Ulasan Filem Shang Chi And The Legends Of The Ten Rings
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021) merupakan sebuah filem adiwira berdasarkan Komik Marvel. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, filem ini merupakan filem ke 25 di dalam Marvel Cinematic Universe
Filem ini diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, dengan lakon layar ditulis oleh Dave Callaham dan Andrew Lanham. Dibintangi oleh pelakon Simu Liu sebagai watak Shang-Chi bersama dengan Awkwafina, Meng'er Zhang, Fala Chen, Florian Munteanu, Benedict Wong, Michelle Yeoh, Ben Kingsley dan Tony Leung
Filem tentang Shang-Chi dibangunkan seawal tahun 2001, tetapi kerja-kerja menulis dan pembikinan tidak bermula sehingga awal Disember 2018 apabila Callaham telah dijadikan sebagai penulis. Cretton menyertai sebagai pengarah pada bulan Mac 2019 dan projek filem ini dibangunkan dengan pantas dan menjadi filem Marvel pertama dengan teraju utamanya dari Asia
Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021) merupakan filem pertama Marvel Studo dengan pengarah Asia dan majoriti pelakonnya dari Asia. Pembikinan filem bermula di Sydney, Australia pada Februari 2020 tetapi pada Mac terpaksa diberhentikan seketika akibat pandemik Covid-19. Produksi seterusnya diteruskan semula pada bulan Ogos sebelum selesai pada bulan Oktober.
Tayangan perdana filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021) adalah pada 16 Ogos 2021 di Los Angeles dan telah ditayangkan secara menyeluruh di Amerika Syarikat pada 3 September 2021 sebagais alah satu filem dalam fasa 4 MCU. Filem ini memecahkan beberapa rekod pecah panggung dan sehingga kini mengumpul kutipan sebanyak $430 juta seluruh dunia, menjadi filem ke 7 paling tinggi kutipan pecah panggung pada tahun 2021.Filem ini menerima kritikan positif daripada pengulas filem, terutamanya tentang aksi, budaya Asia dan lakonan pelakon yang sangat hebat.
SHANG-CHI AND THE LEGENDS OF THE TEN RINGS
Pengarah : Destin Daniel CrettonLakonlayar : Dave Callaham, Destin Daniel Cretton, Andrew LanhamCerita : Dave Callaham, Destin Daniel CrettonPenerbit : Kevin Feige, Jonathan SchwartzSinematografi : William PopeMuzik : Joel P. WestTarikh Tayangan : 16 Oktober 2021 / 3 September 2021Durasi : 132 minitBajet : $150 juta - $200 jutaKutipan Pecah panggung : $430.1 jutaRotten Tomatoes : 92% Metacritic : 71/100
BARISAN PELAKON
Simu Liu sebagai Xu Shang-Chi / ShaunAwkwafina sebagai KatyMeng'er Zhang sebagai Xu XialingFala Chen sebagaoi Ying LiFlorian Munteanu sebagai Razor FistBenedict Wong sebagai WongMichelle Yeoh sebagai Ying NanBen Kingsley sebagai Trevor SlatteryTony Leung sebagai Xu WenwuRonny Chieng sebagai Jon Jon
SINOPSIS FILEM SHANG-CHI AND THE LEGENDS OF THE TEN RINGS (2021)
Beribu-ribu tahun yang lalu, Xu Wenwu menemui sepuluh cincin mistik yang memberikan keabadian dan kuasa tuhan. Dia menubuhkan organisasi Ten Rings, menakluk kerajaan dan menggulingkan kerajaan sepanjang sejarah. Pada tahun 1996, Wenwu mencari Ta Lo, sebuah kampung yang dikatakan menyimpan haiwan mitos. Dia melalui hutan ajaib ke pintu masuk kampung tetapi dihalang oleh penjaga Ying Li
Kedua-duanya jatuh cinta, dan apabila penduduk kampung menolak Wenwu, Li memilih untuk pergi bersamanya dan mereka mempunyai dua anak, Shang-Chi dan Xialing; setelah menemui cinta, Wenwu meninggalkan kepimpinan organisasinya dan mengunci Sepuluh Cincin serta kuasa dan keabadian yang diberikannya. Apabila Shang-Chi berumur 7 tahun, Li dibunuh oleh musuh Wenwu, Geng Besi. Wenwu memakai semula Ten Rings, membunuh Geng Besi, dan meneruskan kepimpinan organisasinya. Dia menyuruh Shang-Chi menjalani latihan kejam dalam seni mempertahankan diri, tetapi tidak membenarkan Xialing berlatih jadi Xialing belajar secara rahsia. Apabila Shang-Chi berumur 14 tahun, Wenwu menghantarnya untuk membunuh ketua Geng Besi. Selepas memenuhi misinya, Shang-Chi yang hilang semangat melarikan diri ke San Francisco dan menggunakan nama "Shaun"
Pada hari ini, Shang-Chi bekerja sebagai valet dengan kawan baiknya Katy, yang tidak tahu tentang masa lalunya. Mereka diserang di dalam bas oleh Ten Rings, yang mencuri loket yang diberikan Li kepada Shang-Chi. Wenwu secara rahsia memberikan Shang-Chi lokasi Xialing dan, kerana bimbang Ten Rings akan mencari loket pada Xialing yang juga pemberian Li, Shang-Chi memutuskan untuk bertemu dengannya. Dia mendedahkan masa lalunya kepada Katy, yang berkeras untuk membantunya. Mereka menemui Xialing di sebuah kelab pertarungan bawah tanah di Macau, yang diasaskannya selepas melarikan diri dari Wenwu. The Ten Rings menyerang kelab pertarungan dan Wenwu tiba untuk menangkap Shang-Chi, Katy, Xialing dan loketnya
Mereka dibawa ke perkarangan Ten Rings, di mana Wenwu menggunakan loket untuk mendedahkan peta mistik yang menuju ke Ta Lo. Wenwu menjelaskan bahawa dia telah mendengar Li memanggilnya dan percaya dia telah ditawan di Ta Lo di sebalik pintu pagar yang tertutup. Dia merancang untuk memusnahkan kampung melainkan mereka membebaskannya. Apabila anak-anaknya dan Katy membantah, dia memenjarakan mereka. Mereka bertiga bertemu bekas pelakon Trevor Slattery, yang dipenjarakan oleh Ten Rings kerana menyamar sebagai Wenwu, dan binatang comelnya Morris, yang menawarkan untuk membimbing mereka ke Ta Lo
Kumpulan itu melarikan diri dan pergi ke Ta Lo, yang wujud dalam dimensi berasingan dengan pelbagai makhluk mitologi Cina. Mereka bertemu Ying Nan, kakak Li, yang menerangkan sejarah Ta Lo: beribu-ribu tahun yang lalu, kampung itu diserang oleh Penghuni-dalam-Kegelapan yang memakan jiwa, tetapi diselamatkan oleh naga Cina yang dipanggil Pelindung Besar. yang membantu menutup Gerbang Gelap. Menurut Nan, Penghuni Dalam Kegelapan telah mempengaruhi Wenwu untuk mempercayai Li masih hidup supaya dia akan membuka Gerbang. Shang-Chi, Xialing dan Katy menyertai penduduk kampung dalam latihan dan persediaan untuk ketibaan Wenwu, menggunakan pakaian dan senjata yang dibuat daripada sisik naga
Wenwu dan Ten Rings tiba dan menyerang. Wenwu mengalahkan Shang-Chi dan memaksanya tenggelam ke tasik berdekatan, kemudian menyerang Gerbang dengan cincin. Ini membolehkan beberapa minion Penghuni melarikan diri, dan Ten Rings bergabung tenaga dengan penduduk kampung untuk melawan mereka. Shang-Chi dihidupkan semula oleh Pelindung Besar, yang meninggalkan tasik untuk bertempur dengan minion. Wenwu dan Shang-Chi bertarung sekali lagi dan Shang-Chi mendapat kelebihan, tetapi memilih untuk melepaskan Wenwu. Penghuni-dalam-Kegelapan melarikan diri dari Pintu yang semakin lemah dan menyerang Shang-Chi. Wenwu menyelamatkan Shang-Chi, mewariskan cincin kepadanya sebelum dibunuh oleh Penghuni-dalam-Kegelapan. Shang-Chi, Pelindung Agung, Xialing, dan Katy bertempur dan mengalahkan Penghuni Dalam Kegelapan, membunuhnya. Selepas itu, Shang-Chi dan Katy kembali ke San Francisco, di mana mereka dipanggil oleh ahli sihir Wong ke Sanctum Sanctorum
Dalam adegan pertengahan kredit, Wong memperkenalkan Shang-Chi dan Katy kepada Bruce Banner dan Carol Danvers. Mereka mendapati bahawa sepuluh cincin itu bertindak sebagai suar. Dalam adegan pasca kredit, Xialing menjadi pemimpin baharu Ten Rings walaupun memberitahu Shang-Chi bahawa dia akan membubarkan organisasi itu
ULASAN FILEM SHANG-CHI AND THE LEGENDS OF THE TEN RINGS (2021)Keinginan untuk memuat turun filem Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings (2021) memuncak apabila filem ini telah ditayangakn di pawagam tetapi di Malaysia, pawagam masih belum dibuka. Membaca di media sosial, ramai penonton antarabangsa memberikan ulasan dan keterujaan mereka menonton filem ini
Walaubagaimanpun aku tetap menunggu sehinggalah filem ini ditayangkan di aplikasi Disney Plus Hotstar pada Disney Plus Day. Jadi, inilah ulasan dan pandangan aku berkenaan filem ke 25 di dalam franchise Marvel Cinematic Universe
JALAN CERITA : Filem ini menampilkan jalan cerita yang agak berbeza. Konsep kekeluargaan adalah yang paling kuat di dalam filem ini dimana hubungan antara 4 individu dalam keluarga diuji. Bagaimana seorang suami meninggalkan kerja-kerja kotornya untuk bersama isteri dan anak-anak. Juga bagaimana hubungan antara anak-anak dan bapa yang terpisah akibat kematian isteri.
Perbezaannya disini adalah elemen magis dan adiwira dimasukkan untuk menjadikan ia sebuah filem Marvel. Kepada mereka yang belum pernah menonton filem MCU sebelum ini, aku tidak rasa ia satu isu yang penting sebab filem ini masih mempunyai jalan cerita tersendiri tanpa plotnya berhubung dengan filem MCU yang lain. Hubungan antara filem-filem Marvel yang lain juga sedikit sahaja, iaitu kemunculan beberapa watak seperti Wong, Abomination,Trevor Slatery juga di bawak credit scene, Bruce Banner dan Captain Marvel.
LAKONAN : Seperti biasa Marvel Studios mengambil pelakon-pelakon yang sangat baik lakonannya. Simu Liu, walaupun ini merupakan filem pertama lakonannya, beliau berjaya membawa watak Shang-Chi dengan sangat baik. Tony Leung, seorang pelakon yang sememangnya dikenali sebagai pelakon hebat turut memberikan persembahan yang sangat baik. Majoriti pelakon untuk filem ini adalah pelakon yang mempunyai asal dari Asia Timur.
MUZIK : Muzik latar bagi filem ini walaupun mempunyai banyak elemen Asia Timur, tetapi bagi aku ia tidak memberi impak yang banyak seperti pada filem Black Panther (2018) yang mempunyai ciri-ciri Afrika yang sangat kuat. Sehinggakan apabila mendengar muzik sebegitu di dalam filem Avengers : Infinity War (2018) kita sudah dapat tahu babak di Wakanda akan muncul
Antara muzik bagi filem MCU yang aku suka adalah dari filem Doctor Strange (2016), The Avengers (2012) dan Avengers : Endgame (2019)
CGI : Seperti kebiasaan di dalam filem MCU, CGI memang antara elemen yang penting. Bagi aku, CGI di dalam filem ini ditahap yang baik. Banyak babak-babak yang cantik kerana CGI yang digunakan sangat cantik dan kelihatan hampir sempurna
SEDIKIT ISU BERKENAAN FILEM INI "Akhirnya ada adiwira yang sama seperti saya, dari Asia.""Sewaktu kecil saya melihat tiada adiwira sama seperti saya, kini saya dapat melihat adiwira mewakili saya dan Asia." "Matlamat studio adalah untuk meneroka tema Asia dan Asia-Amerika yang dipersembahkan oleh pembuat filem Asia dan Asia-Amerika, seperti yang mereka lakukan untuk budaya Afrika dan Afrika-Amerika dengan Black Panther pada awal 2018."
Bagi aku, sebenarnya ada sesuatu yang kurang di sini. Representation of Asia yang dibawa sebenarnya adalah spesifik kepada satu kawasan iaitu Asia Timur atau boleh dispesifikkan lagi kepada mereka dari China. Ya, mungkin mereka dari benua Asia, tetapi tidak boleh mewakili Asia secara keseluruhan. Malaysia juga negara Asia, Arab Saudi adalah negara Asia, India juga negara Asia, adakah ada perwakilan dari mereka yang berasal atau rupa dan wajah dari negara-negara ini
Filem ini bukanlah mewakili aku, seorang Asia, tetapi untuk mereka yang melihat Shang-Chi dan akan melihat diri mereka, serupa. Ia termasuklah China-Amerika, Asia Timur - Amerika, dan beberapa Asia Tenggara-Amerika. Aku tidak rasa jika ada orang Arab atau mereka dari Timur Tengah yang akan merasa mereka diwakli menerusi filem ini
Itu sahaja isu aku berkenaan kenyataan tentang filem ini. Ya, mereka dari Asia, tetapi aku lebih suka mengatakan mereka berasal dari Asia Timur. Mungkin mereka Asia-Amerika, tetapi asia mereka adalah dari Asia Timur.
Walaubagaimanapun, Marvel Studios berusaha untuk memberikan yang terbaik, dengan kemunculan watak-watak yang mewakili pelbagai jenis bangsa di Asia iaitu melalui filem Eternals (2021) dengan watak yang dibawakan Kumail Nanjiani juga dengan siri Disney Plus, Ms. Marvel, siri tentang adiwira Muslim dan berasal dari Pakistan
Filem Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings (2021) pastinya membawa perubahan yang baru. Pastinya banyak Asia-Amerika yang melihat diri mereka di dalam filem ini tetapi ia bukanlah untuk Asia keseluruhannya.
KESIMPULANNYA
Tanpa melihat isu mewakili Asia dan sebagainya, filem Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings (2021) merupakan sebuah filem Marvel yang sangat baik. Jalan cerita yang baik, setiap plot dibawa dengan baik, CGI yang juga baik. Aku juga suka apabila dibahagian akhir filem ini melihatkan bagaimana plot di dalam filem ini akan bersambung mungkin untuk filem kedua atau di dalam filem-filem Marvel yang lain. Tak sabar untuk melihat bagaimana kisah Shang-Chi dan Avengers selepas ini. Untuk isu Asia itu, aku rasa boleh pejam mata 👁. Satu lagi filem MARVEL STUDIOS yang aku suka. 💓
BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐/5
RUJUKAN : MARVEL STUDIOS , DISNEY PLUS
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/11/ulasan-filem-shang-chi-and-the-legends-of-the-ten-rings.html