Wajibkah Solat Sunat Taubat Bagi Orang Yang Ingin Bertaubat


SOALAN :
Adakah orang yang hendak taubat wajib menunaikan solat taubat?
Adakah hadith yang jadi dalil sunat solat taubat?
Apakah sebab disuruh menunaikan solat taubat itu?
JAWAPAN :
HUKUM SOLAT TAUBAT
Ketika adalah seorang itu melakukan satu pekerjaan dosa maka wajib atasnya bertaubat dan disunatkan pula menunaikan solat sunat taubat.
Berkata Syeikh Muhammad bin Umar :
صلاة التوبة ينبغي للمسلم أن يحرص على تقوى الله تعالى، ومراقبته، وعدم الوقوع في المعصية، فإن أذنب؛ بادر إلى التوبة والإنابة. وقد شرع الرسول صلى الله عليه وسلم هذه الصلاة عند التوبة : بغية المتطوع في صلاة التطوع
Artinya : “Solat Taubat. Sayugia bagi orang Islam bahawa gemar ia atas taqwa akan Allah Taala dan sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa melihat akan dirinya dan tiada membiarkan dirinya jatuh kepada perlakuan maksiat. Maka jika dia melakukan satu dosa hendaklah dia segera kepada bertaubat dan kembali kepada Allah. Dan sungguhnya telah disyariatkan olih Rasulullah saw akan solat sunat ini ketika bertaubat.” (Kitab Bughyah Al-Mutahowwi’ fi Solah At-Tathowwu’)
Dan berkata Imam Ibnu Taimiyah :
وَكَذَلِكَ صَلَاة التَّوْبَة، فَإِذا أذْنب فالتوبة وَاجِبَة على الْفَوْر، وَهُوَ مَنْدُوب إِلَى أَن يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، ثمَّ يَتُوب، كَمَا فِي حَدِيث أبي بكر الصّديق
Artinya : “Dan seperti demikian itu solat taubat. Maka apabila seorang itu melakukan dosa maka taubat itu wajib dengan segera dan dia disunatkan kepada menunaikan solat dua rakaat kemudian bertaubat sepertimana sabit di dalam hadith Abu Bakar As-Siddiq r.a.” (Kitab Majmu’ Fatawa)
HADITH SOLAT SUNAT TAUBAT
Telah diriwayatkan daripada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. beliau berkata :
سَمِعت رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم يَقُول: ” مَا من عبد يُذنب ذَنبا فيُحسِنُ الطّهُور ثمَّ يقوم فَيصَلي رَكْعَتَيْنِ ثمَّ يسْتَغْفر الله إِلَّا غفر الله لَهُ
Artinya : “Aku telah mendengar akan Rasullah saw bersabda : Tidak ada dari seorang hamba yang melakukan satu dosa kemudian dia bersuci dengan seeloknya kemudian berdiri tunaikan solat dua rakaat kemudian dia bertaubat kepada Allah dari dosanya itu melainkan Allah menerima akan taubatnya.”
Hadith ini diriwayatkan olih Imam Ahmad di dalam Al-Musnad pada bab Fadhail Sahabat dan Abu Daud di dalam Sunannya pada bab Istighfar dan Tirmizi di dalam Sunannya pada bab Solat Ketika Taubat dan Nasaie pada bab Tafsir dan Ibnu Majah di dalam Sunannya pada bab Solat Adalah Kafarah dan Ibnu Hibban di dalam Sahihnya dan Al-Baihaqi di dalam Ad-Da’waat Al-Kabir dan At-Tabarani pada bab Fadhilah Istighfar dan Ibnu Abi Syaibah di dalam Al-Mushannaf dan Ibnu Sunni di dalam ‘Amal Al-Yaumi Wa Al-Laili dan Ibnu ‘Adi di dalam Al-Kamil dan Abu Ya’la di dalam Al-Musnad dan Al-Bazzar di dalam Musnadnya dan Abu Nu’aim di dalam Akhbar Al-Asbahan dan Al-Maruzi di dalam Musnad Abi Bakar dan Ibnu Abi Hatim di dalam Tafsirnya dan Al-‘Uqaili di dalam Ad-Dhu’afa’ dan At-Tabari di dalam Tasfirnya dan Al-Baghawi di dalam Syarah As-Sunnah dan lainnya.
Dan disamping hadith Abu Bakar r.a. ada beberapa hadith lain yang menjadi dalil bagi disunatkan solat taubat ini.
Telah diriwayatkan daripada Abdullah bin Buraidah daripada bapanya r.a. berkata :
أَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَدَعَا بِلَالًا، فَقَالَ: “يَا بِلَالُ بِمَ سَبَقْتَنِي إِلَى الْجَنَّةِ، إِنِّي دَخَلْتُ الْبَارِحَةَ الْجَنَّةَ فَسَمِعْتُ خَشْخَشَتَكَ أَمَامِي”، فَقَالَ بِلَالٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، مَا أَذْنَبْتُ قَطُّ إِلَّا صَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ، وَمَا أَصَابَنِي حَدَثٌ قَطُّ إِلَّا تَوَضَّأْتُ عِنْدَهَا
Artinya : “Pada waktu pagi Rasulullah saw telah memanggil akan Bilal r.a. dan berkata : Wahai Bilal. Kerana amalan apakah kamu mendahului aku di dalam syurga? Sungguhnya aku melihat di dalam syurga semalam dan aku mendengar bunyi tapak kakimu di hadapanku. Maka jawab Bilal : Wahai Rasulullah. Tiadalah aku kerjakan satu dosa sama sekali melainkan aku pasti menunaikan solat dua rakaat dan tiadalah menimpa aku olih hadas melainkan aku segera berwuduk kerananya.” (Hadith riwayat Ahmad & Tirmizi)
Dan telah diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. katanya : Aku telah mendengar akan Rasulullah saw bersabda :
مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أَوْ أَرْبَعًا (شك أحد الرواة) يُحْسِنُ فِيهِمَا الذِّكْرَ وَالْخُشُوعَ ، ثُمَّ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ ، غَفَرَ لَهُ
Artinya : “Barangsiapa berwuduk dengan wuduk yang sangat elok kemudian berdiri ia mengerjakan dua rakaat solat atau empat rakaat (syak rawi) yang dia elokkan kelakuan solatnya itu dengan zikir dan khusyuk kemudian dia beristighfar akan Allah Taala nescaya Allah akan mengampunkan baginya.” (Hadith riwayat Ahmad)
SEBAB DISURUH SOLAT SUNAT TAUBAT
Dan sebab diperintahkan mengerjakan solat sunat taubat ketika bertaubat itu ialah menuntut kesempurnaan dan kesungguhannya kembali kepada Allah.
Berkata Syeikh Abdurrahman bin Qasim :
وَفِيه اسْتِيفَاء وُجُوه الطَّاعَة فِي التَّوْبَة، لِأَنَّهُ نَدم، فَتطهر، ثمَّ صلى، تمّ اسْتغْفر، وَإِذا أَتَى بذلك على أكمل الْوُجُوه غفر الله لَهُ بوعده الصَّادِق”
Artinya : “Dan pada menunaikan solat ini ialah menuntut kesempurnaan segala wajah ketaatan pada ketika bertaubat kerana sungguhnya taubat itu ialah penyesalan lalu dia bersuci dan menunaikan solat kemudian meminta keampunan. Dan apabila dia datangkan dengan yang demikian itu atas segala rupa yang sempurna nescaya Allah akan mengampunkan baginya dengan sebab janji-Nya yang benar.” (Kitab Al-Ihkam)
Berkata para ulamak :
سَبَب صَلَاة التَّوْبَة هُوَ وُقُوع المسلمِ فِي مَعْصِيّة سَوَاء كَانَت كَبِيرَة أَو صَغِيرَة ، فَيجب عَلَيْهِ أَن يَتُوب مِنْهَا فَوْرًا ، وَينْدب لَهُ أَن يُصَلِّي هَاتين الرَّكْعَتَيْنِ، فَيعْمل عِنْد تَوْبَته عملا صَالحا من أجل القربات وأفضلها، وَهُوَ هَذِه الصَّلَاة، فيتوسل بهَا إِلَى الله تَعَالَى رَجَاء أَن تقبل تَوْبَته، وَأَن يغْفر ذَنبه.
Artinya : “Sebab solat taubat itu ialah jatuh seorang Islam kepada melakukan maksiat samada dosa besar atau kecil maka wajib atasnya bahawa taubat daripadanya dengan segera. Dan disunatkan baginya bahawa solat ia akan dua rakaat kemudian dia kerjakan disisi taubatnya itu akan amal solih kerana mendekatkan diri kepada Allah. Dan adalah yang afdhalnya ialah menunaikan solat ini lalu dia bertawassul dengannya kepada Allah kerana mengharapkan bahawa diterima akan taubatnya dan bahawa diampunkan dosanya.” (Kitab Nihayah Al-Muhtaj dan Hasyiah Qalyubi dan Hasyiah As-Syarwani dan Bazlul Majhud dan Mirqatul Mafatih dan Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah dan Madarijus Salikin dan Syarah Muslim dan Syarah At-Tibi ala Al-Misykah)
wallahua’lam
 
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
The post Wajibkah Solat Sunat Taubat bagi Orang yang Ingin Bertaubat? appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/wajibkah-solat-sunat-taubat-bagi-orang-yang-ingin-bertaubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Taubat

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 615 hits
Solat taubat kena buat selalu Sampai hati tu rasa lapang Rasa bersih Pastu rajin nak beribadat Bila dengar nasihat tu hati mcm seronok Tak nak lagi buat dosa dosa lama Haa tu Insha Allah tanda taubat ALLaH dah terima Solat ni elok buat mala...
Ku Ingin Kau Bahagia Thomas Arya

Ku Ingin Kau Bahagia Thomas Arya

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 599 hits
Ku Ingin Kau Bahagia Thomas Arya Ku tahu saat iniKau tak sendiri lagiTerpaksa terimaHubungan tanpa cintaSehingga tak pernahKau merasa bahagiaSeandai aku bisaTerus dampingimu sayangTak kan ku biarkanAir mata mu berlinangAkan ku berikanCinta ...
Ingin Mendiang Ibu Tenang Rizky Febian Selesaikan Perseteruan Dengan Teddy Soal Harta Warisan

Ingin Mendiang Ibu Tenang Rizky Febian Selesaikan Perseteruan Dengan Teddy Soal Harta Warisan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 308 hits
Setelah hampir setahun masalahnya bergulir dan seolah tiada akhir Sekarang bisa bernapas lega ya Iky
Mozilla Ingin Memudahkan Anda Memasang Pemalam Pada Firefox Untuk Android

Mozilla Ingin Memudahkan Anda Memasang Pemalam Pada Firefox Untuk Android

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 221 hits
Mozilla sedia menawarkan pelayar web mudah alih Firefox untuk Android sekian lama Terbaru melalui kemaskini Firefox 85 untuk Android Mozilla turut membawa salah satu ciri yang dinantikan ramai iaitu kemudahan untuk memasang pemalam terus da...
Pan Ingin Angka Batas Parlemen Dan Ambang Batas Capres 4

Pan Ingin Angka Batas Parlemen Dan Ambang Batas Capres 4

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 129 hits
Rancangan Undang undang Pemilu telah memuat satu opsi dalam beberapa isu krusial terkait sistem Pemilu ambang batas presiden dan ambang batas parlemen Saat draf awal diajukan Komisi II DPR isu krusial masih berupa opsi opsi
Amazon Ingin Membantu Kerajaan Amerika Merealisasikan Imunisasi 100 Juta Rakyat Dalam 100 Hari

Amazon Ingin Membantu Kerajaan Amerika Merealisasikan Imunisasi 100 Juta Rakyat Dalam 100 Hari

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 253 hits
Amerika Syarikat merupakan diantara negara negara dengan jumlah jangkitan dan kematian akibat wabak COVID 19 Joe Biden presiden ke 46 negara tersebut mengatakan bahawa diantara pelan awal beliau sebagai presiden ialah untuk memastikan bahaw...
Hiburan Tak Mahu Jaja Kisah Peribadi Hannah Delisha Ingin Kekalkan Sikap Low Profile

Hiburan Tak Mahu Jaja Kisah Peribadi Hannah Delisha Ingin Kekalkan Sikap Low Profile

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 876 hits
Pelakon cantik manis Hannah Delisha yang sebelum ini pernah dihimpit kontroversi yang mengatakan dirinya sukar memberi kerjasama dengan rakan media tampil menafikan dakwaan itu dan beranggapan dirinya tidak berubah dan sama sahaja seperti k...
Inisiatif Digital Rembau Ingin Membawa Rembau Menjadi Daerah Nirtunai

Inisiatif Digital Rembau Ingin Membawa Rembau Menjadi Daerah Nirtunai

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 210 hits
Pelbagai negeri dan daerah kini bersaing dalam mengimplementasi integrasi teknologi dalam memudahkan sejumlah transaksi dan perhubungan Terbaru Khairy Jamaluddin yang turut menerajui kawasan Rembau di Negeri Sembilan turut hadir dengan inis...
Kembalilah Pintu Taubat Allah Swt Sentiasa Terbentang Luas

Kembalilah Pintu Taubat Allah Swt Sentiasa Terbentang Luas

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 218 hits
FIRMAN Allah SWT Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya Bertaubat kepada Allah SWT menurut pandangan Islam ...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa