Wanita Antara Fitnah Dan Kemuliaan



SOALAN:
Apakah benar wanita merupakan fitnah yang paling bahaya buat lelaki?

JAWAPAN:
Allah SWT mencipta setiap makhluk itu secara berpasang-pasangan seperti lelaki dan wanita, siang dan malam, langit dan bumi dan sebagainya. Akan tetapi, Allah SWT telah memilih manusia sebagai makhluk yang paling terbaik kerana dikurniakan akal fikiran.

Selain itu, antara tujuan lain Allah SWT menciptakan manusia adalah untuk menguji mereka dengan ditimpa ujian-ujian supaya Allah SWT mengetahui siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Di samping itu juga, Allah SWT menjadikan wanita sebagai salah satu ujian atau fitnah buat kaum lelaki. Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia suka kepada perkara-perkara yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan.” (Ali-Imran:14)

Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang jelas menunjukkan bahawa wanita merupakan fitnah bagi kaum lelaki. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan ramai lagi iaitu:

Daripada Usamah bin Zaid R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.” [Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]

Menurut Syeikh Abdullah al-Talidi, hadith ini bermaksud selepas daripada kewafatan Nabi SAW, fitnah yang paling bahaya ditinggalkan oleh Rasulullah SAW adalah fitnah wanita iaitu Allah SWT menjadikan wanita apabila dilihat akan menimbulkan syahwat dan kaum lelaki mudah tergoda dengan mereka. Untuk itu, fitnah wanita adalah fitnah yang paling besar kerana pada dirinya semua fitnah seperti suaranya, rupa parasnya, pergerakannya dan sebagainya.

Disebabkan itu, Rasulullah SAW berpesan kepada kaum lelaki supaya mereka berhati-hati atau menjauhkan diri daripada melihat wanita ini (yang bukan mahramnya), berdua-duan dengannya, bercampur dengan mereka dan seumpamanya.

Hal ini, diperakui oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani bahawa wanita adalah fitnah yang paling bahaya berbanding selain daripada mereka. [Lihat: Jawahir al-Bihar, 668/2]

Begitu juga sebuah hadith daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
“Berhati-hatilah dengan dunia dan berhati-hatilah dengan (fitnah) wanita. Sesungguhnya fitnah terawal yang berlaku pada golongan Bani Israil adalah pada wanita.” [Riwayat Muslim (2742)]

Hadith di atas turut menyebutkan supaya seseorang lelaki Muslim itu perlulah bertakwa kepada orang perempuan dalam erti kata menjadikan benteng perisai di antara dirinya dalam pergaulan dengan orang perempuan supaya tidak terjebak kepada fitnah.

Imam al-Nawawi Rahimahullah ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Jauhkanlah diri kamu dari terfitnah dengan dunia dan juga orang perempuan.” [Lihat al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi, 17/213]

Kemuliaan Wanita

Dalam membicarakan isu fitnah wanita, ia bukanlah bermakna wanita itu dianggap negatif menurut pandangan syarak. Bahkan syarak sangat memuliakan dan meninggikan kedudukan wanita itu sendiri. Begitu banyak kelebihan wanita yang disebutkan oleh nas-nas yang sahih. Di antaranya adalah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏ [Riwayat Muslim (715)]

Imam al-Qurthubi menafsirkan makna wanita yang solehah dalam hadith tersebut dengan katanya: “Iaitu (wanita) yang menggembirakan (suami) apabila dilihat, apabila diberi arahan dia taat, dan apabila ketiadaan suaminya dia memelihara (kehormatan suaminya) pada dirinya dan juga hartanya.”

Hal ini merujuk kepada sabda Nabi SAW:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ
“Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah? Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.” [Riwayat Abu Daud (1664)]

Begitu juga seorang wanita yang baik adalah mereka merupakan isteri yang menjadi tunjang kekuatan kepada suami mereka. Hal inilah yang ditunjukkan oleh Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid R.Anha apabila Rasulullah SAW berada dalam keadaan takut yang bersangatan usai menerima wahyu yang pertama, Khadijah menenangkan baginda dengan katanya:

كَلاَّ وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الْكَلَّ، وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ‏
“Sama sekali tidak demi Allah, Dia tidak akan menghinakan kamu. Sesungguhnya kamu adalah orang yang menghubungkan silaturahim, menanggung bebanan orang miskin, membantu orang yang kesusahan, menyambut dan memuliakan tetamu, serta membantu orang yang berhak.” [Riwayat al-Bukhari (3)]

Penutup

Kesimpulannya, setiap insan atau manusia yang mampu mengawal nafsu dan syahwatnya akan terselamat daripada fitnah ini. Kerana itu, agama Islam telah mengajar atau meletakkan beberapa garis panduan dalam kepada kaum lelaki apabila berinteraksi dengan wanita dan begitu juga sebaliknya. Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara kita daripada fitnah wanita ini serta menjadikan wanita-wanita Islam ini sebagai wanita yang solehah. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/wanita-antara-fitnah-dan-kemuliaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

Isteri Pendakwah Selebriti Dedah Temui Video Berahi Suami Dengan Wanita Lain

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 1299 hits
Sejak kebelakangan ini ada saja kontroversi terpalit beberapa pendakwah selebriti Nampaknya baru baru ini timbul satu lagi kisah membabitkan seorang lagi pendakwah kelahiran The post appeared first on
Wanita Sebenarnya Lagi Suka Lelaki Yang Macam Ayah Ayah Berbanding Lelaki Sado

Wanita Sebenarnya Lagi Suka Lelaki Yang Macam Ayah Ayah Berbanding Lelaki Sado

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 478 hits
Satu Survey yang telah mengumpulkan respon daripada 2 000 wanita dan 70 daripadanya setuju mereka lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai tubuh badan lebih besar dengan berat lebih 10kg daripada beratnya Ini adalah kerana pada pandangan...
Pembongkaran Terbaru Wanita Uighur Dimandulkan Demi Menghapus Keturunan Etnik

Pembongkaran Terbaru Wanita Uighur Dimandulkan Demi Menghapus Keturunan Etnik

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 445 hits
Isu Uighur kembali hangat diperkatakan setelah tindakan seorang bintang bola sepak terkenal Mesut Ozil bersuara mengenai penindasan yang dilakukan serta mengkritik negara negara Islam yang hanya berdiam diri mengenai perkara ini Ini menyeba...
Tak Kunjung Nikah Di Usia 30 Tahun Wanita Ini Dihajar Ibunya Pakai Linggis

Tak Kunjung Nikah Di Usia 30 Tahun Wanita Ini Dihajar Ibunya Pakai Linggis

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 286 hits
Memiliki pasangan tentu saja menjadi impian banyak orang Namun adakalanya kita baru menemukan pasangan hidup yang sebenarnya di usia tertentu Menjomlo terlalu lama ternyata harus jadi masalah besar bagi wanita yang satu ini Seorang wanita d...
Pegawai Bumd Di Muba Tembak Mati Wanita Yang Dituduh Perusak Keluarga Mertua

Pegawai Bumd Di Muba Tembak Mati Wanita Yang Dituduh Perusak Keluarga Mertua

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 251 hits
Seorang pegawai BUMD di Kabupaten Musi Banyuasin Sumatera Selatan berinisial JH menembak mati seorang wanita yang dituduhnya sebagai perusak keluarga mertuanya Sempat buron empat tahun pelaku akhirnya diringkus polisi
Wanita Dipercayai Maut Akibat Kesejukan Tunggu Ambulans Tak Kunjung Tiba

Wanita Dipercayai Maut Akibat Kesejukan Tunggu Ambulans Tak Kunjung Tiba

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 287 hits
Seorang wanita terpaksa menunggu hampir enam jam di atas lantai beku dengan keadaan sakit apabila ambulans yang ditunggunya tidak tiba Dia dikatakan telah tergelincir hingga menyebabkan kakinya patah Pada ketika itu suaminya dikatakan berad...
7 Alasan Wanita Perlu Rajin Konsumsi Pepaya

7 Alasan Wanita Perlu Rajin Konsumsi Pepaya

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 210 hits
7 Alasan wanita perlu mengonsumsi pepaya secara rutin antara lain karena pepaya kaya vitamin serat dan khasiat antikanker
Kenali Gejala Penyakit Jantung Yang Dialami Oleh Wanita

Kenali Gejala Penyakit Jantung Yang Dialami Oleh Wanita

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 172 hits
Penyakit jantung pada perempuan dapat dikenali lewat beberapa gejala seperti rasa nyeri atau tidak nyaman pada dada pegal di daerah tubuh atas seperti leher dan punggung sesak napas sering berkeringat dingin nyeri kepala ringan mendadak ser...
Wanita Dewasa Dimandulkan Untuk Hapuskan Keturunan Uighur

Wanita Dewasa Dimandulkan Untuk Hapuskan Keturunan Uighur

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 492 hits
Kisah kesengsaraan etnik Uighur bagaikan tiada kesudahan Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kekejaman kerajaan China terhadap etnik minoriti itu seolah olah tidak memberi kesan walau sedikit pun Loading Malah pemain bola sepak dunia M...
How Does Private Equity Actually Work

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

Pondok Abuya

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine