Wajib Jatuhkan Kerajaan Ph Cabaran Ulamak Pas Disahut Bahkan Ramai Yang Berminat




ANALISIS TV-ALHIJRAH :
DIALOG ‘FATWA WAJIB’ KINI TERBENTANG LUAS
Saya tertarik dengan kesudian YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh selaku Ketua Dewan Ulama PAS yang baharu untuk berdialog dengan sesiapa sahaja tentang isu kenyataan beliau “Wajib menjatuhkan Pakatan Harapan dalam PRU 15”. Namun beliau meletakkan syarat agar siaran secara langsung diadakan

Rentetan daripada itu, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dengan ini membuka ruang kepada beliau untuk berdialog di dalam slot rancangan Analisis TV Hijrah pada minggu ini - secara langsung

Saya mengambil maklum bahawa Ustaz Wan Ji Wan Husin (KEADILAN) dan Ustaz Abu Hafiz Salahudin (BERSATU) telah menyatakan kesediaan untuk berdialog secara bersemuka dengan beliau

Saya juga dimaklumkan bahawa YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi telah menyatakan persetujuan namun meletakkan ‘syarat tambahan’ agar ‘regu dialognya’ nanti adalah setaraf (keilmuan agamanya, mungkin – ini memandangkan pandangan “Wajib” yang beliau telah keluarkan sebelum ini atas kapasiti beliau juga memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia) dan wakil dari Pakatan Harapan (PH) yang boleh membuahkan hasil untuk rakyat dan dasar negara

Oleh yang demikian, suka saya maklumkan di sini bahawa bagi mewakili PH, Ustaz Zolkharnain Abidin Al-Hafiz selaku Pengarah Syariah Nasional Parti Amanah Negara yang jawatannya setara jika dibandingkan dari sudut hierarki parti dengan Ketua Dewan Ulama akan menjadi regu kepada YB Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi di dalam dialog itu nanti. Ustaz Zolkharnain juga di dalam agensi di bawah Pejabat Menteri Agama adalah Timbalan Yang Di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang mempunyai akses di dalam kerajaan pada hari ini. Maka dengan itu, kesemua syarat dan ‘syarat tambahan’ yang dipanjangkan telahpun dipenuhi

Gelanggang telah kami buka, suburkan budaya berhujah menerusi ruang dialog demi kepentingan ummah
Sekian, harap maklum

Abang Ahmad Kerdee
Setiausaha Politik kepada
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
1 Julai 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/07/wajib-jatuhkan-kerajaan-ph-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fatwa Wajib Jatuhkan Ph Hanya Petunjuk Untuk Ahli Pas Mat Hasan

Fatwa Wajib Jatuhkan Ph Hanya Petunjuk Untuk Ahli Pas Mat Hasan

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 280 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tampil membela PAS berkenaan fatwa wajib menjatuhkan Pakatan Harapan yang dikritik sejumlah pihak Mohamad berkata apa yang dinyatakan Ketua Dewan Ulama PAS Dr Nik Zawawi Salleh berkenaan perkara itu hany...
Kenapa Enta Kata Wajib Jatuhkan Kerajaan Ph

Kenapa Enta Kata Wajib Jatuhkan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 284 hits
Zolkharnain Abidin Kalau parti enta nak jatuhkan kerajaan sedia ada secara demokratik itu hak parti enta Berkempenlah dari sekarang Itu juga hak enta dan parti enta Cuma ana nak beritahu enta fatwa enta wajib jatuhkan kerajaan sedia ada ini...
Amanah Bidas Pas Tak Patut Guna Perkataan Provokatif Wajib Jatuhkan Ph

Amanah Bidas Pas Tak Patut Guna Perkataan Provokatif Wajib Jatuhkan Ph

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 403 hits
Faiz Zainudin KUALA LUMPUR Sebagai parti mamperjuangkan Islam pemimpin PAS tidak sepatutnya menggunakan perkataan wajib dalam usahanya menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan kata Pengarah Pilihan Raya Amanah Mohd Hatta Md Ramli Katanya perkat...
Pas Kibar Bendera Putih Dialog Wajib Jatuhkan Ph

Pas Kibar Bendera Putih Dialog Wajib Jatuhkan Ph

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 398 hits
Seperti yang dijangka debat di TV Hijrah antara Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah islamiah Malaysia Ustaz Zolkharnain Zainal Abidin dibatalkan Sebelum itu beliau bercakap bes...
Wajib Jatuhkan Ph Wan Ji Sedia Jumpa Ketua Ulama Pas

Wajib Jatuhkan Ph Wan Ji Sedia Jumpa Ketua Ulama Pas

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 289 hits
Diterbitkan Hari ini 8 00 malamPendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin hari ini secara tidak langsung mencabar Dr Nik Zawawi Salleh untuk membicarakan kewajaran Ketua Ulama Pusat PAS itu mewajibkan penyokong mereka menjatuhkan kerajaan PH Meskipu...
Wajib Jatuhkan Ph Perangai Abu Jahal Dan Abu Lahab Kata Nik Omar

Wajib Jatuhkan Ph Perangai Abu Jahal Dan Abu Lahab Kata Nik Omar

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 672 hits
AKMAL MANAF Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz menyifatkan perbuatan menjatuhkan hukum tanpa sebab munasabah adalah perangai Abu Jahal dan Abu Lahab Ahad lalu ketika ucapan penggulungan Muktamar Pas...
Ngo Buat Laporan Polis Isu Kenyataan Wajib Jatuhkan Ph

Ngo Buat Laporan Polis Isu Kenyataan Wajib Jatuhkan Ph

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 474 hits
KUALA LUMPUR Sepuluh badan bukan kerajaan hari ini bertindak membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke 65 di Kuan...
Investor Partnering Benefits Risks

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Lirik Lagu Tega Kau Menyakiti Fany Zee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik

Selesai Urusan Pasport