Ujian Dari Allah Untuk Hambanya


Bulan Ogos 2023, sesuai diberikan nama ujian dari allah untuk hambanya. Saya menerima ujian dari Allah, kali ini ujian lebih dasyat  dari sebelumnya. Allahuakbar! pada masa ini, seakan merasai nyawa di hujung tanduk. Dalam tempoh 2 minggu, sakit-sakit berlarutan. Sakit tersebut berpindah-randah dalam tubuh badan. Betapa seksanya saya. Mujurlah dalam tempoh tersebut, sekolah cuti penggal ke-2. Masya Allah, baiknya Allah susunan kali ini. 



ujian allah untuk hambanya



Apa yang saya sakitIa bermula dengan sakit gastrik, kemudian pulih. Bersambung pula dengan sakit tekak, bayangkan tekak saya bagaikan ditoreh. Kesakitan tersebut, membuatkan saya hilang fokus untuk meneruskan  kerja ghostwriting. Kesakitan tersebut menjadikan leher sakit untuk disentuh, tidak bengkak namun tidak boleh mendongakkan kepala keatas. Tengkuk saya berat. Mungkin kerana kerja menaip terlalu lama, kadang-kadang saya menaip sehingga 5 jam lamanya bagi menyiapkan artikel-artikel SEO klien. Kemungkinan besar, ianya berpunca dari sini. 
Sewaktu tekak saya sakit, ada juga saya menunggu ketibaan batuk atau selsema. Biasanya, tekak akan sakit begini jika mahu batuk dan selsema. Sangkaan saya meleset, saya bukan selsema dan batuk. Tubuh badan saya hampir demam, tetapi bukan. Katanya doktor, petanda mahu demam. 
Setelah saya sihat selama 2 hari, kesakitan menerjah pula ke bahagian badan yang lain. Iaitu sakit berdenyut bahagian rusuk. Ya Allah, masa ini saya mampu berdoa sahaja supaya Allah angkat segera kesakitan saya tanpa meninggalkan kesakitan lain. Masa ini saya ingatkan mahu mati, tanda-tanda kematian 30 hari.


Bersambung sakit 
Sebelum kami pergi bercuti di Shah Alam pada minggu terakhir cuti sekolah. Lagi sekali saya diuji Allah. Betul lah orang cakap, ini antara ujian dari allah untuk hambanya buat seterusnya bagi menghapuskan dosa. Tetapi, kali ini pinggang saya sakit yang teramat. Sehinggakan saya bertanyakan soalan begini kepada suami . 
"Abang, saya ni nak kena sakit buah pinggang ke?" memandangkan abang ipar sakit buah pinggang yang perlu dialisis. Itulah saya tanya. 
"Bukanlah. Sakit tu ada tanda kaki bengkak dan urin berbuih. Tapi, awak langsung takde simptom." ujar suami. 
"Tapi kenapa ayang sakit ni. Tengah tidur waktu malam, pinggang sakit secara tiba-tiba. Tidur terlentang dan mengiring ke kiri dan kanan pun masih sakit."


"Nanti kita checkup di hospital ya."


Simptom saya sakit pinggang tu lain macam. Bukan sakit sehingga menganggu waktu kerja saya untuk menulis. Ada waktu tertentu sahaja. Iaitu tengah hari rembang, dia berdenyut. Sakitnya memang nak meraung! mujurlah hanya kurang dari 5 minit sahaja berlaku. Itu pun semasa memandu.
Kesakitan saya selama  2 malam menganggu waktu tidur. 


Ujian dari Allah untuk hambanyaSeterusnya ujian dari allah untuk hambanya ini adalah terkena keracunan makanan. Ia berlaku sewaktu saya makan malam di Shah Alam. Kononnya mahu menikmati seafood segar dari Sabah. Kemudian, nasib saya tidak baik. Tengah malam, saya menahan kesakitan yang teramat. Perut memulas, tanpa membuang air besar. Perut sakit setiap sejam, sehingga jam 5 pagi. Baru mengeluarkan najis. Cirit-birit saya sampaikan sakit-sakit sendi. Selama 3 hari saya sakit cirit-birit. Pergi ke Klinik, baru sembuh.
Walau bagaimanapun, ianya bukan pulih sepenuhnya. Hampir seminggu perut saya ok untuk menerima makanan. Jika tidak, sakit dalam perut.


Bagaimana saya  mengurangi kesakitan tersebut 1. Sebelum tidur saya lakukan yoga. Walaupun ada pandangan ulamak mengatakan ianya tidak bagus, tetapi keadaan saya darurat ketika itu. Saya hanya niatkan untuk sihat sahaja. Masya Allah, allah dengar niat saya. 1 jam sebelum tidur saya buat Yoga. Ok lah, lembutkan urat yang tegang. 
2. Dalam ujian dari Allah untuk hambanya, saya juga turut membaca ayat-ayat syifa dan amalan pendinding diri lain seperti : 
Pagar diri dengan ayat 7 Mubin sebelum subuh, petang dan malam sebelum tidur. 
Perbanyakkan selawat keatas nabi untuk mendapat syafaat. 
Al-kahfi setiap kali solat. Hanya baca ayat 1-10 terawal , dan ayat 100-110 ayat akhir. 
Ayat An-Nubbuwah. Ayat ini saya amalkan selepas solat 5 waktu sehari
Ruqyah  jibril kepada Nabi, sewaktu beliau di sihir. Bukan masalah  sihir sahaja boleh diamalkan, malah untuk pulih dari sakit. Sama ada pandangan ain, gangguan jin dan sihir. 
Amalan doa daripada Ustaz Ariffin Ayob. Saya ikuti beliau di channel Youtube . 

Masya Allah, tabarakallah. Dengan keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran saya sembuh. Ujian dari Allah untuk hambanya kali ini adalah berat bagi saya. Tiada lagi sakit bersambung-sambung. Berdasarkan pengalaman ini, saya rasa seperti tidak mahu aktif di media sosial. Doakan untuk saya kembali. Sekarang saya sedang beramal dengan ayat-ayat suci al-quran dan cara hidup islam yang sebenar. Untuk keduniaan, saya rasa macam sudah kurang. Saya hanya post status untuk bercakap perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa menyakiti mana-mana pihak. 














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ehbelogaku.com/2023/09/ujian-dari-allah-untuk-hambanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana Mana Lelaki Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali

Hiburan Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Ke Atas Mana Mana Lelaki Video Ucapan Norman Buat Marissa Tular Kembali

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 329 hits
Tular kembali video ucapan hari lahir pelakon Norman Hakim buat anak perempuannya Marissa Dania yang disambut baru baru ini Gara gara kisah hancurnya rumah tangga dek penglibatan Marissa Dania dalam hubungan suami isteri itu nama pelakon No...
Surah Ar Rum Ayat 21 Allah Jadikan Suami Isteri Saling Melengkapi

Surah Ar Rum Ayat 21 Allah Jadikan Suami Isteri Saling Melengkapi

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 252 hits
Surat Ar Rum Ayat 21Fitrah saling melengkapi Allah SWT menjadikan lelaki dan wanita saling memerlukan dan lengkap melengkapi antara satu sama lain Ibarat antara siang dan malam Dan di antara tanda tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rah...
Kuasa Allah Rumah 100 Peratus Dijilat Api Al Quran Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

Kuasa Allah Rumah 100 Peratus Dijilat Api Al Quran Ditemui Dalam Keadaan Sempurna

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 146 hits
Senaskah al Quran dan tasbih ditemui terselamat dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah Di khabarkan yang hangus sepenuhnya di Kampung Batu Satu Batu Gajah Perak pada malam Ahad Dalam kejadian kira kira 10 50 malam itu kesemua tig...
How Many Sons Does Allah Have

How Many Sons Does Allah Have

papar berkaitan - pada 8/9/2023 - jumlah : 265 hits
The original question as in Quara How many Sons of God are in the Bible and Torah Are there any in the Quran http qr ae l2eNI
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan

Pulau Poporang A Hidden Gem Of World War Ii History In Indonesia

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan