Walaupun Tak Makan Selama 24 Jam Kuantiti Nutrisi Susu Ibu Tak Terjejas


Adakah menyusu badan ketika berpuasa boleh mendatangkan kesan kepada anak? Bagaimana pula caranya untuk mengekalkan bekalan susu pada bulan Ramadan?

Bolehkah ibu menyusu badan ketika berpuasa?
Sama seperti ibu hamil yang ingin berpuasa, ibu yang menyusu badan juga diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Kebanyakan sarjana Islam percaya wanita yang menyusu dibenarkan untuk tidak berpuasa, sama seperti mereka yang tidak sihat atau sedang bermusafir.
Hakikatnya, sama ada anda mahu berpuasa atau tidak, ia harus bergantung kepada beberapa perkara dan paling utama melibatkan usia bayi.
Dikatakan terdapat perbezaan antara bayi yang masih kecil dan hanya menyusu berbanding bayi berusia setahun yang sihat serta sudah mengambil makanan pejal lain.
Sebelum memutuskan sebarang keputusan, sebaiknya anda disarankan untuk merujuk kepada:
Ahli keluarga atau rakan-rakan yang pernah mempunyai pengalaman menyusu badan ketika berpuasa Doktor atau pakar berkaitan penyusuan Pakar agama Wujudkah risiko kepada bayi menyusu badan ketika berpuasa?
Sebenarnya, berpuasa tidak akan mendatangkan sebarang risiko bahaya kepada bayi.
Ini kerana badan anda masih boleh menghasilkan susu semasa anda berpuasa. Pengambilan kalori yang kurang seharusnya tidak akan menjejaskan jumlah penghasilan susu.

Sistem badan secara automatik akan membuat penyesuaian dan mengubah cara penggunaan kalori yang ada serta membebaskan tenaga dengan lebih baik sebagai tindak balas kepada kekurangan makanan dan air.
Dikatakan, sekiranya seorang wanita yang menyusu badan tidak makan selama 24 jam, kuantiti dan nilai nutrisi susu yang terhasil tidak akan terjejas.
Malahan, sekiranya berlaku perubahan pada badan, sudah tentu anda akan dapat merasainya terlebih dahulu dan akan berhenti berpuasa jika kesan tersebut menjejaskan penghasilan susu.

Bagaimana risiko terhadap diri jika menyusu badan?
Selalunya, wanita yang menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan dan menyusukan anak, tidak akan mengalami sebarang masalah. Badan anda dipercayai dapat bertahan sepanjang tempoh berpuasa itu.
Walau bagaimanapun, proses penyusuan pastinya akan membuatkan anda berasa lebih dahaga. Jika anda mengalami dehidrasi semasa berpuasa, anda akan berasa tidak sihat.
Antara tanda dehidrasi yang boleh dikenal pasti adalah:
Berasa sangat dahaga Air kencing berwarna gelap dan berbau kuat Berasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu Berasa sakit kepala atau sebarang kesakitan lain Jika anda menyedari sebarang tanda yang dinyatakan, anda disarankan untuk berbuka dengan meminum air dan berehat.
Jika keadaan masih tidak berubah selepas 30 minit, dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
Seperti yang dinyatakan, berpuasa tidak akan menjejaskan penghasilan susu, tetapi perhatikan tanda-tanda jika bayi tidak mendapat susu yang mencukupi, seperti:
Kurang membuang air, bayi baru lahir perlu kencing beberapa kali sehari Najis berwarna kehijauan Tangisan nyaring dan berpanjangan atau kerap meragam Turun atau tidak berat badan si manja 7 tip untuk berpuasa semasa menyusu badan
Jika anda berasa bayi kuat menyusu badan ketika berpuasa, berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh anda amalkan bagi memastikan penghasilan susu tidak terjejas.
Pengambilan air mencukupi
Adalah normal untuk berasa dahaga ketika berpuasa. Jadi anda disarankan untuk memastikan pengambilan 2-3 cawan air pada waktu sahur dan berbuka pada bulan Ramadan.
Selepas berbuka, pastikan ada botol air berhampiran anda untuk memudahkan anda minum. Sebolehnya, cuba untuk habiskan 2 botol air.
Sekiranya anda bangun pada tengah malam untuk menyusukan bayi, jangan lupa untuk minum sedikit air.
Elakkan air manis agar anda dapat memfokuskan kepada pengambilan air kosong yang secukupnya.
Smoothie pada waktu sahur
Sebagai tambahan kepada makanan bersahur yang biasa, anda boleh menambahkan jumlah kalori dengan pengambilan smoothie.
Jika anda tidak mampu mengambil segelas penuh smoothie, cuba untuk mengambil secawan smoothie pada ketika bersahur.
Elakkan makanan bergoreng
Pengambilan kalori yang cukup ketika menyusukan bayi adalah penting, tetapi pengambilan makanan bergoreng secara berlebihan tidak akan memberikan sebarang manfaat nutrisi kepada anda dan bayi.
Pemakanan seimbang dan berkhasiat
Dengan memastikan hidangan makanan anda mempunyai protein, pelbagai sayuran dan karbohidrat semasa bersahur dan berbuka dapat membantu anda melakukan proses menyusu badan ketika berpuasa dengan lancar.
Elakkan makanan yang tinggi kandungan garam bagi mencegah anda cepat berasa dahaga dan keletihan.
Snek selepas berbuka
Beberapa jam selepas berbuka puasa dan sebelum tidur, dapatkan nutrisi tambahan dan kalori dengan pengambilan snek sihat yang dapat membantu menambah tenaga.
Suplemen tambahan
Pengambilan suplemen tambahan pastinya dapat membantu membekalkan tenaga yang diperlukan bagi menyusu badan ketika berpuasa.
Namun, sebelum itu, dapatkan nasihat serta pandangan doktor sekiranya anda mungkin perlu mengambil sebarang supleman tambahan ketika bulan Ramadan.
Pam secara konsisten
Semakin anda kerap menyusu badan, maka akan wujud rangsangan untuk menghasilkan lebih banyak susu. Ia berkait rapat dengan sistem supply & demand.
Lakukan proses pam susu dengan konsisten bagi menghasilkan bekalan susu yang mencukupi. Jika perlu, lakukan juga proses mengepam susu pada waktu malam.

Menyusu seperti biasa
Adalah penting untuk memastikan dan mengekalkan jadual penyusuan bayi seperti biasa. Ini untuk mengelakkan sebarang kemerosotan dalam penghasilan susu.
Sentiasa berada dalam keadaan positif bahawa anda akan dapat memberikan susu yang mencukupi buat si kecil. Elakkan daripada berada dalam keadaan stres, okay mommies?
Kredit: Hello Doktor

Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz

Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
The post Walaupun Tak Makan Selama 24 Jam, Kuantiti & Nutrisi Susu Ibu Tak Terjejas appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/walaupun-tak-makan-selama-24-jam-kuantiti-nutrisi-susu-ibu-tak-terjejas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

Hiburan Guru Minta Pelajar Non Muslim Makan Sorok Sorok Ibu Bapa Sangka Anak Dipaksa Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 263 hits
Sempena bulan Ramadan kebanyakkan sekolah akan membuat satu polisi dimana kantin sekolah akan ditutup bagi memastikan setiap murid beragama Islam berpuasa dan untuk murid bukan Islam pula mereka digalakkan untuk membawa bekalan dari rumah t...
Resipi Susu Kurma Ajwa Milkbooster Untuk Ibu Menyusu Memang Meriah

Resipi Susu Kurma Ajwa Milkbooster Untuk Ibu Menyusu Memang Meriah

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 130 hits
Assalammualaikum Hai korang Alhamdulillah hari ni genap lah 44 hari aku berpantang dan dengan itu Umar pun offically dah 44 hari Cepat sangat masa berlalu aduh tak rasa waktu kan Umar Hana Aqilah UmarCabaran masa berpantang antara anak pert...
Makan Manis Waktu Anak Berbuka Buat Anak Jadi Craving Tak Ada Nutrisi Pun Dr Izzar

Makan Manis Waktu Anak Berbuka Buat Anak Jadi Craving Tak Ada Nutrisi Pun Dr Izzar

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 204 hits
Melayan anak anak yang baru belajar berpuasa memang seronok Sebolehnya apa sahaja yang dimahukan anak ketika berbuka puasa kita mahu tunaikan Namun perlu beringat jangan diberikan gula yang berlebihan Inilah yang dikongsikan oleh Dr Izzar A...
Wanita Ini Mengigil Sedih Hanya Mampu Tatap Wajah Ibu Kali Terakhir Dihari Kepulangannya

Wanita Ini Mengigil Sedih Hanya Mampu Tatap Wajah Ibu Kali Terakhir Dihari Kepulangannya

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 173 hits
Satu kebimbangan buat anak anak yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa adalah apabila mendengar berita tidak diingani berlaku kepada orang tua mereka Lagi tidak terbayang apabila tidak dapat melepaskan rindu malah terpaksa terpisah buat sel...
Tangan Mengg1gil Selak Kain K4fan Ibu Wanita Ini Berlari Ke Kvbur T4kut Tak Sempat Tatap Wajah Arw4h

Tangan Mengg1gil Selak Kain K4fan Ibu Wanita Ini Berlari Ke Kvbur T4kut Tak Sempat Tatap Wajah Arw4h

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 136 hits
Rakaman memaparkan seorang wanita berlari ke tanah perkvburan sebelum jen4zah ibunya dikebvmikan ternyata meruntun hati netizen Difahamkan ibu kepada wanita itu men1ngg4l dvnia pada ketika dia dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halama...
Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

Ibu Sedih Anak Menderita Kulit Bertompok Bersisik 25 Kali Bersalin Kulit Sepanjang Usia

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 173 hits
Kisah ini dikongsikan oleh Fatin Suhana yang merupakan ibu kepada kanak kanak tersebut Melihat sendiri anak diuji sebegini rupa wanita ini memilih untuk tabah dan redha demi anak kecilnya itu Adik Izzat ini menderita dengan penyakit Psorias...
Hiburan Pemuda Dapat Result Cemerlang Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

Hiburan Pemuda Dapat Result Cemerlang Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 191 hits
Setiap keluarga mempunyai pendapatan yang berbeza antara satu sama lain Ada ibu bapa yang mampu memberikan kemewahan kepada anak anak dan ada juga ibu bapa yang mampu memberikan sesuatu yang mencukupi bagi anak anak sebagai penghargaan Wala...
16 Sebab Kenapa Susu Badan Kurang Bukan Kerana Puasa Semata

16 Sebab Kenapa Susu Badan Kurang Bukan Kerana Puasa Semata

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 141 hits
susu badan kurang bayi ibu tak cukup susuSiapa je yang tak pernah ada pengalaman susu badan kurang di bulan ramadan Susu badan kurang biasanya disebabkan oleh faktor utama yang satu ini iaitu kurangnya pengetahuan mengenai laktasi Kebanyaka...
Resepi Agar Agar Laici Susu Lemak Manis

Resepi Agar Agar Laici Susu Lemak Manis

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 201 hits
Alhamdulillah hari ini dah masuk hari ke 3 kita umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa untuk tahun 2022 atau bersamaan 1443H Dua tahun kita di uji dengan pendamik yang menjadikan suasana puasa dan raya yang amat menyedihkan Kini...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord