dengan pelbagai persoalan. Tambahan pula jika meletus peperangan.

Kita perlu belajar dari sejarah kerana sesiapa yang enggan belajar dari pengalaman lampau maka mereka akan terperangkap untuk kali kedua.

*DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras, Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Resource Centre For The Advancement Of The Community And Housing ( REACH )- HARAKAHDAILY



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/warga-china-yang-hilang-adalah-ejen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kegiatan Penjajaan Tanpa Lesen Warga Asing Di Pasar Harian Selayang Adalah Video Lama Yang Ditularkan Semula

Kegiatan Penjajaan Tanpa Lesen Warga Asing Di Pasar Harian Selayang Adalah Video Lama Yang Ditularkan Semula

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 339 hits
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ingin menjelaskan mengenai video yang telah tular berhubung kegiatan penjajaan tanpa lesen oleh warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang DBKL mendapati video tersebut adalah video lama yan
Lambakan Warga China Pembela Syor Keluarkan Mykad Baharu

Lambakan Warga China Pembela Syor Keluarkan Mykad Baharu

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 459 hits
Mana pergi warga China yang tak pulang ke negara asal 28 04 2020BANGI 5 Ramadan 1441H Selasa Sudah tiba masanya kerajaan mengeluarkan kad pengenalan baharu sebagai langkah mengekang isu lambakan warga China yang tidak mempunyai rekod keluar...
Skandal Ic Warga China Masih Berleluasa

Skandal Ic Warga China Masih Berleluasa

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 256 hits
Media sebelum ini melaporkan beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan polis susulan pembongkaran aktiviti penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang negeri yang dikuasai oleh DAP Paling mengejutkan Jabat...
Duta Negara Ke China Tahu Atau Tidak 2 Kapal Perang Masuk Perairan Negara

Duta Negara Ke China Tahu Atau Tidak 2 Kapal Perang Masuk Perairan Negara

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 334 hits
A KADIR JASINNak tanya Duta Khas Muhyiddin Mohd Yassin ke China bertaraf Menteri Tiong King Sing sudah ke China ka Bukan apa secara kebetulan sebaik saja dia dilantik Duta Khas bertaraf Menteri China hantar dua buah kapal masuk Zon Ekonomi ...
Aku Sokong Skandal Ic Warga China Dan India Di Dedahkan

Aku Sokong Skandal Ic Warga China Dan India Di Dedahkan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 598 hits
Selepas hangat isu pelarian Rohingya Bagi menutup tindakan kelompok Kerajaan tebuk Atap dalam isu rohingya depa cuba mengalihkan isu seolah olah ia dilakukan penyokong PH bagi menutup skandal IC palsu warga Cina dan India Lagi teruk Bekas N...
Dprd Sultra Aneh Warga Dirumahkan Lalu 500 Tka China Mau Didatangkan

Dprd Sultra Aneh Warga Dirumahkan Lalu 500 Tka China Mau Didatangkan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 274 hits
DPRD Sulawesi Tenggara sepakat menolak rencana kedatangan 500 TKA asal China yang akan bekerja di perusahaan PT VDNI Kabupaten Konawe Apalagi saat ini Indonesia tengah menghadapi wabah Corona yang berasal dari Wuhan China Penolakan tersebut...
Warga China Polis Tumpas Sindiket Judi Atas Talian Di 2 Premis Mewah

Warga China Polis Tumpas Sindiket Judi Atas Talian Di 2 Premis Mewah

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 371 hits
Sindiket perjudian atas talian yang beroperasi di 2 premis mewah di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur dianggarkan mengaut keuntungan RM4 5 juta sebulan KUALA LUMPUR Seramai 19 warga China termasuk seorang wanita ditahan kerana dipercayai terba...
Pusat Panggilan Judi Diserbu 44 Warga China Ditahan

Pusat Panggilan Judi Diserbu 44 Warga China Ditahan

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 309 hits
Hasil keuntungan harian sindiket ini adalah RM150 000 KUALA LUMPUR Polis hari ini menahan 44 warga China termasuk lapan wanita dalam serbuan di pusat panggilan judi dalam talian yang beroperasi di empat buah banglo di Taman Bucida Hijauan d...
Warga Emas Hilang Selepas Pulang Dari Klinik

Warga Emas Hilang Selepas Pulang Dari Klinik

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 311 hits
KUANTAN Seorang lelaki warga emas gagal dikesan setelah pulang mengambil ubat dari Klinik Kesihatan Beserah di sini pagi semalam Chan Peng Hong 87 sebelum itu dikatakan memandu keretanya sebuah Perodua Kancil berwarna perak bernombor pendaf...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery