Umno Dijangka Sisih Ahli Mesra Bersatu


freemalaysiatoday.com
Robin Augustin
-November 26, 2022 8:00 AM
Umno sedang berkira-kira menyingkirkan ahli yang bersekutu dengan seterus utamanya, Bersatu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Ahli Umno kini menumpukan perhatian untuk “membersihkan parti” sejurus selesai memecahkan kebuntuan antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum.

“Perlu bagi kami melakukan pembersihan. Masih ada dalam kalangan kami yang pro-Bersatu,” kata pemimpin tinggi Umno.

Bersatu yang ditubuhkan oleh sebahagian besar bekas ahli Umno merupakan parti dominan dalam PN, diterajui presidennya, Muhyiddin Yassin.

Awal minggu ini, Muhyiddin berkata, beliau mendakwa mempunyai akuan berkanun (SD) daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokongnya menjadi perdana menteri.

“Semua 10 mereka sudah menarik balik SD,” kata pemimpin Umno itu, “namun sudah terlambat, mereka sudah tunjuk siapa mereka. Kami tahu mereka tidak setia pada parti.”

Katanya, kesediaan 10 Ahli Parlimen itu menyokong Muhyiddin “dianggap senario terburuk yang boleh berlaku” memandangkan Bersatu dan rakan sekutunya dalam PN, PAS, akan mengambil peluang sepenuhnya demi memusnahkan Umno.

Umno dijangka akan mengadakan pemilihan parti dalam tempoh enam bulan, selepas pilihan raya umum, pada 19 Nov lalu.

Sumber itu berkata, pemilihan parti menjadi cara terbaik bagi Umno melakukan pembersihan terutama terhadap mereka yang tidak meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan.

Katanya, pimpinan parti berharap pada pemilihan parti, akar umbi Umno kembali mengingati nasihat bekas presiden, Najib Razak, yang disampaikan pada konvensyen BN Sabah, mengenai empat ciri ahli dalam BN.

Satu merujuk kepada “katak” atau pengkhianat, mereka yang “bersembunyi dalam gua” atau menghilangkan diri, menyokong Bersatu dan mereka yang setia pada parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi, berkata mereka yang tidak mematuhi keputusan bersama parti perlu disingkirkan.

“Mereka inilah yang menjadikan Umno lemah. Jadi, kita buat penelitian (semua pemimpin) dan singkir mereka yang menentang parti.” Katanya, Umno mesti merapatkan saf selepas pilihan raya umum, kembali bersatu dan bersedia berdepan pilihan raya umum seterusnya.

“Kita juga mesti memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai keputusan bersama mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan sejajar dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong bagi pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-15, Umno menang 26 daripada 30 kerusi dimiliki Barisan Nasional, empat kerusi lain dimenangi MCA (2), dan masing-masing satu kerusi disumbangkan MIC dan PBRS.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dibentuk Pengerusi PH Anwar Ibrahim, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, pada Jumaat.

Kerajaan Anwar kini mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat melalui PH (82 kerusi), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan tiga Ahli Parlimen Sabah lain.

PN pula menguasai 73 kerusi sebelum ini sudah menyatakan akan menjadi pembangkang, selain bertindak sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan dipimpin Anwar. PN dianggotai Bersatu yang mempunyai 30 Ahli Parlimen, PAS (41) dan dua lagi Ahli Parlimen lain.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/umno-dijangka-sisih-ahli-mesra-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Besar Umno Komponen Bn Antara 10 Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin

Nama Besar Umno Komponen Bn Antara 10 Ahli Parlimen Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 297 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Beberapa pemimpin komponen Umno dan Barisan Nasional antara 10 Ahli Parlimen gabungan itu yang menandatangani akuan berkanun menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menurut sumber Sepuluh Ahli Parlimen ...
Apa Berlaku Dalam Mesyuarat Mt Dua Ahli Beri Gambaran Umno Khianat Melayu

Apa Berlaku Dalam Mesyuarat Mt Dua Ahli Beri Gambaran Umno Khianat Melayu

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 223 hits
agendaily com25 11 2022Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn Walaupun semua Ahli Majlis Tertinggi mengunci mulut daripada memberi cerita sebenar yang berlaku dalam mesyuarat baru bar...
Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

Calon Tpm Zahid Layak Ikut Hierarki Parti Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 208 hits
freemalaysiatoday com November 26 2022 12 30 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dicadang dilantik menjadi timbalan perdana menteri dalam pimpinan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii PETA...
In Umno Whispers Of Clearing Out Bersatu S Friends

In Umno Whispers Of Clearing Out Bersatu S Friends

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 283 hits
Umno seems set to get rid of members who are aligned with its nemesis Bersatu PETALING JAYA Umno members have turned their attention inward towards a party clean up after having seen the party navigate through an impasse between Perikatan N...
Umno Bukanlah Kawan Semasa Bersatu Dan Pas Memerlukan

Umno Bukanlah Kawan Semasa Bersatu Dan Pas Memerlukan

papar berkaitan - pada 23/11/2022 - jumlah : 195 hits
UMNO SANGGUP jadi pengkhianat SANGGUP tidak menyokong Semata mata kerana sendiri gagal Ismail Sabri bukan tidak kenal Muhyiddin dan Hadi malah dia diangkat menjadi seorang PM secara lancar dan padu oleh sokongan mereka BERSATU dan PAS boleh...
Makin Ramai Ahli Umno Tolak Kepimpinan Zahid Hamidi

Makin Ramai Ahli Umno Tolak Kepimpinan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 443 hits
Kewibawaan Umno terus tercalar apabila semakin ramai ahli dan penyokong secara terbuka mengumumkan keluar daripada parti itu Sebelum ini ratusan penyokong Umno di Bachok keluar parti itu dan menyertai Bersatu manakala di Kubang Kerian seram...
Pemimpin Pas Bersatu Ada Jumpa Umno Runding Bentuk Kerajaan Gabungan

Pemimpin Pas Bersatu Ada Jumpa Umno Runding Bentuk Kerajaan Gabungan

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 292 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemimpin Barisan Nasional dan Perikatan Nasional sudah memulakan rundingan untuk membentuk gabungan bagi mendirikan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 Anwar mendakwa kedua du...
Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

Ahli Mt Umno Beri Sokongan Terbuka Kepada Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 229 hits
agendaily com20 11 2022Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menang kerusi Parlimen Jelebu hari ini memberi sokongan terbuka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kesepuluh dan pentadbiran Pe...
Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

Tinggal Empat Hari Saja Pru15 Zahid Punya Bodoh Sombong Ahli Umno Berduyun Duyun Sokong Muhyiddin Dan Pn

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 230 hits
Muhyiddin finding rekindled popularity in Malay heartland Muhyiddin making big inroads into UMNO strongholdsPN legitimate Malay voice from heartlands at UMNO s expense The following has been heavily truncated rearranged and adapted from Mur...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

The Kinetic Harley Davidson Breakout That Wowed At Speed And Crafts

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Tahu Apa Itu Biopsy Jom Fahami Proses Dan Kenapa Ia Penting

Ciri Ciri Cetakan Berkualiti Tinggi Yang Meningkatkan Keyakinan Pelanggan

Tak Terjangka

Catatan Hari Keempat Di Tokyo

Qawiy Aro Sembang Belajar South Africa Ke Tebuk Quran Kahwin Cabaran Kebangkitan

Kenapa Kalau Kenyang Mesti Mengantuk