Umat Islam Tanpa Haji


 

Sesungguhnya kita tidak pernah dapat membayangkan umat Islam tanpa rukun sebesar haji. Tanpa haji, umat Islam menjadi mandul dan tidak berani. Ini lantaran haji adalah rukun paling politikal sifatnya. Dengan rukun haji itu umat Islam sangat gagah dan berwibawa dan telah menundukkan segala kuasa imperialisme dunia.
Hanya dengan haji sahaja umat Islam telah mengalahkan Zionisme. Dengan upacara haji yang sungguh hebat itu Zionis amat gerun dengan Arab Saudi. Dengan tawaf yang sangat berkait dengan pengorbanan Nabi Ibrahim yang kita sebut-sebut namanya dan keluarganya dalam sembahyang itu; Zionis habis belaka tunduk kepada Qatar. Bukan sebaliknya. UAE dan Turki berhenti membuat hubungan dengan Israel. Kerana mengapa kita bersolidaritas dengan iblis? Bahkan dengan lontaran batu terhadap syaitan itulah, Azerbaijan akhirnya berhenti menyalurkan bekalan minyak kepada Tel Aviv. Haji terus mengubah umat Islam. Ia mengakibatkan pemimpin di Jordan dan Mesir berpaling akhirnya untuk mendakap anak-anak yatim dan janda balu Palestina yang sedang nestapa. Seorang haji dari Sudan juga akan mengerti betapa genosid itu berlaku di Rafah dan juga di halaman rumahnya. Ia ingin merubah. Alhamdulillah, itulah haji yang mabrur.
Ini kerana di saat memasuki miqat dan berniat melakukan rukun haji itulah seorang muslim memilih untuk tidak lagi bersama Qabil, dan cucu cicitnya yang membentuk kelas tuan, penindas, imperialis, kolonialis, maha kaya zalim, penyamun dan penjahat, samseng kapitalis penyedut darah, feudalis bangsawan yang tidak mempeduli dan para rasis yang menerjemahkan ketuanan iblis tatkala enggan sujud kepada Adam.
Dengan kain putih dua helai yang membalut seorang pengihram itu, mereka tahu mereka tiada pilihan lain melainkan menjadi seorang yang berdarjat takwa. Kain putih sangat merenungkan kerana ia membawa kepada perhatian dan ingatan kain kafan.
Oleh sebab haji itu adalah satu gerakan, seorang Muslim akan menanggalkan keegoan dan ketamakannya. Ia melebur kepada tuhan, gerakan yang membawa manusia memanjat ke atas. Muslim kini bukan lagi kiri atau kanan, tetapi mengatas, menuju ke stesen transenden yang menggamamkan.
Justeru itulah seorang yang ingin menunaikan haji akan menyerukan ‘Labaikka’. Jika dia seorang raja, dia akan memandang Netanyahu dan Biden kecil besar kecil besar dan mengecil sehingga dirinya dapat mengatasi segala musuh yang mewakili kefirauan dan keabulahaban. Seorang haji akan menjadi besar di hadapan sekian penjahat. Dengan Labbaik itu seorang individu berhaji beroleh kekuatan dan keimanan yang melubu-lubu lantas akan mendorong mereka mara ke Masjidil Aqsa, stesen pertama Nabi Muhammad untuk berangkat ke atas, menemui ‘kerajaan sebenar’.
Bila kita berhaji kita mengelilingi Kaabah dan Hijir Ismail, maka dengan penuh hati dan kalbu yang khusyuk kita kembali kepada Tuhan Yang Maha Esa, yang mana dengan itu kita beroleh segala kekuatan lantaran ketundukan kita yang hanya kepada-Nya. Jadi raja-raja dan pemimpin umat Islam itu tidak ada seorang pun kecut berdepan dengan Netanyahu. Ini kerana di hadapan Kaabah itu mereka malu dengan Siti Hajar. Mereka segan dengan Ismail Alaihissalam. Mereka berjanji tidak akan mengulangi kehausan Ismail di hadapan telaga zam-zam. Justeru mereka bertaubat senasuhanya setelah mengenangkan anak-anak kecil di Gaza mengangkut air kotor untuk minuman dengan kaki dan tangan mereka yang tempang serta kudung setelah dibom Zionis. Pada nama Hajar itu seorang haji menyedari duduk mereka sebagai ‘mahajir’ atau imigran. Yakni berhijrah meninggalkan kekolotan kepada kemadanian sebenar.
Di kala seorang haji itu bertawaf dan bersaei, sekian haji-haji yang ramai itu akan gigih mengatasi godaan setan, dan paling mustahak untuk mengatasi Khannas, sang pembisik yang mengilhamkan segala kejahatan dalam hati manusia. Ia memerdekakan semua haji-haji itu daripada penjajahan minda dan kalbu. Seperti Ibrahim, mereka tergamak dan bulat hati mengkapak dan meleraikan segala binaan palsu Azar dalam bentuk faham siasah yang selama ini mengekang. Segala kuasa besar dunia tidak lagi berupaya menekan.
Di kemuncak haji tatkala berada di Arafah, para haji akan menemukan ilmu. Di Mashar mereka akan menemui kefahaman dan kedalaman. Manakala di Mina sang haji akan menemukan cinta dan keyakinan.
Di Arafah ingatlah, pernah terzahir kebijaksanaan manusia pertama, datuk kita Adam yang setelah menginsafi kesalahan besar ia lakukan telah memilih bisikan Iblis berbanding tegahan Allah. Di Arafah, Adam menemukan kembali Hawa, bertaubat dan menguasai realiti dunia yang penuh pancaroba dan mencabar. Sejak itu Adam memastikan agar kepimpinan yang benar hanya ada pada jalur ketakwaan. Jalur itu datang daripadanya mengalir kepada Habil, dan setelah Habil dibunuh Qabil, ia menuruni melalui Syits sehingga kepada Nuh, Ibrahim dan nanti Muhammad Rasulullah dan pewarisnya yang tulen.
Sebagai haji kita lawankan ekstremisme dan terorisme, kerana kita juga tahu cucu Nabi, Saidina Hussein menanggalkan ihramnya untuk menentang dua gejala duri dalam daging ini.
Di Mina, setiap yang berhaji akhirnya sepenuh kekuatan berjaya melawan segala jenis kesyaitanan dan kemunafikan. Di hujung ritual itu, setiap yang berhaji tahu siapa sebenarnya lawan mereka. Dan tidak sehingga segala posisi dunia itu berjaya menakluki. Pada tujuh butir batu yang dilecut itu ada ikrar dan keazaman untuk bebas sepenuh-penuhnya dari segala tenggekan syaitani.
Upacara hebat yang mengandung falsafah ketauhidan itu membolehkan sang haji meruntuhkan simbol segala penindasan iaitu Firaun, menginjakkan segala simbol kapital dan kapitalisme bobrok seperti terdapat pada Qarun, serta beroleh ketulusan untuk menghunjam Bal’am lambang hipokrit.
Pada ibadat korban kelak, sang haji akan merenungi diri bagaimana Ismail membujuk ayahnya dan meneguhkan kepercayaan sang bapa untuk melakukan perintah Allah. Tidak ada lagi yang menghalangi keimanan sang bapa, juga sang haji. Tidak ada lagi kemasyhuran, kekuasaan, kekayaan yang akan merintangi usaha kita untuk menjadi manusia yang patuh kepada Yang maha Kuasa. Di hadapan kambing yang ditumbangkan itu kita ternampak-nampakkan anak-anak Gaza yang disembelih Netanyahu dan Biden. Di situ kita menyumpah laknat mereka, dan bersumpah janji untuk mengajarkan Firaun era ini erti sebenar satu haji. Kepala anak-anak Rafah kita gantikan dengan kepala lembu, kibas, dan unta.
Percayalah duhai, sehabis musim haji kita akan melihat Palestin pasti menang. Ini kerana umat Islam tidak lagi mandul kerana telah melalui rukun sebesar haji. Arab Saudi, Qatar, Jordan, Mesir, UAE dan Turki akan masuk ke dalam blok perlawanan. Dengan haji, umat Islam serta-merta menjadi produktif dan tekad berani. Dengan rukun haji itu umat Islam tidak lagi membeloti akidahnya. Dengan haji umat Islam yang ramai membuih itu kita semua akan menundukkan segala kuasa imperialisme dunia. Itu kita lakukan dengan kasih sayang. Kita tidak akan mengkhianati umat manusia bukan Islam yang juga merupakan cucu-cicit Adam yang ada bumbu moral.
Jika selepas musim haji ini bayangan di atas tidak terjadi, percayalah ada sesuatu yang kosong. Haji kita mungkin telah naik ke atas, tiba di sana ia dikeronyok kemudian dilempar kembali ke muka kita! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/06/umat-islam-tanpa-haji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 1 8 Juta Umat Islam Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

Lebih 1 8 Juta Umat Islam Tunai Ibadat Haji Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comSebanyak 1 833 164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan kepada media di Mekah dar...
Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 17 Jun

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 284 hits
Oleh Syeikh Baran Mohd Aseral ketika mengumumkan sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 17 Jun ini Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 1445H 2024M pada Isnin iaitu 17 Jun depan Pengumuman itu dibuat oleh Penolong...
Ketua Pemuda Bawa Isu Ni Ja Ka Tak Ada Isu Lain Kah Untuk Umat Islam Dan Kebaikan Ekonomi Negara

Ketua Pemuda Bawa Isu Ni Ja Ka Tak Ada Isu Lain Kah Untuk Umat Islam Dan Kebaikan Ekonomi Negara

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 254 hits
Alamak Alamak Alamak Alamak kantoi lagi K P PAS fitnah MADANI Pangkat saja KP dan MP Mulut jahat Hati berdaki Sebiji macam SANUSI
Sekali Lagi Don Daniyal Kelirukan Umat Islam

Sekali Lagi Don Daniyal Kelirukan Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 358 hits
Puasa Aidiladha Don Daniyal minta maaf beri jawapan keliruMalaysiakiniSelepas ditegur selebriti program agama Don Daniyal Don Biyajid memohon maaf akibat kekeliruan yang timbul daripada jawapannya mengenai dibolehkan berpuasa pada hari raya...
Johan Ozlynn Sebak Dapat Rezeki Tunai Haji Kongsi Doa Amalan Pada Anak Anak

Johan Ozlynn Sebak Dapat Rezeki Tunai Haji Kongsi Doa Amalan Pada Anak Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 271 hits
Rezeki tak pernah salah alamat Penyampai radio Hot FM Johan meluahkan rasa sebak selepas berpeluang menunaikan ibadah haji bersama isterinya tahun ini Johan dan isteri Ozlynn Waty yang telah selamat tiba di Tanah Suci itu terpilih mewakili ...
Elfira Loy Terharu Dapat Jemputan Buat Haji Mohon Doa Perjalanan Tenang Mudah Peroleh Haji Mabrur

Elfira Loy Terharu Dapat Jemputan Buat Haji Mohon Doa Perjalanan Tenang Mudah Peroleh Haji Mabrur

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 198 hits
terharu dapat jemputan buat mohon doa perjalanan tenang mudah peroleh haji mabrur Rasa masih tidak percaya mendapat panggilan untuk mengerjakan ibadah haji Elfira turut menyatakan memohon doa yang baik baik Elfira Loy Terharu Dapat Jemputan...
Kisah Guru Ngaji Naik Haji Pakai Visa Ziarah Duh Gusti Saya Seperti Buronan Sekarang

Kisah Guru Ngaji Naik Haji Pakai Visa Ziarah Duh Gusti Saya Seperti Buronan Sekarang

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 241 hits
Aparat Keamanan Arab Saudi menangkap WNI yang menjanjikan haji tanpa antre di media sosial
Dear Jemaah Yuk Pahami Lagi Makna Rukun Haji Agar Menjadi Haji Mabrur

Dear Jemaah Yuk Pahami Lagi Makna Rukun Haji Agar Menjadi Haji Mabrur

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 152 hits
Pemerintah Arab Saudi telah menetapkan wukuf di Arafah dilaksanakan pada Sabtu 15 Juni 2024 mendatang
Video Tular Video Penduduk Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng

Video Tular Video Penduduk Naik Haji Di Gunung Bawakaraeng

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 131 hits
KOSMOVideo tersebut memaparkan sekumpulan penduduk mendaki Gunung Bawakaraeng untuk menunaikan haji InstagramJAKARTA nbsp Majlis Ulama Indonesia menyiasat dakwaan video yang memaparkan sekumpulan penduduk melakukan ibadat haji di sebuah gun...
Isteri Bolot Duit Jual Buah Pinggang Suami Lari Dengan Kekasih

Where Will Our Money Come From If We Don T Tax The Rich Anwar Says Tnb Tariff Hike Won T Affect 85pc Of Malaysians

Eco Friendly Housing How Wellcamp S Prefab Homes Reduce Environmental Impact

Gluten Pengertian Bahaya Kesihatan Dan Panduan Diet Bebas Gluten

Dewan Rakyat Kecoh Pembangkang Dakwa Kerajaan Derhaka Titah Agong

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

A Proper System To Manage E Waste Is Both Profitable And Sustainable

Biaya Pembangunan Masjid Raya Al Jabbar 207 M Dari Dana Pinjaman 3 4 T


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kisah Pinjam Duit Tapi Tak Nak Bayar

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Malaysia Rolls Out Generative Ai Tool To 445 000 Civil Servants

Mechanic Caught By Jpj For Not Renewing His Road Tax For 23 Years

Bufet Ramadan 2025 Merentasi Tradisi Pentas Citarasa Di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya

Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal