Untuk Apa Fitnah
MSO
UNTUK APA FITNAH?


Program ijtimak guru guru pondok anjuran Jakim, Yadim , Nuji dan beberapa institusi agama lain di Kelantan baru baru ini rupa rupanya kurang disenangi oleh pihak kerajaan negeri Kelantan.
Walaupun pemimpin kerajaan ikut sama hadir sebagai meraikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang hadir merasminya, tetapi dalam hati tidak murni penerimaanya. Masih bersikap mulut manis (. ) masam lagi.
Kejayaan ijtimak berkenaan dimana ramai masyarakat pondok hadir termasuk beberapa tokoh dan ulama pondok hadir, dicurigai oleh pihak kerajaan negeri. Mungkin mereka merasakan ijtimak atau pendekatan Putrajaya dengan guru dan institusi Pondok mengacam kedudukan dan hegemoni mereka.
Lantas itu ada seorang pemimpin kerajaan negeri Kelantan mula bertindak membasuh para guru guru pondok agar tidak memerut dengan kerajaan Madani. Sekurang kurang dua acara membabitkan pondok diadakan, malangnya dikatakan kurang mendapat sambutan.
Kerana kurang mendapat sambutan itu mungkin strategi menabur fitnah dilakukan. Seorang pemimpin kerajaan, katanya telah memasuk ke sebuah pondok dan memfitnah seorang, kononnya tokoh itu semasa dalam Pas mengambil rasuah menanam pokok kelapa di kawasan pondok berkenaan.
Perbuatan ini sungguh keji lagi mendukacitakan. Untuk apa orang seperti anda menabur fitnah. Tokoh yang difitnah itu sebenarnya sudah tidak perlu ditakutkan lagi kerana dia bukan apa apa peribadi di Kelantan ketika ini. Dia tidak menjadi persaing anda dan anda tidak layak pun untuk disainginya.
Mungkin juga pemimpin itu kena damagekan pemimpin yang seorang ini kerana beranggapan kekerapan Anwar Ibrahim ke Kelantan memberi peruntukan disebabkan tokoh ini. Jadi hendak tak hendak dia kena diburukkan dengan meracuni hati guru pondok.
Percayalah kesedaran dan penerimaan guru guru pondok di Kelantan dengan segala rancangan pembangunan dan islah pendidikan yang sedang dilakukan kini disenangi oleh semua orang. Sikap Anwar tidak memilih bulu dan memenuhi apa sahaja yang rakyat Kelantan ingini dipenuhi tanpa ditagih.
Sepatutnya anda dan pihak kerajaan berterima kasih dan bunuh rasa curiga itu. Apabila anda sanggup melakukan fitnah kering, jelas menunjukkan anda takut kepada bayang bayangan kebodohan dan ketidak mampuan anda mentadbir negeri. Trims.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2025/10/untuk-apa-fitnah.html