Ustaz Syamsul Debat Kongsi 3 Amalan Lembutkan Hati Anak Degil


Anak-anak adalah kurniaan rezeki yang paling hebat kepada pasangan yang sudah berumah tangga. Mereka adalah amanah dari Allah SWT untuk ibu bapa didik dengan sebaiknya.
Cabaran mendidik dan membesarkan anak adalah ujian yang mesti dilalui oleh ibu bapa. Semua mengimpikan anak mereka baik dan mendengar kata. Tetapi ada kalanya kita diuji mempunyai anak yang  nakal atau degil, sukar mendengar kata menyebabkan tahap kesabaran kita sebagai ibu bapa teruji.
Tetapi apabila kembali kepada radar normal, ibu bapa biasanya berasa menyesal kerana bersikap terlalu keras dan kerap marah anak. Bagaimana hendak menangani atau mengendalikan anak-anak yang bersikap degil ini?
Adakah mereka memang tidak boleh dibetulkan lagi? Bimbang dan risau memikirkan sekiranya tingkah laku degil tersebut tidak berubah semakin mereka meningkat dewasa.
Artikel lain: Gelar Anak Itu Ini, Konon Bergurau. Rupanya Efek Emosi, Dia Membesar Jadi Tak Yakin!
Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membetulkan dan menegur kesilapan atau tingkah laku anak yang tidak betul. Jangan dibiarkan sahaja tanpa teguran sebab itulah orang tua-tua zaman dahulu ada peribahasa yang berbunyi ‘melentur buluh biar dari rebungnya’ yang bermaksud mendidik anak biarlah sejak dari kecil lagi.
Penceramah terkenal Ustaz Syamsul Debat dalam ceramahnya di salah satu Kuliah Dhuha Perdana di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang beberapa tahun lalu berkongsi berkenaan tip dan amalan untuk melembutkan hati anak yang degil.

Menurutnya secara psikologi kita sebagai ibu bapa jangan asyik komplen sahaja setiap kesalahan anak buat. Sebaliknya ada cara betul untuk menegurnya. Katanya, anak yang sedang membesar bersikap degil itu perkara biasa, ibu bapa yang kena pandai kawal mereka.
“Anak-anak degil ini biasanya cerdik tapi jangan biar dia degil sampai tua. Didik anak kena betul caranya dan nak menegur kesilapan mereka juga kena betul pendekatannya supaya mereka boleh berubah dan tak ulang lagi kesilapan yang sama.”
Ustaz Syamsul turut memberi contoh sekiranya ayah sedang bersolat dan anak memanjat belakang badan ayah, ibu yang melihat janganlah salah tegur anak dengan menyergah dan berkata “Kau pergi main jauh-jauh, kesian ayah tengah solat, Jangan kacau!” Makanya sampai tua nanti budak tu setiap kali solat dia akan main jauh-jauh dan tak mahu bersolat bersama si ayah.
Artikel lain: Jangan Marah Anak Suka Main Sabun, Syampu. Ini Kelebihannya Mama Patut Tahu!
“Dah namanya budak memang begitu kelakuannya. Cuba ibu turunkan anak yang memanjat si ayah tu, lepas tu cakap haa cuba turun, cuba ikut ayah solat ni.”
Cara tegur dan didik anak kena betul kaedahnya supaya ia dapat membantu anak menjadi lebih baik dan mendengar kata bukan sebaliknya.
Ustaz Syamsul berkongsi amalan mudah yang boleh ibu bapa amalkan untuk melembutkan hati anak yang degil.
1. Ibu bangunlah pada sepertiga malam iaitu antara pukul 3 hingga 4.30 pagi, sebab kekuatan doa seorang ibu sangat power dan ibu juga mempunyai hubungan sangat dekat dengan anak. Pergi ke katil anak yang sedang tidur kemudian baca al-Fatihah, selawat tiga kali, ayat kursi, surah al- Insyirah perlahan-lahan kemudian berdoalah “Ya Allah, kau jadikanlah anakku ini (sebut namanya) sebagai anak yang soleh” dan tiup di ubun-ubunnya sebab masa tidur, roh tengah merayau-rayau di kepala. Kalau mata anak berkelip-kelip maknanya dah sampai pada rohnya. Bila roh balik kembali pada badan mudah-mudahan eloklah anak tersebut. Jika ibu amalkan hari-hari amalan ini dengan izin Allah anak yang degil tersebut akan lembut hatinya.

2. Buat solat hajat dalam bilik anak. Ini amalan paling berkesan hendak lembutkan hati anak. Bentang sejadah dan solat berhampiran anak yang sedang tidur. Berdoalah bersungguh-sungguh “Ya Allah Ya Tuhanku, kau berikanlah kekuatan kepadaku untuk mendidik anak-anakku ini. Jadikanlah anak-anak ini (sebut nama anak) sebagai anak yang soleh dan solehah. Bantulah hambamu ini Ya Allah.”

3. Basuh beras ikut arah tawaf dan berdoalah “Ya Allah Kau lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) ini sepertimana kau lembutkan beras ini menjadi nasi.” Mintalah pada Allah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh. InshaAllah lembut hati anak dan mudah dengar kata.

Apa pun usaha kita lakukan itu semuanya atas kuasa Allah SWT jua. Sebagai ibu bapa janganlah kita mudah berputus asa dengan kedegilan dan kenakalan si anak. Pendek kata semuanya terserah kepada kita untuk berusaha dan mencorakkannya.

Sumber: Ar-Rahman TV
The post Ustaz Syamsul Debat Kongsi 3 Amalan Lembutkan Hati Anak Degil appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ustaz-syamsul-debat-kongsi-3-amalan-lembutkan-hati-anak-degil/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 457 hits
Anak yang hari hari kena marah boleh jadi degil bila dah besar Macam tak percayakan Tapi salah ke marah anak Tak Tak salah Bahkan kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan keadaan TERTENTU Kemarahan juga adalah penyelamat Cuma marah jan...
Pakar Kongsi Cara Pilih Mainan Untuk Anak 0 3 Tahun Jenis Mainan Yang Tahan Lasak

Pakar Kongsi Cara Pilih Mainan Untuk Anak 0 3 Tahun Jenis Mainan Yang Tahan Lasak

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 507 hits
Bukan hanya anak yang excited memilih barang permainan ibu bapa juga turut teruja Yelah macam macam jenis permainan yang cantik dan comel nak dipilih Sebenarnya dalam pemilihan barang permainan anak anak ibu bapa haruslah mengambil tahu jen...
Setelah Bercer4i Engku Emran Kongsi Pesanan Luahan Hati Di Instagram

Setelah Bercer4i Engku Emran Kongsi Pesanan Luahan Hati Di Instagram

papar berkaitan - pada 6/7/2020 - jumlah : 342 hits
Engku Emran dan Laudya Cynthia Bella menjadi tumpuan umum selepas percer4ian rasmi Emran dan Bella akhirnya berpisah dengan baik Bella mengakui bahawa Emran telah menjadi suami yang baik selama 2 tahun menjalani perkahwinan Kami berdua tela...
Amalan Akikah Bercukur Rambut Untuk Anak Baru Lahir

Amalan Akikah Bercukur Rambut Untuk Anak Baru Lahir

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 231 hits
Bagaimana amalan akikah dan bercukur rambut untuk anak baru lahir Panduan ini akan menerangkan secara lengkap dan mudah mengenai amalan akikah dan bercukur rambut anak baru lahir Tanpa buang masa mari kita mulakan Menamakan anak yang baru l...
Tepis D4kwaan Lebihkan Marissa Ini Sebab Kenapa Jarang Kongsi Gambar Anak Anak Lain

Tepis D4kwaan Lebihkan Marissa Ini Sebab Kenapa Jarang Kongsi Gambar Anak Anak Lain

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 336 hits
Pelakon Abby Abadi menepis d4kwaan ramai yang melabelkannya terlalu melebihkan anak perempuan Marissa Dania berbanding dua orang lagi anaknya yang lain Menurut Abby seorang lagi anak perempuannya Maria Danisha agak kurang berminat bila diaj...
Kalau Pasangan Anda Merokok Elak Kongsi Katil Dengan Bayi Boleh Membahayakan Kesihatan Anak

Kalau Pasangan Anda Merokok Elak Kongsi Katil Dengan Bayi Boleh Membahayakan Kesihatan Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 314 hits
Pada keseluruhannya bayi akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari dia hanya akan terjaga apabila tiba waktu makan Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur dalam purata 16 jam sehari 2 hingga 4 jam...
Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

Rupanya Anak Tak Dengar Kata Sebab Salah Doa Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Kongsi Cara Betul

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 314 hits
Wahai ibu rupanya bila anak tak dengar kata sebab salah doa dan ikuti nasihat Dato Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood sebagai panduan dalam mendidik anak Mendidik anak anak dalam dunia teknologi ini semestinya menjadi semakin mencabar Banyak ...
Yay Dah Merdeka Cukup 44 Hari Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak Pengalaman Berpantang Comelnya Arwa Malaikha Urwa

Yay Dah Merdeka Cukup 44 Hari Ardell Aryana Kongsi Gambar Anak Pengalaman Berpantang Comelnya Arwa Malaikha Urwa

papar berkaitan - pada 20/7/2020 - jumlah : 642 hits
Pejam celik tak sedar masa berlalu Ardell Aryana yang baru lepas bersalin cahaya mata pertamanya tak lama dulu pun sudah menamatkan tempoh 44 hari berpantang Pelakon dan usahawan itu gembira kerana telah berjaya menghabiskan pantang selama ...
Jahit Sendiri Face Mask Untuk Anak Ibu Ini Kongsi Tutorial Lengkap Mudah Nak Buat Jimat

Jahit Sendiri Face Mask Untuk Anak Ibu Ini Kongsi Tutorial Lengkap Mudah Nak Buat Jimat

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 433 hits
Pada awal bulan Julai yang lalu anak anak tadika sudah mula bersekolah hari ini kakak dan abang di sekolah rendah dan juga menengah pula memulakan persekolahan Antara benda yang perlu dibawa bersama ke sekolah adalah face mask Pemakaian fac...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur

Klang Valley Rail Network Fulfils Larger Objectives But Needs Improvement


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Cuti Cuti Pulau Pangkor Island Tour Dengan Teksi Pink

Experience The Power Of Unlimited Website Traffic

Gempak Fiesta 2025 Fun Family Fabulous Prizes

Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings