Ultra Kiasu Sudah Tua Nyanyuk


Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Kempen 'malu apa bossku' dikata bercanggah Rukun Negara, kempen 'Malaysian Malaysia' lagi teruk - bertentangan Perlembagaan Negara


KEMPEN ‘maluapabossku’ bercanggah dengan Rukun Negara. Kempen ‘Malaysian Malaysia’ atau Malaysia untuk orang Malaysia, yang mahukan sama rata dan sama rasa bagaimana pula wahai bapak ultra kiasu?
Malaysian Malaysia, bukan sahaja bercanggah dengan Rukun Negara, malah lebih dahsyat lagi bercanggah dengan Perlembagaan Negara. Mahu apa sebenarnya kamu ultra kiasu? Kamu mahu tunjukkan kamu itu malaikat? Ini tidak termasuk kenyataan demi kenyataan dan tindakan kamu ketika Peristiwa 13 Mei 1969.
Kamu kata kempen ‘maluapabossku’ bertentangan dengan Rukun Negara kelima, kesopanan dan kesusilaan, ingin saya bertanya, bagaimana tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan anak-anak buah kamu menentang dan menghina Islam dan Raja-raja Melayu yang dilakukan ultra kiasu di luar sana, tidakkah ia bercanggah dengan Rukun Negara yang pertama dan kedua, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dan Kesetiaan kepada Raja dan Negara?
Mana lebih mudarat antara melanggar Rukun Negara dan Perlembagaan Negara? Mana lebih besar kesalahannya mengingkari Rukun Negara atau Perlembagaan Negara?
Rukun Negara tidak mengikat, tetapi Perlembagaan Negara mengikat. Kamu gunakan Rukun Negara untuk salahkah orang lain. Tetapi kamu lupa diri kamu yang melanggar Perlembagaan Negara. Kamu diamkan perkara sebesar ini. Jelas sekali, kamu memang ultra kiasu. Label yang saya berikan kepada kamu selama ini tidak pernah salah.
Saya fikir kamu sudah terlalu tua dan mula nyanyuk untuk terus berada dalam arena politik. Pembunuhan karakter yang cuba dilakukan oleh anak-anak buah terhadap individu tertentu, tidak akan berjaya menutup kebobrokan kamu.
Rakyat sudah nampak belang kamu sebenarnya, mereka hanya tunggu PRU15. Sama seperti apa yang rakyat lakukan ketika PRU14. Mereka hanya tunggu sahaja saat keemasan itu untuk mengajar tokoh-tokoh tertentu, terutama Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Saat keemasan itu sudahpun digunakan untuk mengajar Najib dan Rosmah, akhirnya BN kecundang, kamu menang. Mereka berdua perlu pula membuktikan mereka tidak bersalah.
Kini tinggal giliran kamu, ultra kiasu. Tunggu sahaja masanya. PRK Sandakan yang kamu menangi baru-baru ini, bukanlah medan yang sebenar bagi menunjukkan rakyat menyokong kamu atau tidak. Jangan terlalu bongkak dengan kemenangan itu.

Kalau kamu lupa disebabkan oleh faktor usia, biarkan saya ingatkan. Selain kempen Malaysian Malaysia, anak-anak kamu bangkitkan soal hak istimewa Melayu dan Bumiputera seperti matrikulasi, tidakkah ia bercanggah dengan Perkara 153? Kamu diamkan sahaja. Kamu tidak pernah tegur. Kenapa?
Kamu bangkitkan isu sekolah Cina seolah-olah itu hak mutlak orang Cina, tidakkah ia bercanggah dengan Perkara 152, mengetepikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan? Saya sudah sebut berulang kali katakana, Perlembagaan hanya membenarkan hak belajar bahasa asing, bukan belajar dalam bahasa asing. Bahasa negara tetap Bahasa Melayu. Negara ini tetap negara berasaskan sistem kenegaraan Melayu.
Setiap kali kamu membangkitkan soal agama Islam, ia menyinggung sensitiviti umat Melayu Islam, tidakkah ia bercanggah dengan Perkara 3-12?
Pendek kata, selama kewujudan kamu dan parti ultra kiasu kamu, daripada dahulu sampai sekarang, nyata sekali bertentangan dengan Perlembagaan dan perundangan negara, tetapi tetap ia diberikan kebenaran oleh kerajaan yang diterajui oleh Melayu Islam.
Jika di negara komunis China, sudah lama kamu hilang daripada peta dunia. Tetapi, ia tidak berlaku Malaysia. Betapa baik budinya hati perut orang Melayu Islam. Tetapi kamu tidak pernah menghargainya.
Kamu beranggapan bahawa kemenangan besar kamu dalam PRU14, menandakan rakyat telah menyokong kamu? Kamu salah ultra kiasu. Rakyat tidak menyokong kamu, rakyat tidak ada pilihan ketika itu. Kebencian rakyat terhadap Najib dan Rosmah ketika itu terlalu memuncak, sehingga mereka terpaksa memangkah kamu dalam PRU14.
Cuba sekarang, PRU sekali diadakan dalam masa terdekat, kamu akan tahu sama ada rakyat menyokong atau menolak kamu. Sebab itu, kamu jangan bongkak.
Walaupun kamu tidak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan, tetapi kamu tetap menyalak dari luar. Kamu mahu rakyat ingat, apa yang telah dilakukan oleh Najib dan Rosmah. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Rakyat mula sedar dan bangkit.
Kamu lupa agaknya, kedua mereka sedang melalui detik getir untuk membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Saya mahu tunggu dan lihat. Jika Najib dan Rosmah kena, pada saya, face the music. Berani buat berani tanggung. Disabitkan atau tidak, biar proses perundangan menentukan.
Pendek kata, Najib dan Rosmah, sedangkan melalui cara hidup berperlembagaan, meskipun mereka masih belum dibuktikan bersalah. Tetapi kewujudan ultra kiasu dan perjuangan sehingga kini terus bercanggah dengan perundangan Perlembagaan dengan kenyataan yang bercanggah dengan Rukun Negara dan Perlembagaan, tetapi kamu teruskan juga.
Kekuatan kamu hanya bergantung kepada orang Cina, selaku majoriti bukan Melayu terbesar, yang mempunyai bargaining power atau kuasa tawar menawar. Ini yang menjadi sesetengah pihak terpaksa melayan kamu kerana takut kehilangan kuasa.
Jika kamu lupa, biar aku ingatkan, ketika kamu dan anak kamu dipenjarakan, suatu ketika dahulu, tindakan kamu bukan sahaja bercanggah dengan Rukun Negara, tetapi bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Tetapi kamu tidak pernah mahu belajar, kamu teruskan perjuangan Malaysian Malaysia. Kamu tidak pernah jemu mempertikaian kedudukan Islam, Melayu Bumiputera, kedudukan Bahasa Melayu dan raja-raja Melayu.
Janganlah kamu terlalu bongkak ketika sedang berada di tampok kuasa. Ia tidak kekal lama. Percayalah. Tidak payah kamu canangkan sumbangan kamu terhadap Islam. Rakyat tahu apa disebaliknya.
Saya cukup teruja membaca kenyataan demi kenyataan anak buah kamu, akan betapa besarnya sumbangan ultra kiasu terhadap Islam. Maka dikorek satu persatu sumbangan mereka terhadap Islam. Antaranya, ultra kiasu berkata, dalam konteks Pulau Pinang, kerajaan negeri pimpinan DAP telah menambah peruntukan tahunan kepada sekolah agama, selain memberikan elaun kepada guru agama.
Ia juga menyediakan tanah seluas 40 hektar tanah untuk dibangunkan sebagai sebuah hab halal. Kerajaan negeri juga dalam proses menyediakan perpustakaan Islam digital pertama di Asia Tenggara.
Ultra kiasu turut mendakwa, di peringkat Persekutuan, ketika membentangan Belanjawan 2019, menteri kewangan, turut memberi peruntukan tambahan RM100 juta untuk hal ehwal Islam, dengan menambah peruntukan sebanyak RM1.1 bilion pada 2018 kepada RM1.2 bilion bagi 2019.
Selain itu, Kerajaan Pusat juga memperuntukkan RM25 juta kepada sekolah agama dan tambahan RM25 juta lagi untuk ‘sekolah pondok’ yang berdaftar. Menteri juga berkata, dua jenis sekolah itu tidak diberikan apa-apa dana dalam Belanjawan 2018 yang dibentangkan oleh pihak terdahulu.
Pada tahun 2019, Kementerian Kewangan juga memperuntukkan RM5 juta kepada Kompleks Nasyrul Quran bagi membolehkannya mencetak lebih banyak al-Quran. Kementerian Kewangan turut menyuntik RM17.8 bilion bagi ‘memulihkan Tabung Haji berikutan salah urus oleh kerajaan lepas’.
Kesimpulannya kamu berkata, DAP sentiasa menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara. Bagaimanapun DAP terus menjadi sasaran pembangkang yang menuduhnya anti-Islam.
Saya menggeleng kepala membaca kenyataan bodoh anak buah kamu ini. Ya rabbi, itu bukan duit kamu, teramat bodohlah ultra kiasu rupanya. Jika Islam terus dikesampingkan, lagi cepatlah kamu terkubur.
Untuk makluman, sumbangan itu bukan datang daripada duit poket ultra kiasu, tetapi duit rakyat. Islam ada hak ke atas wang negara kerana ia termaktub dalam Perlembagaan. Ultra kiasu tidak wajar menjadikan sumbangan wang rakyat untuk Islam, sebagai hak mereka.
Peruntukan Islam dalam Perlembagaan daripada Perkara 3 hingga Perkara 12, membenarkan wang rakyat digunakan untuk Islam. Yakinlah jika mereka tidak lakukan semua itu pasti rakyat akan bangkit.
Maka duit rakyat yang dibelanjakan kepada yang berhak, dicanangkan sebagai hak menteri kewangan. Tidak boleh begitu ultra kiasu. Kamu sudah tersasar jauh.
Rakyat akan ajar kebongkakan kamu tak lama lagi. Kamu kata kamu begitu terbuka, tetapi bila kamu berkuasa, kamu ‘gam’ mereka yang kamu tidak suka. Tindakan kamu, saling tidak tumpah dengan ultra kiasu Singapura.
Oh! Aku lupa rupanya. Tidakkah kamu adik-beradik, cuma berbeza tempat sahaja. Pemikiran tetap sama – ultra kiasu



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/ultra-kiasu-sudah-tua-nyanyuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Menteri Ultra Kiasu Ingat Kerajaan Bapa Dia Punya

Buang Menteri Ultra Kiasu Ingat Kerajaan Bapa Dia Punya

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 276 hits
24 05 2019Perancangan lagak Yahudi mungkin betul mereka belajar dari YahudiBANGI 19 Ramadan 1440H Jumaat Nafsu serakah menteri ultra kiasu sejak mendapat kuasa terlalu membuak buak sehingga merosakkan pembangunan pendidikan dan pembangunan ...
Hebatnya Ultra Kiasu

Hebatnya Ultra Kiasu

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 341 hits
Buang menteri ultra kiasu ingat kerajaan bapa dia punya Nafsu serakah menteri ultra kiasu sejak mendapat kuasa terlalu membuak buak sehingga merosakkan pembangunan pendidikan dan pembangunan negara bangsa kata pendakwah bebas Prof Dr Ridhua...
Kes Remaja Buli Orang Tua Dianggap Selesai

Kes Remaja Buli Orang Tua Dianggap Selesai

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 796 hits
Kes Remaja Buli Orang Tua Dianggap Selesai Ahli keluarga sahkan kes dah settle semua suspek dihantar ke balai inilah yang telah diperkatakan oleh salah seorang ahli keluarg kepada pakcik tersebut yang dikenali sebagai Kes Remaja Buli Orang ...
Viral Netizen Geram Mahu Pijak Remaja Buli Warga Tua Apa Yang Berlaku Mengejutkan Ramai

Viral Netizen Geram Mahu Pijak Remaja Buli Warga Tua Apa Yang Berlaku Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 578 hits
Salah seroang remaja membuli seorang lelaki tua selepas diajak menunaikan solat asar KERANA bergurau melampaui batas sekumpulan remaja dikecam gara gara membuli seorang warga tua yang turut mendatangkan kemarahan warga media sosial Video ra...
Indonesia Jadi Negara Dengan Jumlah Miliuner Tua Terbanyak Di Dunia

Indonesia Jadi Negara Dengan Jumlah Miliuner Tua Terbanyak Di Dunia

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 268 hits
Data itu berdasarkan laporan Wealth X yang mengumpulkan data para miliuner di seluruh dunia perihal negara asal hobi sumber kekayaan dan usia
Orang Tua Diminta Awasi Anak Agar Tak Ikut Sahur On The Road

Orang Tua Diminta Awasi Anak Agar Tak Ikut Sahur On The Road

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 203 hits
Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Kota Tangerang Selatan mengajak orang tua dan guru sekolah untuk mengawasi putra putri dan para siswa agar tidak mengikuti kegiatan sahur on the road
Persiapkan Masa Tua Ruben Onsu Beli Rumah Di Amsterdam

Persiapkan Masa Tua Ruben Onsu Beli Rumah Di Amsterdam

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 263 hits
Ruben Onsu menjadi salah satu artis yang sudah mempersiapkan rencana di masa depan termasuk hari tuanya kelak Meski saat ini umurnya masih 35 tahun Ruben mengaku sudah mempunyai rencana untuk menghabiskan masa tuanya di luar negeri
Orang Tua Di Jerman Bakal Kena Denda Jika Tidak Vaksin Campak Ke Anak

Orang Tua Di Jerman Bakal Kena Denda Jika Tidak Vaksin Campak Ke Anak

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 176 hits
Menurut PBB meluasnya wabah campak sebagian didorong oleh kurangnya akses dan rasa takut terhadap pemberian vaksin
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus