Tun M Jika Anwar Dibenar Jadi Pm Habislah Para Koruptor Cukong2 Dan Keluarga Kamu


 
Tun M, jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong2 dan keluarga kamu!
Oleh: Zunar.
Tun Mahathir,
Pada tahun 1998, kamu mengheret ketua-ketua polis, para hakim dan Peguam Negara untuk merekayasa sebuah fitnah seksual yang jijik bertujuan menyumbatkan Anwar dalam penjara. Ia adalah satu kospirasi peringkat tinggi bagi menghalang Anwar menjadi PM.
Ia adalah manifestasi ketakutan kamu terhadap sikap Anwar memerangi rasuah, manakala dikeliling kamu ialah para koruptor dan penjarah wang rakyat tingkat tinggi.  


Keengganan Anwar sebagai menteri kewangan untuk meluluskan wang negara bagi menyelamatkan syarikat perkapalan anak kamu, Mokhzani yang mengalami kerugian berbilion ringgit menyebabkan kemurkaan kamu. Kamu marah benar bila Anwar meminta sebuah firma audit bebas, PWC untuk menyiasat Perwaja yang kerugian sekitar RM12 billion. Kenapa? Kerana ia diketuai oleh kroni kamu. Ia adalah sebuah contoh dari senarai panjang.


Jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong-cukong dan keluarga kamu.


Selepas Anwar kamu pecat, kamu kata Anwar jadi tali barut Amerika. Kerana itu, kamu mengikat Ringgit Malaysia dengan Dollar Amerika kononya untuk menyelamatkan ekonomi negara. Pada hal yang kamu buat sebenarnya ialah menyelamatkan anak-anak dan kroni kamu yang menjalankan perniagaan menggunakan Dollar Amerika. Biar negara rugi puluhan billion, yang penting kroni kamu selamat.


Pada Oktober 2003, perdana menteri bertukar tangan kepada Pak Lah. Tahun berikutnya, pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dari segala tuduhan.
Dari Singapura kamu melatah dan menyindir keras dengan berkata: "Sesiapa nak buat salah, datang ke Malaysia!" Marah benar kamu, sedangkan kamu yang merekayasa fitnah tersebut. Kenapa? Kerana usaha kamu ketika itu gagal?
Mari jawab soalan-soalan ini.
Betul atau tidak beberapa hari sebelum keputusan pembebasan tersebut dibaca, kamu berusaha untuk mempengaruhi hakim-hakim supaya menukar keputusan bagi terus memenjarakan Anwar? Betul atau tidak kamu bersama tokoh-tokoh utama dari Pahang dan mantan tokoh-tokoh utama dalam bidang perudangan terus berusaha menyediakan kertas pertuduhan versi kamu untuk dibaca oleh para hakim? Benar atau tidak usaha ini berterusan sehingga beberapa jam sebelum hakim membaca keputusan sekitar jam 10 pagi?


Kemudian, menjelang PRU 14, kamu datang berjumpa Anwar di mahkamah dan menyatakan untuk berkerjasama bagi menjatuhkan Umno/BN. Anwar punya pilihan untuk menolak, tetapi bersikap berlapang dada dan sanggup mengenepikan sengketa dan menerima huluran tangan kamu. Rata-rata rakyat Malaysia menyangka kamu telah berubah dan insaf serta sanggup melupakan kezaliman kamu dan kembali menyokong kamu. Tetapi rakyat mulai sedar mereka tertipu sebaik saja kamu diberi kuasa semula.


Apabila memegang jawatan Perdana Menteri di era PH, paranoid yang menjadi mimpi ngeri kamu 23 tahun lalu datang kembali. Jika Anwar dibenar jadi PM, habislah para koruptor, cukong-cukong dan keluarga kamu. Sekali lagi kamu harus menghalang Anwar.  


Soalan: Betul atau tidak selepas sebulan menjawat semula jawatan perdana menteri di era PH, kamu cuba menghalang proses pengampunan Anwar?


Betul atau tidak, kamu sengaja melantik mana-mana pemimpin atau Ahli Parlimen PKR yang tidak bersetuju dengan Anwar ke jawatan penting? Ini bagi melemahkan mantan timbalan perdana menteri itu dan seterusnya menghalang dari menjadi PM?


Betul atau tidak kamu adalah dalang sebenar Langkah Sheraton yang menjatuhkan PH?


Betul atau tidak tujuan kamu meletak jawatan ialah supaya kamu dilantik semula sebagai seorang PM yang mempunyai kuasa penuh? Seorang PM yang tidak lagi terikat dengan janji PH supaya menyerahkan jawatan PM kepada Anwar?


Wahai Tun Mahathir,
Soalan-soalan yang dikemukan di atas kekal sebagai pertanyaan - kamu punya hak untuk menjawab atau menafikan.


Tetapi fakta tetap kekal sebagai fakta - bahawa kamu sebenarnya ialah pemusnah bangsa. Sebuah negara, seluruh institusi sanggup kamu hancurkan demi melampiaskan dendam kesumat di hati kamu. Inspirasi rakyat sanggup kamu khianati demi menyelematkan kroni dan keluarga kamu.
4 Jan 2022






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/tun-m-jika-anwar-dibenar-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Jika Tidak Kerana Fitnah Mungkin Dia Boleh Diselamatkan Keluarga Pemandu Lori Terkilan

Hiburan Jika Tidak Kerana Fitnah Mungkin Dia Boleh Diselamatkan Keluarga Pemandu Lori Terkilan

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 248 hits
Baru baru ini tular sebuah video berdurasi 48 saat di aplikasi memaparkan seorang wanita menuduh seorang pemandu lori mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di kawasan berhampiran Kilang Daikin Bagaimanapun pemandu lori tersebut ya...
Bayaran Bwi Sangat Cepat Mudahkan Ibu Tunggal Urus Keluarga

Bayaran Bwi Sangat Cepat Mudahkan Ibu Tunggal Urus Keluarga

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 163 hits
Oleh IBU tunggal di sekitar Kuala Krai bersyukur Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1 000 kepada ketua isi rumah terjejas akibat banjir diberi dengan cepat dan proaktif sekali gus dapat membantu golongan itu menguruskan keluarga Rahana Deraman 6...
Kes Saman 1mdb Jho Low Dan Ahli Keluarga Masukkan Kehadiran

Kes Saman 1mdb Jho Low Dan Ahli Keluarga Masukkan Kehadiran

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 159 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Najib Razak didedahkan mempunyai hubungan istimewa dengan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bapa beliau Tan Sri Larry Low Hock Peng dan ibunya Puan Sri Goh Ga...
7 Potret Keluarga Chelsea Olivia Dan Glenn Alisnkie Kompak Kenakan Pakaian Adat Bali

7 Potret Keluarga Chelsea Olivia Dan Glenn Alisnkie Kompak Kenakan Pakaian Adat Bali

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 237 hits
Keluarga pasangan Chelsea Olivia dan Glenn Alinskie sedang menghabiskan liburan di Bali Chelsea Olivia dan Glenn Alinskie turut mengajak serta kedua sang buah hati yakni Nastusha Olivia Alinskie dan Dante Oliver Alinskie Chelsea dan Glenn m...
Bersedekah Kepada Ahli Keluarga

Bersedekah Kepada Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 233 hits
Bersedekah Kepada Ahli Keluarga Salam hari Jumat penuh keberkatan kepada semua Harini mama nak buat perkongsian hadith tentang bersedekah kepada ahli keluarga Sama sama kita baca dan renungkan ye Baca ni jugaAyuh Bina Syurga DuniaHimpunan D...
The Failed Keluarga Malaysia

The Failed Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 259 hits
From Adnan DMalaysians generally speaking are peace loving and non confrontational Some incidents if they occur in countries with administrations comparable to the Malaysian government in the last 30 years or so would result in a revolution...
Mewah Potret Andre Taulany Dan Keluarga Liburan Ke Yogyakarta Naik Kereta Sultan

Mewah Potret Andre Taulany Dan Keluarga Liburan Ke Yogyakarta Naik Kereta Sultan

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 190 hits
Andre Taulany menikmati momen liburan bersama keluarga Andre Taulany memilih Yogyakarta sebagai destinasi liburan kali ini Uniknya dalam perjalanan liburan ini Andre memilih naik kereta api Tak hanya bersama keluarga Andre turut serta menga...
Those Eligible For Bantuan Keluarga M Sia Can Register Until Jan 31 Zafrul

Those Eligible For Bantuan Keluarga M Sia Can Register Until Jan 31 Zafrul

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 210 hits
Individuals who are eligible for the Bantuan Keluarga Malaysia initiative can register or update their information from today until Jan 31 said Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz He said this was to ensure that those eligible and not...
Cara Set Semula Kata Laluan Bkm Bagi Yang Terlupa Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Set Semula Kata Laluan Bkm Bagi Yang Terlupa Reset Password Bantuan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 575 hits
Tempoh permohonan baru atau kemaskini bagi Bantuan Keluarga Malaysia 2022 telah pun dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022 Bagi pemohon BPR sebelum ini jika anda terlupa kata laluan penukaran kata laluan baru boleh dilakukan di p...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks