Vivo Nex 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik


Vivo NEX 3 Telefon Mudah Alih Premium Yang Terbaik | Assalamualaikum semua.. Sebagai seorang blogger sis ada bermacam-macam jenis gadjet seperti telefon mudah alih, action camera, mirrorless camera, DSLR dan juga stabilizer. Ha, bila nak pergi event atau travel mula la pening nak angkut semua. Kalau time packing tu memang kena packing betul-betul takut ada yang tertinggal especially kabel dengan charger. Siap ada bagpack khas tau. Tapi alangkah bestya kalau ada satu telefon yang mempunyai kualiti gambar seperti DSLR. Tak payah susah payah dah nak angkut semua gadget kan.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, terbaru Vivo Malaysia telah melancarkan Vivo NEX 3 iaitu telefon mudah alih premium yang terbaik. Kenapa sis kata terbaik sebab ia mempunyai semua ciri yang diperlukan dan yang penting mempunyai kamera yang sangat power. Inovasi yang ditonjolkan oleh Vivo ini mampu membuatkan penggunanya merasai pengalaman telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi


Macam biasa la, kalau ada telefon baru dilancarkan mesti semua nak tahu kelebihannya kan. Ha, meh sis kongsikan spesifikasi Vivo NEX 3 ni :
Reka Bentuk Cemerlang termasuk FullView™ Display

POLED Waterfall FullView™ Display - Vivo NEX 3 mempunyai paparan POLED Waterfall FullView™ Display. Ia didatangkan dengan skrin yang luas dan melengkung menjadikan ia kelihatan anggun. Ditambah baik daripada rekaan sebelumnya iaitu FullView™ Display, NEX 3 mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk yang hampir tiada bingkai yang mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik. Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menakjubkan setiap kali kita mengangkat telefon

Paparan Skrin Lebih Menarik - Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan. Wah, menarik ni.. Teringat dulu-dulu pernah beli aksesori lampu berkelip-kelip dan menyala time panggilan masuk. Kini Vivo NEX 3 pun ada fungsi tersebut.
Tiada Butang Fizikal - Vivo NEX 3 diperkenalkan sebagai peranti yang tidak menggunakan butang fizikal dan mempunyai rekaan seamless dan touch-controlled unibody. Dengan teknologi X-axis Haptic Vibration, peranti ini menggunakan butang dengan sensor tekanan yang digelar Touch Sense untuk pengalaman yang selesa dan futuristik. In-Display Fingerprint Scanning membolehkan pengguna melangkah masuk ke dunia mudah alih mereka dengan cepat dan selamat




Pengalaman Pengambilan Gambar Yang Premium dengan Gabungan Tiga Kamera

64MP Kamera Belakang - Pada bahagian belakang peranti NEX 3 terletaknya gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System. NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Sistem kamera ini amat mudah untuk digunakan dan dapat menghasilkan gambar definisi tinggi yang mampu menonjolkan lagi keindahan dan kejelasan sesuatu gambar

Portrait Master’s Hyper dan Pro Mode - Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar. Di samping itu, Pro Mode membantu pengguna menguasai fotografi tanpa memerlukan kit fotografi yang mungkin rumit untuk difahami dan berat untuk dipikul

16MP Kamera Depan - Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri. Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil




Prestasi Berkuasa Untuk Pengalaman Mudah Alih yang Optimum

Qualcomm Snapdragon 855 Plus - Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran teratas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar.
4500mAh Kapasiti Bateri - Membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa.
Vapor Chamber Cooling System - Fungsi ini bertindak untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat.
256GB Internal Storage - NEX 3 disediakan dengan storan dalaman 256GB bagi membolehkan lebih banyak file dan gambar disimpan



Kecerdasan Buatan untuk Pelbagai Senario Pengguna

Penolong kecerdasan buatan Vivo iaitu Jovi telah ditambah baik khas untuk NEX 3 untuk membolehkan pengalaman pintar yang optimum berdasarkan Vivo Computation Acceleration Platform (VCAP). Platform ini meningkatkan prestasi perkakasan, dari CPU, GPU, DSP ke NPU. Ia juga mengoptimumkan algoritma kecerdasan buatan, meningkatkan kecekapan, kelajuan, dan kelancaran ciri-ciri peranti tanpa memakan kuasa yang lebih

Dengan VCAP, tugas berasaskan kecerdasan buatan telah dinaik taraf. Jovi mempunyai beberapa aplikasi yang dinaik taraf termasuk Jovi Smart Scene yang menyokong tugasan harian, dan Jovi Image Recognizer yang kini lebih pantas dan tepat. Ia membantu pengguna mengkategorikan album, melakukan carian pintar, mengesan pemandangan dan wajah berkumpulan. Ia boleh menyempurnakan dokumen yang diimbas, dan banyak lagi



Masa Depan Audio yang Unggul

Cip audio bebas AK4377A menyampaikan pengalaman Vivo Hi-Fi yang menakjubkan khas untuk kenikmatan audio yang unggul dimana para pengguna boleh menghidupkan semula konsert kegemaran atau merenung jauh sambil mendengar lagu kegemaran


Ha, amacam?? Ternganga bila sis tahu mengenai spesifikasi yang ditonjolkan untuk Vivo NEX 3 ni. Ni yang buat hati sis berdebar-debar bagai jatuh cinta pandang pertama. Rasa nak pi pinang je telefon ni. Tapi sebelum tu kena la tau harganya kan. Ok, Vivo NEX 3 dalam pilihan warna Glowing Night boleh didapati di Malaysia mulai hari ini



Harga Vivo NEX 3 adalah RM3,899
Mahal?? Eh, bagi sis berbaloi dah tu kerana Vivo NEX 3 adalah telefon mudah alih premium yang terbaik..Info lanjut boleh rujuk di www.vivo.com/my






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2019/10/vivo-nex-3-telefon-mudah-alih-premium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Microsoft Mengakui Android Ialah Sistem Operasi Mudah Alih Yang Terbaik

Microsoft Mengakui Android Ialah Sistem Operasi Mudah Alih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 301 hits
Dua minggu lalu sebuah telefon pintar dengan dwi skrin yang boleh dilipat Pengumuman peranti yang hanya akan dilancarkan pada penghujung 2020 ini mengejutkan ramai kerana Microsoft menggunakan sistem operasi Android yang merupakan pesaing m...
Skrin Google Pixel 4xl Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

Skrin Google Pixel 4xl Kini Ditabalkan Skrin Terbaik Pada Telefon Pintar Oleh Displaymate

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 280 hits
OnePlus 7 Pro Samsung Galaxy S10 dan Galaxy Note 10 adalah tiga peranti yang telah ditabalkan sebagai peranti dengan skrin terbaik oleh DisplayMate Skor yang diberi adalah A Tetapi tiga peranti ini sudah lapuk dan lama kini giliran raja GCa...
Crucial X8 Diperkenalkan Storan Ssd Mudah Alih Tahan Lasak Untuk Jurugambar Luar Profesional

Crucial X8 Diperkenalkan Storan Ssd Mudah Alih Tahan Lasak Untuk Jurugambar Luar Profesional

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 229 hits
Jika anda seorang jurugambar yang selalu perlu bertugas diluar dan memerlukan peranti storan yang padat pantas dan masih mempunyai jumlah storan yang cukup banyak Crucial baru sahaja mengumumkan peranti storan SSD luaran mereka Crucial X8 R...
Vivo Nex 3 Menakjubkan

