Ulasan Neffos C5 Plus Mengerah Potensi Android Go
Dengan bajet cuma RM250, smartphone apa je yang boleh dapat? Kalau tak smartphone fake pelbagai jenama terkenal, atau jenama yang tak pernah tahu asal usul, smartphone 2nd atau 3rd hand, ataupun dengan bajet serendah ini anda boleh dapatkan sebuah Neffos C5 Plus baru yang dikuasakan dengan Android Go.
Sebelum ada yang bertanya, Android Go sebenarnya adalah Android 8.1 Oreo yang direka khas untuk smartphone spesifikasi rendah untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dan pantas.
Dengan Android Go, penggunaan sumber storage, RAM, data dan processing direndahkan untuk membolehkan ia dijalankan dengan cemerlang walaupun dengan hanya RAM 1GB. Walaupun begitu, Android Go pengguna masih boleh memasang “apa saja” apps Android yang lain.
Demi menulis review ini, saya merasai sendiri Android Go dengan menjadikan Neffos C5 Plus sebagai daily driver sepanjang seminggu. Hanya untuk dapatkan first hand experience bagaimana smartphone berharga RM245 ini dapat berkhidmat seperti yang saya harapkan.
SpesifikasiNeffos C5 Plus TP7031ASkrinLCD 5.34″ 480 × 960
240 ppi
18:9 Aspect ratioSoCMediatek MT6580M
28nm / 4 core / 32-bit ARMv7
4 × 1.3 GHzGPUMali-400 MPRAM1GBStorage8GB
Slot micro SD dedicated + format as internalKamera balakang5 megapixel
Fixed focus
Flash LED
Video max 720p / EISKamera depan2 megapixel
Fixed focus
Flash LED
Video max 480p / EISBateri2,200 mAhOSAndroid 8.1 Go Edition
Lain-lainFM radio
Wifi a/b/g/n 2.4GHz
Micro USB
3G/2G sahajaAksesori didalam kotakCharger 5W
Kabel micro USB
Silicone case
Screen protector
BateriRekaan dan binaanNeffos C5 Plus dibina dari bahan plastik jenis polycarbonate di belakang. Dimana cover belakang ini boleh dibuka untuk mengakses bateri dan slot kad SIM (1 dan 2) serta micro SD.
Zaman sekarang ni memang rare tengok smartphone boleh buka bateri niBahagian depan pula dilengkapi “FullView Display”, begitulah Neffos memasarkannya walaupun terdapat bezel yang agak tebal terutamanya di bahagian dagu. Namun ia masih tampil dengan aspect ratio 18:9. Dan secara kasarnya saya boleh katakan Neffos C5 Plus adalah smartphone dengan screen-to-body ratio paling tinggi bagi kategori bajet bawah RM250.
Charging port agak pelik apabila Neffos memilih untuk meletakkannya di bahagian atas.
Inilah yang berlaku akibat dari charging port di atas
Keseluruhannya walaupun C5 Plus tidak nipis, ia masih kelihatan solid dan yang paling penting tak nampak murah sepertimana fon yang setanding dengannya seperti Nokia 1.
Hardware dan PerformanceDengan spec rendah begini tak banyak yang boleh diharapkan dari C5 Plus. Cukup sekadar ia mampu menyajikan penggunaan yang lancar.m
Score Geekbench seperti ini cuma cukup untuk membolehkan anda bermain Talking Tom dan Jetpack Joyride saja. Asphalt 8 dan juga Free Fire masih boleh tapi kena tahan la dengan fps kurang dari 10.
Namun apps harian biasa termasuk Whatsapp, Facebook, Chrome (versi Go) dan Youtube (juga versi Go) berfungsi dengan cemerlang. Malah navigasi GPS menggunakan Waze juga tidak memberikan sebarang masalah untuk sampai ke destinasi dengan selamat.
Skrin pada fon ini sedikit mengecewakan. Terutamanya viewing angle, baru pusing lebih kurang 45° warna dah mula nak berubah. Tahap kecerahan juga tak seberapa.
BateriDengan ketiadaan 4G, mungkin sedikit membantu C5 Plus untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Walaupun cuma 2,200 mAh fon ini tiada masalah untuk bertahan sehari suntuk.
Pengecasan semula dengan pengecas 5W yang dibekalkan, ia memerlukan sehingga 2 jam penuh untuk pengecasan dari 1% ke 100%. Mujur cuma 2,200 mAh.
KameraInilah gambar-gambar hasil tangkapan Neffos C5 Plus.
Jika kena dengan pencahayaan yang baik, fon ini masih boleh mengambail gambar yang baik. Tapi disebabkan ketiadaan autofocus, gambar jarak dekat akan sedikit blur.
Untuk low light janganlah mengharapkan yang bukan-bukan. Cukup sekadar ada LED flash sekurang-kurangnya nampak juga subjek yang ingin diketengahkan.
Beautification OFF
Beautification ONJangan ingat fon bajet macam ni tak ada beautification. Hasilnya pun tak mengecewakan.
Selfie dengan LED flash ONYa kamera selfie depan diperkemaskan dengan LED flash. Tapi ia tak lah sehebat mana. Cukup la setakat boleh dapat macam gambar diatas ni. Portrait mode? Maaf, tak ada.
KesimpulanTerima kasih kepada Android Go, walaupun hanya berbekalkan RAM 1GB Neffos C5 Plus masih terasa “ringan” malah lebih separuh dari keseluruhan RAM masih “free” untuk digunakan oleh apps.
Mungkin bukan pilihan terbaik kalau nakkan sebuah telefon yang lengkap dengan kuasa pemprosesan tinggi dan kamera cun melecun tapi Neffos C5 Plus cukup lengkap dengan fungsi asas sebuah smartphone tanpa menipiskan poket anda.
The post [Ulasan] Neffos C5 Plus – Mengerah Potensi Android Go appeared first on Lepak CC.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lepakcc.com/2019/03/ulasan-neffos-c5-plus-mengerah-potensi-android-go/