Tun Dr Mahathir Dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018


Tun Dr Mahathir Mohamad dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 atas sumbangannya kepada pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera. – Foto Bernama
SHAH ALAM, 9 Dis ― Kaum Melayu dan Bumiputera perlu berusaha lebih kuat untuk menjayakan diri supaya mampu menandingi kaum-kaum lain di negara ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Ini kerana, kata beliau, hakikatnya ketika ini kaum Melayu dan Bumiputera ramai hidup susah dan menetap di luar bandar meskipun memiliki kuasa politik.
“Di negara kita sendiri kita telah berundur jauh dari bandar serta tinggal di luar bandar dan rata-rata kebanyakan daripada kita adalah keluarga miskin.
“Ya, hari ini kita berkuasa dalam bidang politik, dengan kuasa ini kita boleh beri sedikit bantuan kepada kaum Melayu, Bumiputera, fikirkanlah tetapi kalau kita tiada kuasa politik dan kita tidak diberi keistimewaan bermakna kita akan jadi lebih daif daripada sekarang,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan, Kerjaya dan Usahawan Muda Bumiputera (Putra) 2018 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam tadi.
Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi Putra Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Naib Canselor UiTM Profesor Emeritus Datuk Dr Hassan Said.
Dr Mahathir menarik perhatian meskipun menetap di negara sendiri dan diberi bantuan namun kaum Melayu dan Bumiputera masih ketinggalan di belakang.
“Selain itu kita lihat orang asing yang dahulunya datang ke negara kita jauh lebih maju kerana mereka berusaha, mereka bekerja kuat, mereka belajar dalam pelbagai bidang dan berpelajaran. Kita dapati mereka sekarang kuasai ekonomi negara kita, apakah sebabnya?
“Apakah orang Melayu bodoh? Saya tidak percaya, kerana mereka ada kebolehan sama dengan orang lain tetapi kepintaran sahaja tanpa usaha tidak akan hasilkan kejayaan. Kita cekap, kita pintar, kita pandai tetapi jika tiada usaha tidak akan berjaya.
“Kalau kita sedar kita ketinggalan dan berasa malu kenapa ketinggalan di negara sendiri maka tentulah kita akan berusaha untuk menjayakan diri kaum kita supaya menjadi sama dengan kaum-kaum lain. Kalau kita ketinggalan di belakang kita kena lari lebih kuat daripada orang di depan,” katanya.
Perdana menteri dalam pada itu turut mengingatkan kaum Melayu dan Bumiputera supaya sentiasa bersyukur kerana hidup di negara yang aman dan harmoni.
Beliau berkata untuk membalas rasa kesyukuran itu, kaum Melayu dan Bumiputera perlu menjaga negara ini sebaik-baiknya.
“Inilah perasaan yang perlu ada pada kita, yang pertama kena rasa malu sebab ketinggalan dan kita akan kerja lebih kuat untuk atasi kelemahan kita. Kalau kita diberi peluang untuk belajar kuasai ilmu, kita kena balas balik nikmat yang kita terima secara percuma.
“Kedua, perasaan sayang kepada negara mesti ada pada kita. Kita tidak suruh jadi tentera, tidak suruh berkorban nyawa tetapi hanya suruh kita berusaha untuk bangunkan negara kita, untuk jaga keamanan di negara ini,” katanya.
Sementara itu, menjawab pertanyaan penonton mengenai pendirian kerajaan untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Dr Mahathir berkata meskipun rakyat negara ini terdiri daripada berbilang kaum namun kejayaan atau kedudukan setiap kaum itu tidak sama.
Atas faktor itu, perdana menteri berkata negara ini tidak boleh menerima ICERD.
“Kalau kita tidak beri peluang kepada orang Melayu peluang lebih daripada kaum lain, kalau kita percaya kita mesti beri apapun secara sama, equality, maka yang sudah cekap akan lebih berjaya dan tidak cekap jadi lebih mundur.
“Sebab itu kita tidak boleh terima ICERD kerana ia tidak beri hak kepada kita untuk membezakan layanan bagi kaum-kaum di Malaysia sebab mereka tidak berada di taraf yang sama dan kita tidak akan pinda perlembagaan kita,” katanya.
Pada majlis itu juga, Dr Mahathir dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 atas sumbangannya kepada pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera, dan anugerah itu disampaikan oleh Mohd Rafiq. ― Bernama
KLIK BACA: Dusuki syor Tun M taubat kerana sebut Malaikat buat silap.
KLIK BACA: Ulama PAS doa pengundi PH jatuhkan kerajaan
KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan memburukkan mereka – Tun Mahathir
KLIK BACA: “Saya turun jika himpunan ICERD tuntut pulang duit curi” – Tamrin Ghaffar
KLIK BACA: Siapa Saadatul Nafisah ‘wanita berani’ dalam kes ubah laporan Audit 1MDB
KLIK BACA: Kenapa Najib, Hisham tak tahu akibat perang Yaman basah darah Islam, soal Raja Bahrin
The post Tun Dr Mahathir dianugerahkan Tokoh Bumiputera Unggul 2018 appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/190750/tun-dr-mahathir-dianugerahkan-tokoh-bumiputera-unggul-2018/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysiakini Lapor Pm Tun Mahathir Doa Dan Sokong Himpunan Icerd 2018 Hari Ini

Malaysiakini Lapor Pm Tun Mahathir Doa Dan Sokong Himpunan Icerd 2018 Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 494 hits
Patutlah Polis bagi permit Patutlah DBKL bagi lesen Dengan situasi sangat genting sekarang adalah sangat bijak memberi sokongan kepada pihak UMNO PAS dan NGO ISLAM yang lain untuk mengadakan himpunan ICERD Jika tidak ia hanya akan menambah ...
Rasuah Harus Dilayan Dengan Rasa Jijik Dan Kemarahan Tun Mahathir

Rasuah Harus Dilayan Dengan Rasa Jijik Dan Kemarahan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 342 hits
MalaysiaGazette Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima memorandum dari Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani pada majlis Perasmian Arca Keluli Berbentuk Tapak Tangan di Dataran Putra Putrajaya foto SYAFIQ AMBAK PUTRAJAYA Kerajaan...
Boleh U Turn Jika Salah Tun Mahathir

Boleh U Turn Jika Salah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 352 hits
TUN Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan boleh membuat pusingan U apabila perlu sekiranya mereka membuat keputusan yang salah Perdana Menteri berkata kerajaan khususnya anggota Kabinet bukanlah manusia yang sempurna dan wajar untuk menarik ...
Malaysia Dan Singapura Seperti Kembar Tun Mahathir

Malaysia Dan Singapura Seperti Kembar Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura seperti kembar Malaysia dan Singapura adalah seperti saudara kembar mungkin kembar yang tua sedikit adalah lebih besar daripada...
Rasuah Sudah Jadi Nilai Hidup Budaya Orang Melayu Tun Mahathir

Rasuah Sudah Jadi Nilai Hidup Budaya Orang Melayu Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 337 hits
Astro Awani MAHATHIR Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati Gambar fail BERNAMA KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa bimbangnya terhadap segelintir masyarakat masa kini...
Ikutkan Hajat Hati Rasa Macam Nak Meminang Tun Mahathir

Ikutkan Hajat Hati Rasa Macam Nak Meminang Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 333 hits
Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Vida usahawan selebriti berjaya di Malaysia Pasti ramai yang tahu bahawa Vida mengambil masa yang The post appeared first on
Elok Letak Jawatan Pm Paling Tak Berguna Dan Gagal Tun Faisal Kecam Tun Mahathir

Elok Letak Jawatan Pm Paling Tak Berguna Dan Gagal Tun Faisal Kecam Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 516 hits
Elok letak jawatan PM paling tak berguna dan gagal Tun Faisal kecam Tun MahathirNetizen memuat naik video Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Twitter yang menunjukkan beliau memandu di pusat bandar raya Kuala Lumpur untuk melihat sen...
Tahniah Pm Tun Dr Mahathir 8862

Tahniah Pm Tun Dr Mahathir 8862

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 612 hits
Tahniah juga Anggota Kerajaan PH Terutama yang bantah iCerd Walhal ramai pemimpin dan bekas pemimpin umno cabul erti dan pengisian kemerdekaan Mahkamah dalam proses membicarakan yang terdakwa Salah bererti anda hipokrit dan tidak takut Alla...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash