Ulasan Filem 7500




Tahun Terbit | 2020Pengarah | Patrick VollrathPelakon | Joseph Gordon-Levitt, Omid Memar, Aylin Tezel
Cukup lama kita tidak melihat pelakon Joseph Gordon-Levitt dalam filem. Entah kenapa, pelakon ni macam sepi seketika dan aku pun rasa macam perlu tonton lakonannya dalam filem Amazon Original ni yang menampilkan lakonannya. Filem 7500 ni ialah sebuah filem yang bergenre hijacking tapi ianya dipaparkan dalam sudut pandang yang berbeza sekaligus menjadikan filem ni ada aura untuk dilayan

7500 ialah sebuah filem bercorak aksi rampasan kapal terbang yang diarahkan oleh Patrick Vollrath yang kali pertama menghasilkan filem besar. Dengan barisan pelakon yang minima, 7500 cuba untuk mencuri tumpuan dalam situasi rampasan perang tetapi dipaparkan hanya dari kacamata seorang pilot yang bertungkus lumus di kokpit pesawat

Filem ni sememangnya akan buatkan korang rasa sesak nafas jika korang meminta-minta scene hijacking seperti dalam filem plane hijack yang biasa. Tiada aksi tangkas mahupun keletah perampas pesawat yang kejam dipaparkan. Malah, situasi di ruang kabin tidak dipaparkan langsung dan menjadikan ianya sedikit kurang selesa

Tapi, 7500 sengaja bergerak sedemikian hanya untuk memberikan ruang kita melihat bagaimana seorang kapten pesawat cuba untuk memberikan penyelesaian untuk situasi berkenaan. Di dalam filem ni, Tobias lakonan Joseph Gordon-Levitt terpaksa berhadapan dengan pilihan salah betul untuk memastikan pesawat berjaya mendarat. 
Filem ni sememangnya 100% milik Joseph Gordon-Levitt. Sepanjang filem, memang watak lakonannya mencuri tumpuan. Dengan lakonan bersahaja, memang pelakon ini berjaya menampilkan watak seorang kapten yang terhimpit dalam masalah yang sangat sukar untuk diselesaikan. 
Plot filem ni ringkas. Dengan memaparkan situasi di bahagian kokpit pesawat sahaja sepanjang filem, mungkin filem ni mempunyai feeling yang bosan sikit-sikit jika korang expect ianya akan bertukar ke luar kokpit. Ada beberapa bahagian filem yang diisi dengan situasi yang sederhana dan perlukan penambahbaikan


Feeling intense dan cemas untuk filem ni agak kurang. Itu antara kelemahan filem ni. Namun, usaha untuk paparkan sisi berbeza dalam situasi plane hijacking ni memang dipuji. 
Mungkin filem ni juga agak biasa dan tak berapa nak best apabila perampas yang merampas kapal terbang masih lagi digambarkan sebagai kumpulan militan Islam. Jadi, filem ni seakan-akan membawa trauma tragedi 11 September yang menjadi mimpi buruk Amerika Syarikat dan menjadikan filem ni mempunyai tema yang biasa

7500 aku sifatkan sebagai sebuah filem yang tidak begitu mengancam. Tidak menarik dan hebat. Tapi, ianya ialah sebuah filem yang ada idea luar kotak. So far, tak ada lagi filem yang paparkan kisah rampasan kapal terbang dengan hanya paparkan situasi di ruang kokpit sahaja. Walaupun idea itu nampak unik, executionnya masih gagal untuk menjadi dengan terbaik

Sebuah filem mimpi buruk Amerika Syarikat yang mana masih lagi berkisar tentang islamophobia, dan pada masa yang sama mahu bercerita tentang Amerika sebagai hero dalam apa juga situasi pun. Boleh layan untuk enjoy! Tapi, janganlah terlalu letak high expectation


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2020/09/ulasan-filem-7500-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem M4m4 Dendam Seorang Ibu Dan Sedikit Seram

Ulasan Filem M4m4 Dendam Seorang Ibu Dan Sedikit Seram

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 112 hits
Tajuk filem bunyi macam MAMA tapi tak pasti sebab apa dia letak M4M4 adakah sebab nampak unik atau ada maksud tertentu Tidaklah dapat kami nak pastikan Tapi mengikut komen dari beberapa penonton mereka mengatakan sangat berpuas hati dengan ...
Ulasan Filem Rock 4 Yang Lama Dibawa Ke Baru

Ulasan Filem Rock 4 Yang Lama Dibawa Ke Baru

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 100 hits
Yang lama dibawa ke baru maksud kami adalah zaman rock di Malaysia semakin pudar disebabkan mempunyai pelbagai aliran muzik moden Kisah dalam filem ROCK 4 ini memiliki pelbagai mesej tersembunyi berkaitan muzik dan kumpulan band lama Dimana...
Ulasan Filem Ratu Kala Jengking Adaptasi Dari Kisah Lagenda Cik Siti

Ulasan Filem Ratu Kala Jengking Adaptasi Dari Kisah Lagenda Cik Siti

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 113 hits
Pengarah filem tempatan mungkin sudah kekeringan idea atau sayang terhadap kisah lagenda yang tidak berapa begitu penting pada ekonomi semasa Filem ini sedikit sebanyak sama seperti kisah lagenda cik siti yang dikatakan telah berkahwin seba...
Ulasan Filem Jodoh Syaitan Nampak Syirik Tapi Lawak

Ulasan Filem Jodoh Syaitan Nampak Syirik Tapi Lawak

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 135 hits
Palakon dalam filem ini semuanya hebat belaka dan memang terbaik kerana ia ada unsur seram komedi maka tidaklah kami terasa seram melampau Filem ini tiadalah mesej yang menarik kecuali sekadar buat gelak ketawa sahaja kerana pelakon memilik...
Ulasan Filem Suraya Yang Penuh Dengan Tanda Tanya

Ulasan Filem Suraya Yang Penuh Dengan Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 120 hits
Suatu ketika dahulu pernah tersebar akan tajuk seakan sama iaitu Cikgu Suraya cuma bukanlah dalam bentuk filem tapi hanyalah rekaan semata mata Pada awal tahun 2020 terciptanya sebuah filem yang diarahkan oleh Feisal Azizuddin iaitu SURAYA ...
Ulasan Filem Da 5 Bloods

Ulasan Filem Da 5 Bloods

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 151 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Spike LeePelakon Delroy Lindo Jonathan Majors Clarke Peters Norm LewisKau tahu sebenarnya aku memang takde hati pun nak layan filem ni Theme tentang askar di Vietnam pasal mengenang kembali era kekalahan perang Vie...
Ulasan Filem Gunjan Saxena

Ulasan Filem Gunjan Saxena

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 106 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Sharan SharmaPelakon Janhvi Kapoor Pankaj Tripahi Angad BediSelepas gagal untuk ditayangkan di pawagam berikutan penularan pandemic Covid 19 Gunjan Saxena akhirnya memilih untuk ditayangkan di laman penstriman Netf...
Ulasan Filem Raat Akeli Hai

Ulasan Filem Raat Akeli Hai

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 75 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Honey TrehanPelakon Nawazuddin Siddiqui Radhika Apte Shweta TripathiNawazuddin Siddiqui mungkin antara pelakon Bollywood yang kurang nampak di layar filem Bollywood biasa Lakonannya yang bersahaja dan tiada aura wa...
Senarai Filem Filem Aksi Perang Tempatan

Senarai Filem Filem Aksi Perang Tempatan

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 116 hits
Genre perang antara genre yang paling ramai peminatnya Sebut sahaja filem perang pasti ramai dikalangan anda akan menamakan filem filem yang pernah anda tonton Bagaimana pula dengan filem perang tempatan sudah tentu industri perfileman kita...
Misteri Istana Bunian Wujud Hampir 33 Tahun Berdekatan Pantai Irama Bachok

24 Jam Sebelum Lahir Ada 11 Benda Bayi Buat Dalam Perut Ibu No 8 Paling Tak Sangka

Makan Mi Yang Disimpan Selama 1 Tahun 9 Anggota Keluarga Meninggal Dunia

Dap Dah Bersuara

Miskin Tapi Beg Cecah Rm17k Ramai Persoal Gaya Kaya Suzy Meskipun Watak Susah Dalam Start Up

Rahsia Awet Muda Untuk Wanita 30an Hanya Guna Susu Kunyit Badam Dan Madu

Addy Kanna Terlibat Macau Scam Laaa

Spesifikasi Dan Kisaran Harga Suzuki Gsx R150



Memahami Maksud Negara Dunia Pertama Kedua dan Ketiga

Biodata Penyanyi Iman Troye Imantroye

Biodata Ezurin Khyra Ikon Fesyen Bintang The House Musim 6

Resepi Kek Aiskrim Paling Popular

Biodata Izzrin Irfan Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta


Kegunaan Ais Batu Pada Muka Serius Boleh Guna Untuk Muka

Selawat Maulidur Rasul

Biar Zahid Pergi Pkr Teruskan Usaha Kembali Mandat Rakyat

Jangan Jadikan Malaysia Negara Tidak Berpelembagaan

The Thursday Murder Club By Richard Osman

Kemenag Wacanakan Kontrol Isi Khutbah Sholat Jumat