Wahh Tekun Mart Di Tbs Macam Macam Ada


Wahh!! Tekun Mart di TBS Macam-Macam Ada | Assalamualaikum semua.. Sape sini selalu pergi Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan?? Ha, yang mana balik kampung naik bas tu mesti tak asing lagi kan dengan lokasi ni. Tapi orang macam sis yang balik kampung naik kereta ni pun selalu gak pergi ke sana tau. Eh, bukan sebab sis buat GRAB tapi sis selalu hantar kawan ke sana


Baru-baru ni sis pergi la ke TBS nak hantar kawan. So, macam biasa la kami akan lepak dulu kat Level 4 untuk cari makan. Dalam banyak-banyak kedai kami tertarik dengan satu kedai serbaneka iaitu Tekun Mart. Sebelum ni tak pernah pulak nampak Tekun Mart ni jadi kami pun usha la untuk tengok apa yang ada kat sana

Rupanya Tekun Mart ni dimiliki penuh oleh KOPERASI RAKAN TEKUN BERHAD dan ini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia. Maknanya is dimiliki sepenuhnya oleh usahawan bumiputera. Ni yang buat sis lagi teruja sebab time ni la nak support para usahawan kita kan. Terus sis dan kawan-kawan decide untuk makan kat sini


Bila melangkah ke ruang dalam kedai tersusun pelbagai jenis produk barangan kering dan kebanyakannya adalah produk usahawan Bumiputera dan IKS. So jangan terkejut kat jumpa makanan ringan yang tak ada kat kedai serbaneka yang lain. Untuk mereka yang suka travel pula kat sini ada dijual produk makanan 'Ready to eat' macam Nasi Lemak segera, Asam Pedas, Nasi Goreng dan banyak lagi


Wah!! Rupa-rupanya macam-macam ada tau kat Tekun Mart ni. Bukan hanya sekadar menjual barang-barang kering malah ada juga hot food station yang menjual pelbagai jenis makanan panas. Ha, pada mereka yang nak naik bas tu boleh la alas perut dulu kat sini. Ye la, ada setengah orang tak nak makan berat sebab takut nanti perut meragam dalam bas. Jadi boleh la pilih untuk makan di Tekun Mart ni ye


Memandangkan kami datang ramai, maka kami order setiap orang lain-lain menu supaya kita orang dapat sama-sama merasa. Bijak tak?? hehe, Tu la yang dinamakan sharing is caring. Lagipun makan ramai-ramai ni lebih meriah kannn.. ha, ni antara menu yang kami order :

✔ ODEN - RM2/ stick✔ Jagung susu/cheese - RM3.50✔ Pau - RM1 - RM1.80✔ Spaghetti - RM6✔ Dim Sum (6pcs) - RM5✔ Meatball/chickenball - RM6✔ Thai Red Tea/Thai Green Tea - RM3✔ Aiskrim Kon Vanilla – RM1.50✔ Aiskrim Kon Coklat – RM2.00✔ Aiskrim Kon Vanilla + Coklat – RM1.80

Ha, dalam banyak-banyak ni sis paling suka Oden sebab oden kat sini halal tau. Mereka menggunakan 100% menggunakan produk muslim dan kita boleh makan tanpa ragu-ragu. Lagi satu sis suka kuah tomyam nya yang nak kata pekat tak pekat, nak kata cair tak cair. Senang kata kena la dengan tekak sis. Tapi awas, agak pedas sikit ye.. Bagi yang tak makan pedas boleh la pilih kuah sup


Amacam, terliur tak tengok oden ni? ha, kalau korang tak berkesempatan nak datang ke Tekun Mart TBS tetapi teringin nak menikmati oden terutama di majlis-majlis keramaian boleh la buat tempahan dengan mereka ye. Ya, mereka ada ambil tempahan tau. Ha, bayangkan majlis korang siap ada oden lagi. Mesti seronok para tetamu menikmati oden panas-panas

Sila rujuk info di bawah untuk tempahan Oden :Tel : 016-9645544 (Kak Wani)Email : [email protected]
Perasan tak dalam gambar kat atas tu ada 2 pilihan corn in the cup ?? Ya, kat Tekun Mart ni ada jual Jagung susu dan Jagung Cheese tau. Sedap jugak rupanya bila jagung diletak cheese. Tapi kena makan time panas tau baru cheesenya melting. Selain tu air jagung tu juga memang pekat dan siap ada taburan jagung manis di atasnya


Ok tu antara yang aku sempat rasa kat sini. Nampaknya next time kena datang lagi sebab banyak lagi pilihan yang ada kat sini. Jadi kalau korang datang ke TBS, meh la lepak dan makan kat Tekun Mart.. Jangan risau, ada kerusi meja kat depan kedai. So, boleh duduk kat situ dan makan

Tekun Mart :Level 4, Terminal Bersepadu Selatan
Waktu operasi :7 pagi hingga 11 malam(dibuka setiap hari)
Email : [email protected] : https://www.facebook.com/odenhalal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/07/wahh-tekun-mart-di-tbs-macam-macam-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempah Katering Oden Halal Dengan Tekun Mart Tbs

Tempah Katering Oden Halal Dengan Tekun Mart Tbs

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 623 hits
Bagi korang yang pernah ke atau lebih dikenali sebagai TBS mesti sedar akan kewujudan TEKUN Mart yang berada di aras 4 bangunan ni ianya betul betul berada berhadapan dengan Food Court Untuk pengetahun korang TEKUN Mart ni dimiliki penuh ol...
Oden Halal Makan Tanpa Was Was Di Tekun Mart Tbs

Oden Halal Makan Tanpa Was Was Di Tekun Mart Tbs

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 1069 hits
Bila menunggu ba memang dari dulu kakak suka mengunyah tapi dah berumur ni memang tak berapa rasa nak makan jajan lah Kalau ada kat Terminal Bersepadu Selatan memang rambang mata sebab banyak sangat kedai makanan tapi semua makanan yang sam...
Tekun Mart Di Tbs Buka Tempahan Oden Halal

Tekun Mart Di Tbs Buka Tempahan Oden Halal

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 1327 hits
Tekun Mart Di TBS Buka Tempahan Oden HalalTekun Mart Di Terminal Bersepadu Selatan Buka Tempahan Oden Halal Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Tahun 2019 banyak juga makanan yang viral termasuk juga dengan oden yang semakin mendapat tempa...
Halal Oden Available At Tekun Mart Terminal Bersepadu Selatan

Halal Oden Available At Tekun Mart Terminal Bersepadu Selatan

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 655 hits
Have you been standing in a long line just to get your current craving of the latest food trend at a certain mini mart I bet you have And you probably are standing in that line at this very moment too I am the kind of person who loves to ea...
Takkan Layanan Di Depot Imigresen Bukit Jalil Kejam Macam Ni Kot

Takkan Layanan Di Depot Imigresen Bukit Jalil Kejam Macam Ni Kot

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 257 hits
Beberapa warga Filipina yang diusir bersama 2 bayi dari Malaysia mendakwa mereka dilayan seperti haiwan di Pusat Tahanan Imigresen Bukit Jalil Menurut NGO Filipina Migrante International hampir semua barang milik mereka dicuri warden dan pe...
Jangkitan Kuman Luka Caesar Bengkak Bernanah Bila Tekan Keluar Macam Cheese

Jangkitan Kuman Luka Caesar Bengkak Bernanah Bila Tekan Keluar Macam Cheese

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 619 hits
Bersalin secara pembedahan bukanlah sesuatu yang perlu ditakuti Namun setiap pembedahan mempunyai risiko tersendiri Salah satunya ialah bernanah membengkak dan tidak sembuh sembuh jika tidak dijaga dengan baik Demi melahirkan zuriat yang di...
Macam Macam Permintaan Unik 9 Bocah Gembel Sebelum Dieng Culture Festival 2019

Macam Macam Permintaan Unik 9 Bocah Gembel Sebelum Dieng Culture Festival 2019

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 261 hits
Dataran Tinggi Dieng Jawa Tengah merupakan permukiman tua Sisa peradaban kunonya tampak pada candi candi yang dipercaya sebagai yang tertua di Pulau Jawa Legenda dan mitologi melingkupi masyarakat dengan kasta budaya yang tinggi ini Salah s...
Safinatun Najah Mengenal Macam Macam Najis 01

Safinatun Najah Mengenal Macam Macam Najis 01

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 372 hits
Apa itu najis Sudah kenal macam macam najis Sekarang kita mulai pelajari dari Safinatun Najah Namun diawali dengan Al Mu tamad fii Al Fiqh Asy Syafi i
Ketika Musim Kemarau Buat Macam Ini Untuk Elak Pokok Mati Dan Lembapkan Tanah

Ketika Musim Kemarau Buat Macam Ini Untuk Elak Pokok Mati Dan Lembapkan Tanah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 325 hits
Menyiram pokok adalah perkara paling asas dan sangat penting selepas menanam pokok Tujuaanya supaya anak benih tidak kering dan mati nbsp Pokok yang baru tanam 100 bergantung pada AIR sebagai makanan kerana akar tunjang masih pendek dan bel...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu