Ustaz Ajar Niat Yang Betul Kalau Nak Bela Ikan Puyu Di Rumah Untuk Elak Pukau
Assalamualaikum. Nak share satu ceramah daripada Ustaz Sharhan mengenai pendapat membela ikan bagi mengelak sihir / pukau. Amalan ni mungkin ada yang buat. Tapi kena tahu, niatnya kena betul. Kenapa? Ini jawapan ustaz.
Orang-orang tua dulu kata, ada pendapat mengatakan dengan cara kita membela bela ikan di dalam akuarium rumah dengan cara kita membela bela dalam kolam depan tangga boleh hindar pukau.
Ustaz Sharhan menyatakan,
” Tiada dalam nas atau riwayat, hanya pendapat orang tua”
Jika betul pun itu hanyalah satu kebetulan
Jika bela ikan dalam akuarium atau ikan puyu dengan harapan dan keyakinan jika ada kuasa yang boleh menghindarkan kuasa ghaib yang boleh hindar daripada pukau, ini adalah syirik yang terang. Jadi hati-hati dengan niat anda.
Bagaimana niat yang betul ?
Sambung ustaz lagi,
“Jika kita beriktikad, bahawa aku bela ikan puyu ni bukan ada kuasa pun, tapi dengar-dengar kata orang tua dulu, boleh menghindari daripada pukau, maka dengan bela ikan puyu ni …
Jika Allah izinkan, maka Insya-Allah dengan itu boleh hindari rumah aku daripada pukau… tiada masalah” …
Kesimpulannya, kita hanya bergantung kepada Allah, bukan kepada ikan itu untuk menghindari pukau daripada masuk ke rumah kita.
Wallahualam.
Ikan puyu kebal gangguan syaitan?
Apakah membela ikan puyu dapat menghindarkan diri dan keluarga daripada gangguan syaitan?
Jawapan: Saya tidak mengetahui dalil bagi isu ini. Mungkin ada amalan pemeliharaan ikan puyu atau haiwan tertentu bagi mengelakkan gangguan syaitan dan sihir.
Tidak salah untuk membela ikan puyu, ia adalah sekadar ikan sahaja. Seeloknya untuk kita lebih rajin membaca al-Quran seperti surah al-Baqarah.
Mengenai surah ini terdapat riwayat yang lebih pasti, seperti rumah yang dibacakan surah berkenaan maka ia tidak akan dimasuki oleh syaitan. Dalam riwayat hadis lain, syaitan tidak akan memasuki rumah yang dibacakan surah al-Baqarah selama tiga hari.
Dalam riwayat lain, surah al-Baqarah tidak mampu ditembusi oleh ahli sihir. Antara maksudnya ialah sihir tidak akan berjaya jika seseorang itu rajin membaca surah al-Baqarah.
Terdapat juga riwayat tentang kelebihan membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah iaitu ayat 285 dan 286. Sesiapa yang membaca dua ayat ini pada waktu malam maka mencukupi baginya. Kemungkinan antara maksudnya ialah pemeliharaan Allah dengan berkat bacaan dua ayat ini, begitu juga dengan membaca ayat Kursi.
Sumber: www.myinfomaya.com
The post Ustaz Ajar ‘Niat yang Betul’ Kalau Nak Bela Ikan Puyu di Rumah untuk Elak Pukau. appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/ustaz-ajar-niat-yang-betul-kalau-nak-bela-ikan-puyu-di-rumah-untuk-elak-pukau/