Ucapan Penuh Pengumuman Rasmi Senarai Kabinet Oleh Pm



KUALA LUMPUR: Berikut ialah ucapan penuh pengumuman senarai Kabinet oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, pada Isnin.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya hormati sekalian,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, Wa bihi Nasta’in. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW, Rasul junjungan dan ikutan sepanjang zaman.

Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana sepanjang minggu yang lalu saya telah berpeluang untuk berbincang dengan rakan-rakan pimpinan daripada parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS untuk membentuk kabinet baharu kerajaan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pemimpin parti yang telah mengemukakan pandangan serta memberikan kepercayaan kepada saya untuk menamakan anggota Jemaah Menteri baharu yang akan saya umumkan pada hari ini.
CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT

Sepertimana yang saudara dan saudari ketahui, ekonomi global masa kini berada dalam situasi tidak menentu. Perang perdagangan dan percaturan politik melibatkan kuasa-kuasa besar terus mewarnai lanskap sejagat. Dunia juga terkesan dengan wabak Coronavirus 2019 (COVID-19) yang impaknya turut dirasai oleh negara kita.

Saya sedar bahawa dalam keadaan yang tidak menentu ini, saudara dan saudari amat berharap kepada kerajaan untuk membantu mencari jalan penyelesaian terhadap apa jua masalah yang saudara dan saudari dihadapi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri untuk membentuk sebuah kabinet yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat dan membawa negara kita ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

Justeru, saya akan membentuk sebuah kabinet yang memberi tumpuan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti dengan struktur yang lebih mantap. Barisan kabinet saya akan dianggotai oleh tokoh-tokoh politik yang berpengalaman, teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

Untuk memastikan kabinet yang akan terbentuk adalah kabinet yang berintegriti, semua anggota kabinet yang akan saya umumkan sebentar lagi telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM.

Saya juga akan memastikan kabinet saya adalah sebuah kabinet yang berfungsi (functional cabinet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus.

Untuk itu, saya akan melantik empat (4) orang Menteri Kanan (Senior Ministers) yang akan membantu saya menyelaras hal ehwal kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan.

Ringkasnya, saya ingin membentuk sebuah kabinet yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat – a cabinet that delivers.

Menteri-Menteri Kanan akan membantu saya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri termasuklah mempengerusikan mesyuarat kabinet di waktu ketiadaan saya dalam negara.

Dengan adanya Menteri-Menteri Kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik.

Selain itu, bagi memenuhi keperluan semasa, beberapa kementerian akan distruktur semula.

Antaranya ialah Kementerian Pendidikan. Kementerian ini dalam struktur yang sedia ada dibebani dengan bidang tugas yang amat besar serta mencabar kerana ianya meliputi pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke pengajian tinggi.

Oleh yang demikian saya telah memutuskan untuk mewujudkan semula Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di 5 samping mengekal dan memperkasakan Kementerian Pendidikan.

Dengan ini, KPT akan dapat memberikan fokus kepada sektor pengajian tinggi dengan Kementerian Pendidikan memberikan tumpuan kepada pendidikan pra-sekolah, rendah dan menengah.

Malaysia dikenali di serata dunia sebagai sebuah negara yang memiliki komposisi penduduk pelbagai kaum, budaya dan agama. Perpaduan yang utuh antara pelbagai kaum merupakan penentu kelangsungan atau survival negara kita. Menyedari hakikat ini, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Perpaduan Negara akan ditubuhkan.

Aspek kelestarian alam sekitar juga penting dalam mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera buat kita semua, anak-anak kita dan generasi akan datang. Sumber-sumber semula jadi di negara kita mesti dipelihara dengan baik. Justeru, sebuah kementerian khusus yang dinamakan Kementerian Alam Sekitar akan diwujudkan.

Kerajaan juga serius untuk menangani isu-isu pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak. Kabinet saya akan memastikan semangat 6 Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63 akan diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak. Justeru, saya akan mewujudkan satu portfolio khusus mengenai Hal Ehwal Sabah dan Sarawak yang akan diketuai oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan bertawakkal kepada Allah, mengharapkan bantuanNYA, saya dengan ini akan mengumumkan senarai nama anggota kabinet yang saya pilih dengan satu ijtihad saya untuk kemaslahatan negara. Sedaya mungkin saya dalam pemilihan ini berusaha memenuhi maksud firman Allah dalam Surah al-Qasas ayat 26:

ن ِمي ۡۡلَ ى ٱ ُّ َق ِو ۡ َجۡر َت ٱل ۡ ن َخۡيَر َم ِن ٱ ۡسَتـ َّ ِ إ

Yang bermaksud: "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau ambil bekerja itu ialah yang KUAT (berkemampuan) dan AMANAH"

Sekali lagi pada Allah saya berserah atas ijtihad saya, maka dengan sukacitanya saya ingin mengumumkan senarai Menteri dan Timbalan Menteri yang telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong:

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali

Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan: YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kewangan: YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri

Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya: YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan: YB Dr Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed

Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas): YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof

Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang): YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan

Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)

Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan: YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar: YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man

Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia: YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan

Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan: YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga: YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun

Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi: YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad

Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli: YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah

Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri: YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan: YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan: YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar: YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad

Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: YB Datuk Alexander Nanta Linggi

Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia: YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah

Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: YB Hajah Zuraida Kamaruddin

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: YB Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali

Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng

Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri

Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara: YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan: YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican

Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)

Saya mengucapkan tahniah kepada semua anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri yang saya telah umumkan. Jalankanlah tugas anda dengan cemerlang demi rakyat dan negara.

Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ketua-ketua parti yang telah memberikan panduan dan mandat kepada saya untuk menentukan barisan kabinet.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang di Istana Melawati, Putrajaya.

Saya berdoa semoga Allah s.w.t. memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada semua anggota kabinet saya untuk menjalankan tugas dengan penuh beramanah dan berintegriti.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/03/ucapan-penuh-pengumuman-rasmi-senarai.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Dijangka Umumkan Senarai Penuh Kabinet Petang Ini

Perdana Menteri Dijangka Umumkan Senarai Penuh Kabinet Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 510 hits
Setelah hampir 1 minggu kita semua menantikan senarai penuh Kabinet Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan yang ia akan diumumkan pada jam 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri Muhyiddin juga dijadualkan akan menghadap Y...
Senarai Penuh Kabinet Malaysia Tahun 2020

Senarai Penuh Kabinet Malaysia Tahun 2020

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 1540 hits
Senarai Penuh Kabinet Malaysia Tahun 2020 Kita Rakyat Malaysia telah menyaksikan kemelut politik yang berlangsung lebih daripada satu minggu yang lepas Episod pergolakan politik ini melibatkan pembentukan blok Kerajaan baru yang telah menge...
Senarai Penuh Kabinet Muhyiddin

Senarai Penuh Kabinet Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 379 hits
MALAYSIAKINI Berikut senarai penuh kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin seperti diumumkan sebentar tadi Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Lim Ban Hong Menteri Kanan Menteri Per...
150 Pengamal Media Berkumpul Tunggu Senarai Penuh Kabinet

150 Pengamal Media Berkumpul Tunggu Senarai Penuh Kabinet

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 311 hits
PUTRAJAYA 9 Mac Lebih 150 pengamal media berada di Putra Perdana petang ini bagi membuat liputan mengenai pengumuman jemaah Menteri baharu Kesemua mereka terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa mula memasuki Pejabat Perdana Menteri...
Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin Umum Senarai Penuh Menteri Kabinet Baharu Malaysia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 477 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Jam 5 00 petang tadi Tan Sri M...
Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

Gambar Senarai Kabinet Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2020 Berserta Teks Ucapan

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1866 hits
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 8 Tan Sri Muhyiddin YassinTIMBALAN PERDANA MENTERI BARISAN MENTERI KANAN DAN TIMBALAN MENTERI1 Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan IndustriDatuk Seri Mohamed Azmin AliTimbalan Menteri Datuk Lim Ban...
Senarai Penuh Jemaah Menteri Kabinet 2020

Senarai Penuh Jemaah Menteri Kabinet 2020

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 519 hits
Senarai Penuh Jemaah Menteri Kabinet 2020 Berikut adalah senarai penuh Menteri dan Timbalan Menteri bagi kabinet baru kerajaan Malaysia Mac 2020 Senarai Penuh Jemaah Menteri Kabinet 2020 Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan In...
Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

Fakta Senarai Menteri Kabinet Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1097 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan barisan kabinet untuk bersama sama pentadbirannya dan dalam sidang media memberitahu jawatan timbalan perdana menteri tidak diwujudkan sebaliknya beliau melantik empat orang menteri kana...
Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Dibawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

Senarai Menteri Kabinet Malaysia 2020 Dibawah Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1019 hits
Berbagai reaksi yang diberikan ramai atas pengumuman Menteri Kabinet yang telah disenaraikan dalam Kabinet Di bawah Pentadbiran Tan Sri MuhyiddinYassin hari ini Rata ratanya ramai yang terkejut dan mempertikaikan tentang pelantikan Rizal Me...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut