Upkk Apa Ibu Bapa Patut Tahu Dan Tip Persediaananak Dalam Menghadapi Upkk


Pasti ibu bapa pernah dengar tentang UPKK sekiranya anak anda belajar di KAFA, tapi rasanya ramai yang kurang jelas apa sebenarnya UPKK, apakah subjek yang akan diuji dan bagaimana nak bantu anak buat persediaan. Jom kita kupas satu persatu dengan cara mudah.





Apa Itu UPKK?UPKK ialah singkatan bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA. Peperiksaan ini dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan diwajibkan untuk murid Tahun 5 KAFA.


Secara ringkasnya, UPKK ni macam “exam akhir” untuk mengukur sejauh mana anak-anak kita menguasai asas agama Islam yang mereka belajar di KAFA. Ia bukan sahaja uji pengetahuan, tapi juga amalan seharian.


Subjek Dalam UPKKAda 8 subjek utama dalam UPKK:

Tilawah Al-Quran – membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid.Tafsir & Hafazan – memahami maksud ayat pilihan dan menghafaz surah tertentu.Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah) – asas akidah dan ibadah harian.Sirah Nabawiyah – kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.Adab & Akhlak Islamiah – membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak.Jawi & Khat – kemahiran tulisan jawi dan seni khat.Bahasa Arab (Lughah Al-Arabiah) – asas bahasa Arab untuk komunikasi.Amali Solat & Penghayatan – penilaian praktikal solat, wuduk, doa harian dan sebagainya.

gambar sumber : yuran.my


Kenapa UPKK Penting Untuk Anak-Anak?

UPKK bukan sekadar peperiksaan biasa. Ada banyak kepentingan di sebaliknya, antaranya:



Ukur penguasaan ilmu agama – sejauh mana anak-anak faham dan boleh amal.Bentuk sahsiah & akhlak – bukan teori semata, tapi juga akhlak dalam kehidupan.Syarat masuk sekolah agama/tahfiz – ramai sekolah guna keputusan UPKK sebagai penilaian.Motivasi belajar agama – ada peperiksaan buat anak lebih fokus.Sijil pengiktirafan rasmi – sebagai tanda pencapaian mereka dalam pendidikan Islam.


Tip Persediaan Untuk Anak Hadapi UPKK

Nak bantu anak lebih bersedia? Ini beberapa tips santai yang ibu bapa boleh praktikkan:


1. Buat Jadual Ulangkaji Ringkas
Tak perlu terlalu padat, cukup konsisten. Contoh: selepas Maghrib untuk hafazan, selepas Isyak untuk ulangkaji sirah atau jawi.


2. Latih Amali Solat & Doa Harian
Bahagian amali selalu anak ambil mudah. Boleh semak wuduk, solat, doa harian bersama-sama. Lagi seronok kalau ibu bapa pun jadi “guru praktikal”.


3. Hafazan Sedikit Tapi Konsisten
Hafaz 2-3 ayat sehari lebih berkesan daripada hafal banyak sekaligus. Ulang-ulang bacaan sampai lancar.


4. Guna Nota Ringkas & Warna-Warni
Nota berwarna atau flashcard memudahkan anak cepat tangkap, terutama untuk istilah Arab atau doa.


5. Latihan Soalan Tahun Lepas
Boleh beli buku latihan UPKK di kedai buku. Bila biasa dengan format, anak lebih yakin semasa peperiksaan.


6. Sokongan Emosi & Doa
Jangan terlalu tekan anak. Sebaliknya beri kata-kata semangat, doa bersama-sama, dan jadikan pengalaman UPKK sesuatu yang positif.


7. Jaga Kesihatan Anak
Cukup tidur, pemakanan sihat, dan kurangkan gajet menjelang exam. Anak yang segar lebih mudah fokus.




Jom Cemerlang Bersama Fly High EducationBagi ibu bapa yang masih risau akan persediaan anak-anak dalam menghadapi UPKK, apa kata anda daftarkan anak anda dengan bengkel dan seminar UPKK anjuran Fly High Education


Tenaga Pengajar



Ustaz Azhari bin Sulaiman dan Ustaz Johari ni sememangnya tenaga pengajar yang sangat berpengalaman yang dapat membantu mengajar dan memberi tip supaya anak-anak lebih yakin dalam lmenghadapi UPKK. 


Bengkel & Seminar UPKKKelas Online Gempur UPKK – Ulangkaji silibus Tahun 3 - 5, teknik mudah ingat, latih tubi soalan sebenar.
Tarikh: 11 & 25 Okt 2025 (Sabtu)
Masa: 5.00 – 7.00 pm
Yuran: RM50 (2 sesi)


Kelas Meroket UPKK – Latih tubi intensif dengan Ustaz Azhari, nota & rakaman disediakan.
Tarikh: 10, 11, 12, 24, 25 & 26 Okt 2025 (Jumaat - Ahad)
Platform: Zoom
Yuran: RM120 (10 sesi)


Kelas VIP UPKK – Bimbingan eksklusif, teknik KBAT, interaktif, siap ada penilaian prestasi bulanan.
Tarikh: 12 & 26 Okt 2025
Masa: 9.00 am – 5.00 pm
Lokasi: Fly High Education Centre, Shah Alam
Yuran: RM150
Tuisyen & Kelas Online UPKK


Selain bengkel, mummy tengok ada juga tuisyen dan kelas online khas UPKK. Ini sesuai untuk anak-anak yang nak latihan konsisten setiap minggu:


Kelas Online Bahasa Arab UPKK – Fokus bahasa Arab, latih tubi, tips mudah.
Tarikh: 6, 13, 20 & 27 Okt 2025 (Isnin)
Masa: 8.00 – 9.30 pm
Yuran: RM70 (4 sesi)
Kelas Mengaji Online – Perbaiki bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.
Tarikh: 4, 11, 18, 25 Okt 2025 (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt 2025 (Ahad)
Masa: 9.30 – 11.00 am
Yuran: RM70 (4 sesi)


Jom Daftar Anak Anda Sekirananya anda iginkan anak-anak mendapat keputusan cemerlang, jangan lengah lagi, jom daftar anak-anak kelas UPKK di Fly High Education. Anda boleh klik link WhatsApp dibawah.



Wasap 1Wasap 2Wasap 3Wasap 4


Jadi, ibu bapa sekelian, jom daftar anak bagi memastikan mereka dalam tahap kesediaan yang terbaik dalam menghadapi UPKK.

Kesimpulan

UPKK bukan sekadar peperiksaan, tetapi satu peluang untuk membentuk anak-anak kita menjadi generasi Muslim yang berilmu, beramal, dan berakhlak mulia. Dengan persediaan awal, sokongan ibu bapa, serta doa yang berterusan, insya-Allah anak-anak akan lebih tenang dan yakin menghadapi UPKK.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2025/10/upkk-apa-ibu-bapa-patut-tahu-dan-tip.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Tahun Tinggal Tanpa Ibu Bapa Kisah Adik Alis Runtun Hati Ramai

Tiga Tahun Tinggal Tanpa Ibu Bapa Kisah Adik Alis Runtun Hati Ramai

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 565 hits
Tiga Tahun Tinggal Tanpa Ibu Bapa Kisah Adik Alis Runtun Hati Ramai Bagi seorang anak ibu dan bapa merupakan harta yang tak ternilai dan menjadi tempat untuk berpaut dikala musibah melanda Kedua dua insan inilah yang menjadi tulang belakang...
Pelajar Pukul Naib Pengetua Depan Ibu Bapa

Pelajar Pukul Naib Pengetua Depan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 1634 hits
Pelajar pukul naib pengetua depan ibu bapa Gambar hiasan Lambe Turah JAKARTA Seorang pelajar di Sinjai wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai kerana memukul naib pengetua sekolah selepas dia ditangkap ponteng kelas lapor portal...
Ibu Bapa Terkejut Mayat Anak Tanpa Jantung

Ibu Bapa Terkejut Mayat Anak Tanpa Jantung

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 780 hits
KOSMO GAMBAR fail Byron Haddow Foto Nine NewsDENPASAR Bali nbsp nbsp Seorang pelancong Australia berumur 23 tahun yang meninggal dunia di Bali Indonesia nbsp dihantar pulang kepada keluarga dalam keadaan jantungnya hilang lapor portal berit...
Ibu Bapa Digalak Hantar Anak Autistik Sertai Program Ilkbs Hannah Yeoh

Ibu Bapa Digalak Hantar Anak Autistik Sertai Program Ilkbs Hannah Yeoh

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1038 hits
Ibu Bapa Digalak Hantar Anak Autistik Sertai Program ILKBS Hannah Yeoh BANGI 20 Sept Ibu bapa digalakkan menghantar anak anak mereka yang berkeperluan khas khususnya golongan belia autistik mengikuti kursus kemahiran yang disediakan oleh In...
Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Lari Dari Rumah Sebab Kena Pukul Bapa Ditahan Polis

Kanak Kanak Perempuan 12 Tahun Lari Dari Rumah Sebab Kena Pukul Bapa Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 131 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis mediaprima com myKuala Lumpur Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memukul anaknya sehingga kanak kanak itu melarikan diri dari rumah di Kepong di sini hari ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Mar...
Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat

Adik Alis Tabah Kejar Impian Jadi Guru Dr Asyraf Sedia Jadi Bapa Angkat

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1157 hits
KOTA BHARU Di sebalik senyuman seorang anak muda tersembunyi kisah pilu yang meruntun hati Begitulah perjalanan hidup Adik Alis remaja yatim piatu yang tetap cekal mengejar cita citanya untuk bergelar seorang guru biarpun terpaksa mengharun...
Budak 7 Tahun Kritikal Bapa Saudara Pukul Dengan Tukul

Budak 7 Tahun Kritikal Bapa Saudara Pukul Dengan Tukul

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 616 hits
Budak 7 tahun kritikal bapa saudara pukul dengan tukul FOTO hiasan Bachok Kanak kanak lelaki parah dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di Jalan Kedai Jelawat di sini hari ini Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superi...
Anak Mengadu Sakit Kepala Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

Anak Mengadu Sakit Kepala Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 950 hits
Anak Mengadu Sakit Kepala Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Bantu Pandu Kereta Lelaki bergelar Ayah merupakan seorang insan yang begitu bermakna dalam kehidupan kita bermula dari saat kita dilahirkan sehinggalah kita menghe...
Awak Telah Tabur Fitnah Terhadap Bapa Saya Anak Aaron Aziz Mahu Sharina Mohon Maaf Dengan Betul Amp Padam Video

Awak Telah Tabur Fitnah Terhadap Bapa Saya Anak Aaron Aziz Mahu Sharina Mohon Maaf Dengan Betul Amp Padam Video

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 262 hits
Anak perempuan Aaron Aziz iaitu Dwi Ariana membuat hantaran dan menyelar kenyataan seorang wanita dikenali sebagai Sharina Richie yang telah mencetuskan fitnah terhadap aktor tersebut Menerusi media sosial wanita berkenaan telah mengambil s...
Ihr Weg Zum Erfolg Im Playjango Casino

Kucing Pun Suka Makan Telur

Kaedah Perancang Keluarga Kkm Pilihan Saya

Ex Mic Man Slams Pmx For Ushering In Deepavali Two Days Too Soon Use Open House To Make Political Statement

7 Perkara Kecil Tapi Penting Sebelum Naik Motor Jarak Jauh

Kumpulan Pro Hamzah Dalam Bersatu Mungkin Pindah Ke Pas

Fountain Of Youth Dalam Islam Legenda Ainul Hayat Dan Misterinya

Hukum Shalat Di Belakang Imam Yang Shalat Duduk


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warga Israel Dikejar Di Pattaya Selepas Curi Sampul Derma Tokong Wat Tham Pha Thong

Beban Tersembunyi Seorang Ibu Yang Ramai Tak Nampak

6 New Ways Google Is Protecting You From Scams

How Remodel Services Turn Disaster Repairs Into Design Opportunities

Tular Video Babi Hutan Serang Kenduri Kahwin Tetamu Lari Bertempiaran

From Speeding Tickets To Blackouts To Rm5 05b Tax Liability Watts Going On Tnb