Tuud Ia Aihhh Nak Buka Kedai Emas Pulak Dah Simpan Emas Banyak Banyak Duit Rasuah


 
Barang kemas jutaan ringgit ‘tidak normal’ untuk individu, kata saksi

Willie Jude -May 18, 2022     Saksi ke 21, yang juga Pengurus Syarikat Poh Kong Holding Berhad, Siow Der Ming hadir di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, hari ini.KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah, di sini diberitahu nilai keseluruhan barang kemas termasuk jam tangan dan tiga pen berjenama yang dirampas berkaitan kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah berjumlah kira-kira RM5.13 juta.
Jumlah dan nilai berkenaan adalah membabitkan 346 barang kemas yang bernilai RM2.74 juta, 86 utas jam tangan yang bernilai RM2.39 juta serta tiga pen berjenama Mont Blanc yang bernilai RM5,500.
Saksi ke-21 perbicaraan kes itu, Siow Der Ming yang juga pengurus syarikat Poh Kong Holding Berhad berkata, adalah “tidak normal” bagi seseorang individu memiliki jumlah barang kemas yang banyak dan bernilai jutaan ringgit seperti itu.
Siow juga mengesahkan kepada mahkamah penilaian semua barang kemas itu dibuat pada Dis 2016 berdasarkan 25 tahun pengalamannya dalam perniagaan jual beli barang kemas.
“Agak tidak normal, mengikut pengalaman saya, tapi bukan mustahil untuk seseorang memiliki barangan sebanyak itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengenai pemilikan kesemua barang kemas berkenaan.
“Kalau bukan seorang ‘watch collector’, bilangan 50 utas (jam tangan mewah) untuk seseorang individu agak luar biasa,” katanya.
Siow yang pernah menjadi presiden Persatuan Perniagaan Emas Malaysia dari 2014 hingga 2018 turut mengesahkan daripada 86 utas jam tangan yang dirampas, 70% adalah bertaraf mewah namun semuanya adalah tulen.
Beliau turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa kesemua barang kemas yang dirampas kecuali aksesori juga adalah tulen.
Sementara itu, saksi ke-22 Khalid Abdul Marlik Hakim memberitahu mahkamah, akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliki tertuduh kedua yang juga isteri kepada bekas pengarah JANS, Fauziah Piut telah dibekukan atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Untuk makluman, status akaun Fauziah Piut kini telah dibekukan daripada membuat apa apa urusan atas arahan SPRM.
“Baki pelaburan di dalam akaun ASB 155852927 semasa akaun disita atau dibeku oleh pihak SPRM adalah sebanyak RM680,793.41,” katanya menerusi kenyataan saksi.
Khalid yang sebelum ini merupakan bekas eksekutif kanan Jabatan Organisasi dan Kaedah, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) turut mengesahkan dokumen asal cetakan komputer laporan urus niaga ASN atas nama Fauziah yang ditunjukkan kepada mahkamah.
Selain Fauziah, dua lagi tertuduh ialah suaminya yang juga bekas pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib sebagai tertuduh pertama dan bekas timbalannya, Lim Lam Beng sebagai tertuduh ketiga.
Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM61.57 juta.
Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Perbicaraan di hadapan hakim Abu Bakar Manat bersambung esok.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/tuud-ia-aihhhnak-buka-kedai-emas-pulak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Anak Saya Nak Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas Beli Emas Hasil Duit Raya

Tak Sangka Anak Saya Nak Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas Beli Emas Hasil Duit Raya

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 190 hits
Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh salah seorang netizen berkenaan sikap anak perempuan kesayang beliau yang menginginkan hasil duit raya si kecil itu ditukarkan di kedai emas Keinginan anak kecil tersebut membuatkan ibu kepada...
Tak Payah Simpan Duit Ini Cara Simpan 100gm Emas Untuk Dana Pendidikan Anak Superb

Tak Payah Simpan Duit Ini Cara Simpan 100gm Emas Untuk Dana Pendidikan Anak Superb

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 154 hits
Duit raya yang dikumpulkan anak ketika beraya ini apa kata mak ayah laburkan mengikut cara baru Bukan menyimpan dalam bank sebaliknya menyimpan dengan mengumpul emas Perkongsian seorang pengguna Tik Tok yang berkongsi cara menyimpan dana un...
Kecil Kecil Dah Pandai Dapat Duit Raya Anak Beli Emas Tak Nak Mainan

Kecil Kecil Dah Pandai Dapat Duit Raya Anak Beli Emas Tak Nak Mainan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 170 hits
Biasanya anak anak kecil tarikan utamanya adalah permainan Pergi mana mana sekalipun nampak ada mainan pasti rambang mata Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di TikTok baru baru ini seorang kanak kanak perempuan mengambil keputusan untuk...
Tu Dia Aihhh Umpan Dengan Masjid La Pulak Rakyat Hidup Tak Cukup Makan Nak Bina Masjid Lagi

Tu Dia Aihhh Umpan Dengan Masjid La Pulak Rakyat Hidup Tak Cukup Makan Nak Bina Masjid Lagi

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 131 hits
Laluan tanpa tol bina 30 masjid antara tawaran BN jika PAS Terengganu tumbang May 17 2022 9 BN Terengganu berjanji akan membina 30 masjid dalam tempoh lima tahun selain membina jalan empat lorong dari Kemaman ke Besut tanpa tol melalui jala...
Pria Merampok Sopir Taksi Online Karena Dikira Banyak Duit Ternyata Cuma Rp100 Ribu

Pria Merampok Sopir Taksi Online Karena Dikira Banyak Duit Ternyata Cuma Rp100 Ribu

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 115 hits
AA pemuda pengangguran 21 tahun di Samarinda akhirnya mendekam dalam penjara usai merampok sopir taksi online Masrukhi Motifnya AA terbelit utang cicilan motor dan biaya hidup
Iqbal Tunai Janji Nak Bagi Netizen Duit Raya Rm70 000 Di Klia2 Malam Ni

Iqbal Tunai Janji Nak Bagi Netizen Duit Raya Rm70 000 Di Klia2 Malam Ni

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 264 hits
nbsp Sebagaimana yang telah dijanjikan usahawan kontroversi Ahmad Iqbal akan mengagihkan duit raya kepada orang ramai bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sekitar pukul 8 45 malam ini Dijangka Iqbal akan tiba di KLIA 2 ...
Terima Kasih Abang Budak Lelaki 9 Tahun Hadiahkan Ibu Cincin Emas Guna Duit Raya Sendiri

Terima Kasih Abang Budak Lelaki 9 Tahun Hadiahkan Ibu Cincin Emas Guna Duit Raya Sendiri

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 321 hits
Sejak kebelakangan ini kita seringkali mendengar dan melihat para ibu sibuk memuat naik video duit raya yang diterima oleh anak anak mereka Tidak kurang juga ada yang berkongsi menggunakan duit tersebut bagi membeli barangan keperluan merek...
Ini Baru Bijaksana Bukan Nak Mudah Duit Tanam Ketum Kah Kah Kah

Ini Baru Bijaksana Bukan Nak Mudah Duit Tanam Ketum Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 108 hits
Shah Alam Projek Usahasama Tanaman Jagung Bijirin di Gemas Negeri Sembilan dan Kuala Langat Selatan dijangka mampu mengurangkan kebergantungan bekalan import itu sehingga dua hingga tiga peratus Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berka...
Ingatkan Ajak Teman Beli Cincin Suka Suka Rupa Rupanya Bakal Mentua Terus Merisik Di Kedai Emas

Ingatkan Ajak Teman Beli Cincin Suka Suka Rupa Rupanya Bakal Mentua Terus Merisik Di Kedai Emas

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 109 hits
Mendirikan rumah tangga semestinya perkara yang ingin dilakukan untuk setiap insan bercinta Selalunya pihak lelaki akan datang ke rumah pihak wanita untuk merisik dan berkenalan antara keluarga var currentUrlTwo window location hostname win...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis