Wanita Yang Sukar Masuk Syurga
Ada beberapa sifat wanita yang sukar masuk syurga.
1. Enggan Taat Pada Suami
Al-Hushain bin Mihshan menceritakan bahwa makciknya pernah datang ke tempat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kerana satu keperluan. Selesai dari keperluan tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepadanya:
أَذَاتُ زَوْجٍ أَنْتِ؟ قَالَتْ: نَعَمْ. قَالَ: كَيْفَ أَنْتِ لَهُ؟ قَالَتْ: مَا آلُوْهُ إِلاَّ مَا عَجَزْتُ عَنْهُ. قَالَ: فَانْظُرِيْ أينَ أَنْتِ مِنْهُ، فَإنَّمَا هُوَ جَنَّتُكِ وَنَارُكِ
“Apakah engkau sudah bersuami?” Makcik Al-Hushain menjawab: “Sudah.” “Bagaimana (sikap) engkau terhadap suamimu?”, tanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lagi. Dia menjawab: “Aku tidak pernah mengurangi haknya kecuali dalam perkara yang aku tidak mampu.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Lihatlah di mana keberadaanmu dalam pergaulanmu dengan suamimu, kerana suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR. Ahmad, 4:341 dan selainnya)
Dari ‘Abdurrahman bin ‘Auf radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), serta betul-betul menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina), dan benar-benar taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita yang memiliki sifat mulia ini: ‘Masuklah ke dalam syurga melalui pintu mana saja yang engkau suka’.” (HR. Ahmad, 1:191 dan Ibnu Hibban, 9:471. Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahwa hadith ini sahih)
2. Kurang Bersyukur Pada Pemberian Suami
Dari Imran bin Husain radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء
“Aku diperlihatkan di syurga, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” (HR. Bukhari, no. 3241 dan Muslim, no. 2737)
Adapun sebabnya, Nabi shallallahu ’alaihi wasallam ditanya tentang hal itu, lalu baginda menjelaskan dalam riwayat ‘Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوا: لِمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيْلَ: يَكْفُرْنَ بِاللهِ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ اْلإِحْسَانَ، لَوْ أَحْسَنْتَ إِلىَ إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ، ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ: مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
“Aku diperlihatkan neraka. Aku tidak pernah melihat pemandangan seperti hari ini yang sangat mengerikan. Dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya: “Kenapa boleh seperti itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Kerana kekufurannya.” Lalu ada yang berkata: “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab: “Mereka kufur terhadap pasangannya, maksudnya adalah mengingkari kebaikannya. Jika engkau berbuat baik kepada isterimu sepanjang tahun, kemudian dia melihat engkau tidak berbuat baik padanya sekali saja, pasti dia akan mengatakan: ‘Aku tidak melihat kebaikan sedikit pun padamu’.” (HR. Bukhari, no. 1052)
Dari Abu Said Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar waktu Aidil Adha atau Aidill Fitri dan melewati para wanita dan bersabda:
“Wahai para wanita, keluarkanlah sedekah kerana aku diperlihatkan bahwa kebanyakan penghuni neraka adalah dari kalangan kalian.” Mereka berkata: “Kenapa wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Kalian sering mengumpat dan mengingkari pemberian suami.” (HR. Bukhari, no. 304)
Dalam riwayat lain baginda bersabda:
“Bersedekahlah para wanita kerana kebanyakan dari kalian itu menjadi bara api neraka Jahanam.” Maka ada wanita bangsawan dan kedua pipinya berwarna (merah) berdiri bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Kerana kalian seringkali mengadu dan mengkufuri pemberian suami.” Maka para wanita mulai bersedekah dan melemparkan gelang, rantai, dan cincinnya ke pakaian Bilal.” (HR. Muslim, no. 885)
3. Wanita yang mewarnakan rambutnya, khususnya dengan warna hitam
Dari ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma,Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
يَكُونُ قَوْمٌ يَخْضِبُونَ فِي آخِرِ الزَّمَانِ بِالسَّوَادِ كَحَوَاصِلِ الْحَمَامِ لَا يَرِيحُونَ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ
“Pada akhir zaman nanti akan ada orang-orang yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam seperti warna majoriti dada merpati, mereka tidak akan mendapat bau syurga.” (HR. Abu Daud, no. 4212)
4. Wanita yang meminta cerai tanpa suatu alasan
Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلاَقًا فِى غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ
“Wanita mana saja yang meminta talak (cerai) tanpa ada alasan yang jelas, maka haram baginya mencium bau syurga.” (HR. Abu Daud, no. 2226; Tirmidzi, no. 1187; dan Ibnu Majah, no. 2055. Abu Isa At-Tirmidzi mengatakan bahawa hadith ini hasan. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini sahih)
Al-Hafizh Al-Mubarakfuri rahimahullah berkata bahawa kenikmatan yang pertama kali dirasakan penduduk syurga adalah mendapatkan baunya syurga. Inilah yang didapatkan oleh orang-orang yang berbuat baik. Sedangkan yang disebutkan dalam hadith adalah wanita tersebut tidak mendapatkan bau syurga itu. Hal ini menunjukkan ancaman bagi isteri yang memaksa minta diceraikan tanpa alasan. (Tuhfah Al-Ahwadzi, 4:381, Penerbit Darus Salam. Al-‘Azhim Abadi juga menyebutkan hal yang sama dalam ‘Aun Al-Ma’bud, 6:201, Penerbit Darul Minhal)
5. Wanita yang mengaku keturunan orang lain
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَنْ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ لَمْ يَرَحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ قَدْرِ سَبْعِينَ عَامًا أَوْ مَسِيرَةِ سَبْعِينَ عَامًا قَالَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“Barangsiapa mengaku keturunan dari orang lain yang bukan ayahnya sendiri tidak akan mendapatkan bau syurga. Padahal bau syurga telah tercium pada jarak tujuh puluh tahun, atau tujuh puluh tahun perjalanan.” (HR. Ahmad, 10:96. Al-Haitsami dalam Majma’ Az-Zawaid, 1:103 menyatakan bahawa perawi hadith ini sahih)
6. Wanita yang berpakaian tetapi telanjang
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat: (1) suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi, dengannya dia memukuli orang; (2) wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, mereka berlenggak-lenggok dan condong (dari ketaatan), rambut mereka seperti bonggol unta yang senget, mereka tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau syurga itu tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini.” (HR. Muslim, no.2128)
Oleh: Rumaysho
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2019/08/wanita-yang-sukar-masuk-syurga.html