Tutup Rumah Bonda Secara Tidak Adil Siti Bainun Saman Jkm Wpkl


Tutup Rumah Bonda secara tidak adil, Siti Bainun saman JKM WPKL




Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Bonda, memfailkan saman terhadap Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL), bagi memohon perintah supaya rumah perlindungan itu dibuka semula.

Saman pemula itu difailkan Rumah Bonda melalui pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali selaku plaintif, melalui Tetuan Asiah Abd Jalil Law Chambers di Mahkamah Majistret di sini pada 7 Jun lalu, dengan menamakan Pengarah JKM WPKL sebagai defendan.


Dalam saman itu, plaintif memohon perintah supaya defendan menanggalkan 'Lak' yang telah dibuat pada 12 Julai 2021 ke atas premis itu di Taman Setapak, dan memohon perintah agar plaintif boleh menggunakan premis berkenaan bagi maksud lain selain daripada pusat jagaan, selain memohon kos dan relif lain yang sesuai oleh mahkamah.


Berdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama saman itu, Siti Bainun berkata, beliau telah menerima Notis Lak daripada JKM WPKL, yang memaklumkan bahawa Rumah Bonda di Taman Setapak akan ditutup mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993.


Dakwa Siti Bainun, tindakan lak yang dibuat pada 12 Julai 2021 atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah tidak adil, tidak mengikut prinsip pentadbiran dan undang-undang administratif yang wajar, memandangkan JKM WPKL telah mengetahui bahawa rumah perlindungan tersebut sedang dalam proses permohonan pendaftaran.


"Pada 20 April 2022, Rumah Bonda telah menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993 dan Rumah Bonda telah membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April 2022," katanya menerusi afidavit sokongan.


Menurut Siti Bainun, beliau kecewa apabila dimaklumkan oleh Pegawai Penguatkuasa JKM WPKL bahawa, Rumah Bonda hanya boleh dibuka melalui satu perintah mahkamah walaupun kompaun telah dijelaskan sepenuhnya.


"Saya sebagai pengerusi Rumah Bonda dan mewakili seluruh ahli jawatankuasa beraku janji bahawa, sekiranya mahkamah memberikan perintah menanggalkan lak tersebut, saya dan Rumah Bonda tidak akan menggunakan premis tersebut sebagai pusat jagaan, sehinggalah premis tersebut didaftarkan di bawah Seksyen 10 Akta Pusat Jagaan 1993," katanya.


Dakwa Siti Bainun selepas tindakan lak dilaksanakan, beliau, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses untuk memasuki Rumah Bonda, sekali gus menyukarkan usaha-usaha permohonan pendaftaran rumah perlindungan itu dan tidak boleh menjalankan kerja-kerja amal yang lain, seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.


"Rumah Bonda sehingga kini terpaksa membayar sewa bulanan bagi premis itu berjumlah RM2,800 sebulan, meskipun tidak dapat menggunakan premis berikutan tindakan Lak oleh JKM WP KL dan sejak 12 Julai 2021, Rumah Bonda telah menanggung kos sewa hampir setahun tanpa peluang memanfaatkan premis berkenaan," katanya.


Berdasarkan semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda pada 22 Jun ini.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/06/tutup-rumah-bonda-secara-tidak-adil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Terbongkar Jua Siti Bainun Saman Jkm Kl Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda

Hiburan Terbongkar Jua Siti Bainun Saman Jkm Kl Individu Ini Dakwa Rina Harun Subahat Lindungi Rumah Bonda

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 130 hits
Baru baru ini pengasas Rumah Bonda Siti Bainun telah bertindak menyaman Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur dan memohon untuk premis itu dibuka semula Dan sebelum ini Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menerusi men...
Siti Bainun Tak Pernah Dilihat Urus Penghuni Rumah Bonda Kata Saksi

Siti Bainun Tak Pernah Dilihat Urus Penghuni Rumah Bonda Kata Saksi

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 127 hits
Siti Bainun Ahd Razali tidak pernah menguruskan penghuni Rumah Bonda sebaliknya diserahkan kepada tiga penjaga yang turut menghuni rumah berkenaan Pendedahan itu dibuat saksi pendakwaan kelapan Suhana Zam 40 ketika disoal Timbalan Penda
Siti Bainun Forced Bella To Eat Chilli Laden Fried Rice Witness

Siti Bainun Forced Bella To Eat Chilli Laden Fried Rice Witness

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 240 hits
A witness told the Kuala Lumpur Sessions Court that she saw Rumah Bonda founder Siti Bainun Ahd Razali holding Bella s chin and forcing the girl with Down syndrome to eat fried rice mixed with a lot of chillies Suhana Zam a legal research o...
No Conspiracy Borne Out Of Jealousy Against Siti Bainun Witness

No Conspiracy Borne Out Of Jealousy Against Siti Bainun Witness

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 151 hits
A legal research officer today denied the existence of a conspiracy to bring down Siti Bainun Ahd Razali out of jealousy of the better life enjoyed by the Rumah Bonda founder Suhana Zam 40 who is also the eighth prosecution witness in the S...
Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Sejumlah Cili Yang Banyak Oleh Siti Bainun Saksi Kelapan

Bella Dipaksa Makan Nasi Goreng Sejumlah Cili Yang Banyak Oleh Siti Bainun Saksi Kelapan

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 133 hits
Saksi pendakwaan kelapan kes remaja Sindrom Down Bella iaitu Suhana Zam 40 mendakwa mangsa penderaan itu disuap secara paksa sepinggan nasi goreng bersama jumlah cili yang banyak oleh Siti Bainun Ahd Razali nbsp Suhana berkata demikian keti...
Rumah Bonda Sues For Use Of Its Shelter

Rumah Bonda Sues For Use Of Its Shelter

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 213 hits
Rumah Bonda chairman Siti Bainun Ahd Razali said the home had to pay monthly rent of RM2 800 even though it was closed by the welfare department KUALA LUMPUR The welfare organisation known as Rumah Bonda has filed a suit seeking a court ord...
Gambar Gambar Rumah Terbuka Pd

Gambar Gambar Rumah Terbuka Pd

papar berkaitan - pada 29/5/2022 - jumlah : 120 hits
RUMAH TERBUKA PD Alhamdulillah lebih 10 000 pengunjung sudi hadir memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Port Dickson semalam Penghargaan saya buat semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini setelah dua tahun dihimp...
Tinggal Rumah Setinggan Setiap Hari Makan Telur G0reng Luahan Salih Yaacob Dibayar Gaji Rm5 Sehari

Tinggal Rumah Setinggan Setiap Hari Makan Telur G0reng Luahan Salih Yaacob Dibayar Gaji Rm5 Sehari

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 176 hits
Cikgu tahu saya seorang banyak cakap Itu kata kata pelakon Salih Yaacob legenda hiburan tanah air yang cukup disegani Beliau lama menceburkan diri dalam dunia seni sejak tahun 80 an lagi Umum mengenali Salih yang terkenal sebagai penghibur ...
Kanak Kanak Tiga Tahun Terjatuh Dari Rumah Rakit Dekat Bukit Rangin Di Temui Mati Lemas

Kanak Kanak Tiga Tahun Terjatuh Dari Rumah Rakit Dekat Bukit Rangin Di Temui Mati Lemas

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 182 hits
KUANTAN Mayat seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun yang hilang selepas terjatuh dari rumah rakit di Bukit Rangin di sini dua hari lepas ditemui mati lemas hari ini Mangsa ditemui pukul 11 35 pagi tadi kata Timbalan Pengarah Jaba...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee

Takwim Persekolahan Sesi 2025 2026

Buat Sendiri Roti Arab Lembut Gebu Sekali Hadap Boleh Habis 3 Keping

Sihir Ep1