Vivo Nex 3 Menakjubkan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 236 hits
INGINKAN telefon pintar mudah alih dengan teknologi di tahap tertinggi dan menakjubkan Produk terbaru Vivo NEX3 ada jawapannya Ia adalah peranti terbaik menggabungkan inovasi terbaharu yang menakjubkan Dikemaskan dengan rekaan bentuk inovas...
Netflix Menawarkan Pelan Mudah Alih Di Malaysia Pada Harga Rm17 Sebulan

Netflix Menawarkan Pelan Mudah Alih Di Malaysia Pada Harga Rm17 Sebulan

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 283 hits
Dua tahun yang lalu Malaysia ialah negara ketiga dengan jumlah pengguna yang menstrim Netflix pada peranti mudah alih Kita hanya di belakang India dan Filipina Menurut Netflix pengguna di Malaysia menstrim kandungan mereka pada peranti muda...
Rasmi Pra Tempahan Vivo Nex 3 5g Akan Dibuka 15 Oktober Pada Harga Rm3899

Rasmi Pra Tempahan Vivo Nex 3 5g Akan Dibuka 15 Oktober Pada Harga Rm3899

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 178 hits
Pagi tadi harga jualan dengan jualan dikatakan akan bermula 17 Oktober Tetapi pihak Vivo Malaysia kini secara rasmi telah mengesahkan bahawa pra tempahan peranti akan dibuka di antara 15 18 Oktober dengan harga RM3899 sebuah Pengguna yang m...
Penjual Tempatan Memperlihatkan Vivo Nex 3 Dengan Sokongan 5g Berharga Rm3899 Di Malaysia

Penjual Tempatan Memperlihatkan Vivo Nex 3 Dengan Sokongan 5g Berharga Rm3899 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 230 hits
Vivo Malaysia bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo Nex 3 secara rasminya di Malaysia pada 17 Oktober ini Ia dijangka menjadi antara peranti terawal di Malaysia yang menawarkan sokongan 5G terbina padanya walaupun penaw...
Vivo Nex 3 Telah Berada Dipasaran Dengan Harga Rm 3 899 00

Vivo Nex 3 Telah Berada Dipasaran Dengan Harga Rm 3 899 00

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 291 hits
FUFF Belum sebulan Vivo V7 berada dipasaran kini Vivo sekali lagi tampil dengan teknologi terbaharu yang dijangka bakal memberi impak dipasaran telefon pintar dan juga merupakan antara teknologi terbaik iaitu Vivo NEX 3 Telah menembusi pasa...
Vivo Nex3 Model Telefon 5g Di Malaysia

Vivo Nex3 Model Telefon 5g Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 412 hits
Vivo Menjauhi Batas dengan NEX 3 Menawarkan Pengalaman Mudah Alih Premium yang TerbaikHey Guys Tahu tak tak sampai sebulan Vivo telah melancarkan satu lagi model terbaru iaitu VIVO NEX3 di Malaysia Hebatlah Mar baru je ke pelancaran sebelum...
Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah

Aeon Mall Bukit Tinggi Klang Meriah Dengan Pameran Transformers One

Investment Grade 5 Lots From Bonhams 2024 Autumn Stafford Sale

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Menu Dinner Pak Zain Discharged

Ulangtahun Kelahiran Dak Kakak Dan Gerakan Reformasi

Baru Draf La Benggong Rupanya

Doa Naik Kapal Laut


echo '';
10 Fakta Biodata Ustaz Wadi Annuar Wadi Anuar Termasuk Kisah Kahwin Bercerai Dan Bekas Isteri

Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Khasiat Jus Tembikai Rahsia Awet Muda Dan Ceria Sepanjang Hari

Resepi Mooncake Halal

Spinning The Wheel Of Fortune A Deep Dive Into Online Roulette Strategies

Penyelewengan Akidah Pemimpin Gisb Dakwa Mampu Hubungi Nabi Dalam Sedar Bekas Ahli

Gadis Diarah Tanggal Pakaian Sebagai Bukti Bukan Lelaki

Perlis Issues Fatwa First State To Declare Gisbh A Deviant Group