Wajah Seiras Jodoh Kuat


Assalamualaikum. Hai

Ini entri tahun 2011 yang dikemaskini dan dipublish semula tau. Hihi. Selamat membaca!

Sebenarnye dah lama persoalan ni bermain-main di fikiran aku. Nak bincang kat belog, tapi pemalas yang amat la nak mengerah otak untuk ulas perkara ni dengan sangat bernas. Ececeh. Macam la selama ni penulisan aku bernas sangat kan. Berjela-jela je sampai orang meluat nak baca ada la. (-_-")

Jadinya, tetibe pulak sekarang ni aku jadi rajin. Pergi la menggoogle terlebih dahulu tentang topik ni. Saja nak tengok pendapat orang lain. Macam-macam versi entri ada. Kebanyakannya tempek gambar sendiri dengan couple dan tanya ade iras ke tak. Ada la jugak yang tulis bagi pendapat dari perspektif mereka sendiri. Tapi paling banyak entri kopipes la. Sama je ayat kat entri dorang. Jadi, inilah penulisan tentang ini dari prespektif aku pula


Dari mana bermulanya teori Wajah Seiras Jodoh Kuat?
Aku pun tak tahu dari mana dan siapa yang memulakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Err..dengarnye dari orang tua-tua zaman dulu. Macam mana tercetusnye teori ni ye? Kriteria apa yang membuatkan tok nenek kita terfikirkan tentangnye? Entah la. Aku sendiri tak pasti. Ada yang cakap mungkin dari segi air muka, bahagian-bahagian tertentu pada wajah, kelakuan, gaya dan entah apa-apa lagi. Kalau ada iras tu maknanya berjodoh dan jodoh sangat kuat serta berpanjangan. 





Pasangan yang sedang hangat bercinta selalunya akan menjadi sangat teruja bila ada orang menyatakan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni. Terasa bagai diawan-awangan. Menjadi terlalu yakin yang pasangan itulah jodoh buat diri dan bakal dinikahi. Mula la nak membelek setiap inci wajah pasangan memasing nak cari 'spot' yang dikatakan seiras tu. Eksaited gila. Betul tak


Ada jugak pasangan yang bercinta ni jadi was-was bila dorang rasa langsung tak seiras bila disogokkan dengan teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' tersebut. Mula la risau dengan hubungan cinta yang terjalin takut-takut terputus. Maklum la, tak seiras maknanya jodoh tak kuat. Sia-sia je bercinta bagai nak rak tapi hubungan kasih tak berpanjangan. Risau kemain hati.

Jodoh Itu Rahsia Allah
Perasan tak orang selalu cakap ayat-ayat klise seperti di bawah ini bila dorang tengok couple yang macam sweet-sweet je. Kononnya nak menegaskan yang couple tu memang berjodoh. 
"Eh..eh..muka korang ada iras-iras la. Jodoh kuat ni!"
"Sweetnya! Nampak macam adik beradik je. Muka memang sebijik sangat. Mesti jodoh korang panjang."
"Perasan tak muke korang sama? Ada jodoh la korang ni tau. Bestnya!"
Ramai kot di antara kita ni yang pernah terjebak dengan situasi ni. Betul tak? Baik korang mengaku. Bohong berdosa tau. Hehe. Memang la kadang-kadang kita rasa bila tengok pasangan tu macam seiras betoi wajah dorang. Kebanyakannya kita tengok memang seiras. Sampai jadi macam obses tengok orang muka seiras.


Tapi itulah kita ni ha. Selalu terlepas laku. Dah macam kita ni pulak yang menentukan jodoh orang. Padahal soal jodoh ini rahsia Allah. Astaghfirullah. *Menginsafi diri yang selalu buat khilaf.* Hakikatnya, seiras atau tidak wajah bukan penentu jodoh seseorang tu bertahan atau tidak. Semuanya rahsia Allah



Wajah Seiras Bukan Penentu Jodoh Kuat
Secara logik akalnya, mungkin teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ni semua kebetulan sahaja. Ye la. Dah kebetulan wajah pasangan tu ada iras dan jodoh berpanjangan pulak. Ada jugak yang pasangan tu takde iras langsung wajah dorang, tapi tetap berkekalan jodohnya. Ada yang dikatakan seiras wajah, tapi jodoh dorang tak berpanjangan pun. 

Haa. Perkara ni boleh dikatakan subjektif jugak la kiranya. Sebab kan pandangan mata manusia ni berbeza. Kita tengok pasangan tu seiras sangat. Tapi pada pandangan mata orang lain, pasangan tu langsung takde iras pun. Jadi, tidak mustahil teori ini ada kebenarannya. Dan mungkin jugak tidak.


Yang penting, jangan terlalu taksub sangat sehingga mempercayai teori 'Wajah Seiras Jodoh Kuat' ini sepenuh hati. Lari akidah nanti. Apa-apa pun, yakinlah kita pada Allah. Jodoh adalah rahsia Allah. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya apa yang terbaik untuk kita


'Wajah Seiras Jodoh Kuat' bukanlah jaminan yang kita perlu cari pasangan seiras untuk hidup bahagia dan jodoh berkekalan. Sentiasalah berdoa kepada Allah untuk memberikan kita pasangan yang baik. Kalau dapat pasangan yang seiras wajah tu kira bonus la tu buat diri. Kemudian berusahalah untuk mencorakkan hubungan suami isteri supaya sentiasa bahagia. Yang penting sentiasa memohon keberkatan dari Allah. Itulah usaha yang sebaik-baiknya. 

Bisik-bisik :: Hah! Mesti ramai yang tengah belek muka memasing ada iras ke tak dengan pasangan la tu. Kuikuikui. ;p



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2011/10/wajah-seiras-jodoh-kuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk N23 Chini Meskipun Kecewa Semangat Penyokong Keadilan Pahang Tetap Kuat Untuk Melawan Umno

Prk N23 Chini Meskipun Kecewa Semangat Penyokong Keadilan Pahang Tetap Kuat Untuk Melawan Umno

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 419 hits
Keputusan Keadilan Pusat untuk tidak turut serta di dalam PRK N23 Chini sebenarnya banyak mengecewakan para penyokong PH khususnya Keadilan sendiri Walaupun MPN Keadilan Pahang sejak awal lagi menyatakan kesediaan untuk bertanding bahkan je...
Viral Nenek 67 Tahun Tolak Blt Hingga Buat Surat Pernyataan Bermaterai Merasa Masih Sehat Dan Kuat

Viral Nenek 67 Tahun Tolak Blt Hingga Buat Surat Pernyataan Bermaterai Merasa Masih Sehat Dan Kuat

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 358 hits
Seorang perempuan lanjut usia di Minahasa Sulawesi Utara menuai perhatian khalayak karena menolak Bantuan Langsung Tunai Dana Desa yang diberikan kepadanya Warga lansia tersebut diketahui bernama Sartje Tetengean Nenek berusia 67 tahun itu ...
Hukum Baca Kuat Dalam Solat Zuhur Dan Asar

Hukum Baca Kuat Dalam Solat Zuhur Dan Asar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 515 hits
Apakah hukum baca kuat dalam solat zuhur dan asar Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ketika saya singgah sembahyang zuhur di sebuah surau imam su...
Tak Kuat Disiksa Di Kapal China 2 Abk Indonesia Melompat Ke Laut

Tak Kuat Disiksa Di Kapal China 2 Abk Indonesia Melompat Ke Laut

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 287 hits
Dua orang pekerja asal Indonesia mendapat penyiksaan saat melaut bersama kapal tangkap ikan Lu Qing Yuan Yu 213 asal negara China Akibat mengalami kondisi tersebut keduanya memilih untuk melompat ke laut karena tidak tahan atas penyiksaan y...
Sinopsis Filem Jodoh Syaitan Lakonan Sofi Jikan Aprena Manrose

Sinopsis Filem Jodoh Syaitan Lakonan Sofi Jikan Aprena Manrose

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 1191 hits
Sinopsis Filem Jodoh Syaitan Lakonan Sofi Jikan Aprena Manrose Filem Malaysia yang bersiaran mulai 05 03 2020 lepas FilemnJodoh Syaitan ini mengisahkan kisah Megat yang selalu gagal dalam percintaan Kisah ia bermula apabila ibunya mengahwin...
Jodoh Lebaran

Jodoh Lebaran

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 597 hits
Saksikan telefilem komedi Jodoh Lebaran lakonan Ain Edruce Kila Fairy dan Hafreez Adam pada hari raya pertama pukul 9 malam di TV1 JUDUL JODOH LEBARANWAKTU SIARAN Ahad 24 Mei 2020 9 00 malamSIARAN TV TV1 PENULIS SKRIP SuzannaPENGARAH Fahiza...
Halmahera Indonesia Digegar Gempa Bumi Kuat 6 4 Skala Richter Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia Met Malaysia

Halmahera Indonesia Digegar Gempa Bumi Kuat 6 4 Skala Richter Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia Met Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 499 hits
Gempa bumi kuat bermagnitud 6 4 skala Richter dilaporkan melanda Halmahera Indonesia pada pukul 4 49 petang pada 4 Jun 2020 Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira kira 232km Tenggara dari Pula...
Hukum Berkenaan Imam Membaca Kuat Solat Zohor

Hukum Berkenaan Imam Membaca Kuat Solat Zohor

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 848 hits
Ketika saya singgah sembahyang zuhur di sebuah surau imam surau tersebut telah membaca kuat pada rakaat pertama dan pada rakaat kedua imam membaca perlahan Hukum Berkenaan Imam Membaca Kuat Solat ZohorCredit Pic Adakah sah sembahyang zuhur ...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Pizza Time

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hilang Landyard Di Ktm Komuter Seremban

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Zooey Deschanel S Legs And Feet In Tights 83 No Shoes

Apa Berlaku Selepas Berpantang 44 Hari

Gara Gara Perancang Tidak Bersesuaian 34 Hari Turun Darah