Tun M Berat Sebelah Meletak Jawatan Kerana Skandal Adalah Budaya Murni Yang Universal



Walaupun siasatan polis berkaitan video seks sejenis masih berjalan, Tun Mahathir Mohamad dilihat terus menunjukkan sikap berat sebelah dan sokongan terbukanya terhadap Azmin Ali.Terbaru, di ketika Azmin disindir oleh A Kadir Jasin, Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri sendiri dengan memberi contoh beberapa menteri di luar negara yang meletakkan jawatan kerana skandal seks, Tun Mahathir mengatakan ia bukanlah cara Malaysia.“Tiada keperluan (untuk dia berundur) semata-mata kerana orang di negara lain melakukannya.“Saya tahu ada satu negara jika kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan akan meletakkan jawatan atau melompat keluar dari bangunan.“Tetapi, ia bukan cara kita,” kata Tun Mahathir lagi.Pada peringkat awal ketika video seks sejenis yang didakwa melibatkan Azmin itu mula tersebar, Tun Mahathir dengan lantang mengatakan ia bukan video tulen.Katanya, hanya berbekallan gambar atau video, banyak orang mampu memalsukannya jika mereka ada kepandaian.Kemudian, berikutan semakin banyak perunjuk memaparkan salah seorang lelaki dalam video itu adalah Azmin dan siasatan polis juga masih berjalan, Tun Mahathir menolak desakan agar menteri kabinetnya itu mengambil cuti sementara.Tegas beliau, tiada keperluan untuk mengambil cuti kerana tidak ada apa-apa yang mengganggu siasatan polis terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.Dalam lawatan rasmi Tun Mahathir Bangkok selepas itu, Azmin turut merupakan salah seorang anggota rombongan dan dalam beberapa keping gambar yang tersebar, kedua-dua mereka jelas menunjukkan keakrabannya.Kini, di disebalik Azmin dicabar oleh Haziq agar menyaman dan membuat sendiri laporan polis terhadapnya, Tun Mahathir sekali lagi menunjukkan sikap bias dan berat sebelahnya apabila mengatakan meletakkan jawatan bukanlah cara Malaysia.Barangkali beliau lupa agaknya apakah sebabnya beliau memecat Anwar Ibrahim pada 1998 dahulu?Ketika itu, sebelum Anwar didakwa atas pertuduhan liwat, media arus perdana telah digunakan dengan seluas-luasnya dengan pelbagai pendedahan untuk memberi gambaran buruk mengenai perlakuan seks Anwar dengan banyak wanita dan lelaki.Begitu pun, walaupun Anwar kemudian didakwa atas pertuduhan liwat, beliau akhirnya didapati tidak bersalah dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.Tidakkah ketika itu beliau memecat Anwar kerana skandal seks?Budaya mana yang dipakainya ketika itu?Sebelumnya pula, berikutan dakwaan skandal seks dengan gadis bawah umur, bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik juga pernah diminta meletak jawatannya.Sekali lagi, kalau bukan cara Malaysia, budaya mana yang digunakan Tun Mahathir ketika itu?Realitinya, meletakkan jawatan atau diminta meletakkan jawatan kerana terpalit skandal, lebih-lebih lagi seks, adalah budaya universal manusia yang bertamadun di seluruh dunia.Ia menunjukkan, negara yang mengamalkannya begitu mementingkan akhlak dan keperibadian dalam barisan kepimpinannya.Menolaknya bermakna Malaysia Baru di bawah Tun Mahathir ini sedang mengundur ke belakang kerana seolah-olah merelakan sesuatu perbuatan tidak berakhlak berjalan sebagai perkara biasa dalam kerajaan.Bagaimanakah rakyat menghormati kerajaan?Sebenarnya, bukan saja mempertahankan Azmin yang sedang disiasat merupakan sesuatu yang tidak wajar, malah membawanya mengikuti rombongan lawatan Tun Mahathir ke Bangkok turut merupakan kesalahan moral.Apakah Tun Mahathir tidak malu mempamerkan Azmin yang sedang disiasat itu kepada mata dunia?Lebih buruk lagi sebenarnya, sikap yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir itu, sudah tentu secara tidak langsung akan menyukarkan lagi pihak polis menjalankan siasatan dengan adil dan telus berkaitan video tersebut.Dalam hal ini, walaupun Haziq dan Azmin sudah diambil keterangannya, kita tidak tahu bilakah pihak polis akan mengumumkan hasil siasatan mereka.Cabaran kini terletak di tangan IGP, Abdul Hamid Bador untuk membuktikan pihak polis tidak tunduk kepada kecenderungan politik yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir, sebaliknya kekal menjalankan tugas berdasarkan fakta dan kebenaran. (Shahbudindotcom 24/06/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/tun-m-berat-sebelah-meletak-jawatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Akan Pegang Jawatan Pm Lebih Tiga Tahun Tun Dr Mahathir

Tidak Akan Pegang Jawatan Pm Lebih Tiga Tahun Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 402 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendiriannya akan menyerahkan jawatannya kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh tiga tahun Tegasnya beliau telah berjanji akan berundur dan Anwar akan menggantikan be...
Letak Jawatan Kerana Skandal Seks Bukan Cara Malaysia Pm

Letak Jawatan Kerana Skandal Seks Bukan Cara Malaysia Pm

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 429 hits
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali yang didakwa terlibat dalam skandal video seks terus mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Mahathir berkata tidak ada keperluan untuk Azmin meletakkan jawatan kerana skandal video...
Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

Isu Peralihan Jawatan Pm Anwar Tegaskan Tiada Masalah Antara Dia Dan Tun M

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 295 hits
PUTRAJAYA Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada masalah antara dirinya dan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan peralihan jawatan Perdana Menteri Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata soal tarikh dan sebagainya adalah ...
Tun M Takkan Biar Negara Kacau Bilau Apabila Lepas Jawatan Pm

Tun M Takkan Biar Negara Kacau Bilau Apabila Lepas Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 290 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini bertekad tidak akan membiarkan negara dalam keadaan berantakan apabila beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri apabila tiba masanya nanti Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata memang menjadi hasratn...
Tun M Mahu Selesaikan Isu Hutang Negara Sebelum Lepaskan Jawatan

Tun M Mahu Selesaikan Isu Hutang Negara Sebelum Lepaskan Jawatan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 382 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menumpukan usaha mengurangkan hutang negara sebelum beliau mengakhiri tempoh memegang jawatan itu buat kali kedua Ketika ditanya mengenai satu perkara yang beliau mahu selesaik...
Tun Mahathir Serah Jawatan Dalam Tiga Tahun Hanya Andaian

Tun Mahathir Serah Jawatan Dalam Tiga Tahun Hanya Andaian

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 314 hits
Itu hanya andaian Demikian reaksi ringkas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Tun Mahathir Mohamad mengenai berhubung peralihan jawatan perdana menteri JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com chan...
Pengarah Src Letak Jawatan Kerana Akaun Tidak Diaudit

Pengarah Src Letak Jawatan Kerana Akaun Tidak Diaudit

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 376 hits
Pengarah SRC letak jawatan kerana akaun tidak diauditPosted By on June 12 2019Bekas ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd Tan Sri Ismee Ismail mendedahkan beliau meletak jawatan dalam SRC kerana isu berbangkit berhubung resolusi m...
Muhyiddin Nasihati Dr Maszlee Lepaskan Jawatan Presiden Uia

Muhyiddin Nasihati Dr Maszlee Lepaskan Jawatan Presiden Uia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 235 hits
PUTRAJAYA 12 Nov Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dinasihatkan supaya melepaskan jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan segera kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin yang ...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu