Ulamak Sifatnya Mesti Takutkan Dosa




[ ‘ibrah & perjuangan ]

*PENDIRIAN SAYA (#1)*
*‘Ulamak sifatnya mesti TAKUTKAN DOSA*

Semalam terdapat pimpinan Islam luar Negara menghubungi seorang AJK Biro Syariah Amanah, nyatakan mereka sungguh terkejut tatkala menerima surat melalui media sosial kepada mereka yg menggunakan letterhead Pas, dan tertera nama Haji Hadi Awang, Presiden Pas.

Surat 7 mukasurat itu ditulis dalam ‘Arab, bertarikh 22 Mac 2020. Sasarannya pasti pada pimpinan Arab. Maka saya yakin, surat itu jika benar ditulis oleh Hj Hadi Awang iaitu Presiden Pas, ianya ditulis 10 hari sebelum beliau ditabalkan habuan wakil rasmi PM ke luar negara bertaraf Menteri, jawatan yg kerap digunakan oleh Umno/Najib sebagai habuan politik buat penyokong yg berjasa, tapi tak berpeluang masuk dalam kabinet. 

Jawatan yg sama dibuat TunM masa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dengan lantikan pimpinan berbangsa Cina sebagai wakil rasmi PM untuk hubungan dgn Negara China yg pada masa itu memerlukan pelbagai negosiasi semula project raksasa oleh regim Umno/BN tree terdahulu. 

Tapi lantikan PH itu tidak sesekali bertaraf Menteri seperti yg dikecapi oleh Presiden Pas melalui amalan Umno & Mahyuddin hari ini yg kerap dibantah keras oleh Pas sejak sekian lama. Tapi semalam bila Mahyuddin angerahkan taraf Menteri itu pada Presiden mereka, tiba-tiba Timbalan Presiden yg samalah terus mengucapkan tahniah pada Mahyuddin. Sifat hipokrit sungguh!

*KEDUA*

Kritikan saya tulis ini adalah pada *batang tubuh Haji Hadi Awang, dia sbg "Presiden Pas" yg merupakan “musuh politik” kami* yg mana beliau terlibat langsung menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan pilihan rakyat dalam PRU14 baru ini, mengikut apa yg beliau katakan "kerajaan masuk ikut bumbung".

Oleh itu, FAHAM betul-betul. 

Saya tak rujuk Haji Hadi Awang itu sebagai ‘ulamak yg cukup diagungkan oleh penganut party Pas itu. Atau apa yg disebut oleh Pak Daeng dahulu, “Ustaz Hadi” itu yg seolahnya menjadi “ayatollah” seperti Syiah pada pentaksub Pas sehingga mereka sanggup menyokong apa jua keputusan dia yg salah sekali pun, tanpa berani tegur atau kritik.

Oleh itu bahasa politik saya pada musuh politik saya pastinya berbeza daripada pertuturan saya pada seseorang ‘ulamak yg wajib saya hormati atas sifatnya mereka takutkan Allah, tak berbohong dan tak berlaku khianat pada janji.

*KETIGA*

Saya yakin tulisan dalam surat itu juga BUKANLAH pendirian Kerajaan hari ini, sebab ianya ditulis oleh ketua party itu ketika belum pun dilantik sbg wakil bertaraf Menteri. 

Saya merasakan mungkin, disebabkan kandungan surat itu jugalah, Mahyuddin sungguh gembira kerana kerja PM sudah menjadi mudah berhadapan dgn pimpinan antarabangsa dgn wujudnya surat itu. Maka dengan itulah dia habuankan jawatan bergaji besar setaraf Menteri itu untuk ketua party yg bersekongkol menjatuhkan PH sebulan yg lalu.

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10157978609709876

*Jawapan Round #pertama saya;*

(1) Tok Guru kata timbulnya komplot dalaman ( صراع داخلي ) penyingkiran TunM untuk digantikan dgn Anwar adalah sebab perpecahan dalaman dicetuskan oleh DAP, KeAdilan & Amanah (saya ikut tururan Tok Guru tulis)

*JAWAPAN SAYA – itu pembohongan Tok Guru*. Sebab sejak awal penubuhan PH tahun 2015 dan disertai Bersatu pada 2016, keputusan bertulis 4 ketua party adalah hanya letakkan TunM sebagai PM untuk tempoh 1-2 tahun sahaja, dan semua setuju Anwar diangkat sbg PM selepas itu. Keputusan itu bukan baru, bukan dibuat tanpa Bersatu atau TunM. Tulisan Tok Guru itulah pembohongan nyata & jahat. 

(2) Tok Guru kata, komplot menaikkan Anwar itu dibuat dengan kerjasama Amerika, Europah, Singapore, Yahudi dan Freemason.

*JAWAPAN SAYA – Allah melaknat para penfitnah!* Itulah benda disebut Tok Guru pada saya ketika ziarah ke rumah beliau 2 bulan lepas tatkala saya bertanya kenapa Tok Guru cukup antikan Anwar jadi PM. Saya kata, mengapa Tok Guru mahu menidakkan keputusan & pendirian RASMI Pas sendiri sejak 1999 yg mana dia adalah AJK Pusat Pas masa itu, yg seterusnya diluluskan oleh pelbagai muktamar sejak hari itu, yg mahukan Anwar jadi PM. Ia bukan keputusan baru ini! Bohong.

Saya sebut, tak salahpun mana-mana Negara nak sokong Anwar, termasuklah jika benar wakil Duta Amerika dan Singapore datang ke rumah dia di Rusila memujuk dia bersama PH untuk PRU14 dalu. 

Tapi adalah jahil sungguh kiranya hanya disebabkan sokongan luar, maka seseorang terus dianggap alat negara luar. Bayangkanlah Tok Guru kini Duta bertaraf Menteri tapi membawa kefahaman celaru itu dalam hubungan diplomasi antarabangsa? Pasti satu kecelakaan akan berlaku pada Malaysia.

Saya katakan kalau itulah pendirian Tok Guru, sepatutnya Tok Guru mesti lebih takutkan Umno/BN atau Najib, sebab Umno/BN/Najib disokong penuh bukan sahaja oleh Amerika, tapi oleh Israel, India, China, bahkan pelbagai bantuan kepakaran media disumbangakn untuk Umno/BN pada PRU lalu oleh Israel.

Pada sessi ziarah dan soal-jawab saya dahulu, bila saya hujjah begitu, Tok Guru itu hanya mampu menghadiahkan tengkingan “ana tahu, enta tak tahu…”, dan “enta dah kena tipu dengan Anwar” sebagai hujjah lawannya.

(3) Tok Guru kata sebelum PRU14, PH gunakan TunM untuk berlawan jatuhkan Najib. Tapi bila dah menang PRU14 - DAP, KeADilan dan Amanah melawan untuk jatuhkan TunM pula dan mahu naikkan Anwar disebabkan pendirian TunM yg mereka bantah, termasuklah membantah (1) Polisi berlawan dgn Barat, (2) Sebab TunM sokong Palestin, (3) Sebab TunM sokong Kashmir, Myanmar, dan Uyghur.

*JAWAPAN SAYA – jahat sungguh fitnah oleh Tok Guru ini.* Itulah yg kerap saya sebutkan terdapatnya banyak ahli-ahli politik yg celaka kerana cukup suka menggunakan pengaruh dan ketaksuban pengikut pada mereka untuk berbohong mengekalkan pengaruh. Sebab Tok Guru itu tahu setiap apa sahaja yg dia cakap tak akan langsung dibantah apatah lagi dikritik oleh penganut Pas, sekalipun #fitnah itu adalah sangat nyata dan jahat.

Baru ni masa ziarah ke ruamh Tok Guru itu juga dia sebut, wajib tolak Anwar daripada jadi PM, sebab dia mendapat maklumat daripada Polis, SB, Bukit Aman, dan Agent Perisikan Antarabangsa bahawa Anwar bersetuju untuk buka satu "Pengkalan Laut Amerika" di Sabah jika dia jadi PM. Huh...

Dan satu lagi yg lebih bersifat kerosakan aqidah, apabila Tok Guru itu berkata akhlaq Anwar buruk disebabkan Anwar suka pada bini-bini orang lain dan juga suka pada lelaki muda yg cantik. Saya ingatkan Tok Guru, dosa #qazaf adalah amat besar pada aqidah kita.

Pun sekali lagi saya diherdik, ana tahu enta tak tahu.

(4) Tok Guru kata – Pas keluar dariapada kerjasama bersama Barisan Alternatif & Pakatan Rakyat selepas bersama sejak 1999-2012.

*JAWAPAN SAYA – bohong juga.* PRU13 berlaku pada 2013, dan beberapa PRK berlaku pada 2014 & 2015. Pas masa itu bersama PR dan mendapat kerusi yg tertinggi dalam sejarah party. Bahkan sehingga 2015 itu jugalah beberapa kali Tok Guru dan pimpinan Pas itu berkata adalah wajib hukumnya menyokong PR & DAP, dan haram memberi undi pada Umno/BN. Berlambak kenyataan itu di internet.

Faktanya Pas keluar PR pada 5 Jun 2015, (bukannya 2012), melalui veto yg diberikan ketika muktamar Kuala Selangor,  yg ditentang oleh semua perwakilan yg dihalang daripada berucap.

Faktanya juga, usaha pimpinan Pas untuk keluar daripada PR hanyalah bermula sejak Umno melalui Menteri Agama mereka pada 28 Mac 2014 mencabar Pas membentangkan HUDUD ke Parlimen untuk Umno sokong, dengan syarat Pas wajib keluar daripada PR. Itu sejarahnya!

Namun masa itu gagal sebab Tok Guru Nik Aziz masih hidup dan menolak terus perangkap Umno yg jahat itu hinggalah kewafatan Tok Guru Nik Aziz pada 2015.

Itu #fakta yg dibohongi dalam surat. 

(5) Tok Guru tu kata matlamat Pas adalah untuk berkhidmat pada agama Islam & kaum Muslimin.

*JAWAPAN SAYA – ini mungkin pindaan matlamat yg baru dibuat pada perlembagaan mereka*, yg saya tak tahu. Kerana selama 30+ tahun saya bersama dan menerajui kepimpinan party itu, adalah kerana masa itu matlamatnya adalah perjuangan dakwah siyasah untuk ummah & Negara keseluruhannya, "Islam for All", bukan untuk muslim sahaja.

*Itu sahaja untuk round ini...*

Saya dedahkan di sini juga (lampiran). Pada satu Mesyuarat Pas Pusat pada 12 September 2009, seramai 35 orang daripapda 37 AJK Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor (kecuali dua yg berkecuali) bersetuju untuk Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada PRU masa itu. 

Pada tahun 2009 (10 tahun selepas itu), saya bertemu dengan salah seorang yg tak sokong sebelum itu, menyatakan beliau pun "dah sokong Anwar" sebagai PM berdasarkan situasi semasa itu. 

*Keputusan 1999 itu terus diabsahkan oleh setiap kali berlangsungnya muktamar party sejak itu...*

Untuk itu saya sebutkan, keputusan menolak Anwar daripada jadi PM ini hanyalah keputusan Pas sebaik sahaja mula *"menjalin hubungan intim"* dgn Umno sejak selepas dipancing oleh Umno melalui umpan hudud tahun 2014 yg lalu...

wallahu'alam.

*Ahmad Sayuti Bashiron*
Shah Alam | 3 April 2020




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/ulamak-sifatnya-mesti-takutkan-dosa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Copypaste Korang Mesti Baca Ni Rasa Nak Ke Hospitallah Nak Check Covid 19

Copypaste Korang Mesti Baca Ni Rasa Nak Ke Hospitallah Nak Check Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 505 hits
COPYPASTE KORANG MESTI BACA NI RASA NAK KE HOSPITALLAH NAK CHECK COVID 19 Sharing ni memang sebiji dari apa yang di sharing oleh tuan punya post Dengan rasa tanggungjawab cikla share dekat sini maybe ada yang belum baca lagi pasal ni Jom ba...
4 Gambar Ni Patut Takutkan Penduduk Malaysia Sapa Tak Dok Dirumah Memang Ngok Lah

4 Gambar Ni Patut Takutkan Penduduk Malaysia Sapa Tak Dok Dirumah Memang Ngok Lah

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 150 hits
Ibraim Mat IsaPersediaan awal menghadapi jika berlaku gelombang ke tiga seperti yang disebut oleh KP Kesihatan sebagai tsunami Covid 19 MAEPS Serdang diubahsuai menjadi wad untuk kuarantin dan rawatan pesakit pandemik koronavirus Mohon kerj...
Warga Emas Didenda Rm2 000 Cuba Takutkan Awam Isu Covid 19

Warga Emas Didenda Rm2 000 Cuba Takutkan Awam Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 226 hits
MELAKA 27 MAC Seorang lelaki warga emas didenda RM2 000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat penyataan dalam aplikasi WhatsApp mengenai Covid 19 dengan niat menyebabkan ketakutan awam minggu lepas Majistret Muhammad Nazri...
Kenapa Social Distance Mesti Satu Meter Baca Penjelasan Doktor Ini

Kenapa Social Distance Mesti Satu Meter Baca Penjelasan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 259 hits
ADAKAH COVID 19 boleh berjangkit melalui udara dan apa kaitannya dengan penjarakan sosial 1 meter Kekeliruan ini telah dibahaskan oleh dua petugas perubatan Dr Siti Khamsiah dan Dr Khoo semasa siarang langsung di Facebook Kementerian Kesiha...
Polisi Mesti Proaktif Berdayakan Media Sosial Di Tengah Pandemi Covid 19

Polisi Mesti Proaktif Berdayakan Media Sosial Di Tengah Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 208 hits
Polisi lanjut dia juga mesti membuat sistem pengamanan kota maupun sistem darurat apabila terjadi lockdown maupun konflik
Covid 19 Mesti Menang Tabiat 21 Hari

Covid 19 Mesti Menang Tabiat 21 Hari

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 166 hits
SIAPA tahu dia akan mati Petanda menjelang kematian terus menjadi misteri Andai kita tahu signal mati pasti kita akan berdamai dengan kehidupan Dalam Islam ada disebut tanda tanda kematian Antaranya 1 100 hari Seluruh badan rasa bergegar 2 ...
Kisah Tauladan Yang Mesti Korang Baca

Kisah Tauladan Yang Mesti Korang Baca

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 709 hits
KISAH TAULADAN YANG MESTI KORANG BACA Hai korang Dah tidur ke tu Sebelum tidur meh baca kisah ni Mungkin ada yang dah pernah baca kisah ni tapi tak apalah Berbagi hal yang baik itu sangat digalakkan kan Terima kasih kepada tuan punya sharin...
18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri

18 Idea Resipi Berasaskan Sotong Super Sedap Mesti Cuba Sendiri

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 340 hits
Sotong sejenis makanan laut yang lembut dan mempunyai peminatnya yang tersendiri Sebut sahaja sotong pasti terbayang sotong bakar sotong sumbat sotong masak merah dan banyak lagi Jadi jom kita selongkar idea resipi berasaskan sotong yang bo...
Covid 19 Apa Yang Di Takutkan Ph Terutama Dap Bila Tentera Turun

Covid 19 Apa Yang Di Takutkan Ph Terutama Dap Bila Tentera Turun

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 6221 hits
Sebaik sahaja Menteri Kanan DS Ismail Sabri umumkan mulai 22 Mac 2020 kerajaan akan gunakan khidmat Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu PDRM menguatkuasakan Perintah Perjalanan Terhad yang mula mula melompat untuk membantah ialah ahli ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation