Wanita Bersalin Atas Bot Penambang


PEGAWAI polis memeriksa keadaan bayi yang baru dilahirkan dibantu orang ramai. FOTO Ihsan PDRM.


Kota Kinabalu: Tindakan pantas pasukan polis berjaya menyelamat nyawa seorang wanita bersama bayinya yang baru dilahirkan di atas bot penambang di Jeti Penambang dekat SAFMA, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, wanita berusia lingkungan 30-an yang tinggal di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, dikatakan terpaksa dibawa menaiki bot selepas mengadu sakit mahu bersalin.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, wanita terbabit tidak dapat menahan dan terus melahirkan anak di atas bot penambang berkenaan.

Kehadiran mereka di jeti pasar berkenaan menarik perhatian pasukan polis yang sedang berkawal berikutan kawasan Pulau Gaya diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sebaik diperiksa, pasukan polis dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka mengangkat wanita dan bayinya ke atas jeti.

Pasukan polis yang diketuai Asisten Superintendan Johri Rubinsin bersama dua anggota polis dan Rela menghubungi talian kecemasan 999 sebelum disambungkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Johri yang memeriksa wanita itu memaklumkan kepada doktor bertugas bahawa keadaannya sudah kelesuan dipercayai akibat kehilangan banyak darah, selain bayi yang masih bersambung dengan uri pada tali pusat.

Doktor kemudian meminta Johri mengikat uri bayi bagi mengelakkan jangkitan kuman sementara menunggu kehadiran ambulans .

Keadaan lebih terkawal selepas ketibaan pasukan paramedik HQE I yang kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum membawa wanita terbabit bersama anaknya ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, wanita terbabit kini berada dalam keadaan selamat di HQEI bersama bayi perempuannya.

Katanya, IPD Kota Kinabalu juga ingin menjadikan bayi itu sebagai anak angkat.

"IPD Kota Kinabalu juga merancang untuk melawatnya di hospital namun tertakluk kepada kebenaran pihak HQEI," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/wanita-bersalin-atas-bot-penambang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Diceraikan Suami Selepas 2 Minggu Bersalin Wanita Tertekan Cuba Terjun Bangunan

Diceraikan Suami Selepas 2 Minggu Bersalin Wanita Tertekan Cuba Terjun Bangunan

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 607 hits
Emosi bagi si ibu yang baru melahirkan anak selalu berada dalam keadaan tidak setabil disini sokongan dari segi mental dan fizikal amatlah penting sekali bagi mereka mengharungi hari dengan baikNamun berbeza dengan kisah seorang wanita ini ...
Wanita Selamat Bersalin Dalam Kereta Dibantu Pegawai Bomba

Wanita Selamat Bersalin Dalam Kereta Dibantu Pegawai Bomba

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 325 hits
Wanita selamat bersalin dalam kereta dibantu pegawai bomba Seorang wanita melalui detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayi dalam kereta dibantu pegawai bomba di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat di Shah Alam Selangor semalam Kejadi...
Respons Wagub Dki Atas Kartu Vaksin Syarat Masuk Kantor Dan Area Publik

Respons Wagub Dki Atas Kartu Vaksin Syarat Masuk Kantor Dan Area Publik

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 368 hits
Dia menegaskan keharusan menunjukkan kartu vaksin baru berlaku di sektor transportasi
Pelbagai Pilihan Permainan Interaktif Atas Talian Percuma Untuk Isi Masa Terluang

Pelbagai Pilihan Permainan Interaktif Atas Talian Percuma Untuk Isi Masa Terluang

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 768 hits
Pelbagai Pilihan Permainan Interaktif Atas Talian Percuma Untuk Isi Masa Terluang Pernah lah dengar orang cakap permainan atas talian atau game ni permainan yang membuang masa melalaikan dan tidak berfaedah Pendapat masing masing kan Tapi b...
Tradisi Skilot Pasuruan Selancar Seru Di Atas Lumpur

Tradisi Skilot Pasuruan Selancar Seru Di Atas Lumpur

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 281 hits
Sudah ada sejak tahun 1990 Skilot kini menjadi atraksi tahunan Tradisi ini juga menjadi wisata pantai khas Ledok Skilot menjadi warisan budaya tak benda Indonesia yang tetap lestari hingga kini
Hiburan Shuk Sahar Tenang Jawab Isu Video Tidak Berbaju Atas Katil

Hiburan Shuk Sahar Tenang Jawab Isu Video Tidak Berbaju Atas Katil

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 392 hits
Sebentar tadi kami ada kongsikan pendedahan dari Farah yang menaikkan video menunjukkan seorang lelaki tidak berbaju Kini pelawak Shuk Sahar yang dikaitkan dengan Farah telah menafikan perkara itu kerana ia bukan video baharu seperti didakw...
Kekasih Gelap Tagih Hutang Video Mirip Pelawak Tak Berbaju Atas Katil Hotel Tular

Kekasih Gelap Tagih Hutang Video Mirip Pelawak Tak Berbaju Atas Katil Hotel Tular

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 434 hits
Nampaknya kontroversi seorang pelawak terkenal isterinya serta wanita yang dipercayai kekasih gelapnya kembali menjadi sorotan netizen susulan tindakan kekasih gelapnya memuat naik beberapa video pelawak tersebut diatas katil tidak berbaju ...
Lelaki Mati Dipercayai Dibunuh Atas Katil

Lelaki Mati Dipercayai Dibunuh Atas Katil

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 281 hits
Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui mati terbaring di atas katil di sebuah premis di Lorong Ceylon Bukit Bintang di sini awal pagi tadi KUALA LUMPUR Seorang pengawal keselamatan ditemui mati terbaring di atas katil di sebuah premis di L...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

Kg Papan Residents Protest At Bnm Demand Promised Homes

Iium Dons Urge Action After Romans Learned Shipbuilding From Malays Remark

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amanah Saham Bumiputera Auto Labur Kelebihan Dca Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Insomniacks Seperti Dulu

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi