Ulasan Filem Mard Ko Dard Nahi Hota
Tahun Terbit | 2019Pengarah | Vasan BalaPelakon | Abhimanyu Dassani. Radhika Madan. Gulshan Devaiah
Seperti mana yang kita biasa tonton, Bollywood punya koreografi aksi memang lain daripada yang lain. Sampaikan industry filem luar sedikit pun tidak pernah ada yang setara aksinya dengan filem Bollywood. Tampar tumbuk terajang, semuanya diorang power. Tapi, semenjak munculnya Bhavesh Joshi, ada sebuah lagi filem aksi yang korang layak tonton. MardKo Dard Nahi Hota tajuknya
Panjang tajuknya, tetapi di dalam Bahasa Inggeris, filem ni diberi tajuk The Man Who Feels No Pain. Ya, lelaki yang takde rasa sakit. Kenapa? Dia ni super sangat ke sampai rasa sakit pun dia tak boleh rasa? Ahah, korang kena layan dulu filem aksi komedi arahan Vasan Bala dan dibintangi Abhimanyu Dassani ini
Secara ringkasnya, Mard Ko Dard Nahi Hota berkisahkan tentang seorang lelaki bernama Surya. Surya ni agak special apabila dia dilahirkan dengan saraf yang tidak bereaksi kepada rasa sakit. Jadi, kalau jadi apa-apa kat badan dia, termasuklah patah tangan atau luka, dia tak sedar yang dia sedang cedera sebab rasa sakitnya tiada
Disebabkan hal ini, si atuk mengajarnya kung fu dan dia kemudiannya boleh menguasai kung fu. Di kemudian hari, mulalah Surya ni terlibat dengan satu masalah besar apabila dia telah berlagak jadi superhero dan menyelamatkan seorang legenda kung fu yang menjadi idola di hatinya
Filem ni pada aku mempunyai plot yang segar. Dari aspek itu, ianya wajar dipuji kerana kisah sebegini jarang diangkat di dunia Bollywood. Malah, penceritaan filem ni juga boleh disifatkan unik, ada style dan mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Selain menghiburkan, filem ni juga memberi aura filem aksi yang jarang kita tonton di dalam filem Bollywood
Bahagian pertama filem ini adalah bahagian yang menarik untuk ditonton. Elemen kekeluargaan, percintaan dan juga drama digarap kemas menghampiri pertengahan filem. Di fasa kedua filem, kita disajikan dengan aksi, tetapi sayangnya bahagian kedua filem agak lelah sedikit dengan beberapa plot dipanjangkan sehingga nampak memenatkan.
Kalau filem bergenre kung fu di Bollywood, semestinya korang akan ingat kepada Baaghi lakonan Tiger Shroff. Tetapi, jangan ingat filem ni hampir sama dengan filem Tiger Shroff tu! Lain jauh. Malah segala aspek filem ni boleh dikira segar sebagai filem Bollywood. Memang lari habis dari tema biasa yang selalu kita lihat
Dari segi visual, filem ni berjaya membina moodnya yang tersendiri. Kadangkala, editing yang menggunakan slow motion, fast cut dan kerja kamera yang cantik menjadikan filem ni berada dalam kelasnya yang tersendiri. Setiap babak terasa begitu pantas dan cukup rasa dengan komedi dan juga aksi bergabung sebati
Koreografi aksi agak sederhana. Tetapi, dengan kerja kamera dan juga style visual yang unik, ianya membantu untuk memberikan impak babak aksi yang baik. Jangan harap korang akan dapat aksi fast paced macam filem aksi Asia, sebab Bollywood memang suka letak slow-motion dalam apa sahaja aksi yang laju.
Mard Ko Dard Nahi Hota ialah antara percubaan Bollywood berasak masuk ke dalam filem bergenre aksi bela diri. Tapi, filem ni memang jauh lagi untuk sampai ke level filem aksi hebat Asia seperti dari Thailand mahupun Indonesia. Apapun, dengan rencah Bollywood, filem ni mampu menjadi hidangan mata bagi para penggemar Bollywood yang sudah tahu apa yang bakal korang tonton.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sukafilem.net/2019/07/ulasan-filem-mard-ko-dard-nahi-hota-2019.html