Wansyah Kitchen Kangar


Ini merupakan kunjungan kali kedua saya ke restoran Wansyah Kitchen yang terletak di Kangar. Kami datang waktu pagi, masa ni restoran baru memulakan operasi. Pelanggan belum ramai, mudahlah saya nak merakam foto

Bangunan warna oren tu Wansyah Kitchen. Terdapat ruang parkir yang sederhana luas di hadapan restoran. Tapi kalau datang waktu puncak (tengah hari) mungkin susah sikitlah nak cari ruang parkir

Boleh pilih nak makan di luar (ruang terbuka) atau dalam restoran (ruang berhawa dingin). Ruang makan dalam restoran ni pula ada dua ruangan, kami makan di ruangan kedua

Menu utama di sini adalah salai masak lemak cili api (MLCA). Menu lain, antaranya asam pedas dan nasi briyani. Klik foto menu untuk paparan lebih jelas

Nak makan yang ringan pun ada

Hidangan pilihan kami - set itik salai MLCA dan set briyani. Bagi hidangan salai MLCA, kita di beri pilihan sama ada nak masakan salai siap kuah atau kuah asing. Kalau suka masakan salai meresap kuah, pilih siap kuah. Kalau nak menikmati lebih rasa salai, pilih kuah asing
Masa pertama kali datang sini, saya dah cuba menu masak lemak cili api. Jadi kali ini saya cuba nasi briyani pula. Alhamdulillah sedap

Tak cukup makan di restoran, kami beli bungkus beberapa jenis makanan lain untuk makan di rumah dan lauk itik salai MLCA untuk makan pada hari lain (simpan di chest freezer). Maklumlah bukannya dekat rumah kami nak ke sini, iaitu sekitar 23 km. Itik salai dan kuah MLCA diberi asing, sesuailah untuk disimpan buat stok. Bila-bila teringin, boleh panaskan

Alhamdulillah saya rasa seronok dapat jumpa restoran yang menyajikan masakan yang sinonim dengan cita rasa Negeri Sembilan ni. Kalau dulu sewaktu menetap di PP, kena tunggu kami balik rumah NS barulah dapat melepas rindu pada masakan salai MLCA

Rasa masakan salai MLCA di Wansyah Kitchen ni sangat menepati cita rasa saya dan Encik Suami. Tahap pedasnya juga tidaklah terlalu pedas, boleh makan dengan tenang tanpa sibuk mengelap hidung berair dek menahan pedas. Menu lain (setakat yang kami dah cuba) juga menepati selera

Harga makanan di sini juga sangat berpatutan. Ruang makan yang selesa dan bersih, serta servis pantas dan mesra. Memang membuat kami mengulang datang ke sini


****************************************************
WANSYAH KITCHEN1800-C, Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok,01000 Kangar,Perlis.Pertanyaan/tempahan : 016 343 1585
Google Maps | Wansyah Kitchen
Waktu operasi :Setiap hari | 10 pagi - 5 petangTutup | Jumaat





.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/07/wansyah-kitchen-kangar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dinner Di D Matahari Thai Kitchen Senawang

Dinner Di D Matahari Thai Kitchen Senawang

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 132 hits
Assalamualaikum Malam semalam SA ngan Dania berdua dinner di D Matahari Thai Kitchen kat Matahari Heights Senawang sana tekak SA ni nak makan tomyam orang dah kebah demam macam macam hal kan tapi nasib ada Dania nak melayan kalau PZ memang ...
Pes Sambal Azie Kitchen

Pes Sambal Azie Kitchen

papar berkaitan - pada 16/7/2024 - jumlah : 121 hits
Bila ada masa saya akan menyediakan pes untuk beberapa jenis masakan terutama yang jenis bersambal Kenapa sambal Sebab apa apa tumisan yang menggunakan cili kering kisar mesti ditumis lama lama dan benar benar masak dan garing Untuk memasti...
Resepi Paling Mudah French Beans Garlic

Telemovie Terompak Sana Tertukar Sini Lakonan Elly Mazlein Zamarul Hisham

Level Up Your Hustle With The Ai Powered Galaxy Z Fold6

Pas Tadbir Pahang Pula K Jaan Perpaduan X Padu

Seram Pesawat Mas Dah Banyak Kali Berpatah Balik

Henti Tutup Mulut Kami Atau Anak Muda Sanggup Ke Jalanan

Serangan Memerang Di Kota Kinabalu Menyebabkan Seorang Pelari Cedera Parah

Must Read Pusat Pembuangan Anak Al Tahfiz Al Madrasah Al Rumah Amal


echo '';
Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama Slot Megadrama Astro Ria

Hamba Laut Masalah Perhambaan Asia Tenggara Yang Meruncing


Pemuda Pas Terbuka Bekerjasama Dengan Umno Sekiranya Parti Itu Keluar Kerajaan Perpaduan

Alfonso An Outrageous Bmw Boxer From The Netherlands

Masak Kari Ayam Udang Goreng Kunyit

Strategies For Maximizing Wins On Slot Gacor Sites

Comeback Selepas Keluar Tentera Nam Dareum Dilapor Akan Terajui Drama Bersejarah Baru

Tingkatkan Imuniti Dan Kualiti Tidur Dengan Gkb Z Well Dan Gkb Tiger Milk Mushroom