Wajah Haziq Senyum Seumpama Sedang Tidur Bercahaya Berehatlah Dengan Tenang


Jenazah Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17 tahun yang terkorban semasa serangan pengganas di masjid Christchurch, New Zealand dikatakan senyum dan tenang. Ramai yang menangisi pemergiannya.
Allahyarham Muhammad Haziq merupakan anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42 tahun, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika yang meragut 50 nyawa itu, Mohd Tarmizi bersama dua anaknya, Mohd Haris, 12 tahun dan Allahyarham Mohd Haziq hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
ADIK MASIH TRAUMA, BELUM TAHU ABANG SUDAH TIADA
Mohd Tarmizi cedera parah akibat terkena tembakan dan telah dibenarkan pulang dari hospital selepas menjalani pembedahan manakala Mohd Haris tidak mengalami sebarang kecederaan namun dilaporkan trauma.

WAJAH BERCAHAYA KETIKA JENAZAH DIURUSKAN
Menurut laporan Astro Awani yang menemurah ibu saudaranya, Zarina Shuib, jenazah anak saudaranya itu berada keadaan tersenyum dan seumpama sedang tidur. Zarina turut dimaklumkan yang wajah anak saudaranya itu seperti bercahaya ketika jenazah anak kedua daripada empat adik beradik itu diuruskan.
DITEMBAK DUA KALI PADA BADAN
Dalam kejadian di masjid Al Noor, Allahyarham Muhammad Haziq menurutnya mengalami kecederaan akibat ditembak sebanyak dua kali pada anggota badan. Dalam kejadian itu bapanya, bapa Mohd Tarmizi Shuib juga mengalami kecederaan.

SENYUM DAN TENANG
“Rasa sedih, terkilan sebab dia anak saudara. Reda dengan pemergian dia (Haziq). Mungkin sudah sampai ajal tuhan. Sudah ketentuan meninggal masa tu. Mariani (adik) ada sebut jenazah (Haziq) senyum dan tenang,” katanya Zarina.
Jenazah Allahyarham Muhammad Haziq  dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurch selepas disahkan meninggal dunia setelah hampir seminggu kehilangannya.
WAJAHNYA SANGAT BERSIH SEPERTI SEDANG TIDUR, HIDUNG & BIBIR MERAH SEPERTI MASIH HIDUP
Selain itu, menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Putera Sriwijaya, wajah anak muda ini sangat bersih, seolah-olah sedang tidur. Hidung dan bibirnya masih merah seperti masih hidup.

Putera Sriwijaya berkongsi di laman Facebooknya yang dia turut mengusung keranda Allahyarham dan menurunkan jenazah ke liang lahad. Dalam perkongsiannya, lelaki ini mengakui mungkin ada amalan yang dilakukan Allahyarham Muhammad Haziq yang menyebabkan pemergiannya dalam keadaan yang sangat baik.

BEREHATLAH DENGAN TENANG
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam posting Instagram menyebut akan pemergiaan Allahyarham Muhammad Haziq pada hari Jumaat, di dalam masjid dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah akan diberikan ganjaran yang besar dan mendoakan Allahyarham mendapat syahid di sisi Allah SWT.
drzulkifli.albakri Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. 
Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq atas pemergian insan yang tercinta.
Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, insyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.
Kami menyeru semua masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.
View this post on Instagram
Pencarian yang akhirnya menemui jawapan. Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq atas pemergian insan yang tercinta. Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, insyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar. Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT. Kami menyeru semua masjid dan Surau Diri Jumaat dalam Wilayah Persekutuan untuk bersama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada'.
A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on Mar 21, 2019 at 5:52am PDT

Sumber: Astro Awani, Facebook Putera Sriwijaya, Instagram drzulkifli.albakri & Facebook Muhammad Haziq
The post Wajah Haziq Senyum, Seumpama Sedang Tidur & Bercahaya. Berehatlah Dengan Tenang appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/wajah-haziq-senyum-seumpama-sedang-tidur-bercahaya-berehatlah-dengan-tenang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sangat Bersih Bibir Merah Pemuda Ini Jadi Saksi Wajah Jenazah Arwah Haziq

Sangat Bersih Bibir Merah Pemuda Ini Jadi Saksi Wajah Jenazah Arwah Haziq

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 642 hits
Setelah beberapa hari dilaporkan hilang Muhammad Haziq Mohd Tarmizi meninggal dunia dalam insiden serangan pengganas di dua masjid di Christchurch New Zealand Jumaat lalu Jenazah remaja berusia 17 tahun itu selamat dikebumikan jam 12 tengah...
Fed Tidak Mempunyai Sebab Untuk Membangkitkan Pasaran Kewangan Yang Sedang Tidur

Fed Tidak Mempunyai Sebab Untuk Membangkitkan Pasaran Kewangan Yang Sedang Tidur

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 503 hits
Dalam menjangkakan peristiwa penting bagi pasaran kewangan votaliti mata wang G7 jatuh kecuali pound Walau bagaimanapun dalam kes ini penstabilan tidak boleh diambil sebagai tanda lonjakan yang akan berlaku Tidak mungkin ketua bank pusat AS...
Pemergian Haziq Dilihat Tenang Dan Tersenyum

Pemergian Haziq Dilihat Tenang Dan Tersenyum

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 329 hits
Gambar Borneo postMisteri kehilangan Muhammad Haziq Tarmizi terjawab apabila hasil ujian DNA mengesahkan bahawa ia adalah milik Haziq yang kini telah berusia 17 tahun Haziq yang terbunuh dalam serangan pengganas di Christcurch Jumaat lalu t...
Hidung Bibir Merah Seperti Masih Hidup Ibu Saudara Dedah Sesuatu Yang Ganjil Kelihatan Pada Wajah Haziq

Hidung Bibir Merah Seperti Masih Hidup Ibu Saudara Dedah Sesuatu Yang Ganjil Kelihatan Pada Wajah Haziq

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 796 hits
Jena zah Mohd Haziq Mohd Tarmizi 17 yang disahkan terk0rban akibat s3rangan pengg4nas di dua Masj1d di Chr1stchvrch New Zealand dalam keadaan tersenyum dan umpama tidur Ibu saudaranya Zarina Shuib 53 berkata dia dimaklumkan wajah anak sauda...
Wajah Islam Di Selandia Baru Kian Bercahaya Usai Serangan Teroris

Wajah Islam Di Selandia Baru Kian Bercahaya Usai Serangan Teroris

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 508 hits
Habis gelap terbitlah terang Seperti salah satu ayat dalam kitab suci Alquran sesudah kesulitan pasti ada kemudahan Demikianlah yang terjadi di Selandia Baru saat ini usai serangan teroris yang menewaskan 50 orang di dua masjid di Christchu...
Tak Sailang Sesiapa Saya Percaya Allah Tak Tidur Ifa Raziah

Tak Sailang Sesiapa Saya Percaya Allah Tak Tidur Ifa Raziah

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 526 hits
Ifa percaya rezekinya semakin bertambah setiap kali ada pihak cuba menjatuhkannya PENYANYI Ifa Raziah menganggap rezeki dia sentiasa akan bertambah setiap kali ada mana mana pihak yang mencuba menjatuhkannya Ifa atau nama sebenarnya Saripah...
Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur Insha Allah Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

Amalkan Doa Ini Sebelum Tidur Insha Allah Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 1293 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Fara Tolong Buat Milo Dahaga Sangat Nak Minum Milo Tak Kuasa Aku Nak Layan Aku Pura2 Tidur

Fara Tolong Buat Milo Dahaga Sangat Nak Minum Milo Tak Kuasa Aku Nak Layan Aku Pura2 Tidur

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 509 hits
Tadi ke Giant cari barang rumah dengan husband Tengah nak cari deodorant terjumpa botol brand Enchaunter ini Mata tiba tiba berair Dada tiba tiba terasa berrat Dulu inilah brand favourite almarhum nenda saya yang tersayang Saya panggil nene...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi

Income Pasif Tanpa Kerja Adakah Ia Realistik Atau Sekadar Mitos