Tun M Keluar Parti Untuk Mudahkan Mukhriz Bawa Pejuang Bekerjasama Dengan Anwar


 
PENYELESAIANNYA MUDAH: WALAU PUN MAHATHIR  DAH TUTUP DAN KELUAR PEJUANG YANG MERUPAKAN PARTI YANG DIASASKAN NYA , DAN PEJUANG TAK PERNAH MENANG WALAU SATU PUN KERUSI, BERMAKNA RAKYAT TOLAK MAHATHIR, DAN KESELURUHAN AHLI PARTI ITU.
MEREKA  INI SEBENARNYA  ADALAH PENGKHIANAT KEPADA UMNO BERSATU DAN PEJUANG. BERMAKNA TAK BOLEH LANGSUNG PAKAI MANUSIA SEBEGINI. TAK USAH LAH PEDULI MEREKA INI KERANA MEREKA UMPAMA BANGKAI BERNYAWA.....TIDAK ADA TIDAK MENGURANG ADA PULA TIDAK BERMANFAAT APA APA PUN. JIKA PARTI YANG MEREKA TUBUHKAN SENDIRI PUN MEREKA KHIANAT DAN BUBAR....MAKA ADAKAH ANDA PERCAYA MEREKA INI ???


Dalam satu perkembangan yang agak mengejutkan semalam, Tun Mahathir Mohamad bersama 12 pengikutnya mengumumkan keluar daripada Pejuang, parti yang diasaskannya sendiri yang kini diterajui anaknya, Mukhriz Mahathir.
Antara yang turut keluar parti ialah Timbalan Presiden, Marzuki Yahya dan beberapa ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Sebelum ini, Tun Mahathir sudah pun mengumumkan pengundurannya sebagai Pengerusi Pejuang.
Alasan keputusan itu kerana tidak setuju dengan keputusan Pejuang keluar daripada Gerakan Tanah Air.
Daripada satu sudut, tindakan Tun Mahathir ini dengan sendirinya memperlihatkan sikapnya yang sering bermasalah dengan ramai orang sejak dulu lagi.
Daripada PM1 Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj hinggalah kepada PMX, Anwar Ibrahim, semuanya Tun Mahathir bermasalah dengan mereka.
Kini, sehingga dengan parti yang dipimpin oleh anak kesayangannya sendiri pun beliau nampaknya ada masalah juga kesudahannya.
Akhirnya, dengan siapa sebenarnya yang Tun Mahathir benar-benar secocok dan tidak bermasalah?
Daripada maklumat yang diterima, keputusan Tun Mahathir itu adalah disebabkan tidak setuju dengan keinginan anaknya, Mukhriz untuk membawa Pejuang berbaik dan bekerjasama dengan PH.
Sementara PH dan Anwar memang merupakan musuh kepada Tun Mahathir, tetapi selepas PRU15, Mukhriz melihat Anwar dan PH adalah pihak yang paling berpotensi untuk beliau berteduh bagi meneruskan laluan politiknya.
Ia tentunya kerana PH kini adalah kerajaan di perringkat pusat dan Anwar merupakan Perdana Menteri, walaupun pada awal 2022 lalu, Mukhriz pernah menyifatkan masa untuk Anwar sudah berlalu dan tidak sesuai lagi dipertaruhkan sebagai calon Perdana Menteri.
Ketika itu, beliau juga berkata, sudah sampai masanya bagi PH mencari calon Perdana Menteri yang baru.
Namun, dengan Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri dan agar masa depannya tidak terkubur berikutan kalah teruk pada PRU15 baru-baru ini, Mukhriz kini sanggup menelan kembali kata-katanya itu dan ingin membawa Pejuang bekerjasama dengan PH.
Sandaran utama Mukhriz untuk membawa Pejuang bekerjasama dan bernaung di bawah PH ialah kedudukan parti itu yang mempunyai dua Adun di Kedah ketika ini – dirinya sendiri sebagai Adun Jitra dan Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah sebagai Adun Anak Bukit.
Dengan kedudukan itu, melalui kerjasama dan bantuan PH, Pejuang berharap mereka dapat terus bertanding dan lebih berpeluang mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut dalam PRN Kedah tidak lama lagi.
Bertanding bersendirian, sebagaimana dalam PRU15 lalu, Pejuang sedar harapan yang ada hanyalah mencatat rekod hilang deposit sekali lagi.
Disebabkan itulah, Mukhriz lebih ghairah mahu membawa Pejuang bekerjasama dengan PH, walaupun beliau sedar, bapanya tidak sebulu dengan Anwar.
Soalnya, apakah Anwar dan PH sedia bekerjasama dengan Pejuang?
Dalam ini, keputusan Tun Mahathir keluar daripada Pejuang tidak mustahil adalah sebagai pengorbanan untuk memisahkan dirinya daripada parti tersebut supaya Anwar dan PH tiada masalah lagi untuk bekerjasama dengan anaknya itu.
Berbanding jika Tun Mahathir masih ada bersama Pejuang, tentulah sukar untuk Anwar dan PH bekerjasama dengannya.
Sekurang-kurangnya jika Pejuang dapat bekerjasama dengan PH, lebih-lebih lagi jika Mukhriz mampu kekal lagi sebagai Adun Jitra dalam PRN Kedah, hayat politiknya bekas MB Kedah itu tidaklah terkubur begitu saja.
PRU16 akan datang pun beliau boleh bertanding sekali lagi bersama dan bekerjasama dengan PH.
Hakikatnya, nampak macam bapa berbalah dengan anak sendiri, sebenarnya inilah tanda ayah yang ada rasa kasih sejati. – ShahbudinHusin 11/02/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/tun-m-keluar-parti-untuk-mudahkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Keluar Dari Parti Pejuang Yang Ditubuhkannya

Dr M Keluar Dari Parti Pejuang Yang Ditubuhkannya

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 171 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad meninggalkan Pejuang yang diterajui anaknya Mukhriz kerana tidak bersetuju parti itu keluar Gerakan Tanah Air Bekas ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang Abu Bakar Yahya mengesahkan 13 pemimpin t...
Pejuang Split From Dr Mahathir To Bolster Mukhriz S Fight To Reclaim Political Relevance Claim Gta Sources

Pejuang Split From Dr Mahathir To Bolster Mukhriz S Fight To Reclaim Political Relevance Claim Gta Sources

papar berkaitan - pada 18/2/2023 - jumlah : 318 hits
Parti Pejuang Tanah Air s recent decision to leave the Gerakan Tanah Air coalition is meant to pave the way for party president Datuk Seri Mukhriz Mahathir and his faction to make a comeback in time for state elections that are expected thi...
Dr Mahathir Dan 12 Yang Lain Keluar Pejuang

Dr Mahathir Dan 12 Yang Lain Keluar Pejuang

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 217 hits
Dr Mahathir dan 12 yang lain keluar Pejuang Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Feb 2023 11 34PM
Ajaibnya Selepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bayi 2 Bulan Di Bawa Keluar Dalam Keadaan Masih Hidup

Ajaibnya Selepas 3 Hari Bawah Runtuhan Bayi 2 Bulan Di Bawa Keluar Dalam Keadaan Masih Hidup

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 299 hits
Gempa bumi di Turki telah menghancurkan banyak bangunan dan memakan banyak nyawa Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria ini mungkin telah mengorbankan sehingga 20 000 nyawa Pakar menjelaskan gempa bumi...
Cukuplah On The Advisors The New Anwar Administration Is Floundering

Cukuplah On The Advisors The New Anwar Administration Is Floundering

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 238 hits
The Anwar administration needs PEMANDU Murray Hunter Distributing tampons as a poverty eradication measure and using an app dashboard to solve vegetable shortages are both measures that are not going to solve critical problems facing the na...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Investasi Pertama Gen Z Mulai Kecil Hasil Besar

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025