Wakil Rakyat Itu Tiba2 Menyentuh Tangan Dan Bahu Gadis Tersebut


Polis hari ini mendedahkan senario sebalik dakwaan seorang gadis mengatakan seorang ahli Parlimen menyentuh secara tidak wajar, menyebabkan dia membuat laporan polis di Kangar, Perlis 2 minggu lalu.

Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata gadis berusia 15 tahun itu seorang penyanyi dalam kumpulan busker. Dia sedang berlatih bersama rakan-rakan sekolah di kawasan sebuah stadium.

Pada 20 Oktober kira-kira 11.30 malam, ahli Parlimen itu meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan diadakan “untuk berbual”.

Guru yang menjalankan latihan membawanya ke kenderaan itu dan pembantu Ahli Parlimen itu membawanya memasuki kereta di bahagian tempat duduk wakil rakyat itu.

Ahli Parlimen itu agak lama menaja pasukan busker sekolah itu, kata Mushar.

Polis berkata ahli Parlimen dan gadis itu bersendirian dalam kereta itu.

Menurut laporan gadis itu kepada polis, Mushar berkata wakil rakyat itu tiba-tiba menyentuh tangan dan bahunya, dan ditepis gadis itu.

“Dia segera meninggalkan kenderaan itu. Sebaik sahaja dia keluar, dia menangis, disaksikan oleh guru yang membawanya bertemu ahli Parlimen itu. Gadis itu pernah bertemu ahli Parlimen itu sebelum ini,” katanya pada sidang media di Kangar, Perlis hari ini.

Mushar berkata gadis itu kemudian membuat laporan pada 2.50 pagi itu (21 Oktober) dengan ditemani ibu bapanya.

Beliau berkata remaja itu seorang “perempuan dari keluarga yang baik” dan ibu bapanya dalam ahli profesional. Beliau berkata remaja itu seorang penyanyi berbakat dan menyanyi sejak sekolah rendah.

“Kemudian pada 10.30 hari yang sama (21 Oktober), remaja itu membuat satu lagi laporan menarik balik dakwaan terhadap ahli Parlimen itu, tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Dia melakukannya secara sukarela,” katanya.

Mushar berkata polis merakamkan 10 keterangan setakat ini sejak laporan pertama dibuat, termasuk satu daripada ahli Parlimen itu. Wakil rakyat itu memberi keterangan kepada penyiasat dari Bukit Aman hari ini, katanya.

Beliau kecewa mendengar dakwaan mengatakan polis menghentikan siasatan kes sejak laporan ditarik balik.

Mushar meminta aktivis yang mula menyuarakan isu itu di Twitter, Datuk R Sri Sanjeevan, supaya menyerahkan kes itu kepada polis.

“Jangan guna khabar angin untuk membuat dakwaan. Beritahu Sanjeevan bahawa polis Perlis siasat semua orang, termasuk suspek yang VVIP itu,” katanya.

Mushar berkata jika gadis itu dirasuah, ditakut-takutkan, atau dipaksa menarik balik laporannya, dia perlu tampil membuat laporan polis supaya ia disiasat.

Buat masa ini kes itu dirujuk kepada bahagian pendakwaan polis persekutuan sebelum dihantar ke peguam negara untuk menentukan sama ada kes itu boleh diambil untuk pendakwaan.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/10/wakil-rakyat-itu-tiba2-menyentuh-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Terakhir Untuk Wakil Rakyat Dap

Amaran Terakhir Untuk Wakil Rakyat Dap

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 347 hits
Diterbitkan 17 Okt 2018 9 15 malamDAP memberi amaran terakhir kepada wakil rakyatnya yang dilihat berbeza pendapat mengenai isu penerimaan darjah kebesaran yang tidak dipersetujui parti itu Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengingatka...
Prabowo Kalau Ada Yang Bagi Bagi Uang Terima Saja Karena Itu Uang Rakyat

Prabowo Kalau Ada Yang Bagi Bagi Uang Terima Saja Karena Itu Uang Rakyat

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 263 hits
Prabowo Kalau ada yang bagi bagi uang terima saja karena itu uang rakyat Dirinya juga sempat membahas soal adanya pihak pihak yang bagi bagi uang pada rakyat Prabowo mengaku bahwa dirinya tidak mampu membagikan uang
Musuh Diikat Kaki Dan Tangan Serta Mata Ditutup Lepastu Itu Kata Musuh Itu Pengecut

Musuh Diikat Kaki Dan Tangan Serta Mata Ditutup Lepastu Itu Kata Musuh Itu Pengecut

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 427 hits
Kalau dahulu mereka gunakan cara memenjarakan musuh politik dengan ISA sekarang diera baru Malaysiaku haru Mereka menggunakan SPRM dan AMLA untuk mengenakan musuh Najib Razak sudah beberapa pertuduhan dikenakan malah isterinya juga sudah ke...
Mensos Soal Prabowo Sebut 99 Rakyat Indonesia Hidup Pas Pasan Itu Asumsi Sendiri

Mensos Soal Prabowo Sebut 99 Rakyat Indonesia Hidup Pas Pasan Itu Asumsi Sendiri

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 273 hits
Menteri Sosial Agus Gumiwang mengatakan pernyataan tersebut merupakan asumsi pribadi yang tidak berdasar Menurut data Kementerian Sosial hanya 40 persen rakyat Indonesia hidup dalam kategori ekonomi terbawah
Bimbang Jatuh Talak Wakil Rakyat Pas Tangguh Hasrat Keluar Parti

Bimbang Jatuh Talak Wakil Rakyat Pas Tangguh Hasrat Keluar Parti

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 286 hits
Ramai wakil rakyat dan pemimpin Pas berhasrat untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia walaupun terpaksa menangguhkan seketika penghijrahan tersebut kerana Bai ah yang dilafazkan masing masing Pengerusi Parti Pekerja Malaysia Mohamad Sabu ata...
Amalan Terima Wakil Rakyat Umno Tak Sihat Dap Gesa Gubal Akta Halang Lompat Parti

Amalan Terima Wakil Rakyat Umno Tak Sihat Dap Gesa Gubal Akta Halang Lompat Parti

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 408 hits
Pada 31 Oktober 2018DAP menyifatkan tindakan parti komponen Pakatan Harapan menerima ahli Parlimen yang pernah menjadi ahli UMNO sebagai amalan yang tidak sihat Pengerusinya Tan Kok Wai berkata demikian mengulas keputusan ahli Parlimen Jeli...
Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

Rupanya Kalau Isteri Demam Kuasa Penyembuhan Itu Allah Bagi Pada Tangan Seorang Suami

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 468 hits
Bukan nak makan ubat sangat pun tapi bila kaum isteri demam dia cuma harapkan suami tersayang ambil berat tentangnya atau paling tidak temankan dia makan bersama Itulah tandanya dia sangat dahagakan kasih sayang suami nak suami belai dan me...
Apa Itu Page Authority Dan Domain Authority

Apa Itu Page Authority Dan Domain Authority

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 208 hits
Untuk para sobat blogger pemula biasanya masih bingung dan bertanya tanya Apa sih itu PA dan DA Apa sih yang dimaksud PA dan DA Kebetulan sekali pada postingan kali ini saya akan membahas tentang Apa itu Page Authority Domain Authority dan ...
Takdir Allah Pancitkan Tayar Kereta Lelaki Ini Hikmahnya Selepas Itu Sungguh Tidak Disangka

Takdir Allah Pancitkan Tayar Kereta Lelaki Ini Hikmahnya Selepas Itu Sungguh Tidak Disangka

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 478 hits
Sebagai manusia kita harus sentiasa bersangka baik dengan Allah Azza Wa Jalla walau dalam apa jua keadaan sekalipun termasuk semasa dilanda kesusahan Boleh jadi kesusahan atau musibah yang diturunkan Nya itu bukanlah untuk memudaratkan seba...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa