Turutan Nafkah Suami


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TURUTAN NAFKAH SUAMI | Nafkah, apa itu nafkah? Kita tahu sebut, tapi makna dan maksud nafkah tu sendiri kita tak tahu kan...

Maksud Nafkah ‘Nafkah’ asalnya adalah perkataan arab memberi maksud sesuatu yang dibelanjakan daripada mata wang atau seumpamanya bagi melengkapkan kehidupan seharian. 
Menurut Ibn Qudamah, nafkah ialah sesuatu yang dibelanjakan untuk melengkapkan apa sahaja yang menjadi keperluan asas kehidupan isteri untuk hidup seperti makanan, minuman, pakaian dan juga tempat tinggal. 
Sayyid Sabiq pula menambah bahawa pemberian suami untuk memenuhi keperluan isterinya seperti makanan, minuman dan juga ubat-ubatan walaupun isterinya seorang yang kaya, mempunyai duit sendiri dan mampu menanggung dirinya sendiri.


Turutan Nafkah yang Wajib Bagi Suami 1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah suami adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). 
Ulasan Imam Nawawi mengenai hadis ini:Di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Wajib Nafkahi Isteri Walaupun Isteri Kaya dan Berharta Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Hukum Nafkah Kepada Ibu Bapa atau Adik Beradik Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan

Kredit: Facebook Rumahtangga Bahagia Selamanya

Jadi jelas berdasarkan hadis di atas tu.. siapa yang wajib dahulu... Semoga jelas... sebab kadang ada lagi ibu bapa masih meminta duit dari anak lelakinya, sedangkan ibu bapanya bukan orang susah.. bahkan mampu bekerja... 
Isteri pula ..tak perlu nak minta lebih di luar kemampuan suami hingga suami kena behutang untuk penuhi kehendak isteri.. fahami maksud nafkah.. jika suami mampu bagi makan beras cap Jasmine, jangan pula isteri meminta beras Faiza Bashmathi... Asalkan beras ikut kemampuan suami... bukan ikut kehendak isteri.. walaupun jika semasa belum berkahwin dia mampu makan beras mahal.

Sekian, moga bermanfaat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/10/turutan-nafkah-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Suami Salah Faham Nafkah Isteri Amp Duit Belanja Rumah Adalah Perkara Yang Berbeza

Ramai Suami Salah Faham Nafkah Isteri Amp Duit Belanja Rumah Adalah Perkara Yang Berbeza

papar berkaitan - pada 17/9/2023 - jumlah : 149 hits
Nafkah isteri vs duit belanja rumah Dua perkara yang berbeza ya Suami amp isteri kena faham Suami wajib tahu tanggung jawab isteri wajib tahu hak Duit nafkah yang tu untuk kegunaan isteri Beli barang untuk diri dia saja Ikutlah nak beli apa...
Wanita Ini Tega Ceraikan Suami Dan Tidur Bareng Selingkuhan Ternyata Polisi Gadungan

Wanita Ini Tega Ceraikan Suami Dan Tidur Bareng Selingkuhan Ternyata Polisi Gadungan

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 191 hits
Korban K telah mentransfer uang sebesar Rp 3 000 000 yang awalnya diyakinkan pelaku untuk mengurus surat cerai
Hiburan Tetap Muda Throwback Gambar 28 Tahun Lalu Bersama Suami Wajah Sofia Jane Langsung Tak Berubah

Hiburan Tetap Muda Throwback Gambar 28 Tahun Lalu Bersama Suami Wajah Sofia Jane Langsung Tak Berubah

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 200 hits
Difahamkan perkahwinan pelakon veteran jelita iaitu Sofia Jane bersama suami tercinta Datuk Meor Zain Azman sudah memasuki usia 28 tahun Perkongsiaan tersebut dilakukan melalui platform Twitter sebagai tanda terima kasih buat suami yang sen...
Dikenal Riang Istri Digorok Suami Di Bekasi Kerap Alami Kdrt Dan Sempat Ingin Cerai

Dikenal Riang Istri Digorok Suami Di Bekasi Kerap Alami Kdrt Dan Sempat Ingin Cerai

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 103 hits
Korban menikah dengan pelaku kira kira tiga tahun yang lalu Selama berumah tangga korban sering mendapat perlakuan kasar hingga kekerasan fisik dari pelaku
Terungkap Ini Penyebab Suami Tega Gorok Leher Istri Hingga Tewas Di Bekasi

Terungkap Ini Penyebab Suami Tega Gorok Leher Istri Hingga Tewas Di Bekasi

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 124 hits
Saat peristiwa pembunuhan itu terjadi kedua anak korban yang masih balita berada di dalam rumah kontrakan
Surah Ar Rum Ayat 21 Allah Jadikan Suami Isteri Saling Melengkapi

Surah Ar Rum Ayat 21 Allah Jadikan Suami Isteri Saling Melengkapi

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 181 hits
Surat Ar Rum Ayat 21Fitrah saling melengkapi Allah SWT menjadikan lelaki dan wanita saling memerlukan dan lengkap melengkapi antara satu sama lain Ibarat antara siang dan malam Dan di antara tanda tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rah...
Video Peringatan Keras Panglima Tni Sikap Istri Bisa Berujung Mutasi Suami

Video Peringatan Keras Panglima Tni Sikap Istri Bisa Berujung Mutasi Suami

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 157 hits
Panglima TNI Laksamana Yudo Margono mengatakan prajurit TNI harus bersikap netral
Suami Ek Terdesak Betul Eh

Suami Ek Terdesak Betul Eh

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 185 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank You AIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber youtube
Mendobi Tugas Kami Suami Isteri

Mendobi Tugas Kami Suami Isteri

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum Korang suka dobi layan diri ni x Korang rasa dobi layan diri ni membantu x urusan rumahtangga korang Since day 1 SA kahwin last week dobi ni la tempat SA bertapa semua baju baju SA Dania dan ahli keluarga yang lain semua SA ...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Strategic Alliances For Business



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Sindiket Scammer Didalangi Warga Asing Tumpas

Mak Terpaksa Buat Banyak Kerja Untuk Dapat Rm700 Tiap Minggu Rupanya Ini Abang Buat Pada Mak

Pengalaman Anak Anak Sertai Poomsae Di 7th Hypermax Junior Taekwondo Invitational Championship 2023

Lumira Kawasan Rumah Moden Dan Ideal Di Eka Heights

Rethink Reuse Refill Challenging The Disposable Smoking Accessory Market

Batang Besi Sepanjang 0 75 Meter Yang Jatuh Dari Lori Tertusuk Lengan Dan Rusuk Kiri Seorang Pemandu Kereta