Ulasan Filem Siksa Neraka Gambaran Seksaan Neraka


Assalamualaikum dan salam sejahtera


FIlem Siksa Neraka (2023) merupakan sebuah filem seram Indonesia yang diarahkan oleh Anggy Umbara. Filem ini merupakan adaptasi daripada komik dengan judul yang sama karya MB Rahimsyah. Komik ini merupakan salah satu daripada pelbagai komik yang menggambarkan kisah seksaan di neraka. Komik ini dikatakan sangat popular pada dekad '90-an. 
Filem terbitan Dee Company ini dibintangi oleh Ratu Sofya, Slamet Rahardjo, Kiesha Alvaro, Ariyo Wahab, Nayla Denny Purnama, Rizky Fachrel dan Astri Nurdin. Filem Siksa Neraka mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 14 Disember 2023

(toc) #title=(Table of Content)
FILEM SIKSA NERAKA (2023)
Pengarah : Anggy UmbaraPenulis : Lele LailaBerdasarkan Siksa Neraka olehMB RahimsyahDihasilkan : Dheeraj KalwaniSinematografi : Enggar BudionoSuntingan : Gita MiajiMuzik : ALSyarikat penerbitan : Dee Company / Umbara Brothers FilmTarikh tayangan : 14 Disember 2023Masa tayangan : 98 minitNegara :IndonesiaBahasa : Indonesia

BARISAN PELAKON FILEM SIKSA NERAKA (2023)
Ratu Sofya sebagai TyasKiesha Alvaro sebagai FajarAriyo Wahab sebagai SyakirNayla D. Purnama sebagai AzizahRizky Fachrel sebagai SalehAstri Nurdin sebagai Ibu RikaSlamet Rahardjo sebagai Pak HarjoIngrid Widjanarko sebagai Mbok InahJoseph Kara sebagai Pak HajiYassien Omar sebagai Saleh kecilZidan Zhu sebagai Fajar kecilKanaya Tsabitah sebagai Tyas kecilGattleya Zyanyani sebagai Azizah kecilWina Marrino sebagai Ibu DiniBella NovitaRency MilanoSyakira Humaira
SINOPSIS FILEM SIKSA NERAKA (2023)
(Bahasa Indonesia) Empat kakak beradik, Saleh (Rizky Fachrel), Fajar (Kiesha Alvaro), Tyas (Ratu Sofya), dan Azizah (Nayla Purnama) tumbuh di lingkungan keluarga agamis. Sejak kecil mereka terbiasa soal kisah surga dan neraka

Orang tua mereka berharap anak-anaknya bisa mengamalkan perbuatan yang akan membawa ke surga dan menghindari dosa-dosa yang akan membawa mereka ke neraka. Apalagi, bapak mereka (Ariyo Wahab) merupakan seorang ustaz muda terpandang di desa mereka

Suatu malam, Saleh dan adik-adiknya melakukan perjalanan diam-diam ke desa seberang yang mengharuskan mereka menyeberangi sungai. Air sungai yang meluap membuat keempat kakak beradik tersebut terseret arus sungai yang deras dan menghilang. Usai berhari-hari dilakukan pencarian, satu persatu dari mereka mulai ditemukan dengan kondisi tak bernyawa

Suatu ketika, Saleh terbangun di alam lain yang mirip dengan neraka yang selalu dikisahkan bapaknya. Di sana, Saleh melihat beragam rangkaian siksa yang mengerikan, berupa lidah yang terpotong, tangan yang dipenggal, sengatan makhluk raksasa, serta terpanggang oleh alat pemanas dengan api yang membara


Di lain sisi, satu per satu rahasia dan dosa Saleh, Fajar, Tyas, dan Azizah selama hidup terungkap. Hal ini membuat bapak dan ibu (Astri Nurdin) mempertanyakan ajaran agama yang mereka sampaikan selama ini
Sementara itu di neraka, Saleh dan adik-adiknya saling mencari satu sama lain sambil menghadapi siksaan yang keji

ULASAN FILEM SIKSA NERAKA (2023)Baru-baru ini aku berkesempatan meluangkan masa untuk menonton sebuah filem yang diharamkan tayangannya di Malaysia dan Brunei iaitu filem Siksa Neraka (2023). Bagaimana aku menonton filem ini sedangkan tayangannya diharamkan? Aku menonton filem ini melalui tayangannya di aplikasi Netflix


Alhamdulillah, selesai menonton filem ini, jadi tibalah masa untuk aku memberikan sedikit ulasan aku tentang filem ini secara keseluruhannya. Terimalah ulasan aku yang tidak seberapa ini

Filem Siksa Neraka (2023) ini merupakan adaptasi komik dengan judul yang sama. Walaubagaimanapun aku belum pernah membaca dan melihat komik itu sendiri, jadi aku tiada sebarang gambaran awal tentang filem ini. Filem berdurasi 98 minit ini bagi aku sangat pendek. 

Plotnya juga senang difahami, bagaimana empat orang adik beradik yang dibesarkan dalam keluarga yang kuat agamanya, tetapi apabila semakin dewasa masing-masing mempunyai perangai dan kelakuan masing-masing. Sehinggalah satu kejadian terjadi apabila mereka lemas dan 3 daripada 4 terbunuh manakala seorang lagi selamat tetapi dalam keadaan koma. Kemudiannya, mereka berempat dibangkitkan dalam neraka dan diberikan seksaan neraka mengikut perbuatan dan kesalahan yang dilakukan. Di dunia nyata pula, emak dan ayah mereka mencari jenazah mereka yang hanyut dan segala perbuatan dan kesalahan anak mereka terungkai satu persatu oleh jiran tetangga

Ya, filem ini memberikan kesedaran kepada manusia tentang seksaan neraka atas perbuatan terlarang yang dilakukan di dunia, tetapi mungkin ada perbalahan dan perbezaan antara seksaan neraka yang diajar oleh agama berbanding dengan filem ini. Untuk bercerita tentang itu, mungkin aku perlu membaca lebih banyak tentangnya dan mungkin orang yang lebih berpengetahuan boleh mengulas tentangnya

CGI dalam filem ini pula memang pada tahap yang bagus. Aku boleh lihat setiap seksaan yang dipaparkan begitu ngeri. Pujian juga diberikan pada pelakon kerana berjaya melakonkan kejadian di neraka, menghadapi seksaan yang berterusan dan menyakitkan. 

Untuk isu mengapa diharamkan di Malaysia, aku tidak pasti mengapa. Mungkin kerana ada kena mengena dengan akidah dan sebagainya. Berikut adalah antara komen netizen di aplikasi Twitter tentang mengapa filem ini dharamkan

“Untuk bertanya kenapa diharamkan, sebab perkara Sam'iyyat contoh siksa kubur, siksa neraka tak boleh kita buat rekaan. Cukup sekadar mengimani bagaimana siksaannya wujud berlaku berdasarkan sumber Quran dan Hadith,” ulas @wan_tesla

“Memang patut diharamkan. Neraka dan syurga adalah benda yg manusia tak boleh imaginasikan. Kita mendengar tapi kita tak dapat imaginasikannya sebab melangkaui pemikiran kita. Allah SWT melarang kita berfikir luar dari kemampuan kita,” ulas @farahaz_97
“Syurga dan neraka, salah satu perkara yang TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN dengan lakonan atau lukisan! Dahsyatnya tak tergambar. Dalam Al-Quran sendiri melarang. How can you gambarkan sesuatu yang ghaib? Yang Rasulullah SAW sendiri tak dapat gambarkan melalui perkataan?” soal @Iloikeeveryone pula

Secara keseluruhannya, filem ini bagi aku bukanlah sebuah filem seram, tetapi lebih kepada filem ngeri. Ngeri melihat seksaan yang ditonjolkan, walaupun beberapa babak seram masih ada, tetapi kengeriannya melangkaui batas seram. Untuk anda yang sudah menonton filem ini, apa pendapat anda pula

Untuk itu, aku berikan filem ini : -
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐/10
SEKIAN
RUJUKAN :NetflixGoogle ImageWikipedia

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2024/06/ulasan-filem-siksa-neraka-2023-gambaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enggan Hadiri Reunion 20 Tahun Filem Taegukgi Won Bin Tekad Nak Bersara Dari Dunia Lakonan

Enggan Hadiri Reunion 20 Tahun Filem Taegukgi Won Bin Tekad Nak Bersara Dari Dunia Lakonan

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 219 hits
Sepertinya Won Bin telah memutuskan untuk bersara dari dunia lakonan Artikel Berkaitan Menurut pihak industri filem Taegukgi The Brotherhood of War dijangka akan ditayangkan semula pada 30 Mei ini sempena 20 tahun sejak naskhah itu dikeluar...
Filem Abnormal Buas

Filem Abnormal Buas

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 308 hits
Nantikan filem bergenre thriller Abnormal Buas arahan Azhari Zain akan ditayangkan di pawagam mulai 20 Jun 2024 Abnormal BuasGenre ThrillerTarikh Tayangan 20 Jun 2024Penulis Skrip Gawar SawbaqyahPengarah Azhari ZainProduksi Respected Citize...
Jenifer Lopez Dan Ai Dalam Filem Terbarunya

Jenifer Lopez Dan Ai Dalam Filem Terbarunya

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 170 hits
AKTRES terkenal Hollywood Jennifer Lopez kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya Atlas yang disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman berasaskan langganan Netflix Dalam promosi filem itu yang disiarkan menerusi media sos...
Lambakan Filem Seram Sehingga Dah Tak Seram

Lambakan Filem Seram Sehingga Dah Tak Seram

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 279 hits
Sejak filem seram mendapat sambutan rata rata ramai producer filem ambil kesempatan untuk keluarkan filem bergenre seram tak kira dalam dan luar negara Sampai rasa filem bergenre seram ni lebih banyak dari genre lain dah sekarang Tak kira l...
Filem Padu

Filem Padu

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 346 hits
Filem Padu diinspirasikan daripada kisah benar Pasukan Bola Keranjang Wanita Malaysia yang memperoleh kemenangan di Sukan SEA 2015 di Singapura Bakal ditayangkan di pawagam pada 6 Jun 2024 PaduTarikh Tayangan 6 Jun 2024Lakon Layar Umie IsaP...
Yen Lemah Berbanding Dolar Yang Kukuh Menunggu Pembalikan Global Gambaran Keseluruhan Usd Jpy

Yen Lemah Berbanding Dolar Yang Kukuh Menunggu Pembalikan Global Gambaran Keseluruhan Usd Jpy

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 128 hits
Harga pengguna teras di Jepun meningkat 2 2 pada bulan April berbanding tahun sebelumnya turun daripada 2 6 pada bulan Mac Ini adalah kadar kenaikan paling perlahan sejak September 2022 Bank of Japan masih menjangkakan bahawa hasil rundinga...
Pound Telah Mengemas Kini Paras Tertinggi 2 Bulan Dan Tidak Akan Berhenti Gambaran Keseluruhan Gbp Usd

Pound Telah Mengemas Kini Paras Tertinggi 2 Bulan Dan Tidak Akan Berhenti Gambaran Keseluruhan Gbp Usd

papar berkaitan - pada 5/6/2024 - jumlah : 262 hits
Pound sedang memperoleh momentum dan terdapat sekurang kurangnya dua sebab untuk ini Sebab pertama adalah selepas pengecutan selama dua suku berturut turut pertumbuhan ekonomi telah disambung semula indeks PMI berada dalam wilayah pengemban...
Filem Ni Ada 4 Cerita Yang Masing Masing

Filem Ni Ada 4 Cerita Yang Masing Masing

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 273 hits
No 76 Horror Bookstore Tin Can Of Fear Satu movie ni ade 4 kisah yang setiap satunya lain semua kisah dalam movie ni adalah kisah seram Actually movie ni Taiwanese punye movie pada sis mmg ngeri laa jugak tpi best Movie ni asal nye dari fil...
Model Malaysia Memeriahkan Karpet Merah Festival Filem Cannes 2024

Model Malaysia Memeriahkan Karpet Merah Festival Filem Cannes 2024

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera title Model Malaysia Sharwita bersinar di kalangan bintang bintang ternama pada acara karpet merah antarabangsaKehebatan bakat dari Malaysia tidak dapat disangkal lagi dengan kejayaan demi kejayaan yang d...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned

Jom Tengok Majlis Pelancaran Takwim Kejohanan Sukan Sekolah Malaysia