Warga Asing Sanggup Berbaris Seawal 3 Pagi Di Ppv Keningau


 
Kehadiran ramai orang di PPV Dewan Masyarakat Keningau menyebabkan mereka terpaksa beratur sejauh 1km.KENINGAU: Warga asing yang hadir untuk mendapatkan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Keningau semalam sanggup berbaris seawal 3 pagi.
Keadaan itu juga menyebabkan PPV berkenaan sesak, dan mereka yang hadir terpaksa beratur sejauh hampir 1km.
Susulan itu, pihak keselamatan terpaksa menyuraikan warga asing yang masih beratur tanpa menghiraukan prosedur operasi standard (SOP), walaupun telah dimaklumkan mengenai slot yang tersedia.
Kesesakan yang berlaku di hadapan pintu masuk PPV terbabit berjaya dikawal sepenuhnya pada kira-kira 8 pagi.
Seorang warga Indonesia yang ditemui berkata dia dan rakan-rakannya diarahkan oleh majikan untuk hadir tanpa mengetahui bilangan slot dan peraturan mengambil vaksin.
“Kami datang ke sini dari Sook pada 3 pagi, dihantar oleh majikan kami.
“Majikan suruh datang awal kerana terlampau ramai orang tetapi sekarang tidak dapat masuk kerana orang lain yang lambat sampai potong barisan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perubatan Kesihatan Keningau Dr Abdul Qayyum Jumidey, yang juga penyelia PPV berkata, kesesakan hampir serupa turut dialami PPV berkenaan minggu lepas dalam program sama.
Katanya, antara punca kesesakan adalah ada antara warga asing yang tidak tahu menggunakan aplikasi MySejahtera dan mereka hanya mengikut arahan majikan tanpa maklumat lengkap.
“Minggu lalu, kita mengalami insiden serupa dengan keadaan sesak di perkarangan dewan dan di luar pintu masuk.
“Bagaimanapun, kejadian itu berjaya ditangani pihak keselamatan dan kebanyakan yang hadir diminta pulang,” katanya.
Abdul Qayyum berkata, pihaknya sentiasa mengemaskini bilangan kuota vaksin secara “walk-in” berdasarkan kehadiran penerima vaksin warga tempatan dan maklumat yang diterima daripada majikan pekerja asing.
“Untuk kehadiran secara ‘walk- in’ yang ramai, kami sememangnya telah bersedia dengan bantuan kawalan dari pihak RELA dan polis,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai, termasuk warga asing, agar mendapatkan janji temu terlebih dahulu melalui kaunter yang disediakan di pintu masuk dan menerusi aplikasi MySejahtera.
Ini bagi mengurangkan kesesakan dan mengelak perlunya beratur panjang, katanya.
“Setiap hari kita tawarkan lebih kurang 2,500 slot untuk janji temu berbanding hanya 500 untuk ‘walk-in’,” katanya.
“Kita memang menggalakkan orang datang dengan janji temu jika mereka tidak mahu berebut-rebut berbaris pada 3 pagi, 5 pagi untuk mendapatkan slot ‘walk-in’.”
PPV Dewan Masyarakat Keningau beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 4 petang.
Daripada 500 slot ‘walk-in’ yang disediakan di PPV berkenaan, 250 diperuntukkan bagi warga asing. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/08/warga-asing-sanggup-berbaris-seawal-3.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppv Dewan Masyarakat Keningau Sesak Warga Asing Berbaris Seawal 3 Pagi

Ppv Dewan Masyarakat Keningau Sesak Warga Asing Berbaris Seawal 3 Pagi

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 425 hits
Ini keadaan di luar pekarangan PPV Dewan Masyarakat Keningau KENINGAU Berbaris seawal jam 3 pagi bagi mendapatkan slot janji temu vaksin secara walk in Itu yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Masyarakat Keningau apabila warga asing...
Ramai Warga Asing Cuba Nasib Walk In Sprm Nafi Ada Ppv Ambil Rasuah Rm80

Ramai Warga Asing Cuba Nasib Walk In Sprm Nafi Ada Ppv Ambil Rasuah Rm80

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 227 hits
PEKERJA warga asing yang membanjiri Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam semalam langsung tidak mengendahkan SOP ketika menunggu mendapatkan vaksin Covid 19 SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan dakwaan wujud u...
Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

Warganegara Warga Asing Kini Boleh Dapatkan Vaksinasi Walk In Terus Di Seluruh Ppv Sabah

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 423 hits
Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk membenar kan warga Malaysia dan warga asing untuk menerima vaksin secara jumpa terus di semua pusat pemberian vaksin di seluruh Sabah Kota Kinabalu Kerajaan Negeri pada Rabu memutuskan untuk memben...
14 Wanita Warga Asing Terkandas Cari Duit Jadi Pelacur

14 Wanita Warga Asing Terkandas Cari Duit Jadi Pelacur

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 246 hits
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA ABDUL MAJID Mohd Ali menunjukkan gambar wanita warga asing yang ditahan dalam tiga serbuan berasingan Op Noda masing masing di Jalan Limbongan Klebang Kechil dan Taman Melaka Raya Melaka UTUSAN DIYANATUL ATIQAH...
6 Warga Asing Ditahan Ceroboh Perairan Tts Pulau Tiga

6 Warga Asing Ditahan Ceroboh Perairan Tts Pulau Tiga

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 242 hits
6 suspek warga asing yang ditahan Foto Ihsan PGA KOTA KINABALU 6 lelaki ditahan selepas dikesan menceroboh perairan Taman Taman Sabah Pulau Tiga di sini semalam Operasi jam 10 35 malam itu diketuai Pasukan Gerakan Am bersama renjer Taman Ta...
Sarang Pelacuran Diserbu Lima Wanita Warga Asing Diselamatkan

Sarang Pelacuran Diserbu Lima Wanita Warga Asing Diselamatkan

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 388 hits
Siasatan awal mendapati kesemua mangsa mempunyai akses keluar masuk rumah mempunyai telefon bimbit dan mendakwa tidak pernah dikasari sepanjang tinggal di rumah itu PETALING JAYA Menjadikan rumah kediaman sebagai sarang persundalan di ibu k...
Kena Buat La Tiada Suntikan Secara Walk In Kepada Warga Asing

Kena Buat La Tiada Suntikan Secara Walk In Kepada Warga Asing

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 267 hits
Tangkap layar memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP ketika berpusu pusu untuk mendapatkan vaksin di ibu negara hari ini Tiada suntikan secara walk in kepada warga asingPETALING JAYA Kekecohan dan tindakan warga asing berkumpul beramai r...
Ingkar Sop Warga Asing Sampai Berpeluk Untuk Divaksin

Ingkar Sop Warga Asing Sampai Berpeluk Untuk Divaksin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 319 hits
Tangkap layar memaparkan warga asing gagal mematuhi SOP siap berpeluk untuk mendapat vaksin di ibu negara PETALING JAYA Sebuah video memaparkan ratusan warga asing yang berpusu pusu untuk memdapatkan suntikan vaksin secara walk in di ibu ne...
Warga Asing Curi Kulit Kayu Tangar Bernilai Rm52 000 Di Sungai Sugut Paitan Beluran

Warga Asing Curi Kulit Kayu Tangar Bernilai Rm52 000 Di Sungai Sugut Paitan Beluran

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 520 hits
Suspek warga asing yang ditahan selepas menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit tangar Paitan Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai menceroboh hutan simpan dan mengambil kulit kayu tangar dalam kejadian di Sungai Sugut P...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan