Walau Ceramah Tanpa Kehadiran Penonton Keadilan Dikompaun Rm10 000


 



Larangan berkempen secara berhimpun dikuatkuasakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah bagi mengelakkan kontak fizikal yang boleh menimbulkan kluster Covid 19.


Namun malangnya, percubaan KEADILAN menganjurkan ceramah bergerak malam tadi tanpa penonton fizikal, tetap dikompaun RM10,000 dan menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan di Melaka.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, program penerangan tanpa melibatkan perkumpulan fizikal sepatutnya tidak dihalang kerana tidak menimbulkan kemungkinan jangkitan Covid.


"KEADILAN memikirkan cara munasabah untuk kita menjalankan kempen tanpa adanya dua elemen, iaitu perhimpunan yang akan mewujudkan keadaan sukar dilakukan penjarakan sosial serta majlis sosial.


"Justeru kita memulakan kempen ceramah bergerak tanpa penonton. Konsep kita gunakan lori, kita ubah suai jadi pentas ceramah di kawasan taman perumahan. Lori itu mempunyai alat pembear suara cukup kuat.


"Kita buat di dua lokasi malam tadi, iaitu di Taman Seri Krubong dan Taman Krubong Jaya dalam DUN Paya Rumput. Dalam ceramah yang hadir penceramah, petugas, rakan media, pegawai dan polis


"Pendengar duduk di rumah di pinggir rumah masing-masing atau di media sosial. Kita ceramah dalam 30 minit dan kita bergerak ke tempat lain


"Namun saya kesal sewaktu kami menganjurkan program itu di Taman Krubong Jaya pasukan polis mengeluarkan kompaun yang menyatakan kesalahan engkar SOP kerana adakan kempen pilihan raya," katanya dalam sidang media secara maya dari Melaka sebentar tadi.


Pada masa sama, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut menafikan ceramah semalam merupakan kempen pilihan raya kerana proses penamaan calon belum bermula.


Katanya, pemberitahuan telah dilakukan kepada pihak polis di bawah Akta Perhimpunan Aman dan permit ceramah tidak perlu dipohon untuk program penerangan biasa.


"Ini kita kesalkan kerana buat pertama kali KEADILAN cuba jadi parti kreatif, kita guna pendekatan lebih teliti dan tidak berlaku kontak fizikal namun kita kesal polis masih keluarakn kompaun kerana adakan kempen


"Kita tahu PRN hanya berlaku apabila mula penamaan calon


"Semalam kita hanya lakukan program penerangan untuk menyediakan pengundi yang akan keluar mengundi mengenai isu terkini berkaitan hal negeri Melaka dan Belanjawan di peringkat Persekutuan," katanya.


Sehubungan itu, Shamsul mendesak Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri menjelaskan secara terperinci Prosedur Operasi Piawai sepanjang tempoh kempen PRN.


Katanya, KEADILAN berhasrat akan menggunakan kaedah ceramah di parkir sebagaimana dilakukan di Amerika Syarikat (AS) sepanjang kempen pilihan raya presiden lalu, pada kali ini.


"Misalnya kita lihat di luar negara sewaktu kempen pemilihan Presiden AS ada ceramah drive thru, ceramah besar tetapi mereka duduk dalam kereta. Jadi macam mana kempen seperti ini ? Ini adalah kreativiti masing-masing


"Kita akan cuba adakan program seperti itu, babitkan konsep lain sedikit tetapi diamalkan di negara lain kerana meminimakan kehadiran orang tetapi mereka boleh duduk dalam kenderaan masing-masing.


"Saya akan menulis surat kepada Menteri Kesihatan. Saya ingin tegaskan kepada Menteri Dalam Negeri supaya dapat beri taklimat kepada polis di bawah.


"Kerana mereka tidak boleh memahami dengan jelas atau dipukul rata sahaja. Semalam, BN juga buat program, dari segi gambar ramai yang hadir. Begitu juga PN, lebih 10 orang hadir, apakah mereka juga disaman dengan kompaun," katanya lagi.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/walau-ceramah-tanpa-kehadiran-penonton.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Langgar Sop Ppn Bn Dikompaun Rm10 000

Prn Melaka Langgar Sop Ppn Bn Dikompaun Rm10 000

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 395 hits
Barisan Nasional dikompaun RM10 ribu di bawah Akta 342 kerana didapati melanggar Prosedur Operasi Standard Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi penganjuran majlis sosial SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub con
Bn Dikompaun Rm10 000 Kerana Langgar Sop

Bn Dikompaun Rm10 000 Kerana Langgar Sop

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 338 hits
SHAH ALAM Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10 000 di bawah Akta 342 kepada Barisan Nasional Menurut satu kenyataan BN didapati kerana telah melanggar Prosedur Operasi Standard Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara
Pkr Fined Rm10 000 For Crowdless Ceramah In Melaka

Pkr Fined Rm10 000 For Crowdless Ceramah In Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 294 hits
PKR was fined RM10 000 by the authorities after it attempted to hold a crowdless mobile ceramah in Paya Rumput Melaka last night prompting protest from party leaders News portal Malaysiakini reported that the Pakatan Harapan lynchpin had pl...
Bn Dikompaun Rm10 000 Langgar Sop Ppn

Bn Dikompaun Rm10 000 Langgar Sop Ppn

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 200 hits
KUALA LUMPUR 28 Okt Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10 000 kepada Barisan Nasional kerana melanggar prosedur operasi standard Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian dalam ...
Langgar Sop Penganjuran Majlis Sosial Barisan Nasional Dikompaun Rm10 000

Langgar Sop Penganjuran Majlis Sosial Barisan Nasional Dikompaun Rm10 000

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 204 hits
Parti Barisan Nasional dikompaun Pejabat Kesihatan Kepong susulan penganjuran sebuah majlis sosial bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC malam ini
15 Pengunjung Pulau Pangkor Dikompaun Rm23 000 Langgar Sop

15 Pengunjung Pulau Pangkor Dikompaun Rm23 000 Langgar Sop

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 276 hits
Seramai 12 individu gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera dan tiga lagi tidak memakai pelitup muka menurut polis PETALING JAYA Lupa dan tidak tahu mengimbas kod QR MySejahtera antara alasan 15 pengunjung Pulau Pangko...
Najib Dipersalahkan Had Maksima I Citra Tidak Dinaikkan Kepada Rm10 000

Najib Dipersalahkan Had Maksima I Citra Tidak Dinaikkan Kepada Rm10 000

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 220 hits
Najib Razak KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Tun Razak berharap had maksimum i Citra dinaikkan sehingga RM10 000 sebagai skim pengeluaran khas terakhir rakyat yang terdesak untuk membayar tunggakan dan dijadikan modal memulakan perniagaan keci...
Cadangan Keiuarkan Rm10 000 Slmpanan Kwsp Akaun 1 Dapat Sokongan Dripada Orang Ramai

Cadangan Keiuarkan Rm10 000 Slmpanan Kwsp Akaun 1 Dapat Sokongan Dripada Orang Ramai

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 327 hits
Kerajaan perlu pertlmbangkan cdangan ramai pihak agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dibenarkan membuat pengeIuaran sehingga RM10 000 secara one off dari akaun 1 masing masing
Penantian Netizen Untuk Rm10 000 Kwsp Tak Kesampaian

Penantian Netizen Untuk Rm10 000 Kwsp Tak Kesampaian

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 297 hits
Teka teki intipati mengenai Bajet 2022 akhirnya sudah terjawab apabila Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz selesai membuat pembentangan di Dewan Rakyat sekitar jam 6 petang Jumaat Menariknya ia menjadi bajet tertinggi dalam...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt