Wake Up Get Up And Show Up
Ada kata - kata ini yang selalu aku pakai, no matter how you feel, "wake up, get up and show up " .... tapi banyak kali, sangat susah dan sangat rasa tak best memaksa diri unutk membuat sesuatu yang tak best, terutama menghadap sesuatu yang memeritkan .. Tetapi demi rezeki yang dikejar, yang diperlukan dalam diri, maka, paksalah diri unutk berjalan menghadap dan berusaha melarikan diri daripada mereka yang mengguriskan hati.
Setakat mana lah boleh melarikan diri, kerana akhirnya perlu juga menghadap dan berdepan dengan masalah tersebut dengan hati terbuka, minda yang tidak ditutup, dengan muka tersenyum dan hati yang sedaya upaya ikhlas ... Tetapi rupanya sangat susah untuk membuat semua ini.
Setiap manusia itu berbeza, dan tahap kekuatan menghadapi kesukaran itu berbeza. Ada orang boleh jer berbaik setelah disindir, dipergunakan, dan dipulaukan ... abaikan, dan jalan terus. Boleh jalan terus dan menjadi lebih mudah kalau si penyebabnya jauh daripada pandangan, tetapi jika dan perlu berinteraksi, aduii, sakitnya lah hati.
Ada orang akan ambil masa bertahun untuk pulih dari kata-kata dan perbuatan yang mengguris hati ... mungkin kerana dia ada masalah lain, tetapi tidak diberitahu dan ditunjukkan ... sebab itu, berusahalah berbuat baik dan jangan menyakiti hati orang lain.
Tetapi bagaiman dengan orang yang sudah membuat sehabis baik, tetapi dihukum dengan balasan yang tidak sepatutnya ... adakah maaf cukup untuk mengubati luka tersebut? entahlah, susah nak dihuraikan ...
Tapi, walau bagaimanapun, memang perlu "wake up, get up and show up " ... teruskan jalan, teruskan usaha, kuatkan hati, fikir baik-baik dan positif dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan usaha dalam mencari rezeki yang halal dan diberkati.
Dan ingatlah di saat kita rasa susah, ada orang yang lebih susah. Pujuklah hati, redhakan dan lepaskan beban itu. InsyaAllah, ada cahaya di sebalik kegelapan ...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://tanam-anggur.blogspot.com/2020/07/wake-up-get-up-and-show-up.html